Pages

Followers

Saturday, July 28

Di Sebalik Tabir

Di mana biasa ada tabir?
Jawabnya pastilah di surau dan masjid.

Apa ada di sebalik tabir?
Mestilah ada muslimat yang sedang seronok beribadah.

Apa guna tabir?
Tak mahu bagi peluang muslimin mengusha muslimat atau mungkin sebaliknya. Eheh.

Tapi bagaimana logiknya muslimin ingin melakukan sedemikian rupa?
Mestilah dengan menoleh ke arah belakang.

Ohoh. Kalau begitu, pasti kantoi dengan mudah, kan?
Em.

Adakah muslimin dapat melihat muslimat ketika solat berjemaah?
Tidak mungkin boleh kecuali muslimin ada side mirror yang sedia terpacak di bahu mereka. Tapi realitinya, tiada.

Jadi, apakah fungsi sebenar tabir?
Er. Eh. Emak saya panggil lah. Saya pergi dulu ya. Bye!

* * *

Biasanya kepelikan berlaku. Isunya apakah fungsi sebenar tabir yang tersergam indah, memisahkan saf muslimin dan muslimat. Mungkin ramai akan kata, fungsinya adalah untuk mengelakkan gejala ‘menjelingmenjelingkubertentang matakitasamamemandang’. Dengan erti kata lain; maksiat mata! Ohoh. Tapi sejauh manakah relevannya hujah tersebut?

Amnya, di masjid dan surau yang berdekatan, orang akan datang untuk solat dan beribadah. BUKAN untuk mencuci mata. Kalau ada pun, hanyalah kes terpencil sahaja. Jadinya, saya rasa fungsi tabir tidak lebih sekadar penanda limit antara kawasan dewan solat muslimat dengan kawasan dewan solat para muslimin. Anda setuju? Kening-kening.

Walaubagaimanapun.

Persoalannya, di manakah sepatut letaknya tabir? Ehem. Bukankah lebih wajar jika tabir ini di letakkan di kawasan umum yang menjadi hot spot pergaulan antara kaum lelaki dan kaum perempuan Contoh; dewan makan, restoren, ruang kelas memandu, dewan kuliah dsb. Dengan adanya tabir, pasti perhubungan antara lain jantina ini lebih terkawal. Bukankah?

Ringkasnya, janganlah setakat bertabir di dalam surau atau masjid sahaja. Bawalah sekali ‘tabir’ tersebut ke mana sahaja kita berada. Baik di pejabat mahupun di dalam pesawat Boeing-747. Tundukkan pandangan. Jaga limitasi pergaulan. Jika tidak, saya letak tabir di setiap kawasan. Wahaha.

(p/s: Jangan hanya letak Islam di masjid sahaja. Islam itu kan syumul sifatnya.)

Mari Buka Majlis Dengan Ummul Furqan al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani[1]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam[2] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani[3] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)[4] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan[5] Tunjukilah kami jalan yang lurus[6] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat[7]

Amiin.

* * *

Jelas. Masih teringat. Malam itu sesudah Mahgrib. Pertama kali aku membaca terjemahan surah al-Fatihah; surah yang sentiasa sedia terkumat-kamit. samaada di awal majlis atau dalam solat. Jiwa ini sungguh, rasa sayu. Syahdu mengenangkan kejahilan dalam hidup menjadi hamba. Alhamdulillah. Setelah 18 tahun bergelar muslim, terbuka hatiku untuk menghayati maksud surah Pembukaan ini.

Sebak. Saat itu, aku cuba menahan tangis. Lutut ku rangkul. Kepala ku benam menahan malu. Bukan malu kerana air mata jantan ku jatuh menyembah Bumi. Bukan kerana khuatir sahabat ku akan mentertawakan ku. TAPI. Malu. Malu kerana baru kini ku erti makna bacaanku. Bacaan yang sentiasa terlafaz. Adakah erti, hidupku selama ini? Ya, Allah.

Kedengaran pula sayup-sayup bacaan surah di sisiku. Sedikit menoleh. Abang Azam sedang asyik melagukan Kalamullah. Menyedari kehadirannya, aku bertambah cuba menahan perasaan. Tidak mahu menjadi bahan perbualan abang-abang pula. Cuba aku menahan rasa sebak. Namun, jelas aku tak mampu. Alunan bacaan al-Quran itu, benar-benar menusuk dalam.

Kemudian, dapat dirasai. Manik-manik kaca perlahan-lahan membasahi pipiku. Pantas aku mengelapnya. Kebetulan Isya’. Azan berkumandang memenuhi ruang langit malam gelita. Tersedu-sedan aku menahan tangis. Hiba. Sungguh hiba. Aku merasa sungguh hina.

'Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.’

Betulkan Niat Sebelum Menulis

Bismillahi Arrahman Arrahim

Pertama perkara pertama (baca:First thing first), mesti betulkan niat sebelum kembali menulis. Mesti niat kerana Allah. Bukan kerana follower. Bukan juga kerana komentar pembaca. Bukan kerana populariti. Dan. Bukan juga kerana wanita yang ingin aku kahwini. Semoga usaha ini bakal menjadi hujah buatku di Hari Akhirat kelak.

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh, Umar bin Khatab RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya, dan barang siapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.” (Hadis Arba’in) 

Sekian. :)

(p/s: Nak baca belog pun mesti betulkan niat juga.)

Tuesday, July 10

Entri #150: Ini Entri Terakhir. Babai. :')

Assalamualaikum WBT

Di sini saya ingin beritahu bahawa entri ini bakal menjadi entri terakhir saya. Rasanya tidak perlulah saya nyatakan atau huraikan sebab mengapa saya membuat keputusan ini. Anggap sahajalah, saya sedang sibuk bekerja di jalan yang sumpah panjang ini. Sesungguhnya keputusan ini dibuat bukan untuk meraih apa-apa publisiti atau pun pujukan serta rayuan. Setelah berfikir masak-masak, saya rasa ini adalah keputusan yang paling tepat. Dan andai kata saya kembali rasa terpanggil kembali untuk mengangkat pena di medan blog, saya akan membuka akaun baru dan menulis entri di laman blog yang baru pula. Blog ini saya tidak buang, cuma akan jadi blog terbiar lagi dibiarkan. Dibiarkan untuk rujukan saya yang akan datang mungkin. Hm. Entahlah. Dengan ini, saya merasmikan entri terakhir di blog ini. Terima kasih buat dorongan dan sokongan kalian. Sekian. :’)

(p/s: Sob.. Sob..)