Pages

Followers

Friday, August 10

Kita Manusia Penakut.

Kita ada tujuan hidup. Kita ada matlamat. Dan yang paling best, kita ada Allah SWT untuk mencapai setiap apa yang kita hajati. Usaha dan tawakal. “POOF!” Dengan izin Allah, kita pasti akan dapat. Tapi sayang. Kita penakut.

Kita takut pada sangkaan. Hm.

“One common thing about humans is they love to make assumption, mostly, the wrong one.”

Sangkaan yang entah betul entah tidak. Sangkaan yang hanya menghancurkan keyakinan. Sangkaan yang selalunya tidak benar pun. Sangkaan yang menjadi faktor utama, kita terkandas di tengah jalan.

Kita sangka kita akan gagal. Kita sangka kita tidak layak. Kita sangka kita tiada upaya. Kita sangka kita lemah, tidak cukup ilmu, tidak cukup hebat walaupun untuk melangkah.

Kita sangka mereka lebih baik dari kita. Kita sangka mereka lebih layak. Kita sangka mereka lebih gah, lebih qawi, lebih tinggi darjatnya walaupun hakikatnya sama sahaja.

Kita sangka kita tak mampu. Kita sangka kita lembab. Kita sangka mereka akan tidak suka kita, akan mengeji kita, akan membahan kita walaupun tidak sama sekali.

Dan kerana sangkaan kita tersungkur. Kerana sangkaan kita mundur. Kerana sangkaan kita terhenti, berfikir, berfikir dan terus mencongak kebarangkalian yang akan berlaku.

Kerana sangkaan kita rasa rendah diri. Kerana sangkaan kita jadi tak berani. Kerana sangkaan terkadang ada juga rasa ingin lari, bunuh diri, melepaskan diri dari belenggu di hati.

Kerana sangkaan kita mengundur diri. Kerana sangkaan terbit musykil di hati. Kerana sangkaan muncul keraguan yang meracun diri, terus menafikan objektif kendiri.

“What doesn’t kill you will make you even stronger.”

Sangkaan.. Sangkaan.. Sangkaan.. Habuan manusia pesimistik. Ganjaran hamba yang plastik, mungkin juga munafik.

Bukankah jika Allah SWT menginginkan kebaikan untuk hambanya, Dia akan terlebih dahulu menguji hambaNya? Bukankah kita pasti akan dapat apa juga perkara yang kita hajati?

Bukankah hakikat penciptaan alam adalah untuk menguji manusia mana yang baik amalannya? Bukankah sebaik-baik perancang adalah Allah Azza Wa Jalla? Dan bukankah kemenangan dan kejayaan itu milik Allah SWT?

Buktinya, tentera pimpinan Abu Jahal yang lengkap bersenjata, telah dikalahkan oleh 313 tentera muslim yang hanya ada 2 tentera berkuda. Kota Konstatinopel, sebuah kubu yang ternyata kukuh pertahanannya, telah ditawan oleh tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Islam yang bermula dari sebuah negeri padang pasir, boleh sahaja menakluk 2/3 dunia.

Jadi, kenapa perlu takut akan kegagalan? Kenapa perlu khuatir akan kekalahan? Kenapa perlu gentar pada sangkaan yang jelas tidak mendatangkan amalan?

Kenapa perlu cuak? Kenapa perlu berhenti dari terus mencuba bertubi-tubi? Kenapa perlu hilang percaya pada janji Allah yang tidak mungkin pernah dibohongi?

Namun, jika gagal, pasti itu lebih baik untuk kita. Pasti ada keberkatan yang menyamar (baca: blessing in disguise). Pasti ada jalan yang lebih layak untuk kita.

Ketahuilah. Di kala kita menangisi kegagalan di hadapan pintu yang pertama, Allah SWT sudah membuka pintu yang kedua. Cuma kita sahaja yang asyik sangat menangis sehingga lupa segala.

Allah SWT tidak pernah zalim pada hambaNya. Bahkan, hambaNya sendiri yang lazim menzalimi diri sendiri. Wahai! Istigfarlah. Bertahmidlah. Bertasbihlah. Bertakbirlah. ALLAHUAKBAR!

“Walk. Soon, you’ll arrive. Insha’Allah.”

(p/s: Kita manusia penakut. Tapi hanya pada Tuhan bukan pada sangkaan.)

3 comments:

  1. betul tu..
    ALLAH tak kan menguji seseorg itu jika diluar kemampuannya..

    ReplyDelete
  2. Ya!dan kalau bersangka baik takpe. ni bersangka buruk suuzon. Menyebabkan org yang kita sangkakan tu lemah dan suuzon kepada kebolehan kita boleh buatkan kita sendiri tak optimis.

    ReplyDelete
  3. yes,,bersgka baik terutama dgn Allah :)

    ReplyDelete