Pages

Followers

Wednesday, February 20

Luas!

(Hm. Entah kenapa. Tiba-tiba terasa nak tulis sesuatu untuk anda pula.) 


Assalamualaikum. 

Apa khabar anda? 

Masih serabut dengan TOK, IA segala bagaikah? Atau sudah boleh fokus pada IB exam kah? Atau mungkin juga masih kabur dengan apa yang sedang anda buat sekarang? 

Apa-apa pun. Senyum itu masih satu sedekah. :) 

Sahajalah saya nak berkongsi cerita. Baru-baru ni. Alhamdulillah. Saya diberi peluang dan ruang untuk pulang ke kolej dengan menaiki burung besi. Dah lama kot saya tak tunggang makhluk ni. 

Alhamdulillah juga. Sebab kali ni saya pulang bersama ibu yang tercinta. 

Dan. Alhamdulillah sekali lagi. Sebab saya berjaya duduk di bahagian tepi sekali. Yeay! Em. Sebenarnya. Ibu yang offer tukar tempat dengan saya. Mungkin dia tahu, saya suka duduk tepi tu. Al-maklumlah. Nama pun ibu. Kan? Hihi. 

* * * 

“Klik!” bunyi tali pinggang keledar dipasang ketat. 

“Bzzzzt!” telefon bergetar akibat termatikan. 

Lihat tempat duduk belakang. Tiada penumpang. Hm. Masih bercuti raya cina agaknya. 

Seusai kapal terbang berlepas. Saya, seperti kanak-kanak kecil, bersungguh melihat-lihat ke luar tingkap. MasyaAllah. Menakjubkan! 

Sejauh mana saya memandang, sejauh itu juga alam ini terbentang. 

Semakin tinggi terbang, semakin kecil figur yang ada pada lantai Bumi. Figur yang statik mahupun yang bergerak-gerak entah ke mana. Figur berupa makhluk yang sibuk meneroka dunia dan seluruh isi alam. Figur yang mungkin sahaja andalah orangnya. 

Figur itu terlihat semakin kecil, semakin kecil dan … 

Swoosh! Tiba-tiba putih. Burung besi menerjah awanan. Heish. Potong stim betul. Geram. 

Pramugari kemudian tampil. Bertanyakan pilihan makanan yang saya mahu. Sedikit kaget. Saya memilih pilihan 1. Dan saya sendiri tak tahu apakah itu. 

Bukanlah saya terpesona dengan hiasan dunia ciptaan Tuhan. Sehingga teragak-agak nak buat keputusan. 

Bukan. Bukan sebab itu. 

Cumanya. Ini merupakan kali pertama saya duduk di koc ruangan kelas bisnes. 

Manalah saya tahu ada servis sebegitu. Hahah. Ya. Alhamdulillah lagi. Banyak betul nikmat dapat hari ni. Tapi bersyukurkah saya? Anda bagaimana pula? Em. 

“Eh!” 

Saya tersenyum. Akhirnya, berjaya juga keluar dari keputihan kepulan awanan. Saya berpeluang melihat ke lantai bumi kembali. 

MasyaAllah. 

Figur yang tadinya kecil, kelihatan teramatlah mengecil. Kecil seperti semut hitam gamaknya. Mungkin juga lebih kecil. 

Pepohon kelapa sawit yang indah tersusun. Kelihatan seperti rerumput yang biasa kita pijak. Kecil. Amatlah kecil. 

Kemudian, saya pandang pula jauh-jauh. Tiada garis putus yang menandakan keberadaan hujung dunia. Alam seperti lembaran permadaini yang luas terbentang. Bezanya ia bukanlah ‘permaidani’ ciptaan orang Parsi. 

Tapi dicipta oleh Pencipta yang mencipta orang Parsi. Juga, Pencipta yang mencipta anda dan saya. Pencipta yang Maha Agung. Raja kepada alam. 

Hm. Luas betul dunia ni. Baru saya perasan. 

Lebih luas dari bumi KMB sendiri. Lebih berjuta-juta kali ganda luasnya. 

Sesungguhnya, bumi KMB ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu kepingan puzzle daripada jutaan kepingan puzzle yang lain. Ia kecil dan tidak signifikan tapi melengkapkan dunia yang sungguh meluas. 

Anda. 

Apa yang saya nak cakap. Dunia ni sangat luas anda tahu. Alam ini sangat luas. Sangat sangat luas. 

Rugilah kiranya anda menyempitkan fikiran anda hanya kepada kepingan ini sahaja. Tanpa pandang jauh, melihat kepingan puzzle lain yang masih belum sempat anda terokai. 

Sangat-sangat rugi. 

Sudahlah. Jangan nak kecilkan fikiran anda. 

Buka! Buka seluasnya. 

Fikiran yang sempit hanyalah penjara kepada sang hati. Sebab itulah. Kita seringkali tak mahu faham dengan hati. Akibat daripada limitasi dawai besi, yang tercipta oleh pemikiran kita sendiri. 

Ah! Jum persetankan kata-kata mereka yang mahu kena pukul kerana memaki. 

Jum abaikan cemuhan mereka yang tidak membaiki. 

Jum bangkit walau jatuh bertubi-tubi. 

Jum lari terbang tinggi. 

Tinggi lagi. 

Lagi! 

Lagi! 

“Er. Terbang ke manakah wahai penulis jalanan?” 

*Krikk. Krikk.* 

Peluh kecil. =.=’ 

“Ke sana tu,” senyum sambil jari menuding ke langit. Hingga Sorga selagi mampu. 

(ps1: Alam ini luas. Tak adillah jika anda hanya toleh kiri kanan sahaja) 
(ps2: Ingat! Kejayaan yang ingin kita capai lebih luas dari 42)
(ps3: Pramugari? Ah! Di Sorga nanti ada bidadari anda tahu)

No comments:

Post a Comment