Pages

Followers

Wednesday, March 20

Sayonara Akhi

Salam alaikum..ape khabar? Sory lah lame xmsg tegur/tanya khabar..huhu.. 
[15:42, 11 Mar] 

‘Eh, abang Iman mesejlah. Hm. Tapi takde kredit pulak nak balas. Takpelah nanti lepas topup aku reply.’ 

***

Salam..inshaallah liqa’ kita mlm ni on seperti biasa ya..harap dpt ready pointe SJ..dan juga soalan2 bengkel yg possible =) 
[08:41, 12 Mar] 

‘Yeay! Malam ni liqa’. Eh, lupa nak reply mesej semalam. Hm.’ 

alaikum slm.aseef xreply smlm.ana bru topup.em.ok.jumpa mlm ni :)) 
[09:15, 12 Mar] 

‘Hm. Aku banyak kali dah lambat datang liqa’. Yang tak datang pun banyak jugak. Ahaha. Malam ni mesti datang awal! :)’ 

***

Salam ikhwah..jgn lupe kahfi hari ini dan update pd ana bila dah selesai ye..dan juge utk SJ weekend ni, mohon update kehadiran antum. Dan sekiranya xdpt hadir/hadir lewat,sila beritahu kenapa ya..inshaallah diterima je cume nk lbh memahami =) 
[11:33, 15 Mar] 

‘Oops.. Lupa pulak nak mesej pasal kehadiran. Hm.’ 

salam.ana dtg mlm ni dan kne blik mlm esok.. 
[15:00, 15 Mar] 

Okok..blk awl sbb kem ker? 
[15:52, 15 Mar] 

yep..sbb kem..sama mcm ammar 
[15:52, 15 Mar] 

‘Hm.. Kahfi tak settle lagi neh. Nak kena settlekan cepat-cepat.’ 

***

‘Yes, dah settle Kahf. Hm. Dah lewat. Nak mesej ke tak nak. Takut kacau pulak nanti. Ah, mesej jeala. Abang Iman pun selalu je tidur lambat.’ 

alhmduillah..selesai al-Kahf 
[00:08, 16 Mar] 

‘Hm. Tak reply pulak. Abang Iman dah tidur kot. Takpelah. Dah ngantuk. Esok nak cater adek-adek. Tidur dulu lah.’ 


*** 


Esok, selepas slot pertama pengisian, aku diberitakan mengenai khabar kemalangan mu. Katanya, kau telah bertembung dengan sebuah kereta. 

Sayu. 

*** 

Di hujung slot kedua pengisian, seorang ikhwah mengajak aku dan usrahmate yang lain untuk melawat abang iman yang kini terlantar di HUKM. 

*** 

Seusai tamat slot kedua, kami berempat meluncur laju ke HUKM. Banyak yang diborakkan. Banyak yang diceritakan. Mereka kata, kau masih tidak sedarkan diri. Hanya terlantar diam dek pendarahan dalaman (baca: internal bleeding) yang serius. Aku mengenggam harapan agar kau pulih sembuh sepenuhnya. Hm. 

Usrahmate yang lain cuba melawak. Aku cepat menurut tanpa diajak. Mereka menyanyikan lagu Untukmu Syuhada. Aku yang baru pertama kali mendengar lagu tersebut, hanya menghayati liriknya yang bakal membawa erti: 

Bidadari nan bermata jeli 
Menyonsong dengan wajah berseri 
… 

Seketika kemudian, dua ikhwah di sebelah ku tidur. Kepenatan mungkin. Melayan telatah adek-adek pagi tadi. Tinggal aku, ikhwah yang memandu serta co-driver yang masih terjaga. Dalam diam aku berdoa, ‘Ya Allah, jika sembuh itu baik untuk abang iman, kau sembuhkan lah. Jika tidak, kau berikanlah apa yang terbaik untuk dirinya.’ 

*** 

Sampai di HUKM, kelihatan beberapa ikhwah yang lain. Ada yang ku kenal dan ramai juga yang asing bagiku. Kami bersalam dan bertanya akan kondisi mu. Mereka kata, kau masih tidak terjaga. Hm. 

Melihatkan jam, sudah pukul 2 petang. Waktu melawat sudah tamat. Kami pasrah. Setelah selesai berzuhur, kami kembali semula ke tempat program. Berlumba untuk slot pengisian yang seterusnya. 

*** 

Setibanya di tempat program, kami mengisi perut sebelum menyertai adek-adek yang di dalam. Seorang ikhwah merapati. Dia, usrahmate ku yang juga bermurabbikan abang iman. Kami berbual mengenai mu. 

Katanya, “Abang Iman mungkin sahaja akan ‘pergi’. Kita jugak mungkin sahaja akan bersedih dan menangis; mengenangkan kenangan bersama dia. Kerana kita cintakan dan kasihkan dia. Tapi andai kata tangisan kita itu merencatkan perjalanan da’wah, pasti abang iman akan kesal dan berharap agar kita membenci dirinya. Supaya kita tidak lagi menangis dan terus bergerak.” 

Tersentak. 

*** 

Selesai slot petang, mas’ul program ke hadapan. Menutup majlis dan menyampaikan sebuah khabaran. Khabaran yang menyentap perasaan, “Ana ada satu berita. Seorang ikhwah kita, abang iman, sudah meninggal dunia.” 

MasyaAllah. 

Terkejut. 

Tersentap. 

Segera, aku melarikan diri ke tempat ambil wudhuk. Cuba menyembunyikan wajah yang bersalut linangan air mata. Ya allah. Dah lama aku tak menangis. :’( 

Mengenangkan segala bibit peristiwa tentang aku dan dia. Penuh tawa. Penuh semangat. Ada suka. Ada duka. 

Aku menangis sepuasnya. 

Sehinggalah, seorang ikhwah datang menghampiri, “Cukup cukuplah [penulis jalanan], adek-adek tengah tunggu kat luar tu. Jom.” 

Melihatkan seorang usrahmate ku yang masih gagah menyeka air mata, aku tersedar. 

Tanggungjawab ku besar. Dan menangis, tak akan mampu melangsaikan bebanan itu. 

Aku segera membasuh muka dan keluar menyertai adek-adek. 

*** 

Haih. 

Abang Iman, cepat betul kau pergi. Tak sangka kan? Hampir satu tahun mengenali kini kau pergi tak kembali. Aku ingatkan dapat jugak lah nak berliqa' dengan kau, at least sampai aku habis buat IB. Takpe tunggu aku yeh. Nanti kita berliqa' kat Sorga. :')

Abang Iman, cepat betul kau pergi. Tak sempat aku nak makan nasi minyak. Haha. Takpe. Tunggu aku yeh. Nanti kita sama-sama makan nasi minyak dengan bidadari. :')

Abang Iman, cepat betul kau pergi. Aku tak puas lagi dengar taujihat basah, kisah hidup, pengalaman serta teguran tajam dari kau. Hm. Takpe. Tunggu aku yeh. Nanti kat sana, aku pulak yang akan cerita kat kau tentang kisah aku dengan anak-anak usrah aku.

Abang Iman, cepat betul kau pergi. Tak sangka. Masa tengah tunggu kau reply mesej aku, rupa-rupanya kau betul-betul tidur. Dan. Tak sangka. Lagu yang kitorang nyanyi dalam kereta tu, merupakan doa untuk kau.

Akhi, enta tunggu yeh.

Hm. 

Abang Iman.. Abang Iman..

***

Baru-baru, ni saya dan usrahmate sempat berkumpul setelah pemergian sang murabbi. Kami berkongsi cerita dan kisah gembira juga duka tika arwah masih hidup. Bukan untuk mendewakan. Hanya sekadar pembakar semangat kami yang sedang luntur dek pemergian arwah. Kami sedar, abang iman telah banyak berkorban. Dia mengorbankan kepentingan dirinya untuk Islam. Jelas. Dia benar-benar mahu melihat kalimah al-Haq kembali tertegak.

Dan saya masih ingat. Dalam liqa' terakhir, abang iman pernah cakap, "Salah satu benda yang paling penting dalam da'wah dan tarbiyyah adalah pewaris." Percayalah. Kamilah, ikhwah seluruh dunia, pewaris semangat mu, yang akan memacu keberadaan Islam sebagai Ustaziatul Alam.

Hm. Okay. Cukuplah. Aku sudah tidak mahu lagi menangis. Bimbang juga jika tangisan ini bukan keranaNya. 

Terima kasih Allah. Kerana mempertemukan aku dengan hamba mu yang qawiyy. Aku menjadi saksi akan segala kebaikkan dan pengorbanan yang dia lakukan. Aku menjadi saksi. Aku menjadi saksi. Semuga Kau menempatkannya di kalangan para syuhada Mu. Ameen.


A murobbi, a soldier, (in sha Allah) a martyr. al-Fatihah

Petikan lirik Untukmu Syuhada, Izzatul Islam:

Majulah sahabat mulia 
berpisah bukan akhir segalanya

Tujuh awan bersuka ria 
Sambut ruh suci menuju Rabbnya 
Sahabat nantikan hadir kami 
Kan menyusulmu sekejap lagi 

Bidadari nan bermata jeli 
Menyongsong dengan wajah berseri 
Sahabat kami rela kau pergi 
Jihad kita kan terus bersemi 
Jalan ini takkan pernah henti

Wahai, bergembiralah dengan unta merah/ nikmat yang mengatasi dunia dan seluruh isinya. In sha Allah. Kita ketemu lagi nanti. Tunggu yeh :')


***

Ayuh, ikhwah! Mari menuju Sorga. Thabatkan hati. Jangan terlekakan dunia. Seorang telah pergi. Tak akan lah kita masih selesa berdiam diri. 

Ayuh, ikhwah! Mari menuju abadi. Ketepikan emosi jangan diberi belenggu diri. Emosi itu kekuatan namun, boleh jadi jahiliyyah yang melambatkan.

Ayuh, ikhwah! Mari berlari. Jangan berhenti. Jangan terhenti. Dia hanya manusia. Dan Allah itu Tuhan. 

Dengan namaMu ya Allah, Tuhan Sekalian Alam, semuga semangat ini tidak termatikan. 

Ayuh! Mari ke hadapan! i(><,)i

1 comment: