(PERHATIAN: Entri ini sumpah bukan untuk anda. Hihi. Senyum Keji.)
Haih. Sebulan lagi. Tiga semester telah berlalu. Dan aku masih aku walau mungkin bukan yang dulu. Er. Apa saya mengarut ni? Sila abaikan. Haha. Yang penting esok cuti. Senyum puas-puas i(><)i
Tapi
Jujur cakap. Saya sangat khuatir dengan idea untuk pulang ke rumah.
Masa kan tidak. Asal balik rumah je, mesti kawan datang. Tiap-tiap kali cuti mesti ada je muka dia ni. Walaupun pernah saya kata kan tidak, dia dengan selamba derk sahaja buat macam rumah sendiri. Hadoi. Pening kepala.
Beberapa kali sudah saya cuba usahakan namun, hampir kesemua cubaan gagal. Kechiwa. Akhirnya, saya pun turut pergi bergumbira bersama kawan saya tersebut. Hamboi. Sumpah tak ingat dunia. Bangun pagi lewat. Main game berjam-jam. Al-Quran letak tepi. Masjid tak pergi. Kecuali hari Jumaat.
Hasih. Tensi!
Namun, perkara ini sering juga berulang setiap kali pulang.
Sebelum menapak kembali ke rumah. Sudah rutin bagi saya untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kawan saya yang seorang ini. Saya merancang untuk menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Seperti UsKab-ing (bukan clubbing ya!), bergaul dengan sodara yang berdekatan dan berbagai macam lagi.
Hari pertama. Saya masih teguh. Hari kedua. Kawan mula mengetuk-ngetuk pintu. Minta masuk. Saya masih gagah dan buat-buat sibuk. Hari ketiga. Datang lagi ketuk-ketuk pintu. Siap mesej, miss call segala bagai. Saya cuba pula pura-pura tidur. Hari keempat.
Hm..
Garu-garu hidung.
Saya mula bosan. Kawan itu saya panggil masuk walau tak diminta ajak. Saya tarik dia walau perlu memaksa hatta dengan kekerasan sekali pun. Saya bagi dia makan. Saya bagi dia minum.
Dan sehinggalah beberapa hari terakhir cuti. Melihatkan omwek yang masih menggunung. Saya imbas kembali segala amal yang telah dilakukan. Ibadat ke mana. Muamalat ke mana. Mutabaah? Eh, apa tu? Hahah!
Kadang-kadang rasa macam munafiq pun ada. Di kolej, saya lah yang paling awal ke surau tapi di rumah, nak pergi ke surau pun tersalah jalan. Di kolej, al-Quran selalu dalam genggaman. Di rumah, al-Quran hanya dalam angan-angan.
Nanges.
Kechiwa.
Di saat itu lah. Kawan saya tiba-tiba menghilangkan diri. Meninggalkan saya berseorang.
Nak salahkan kawan tak boleh. Sebab saya sendiri juga yang bersalah. Sebab tidak melekat pada perancangan (baca: stick to the plan). Diri mula insaf. Dan menjadi khuatir setiap kali diseru untuk pulang bercuti kembali. Takut benar kawan saya itu menggila lagi. Apa saya nak buat nanti?
Kalau tak balik ke rumah. Nanti emakayah akan telepon. Dan saya akan rasa bersalah. Walaupun cuba memutar cerita hingga terbelit lidah. Wahaha. kalau tak balik ke rumah. Nanti nak duduk kat mana? Kolej tutup. Memang kompem lah saya akan mati kelaparan.
Ah! Dilema.. dilema..
Konlusinya (eh tiba-tiba sahaja), nak tak nak saya mesti pulang ke rumah. Sebab selain bertanggungjawab sebagai seorang muslim. Saya juga seorang anak, abang dan adik dalam satu masa. Masih ada bebanan amanah yang perlu kiranya saya selesaikan.
Jadi. Untuk mengatasi masalah dunia pertama (baca: first world problem) ini, saya akan cuba untuk tidak lagi berhubung dengan kawan saya tersebut. Hatta menyebut namanya pun saya tak mahu.
Dan lebih dasyat lagi. Mulai hari ni, saya dengan lafaz a’uzubillahi minasyaitonirrojim, bismillahi arrahman arrahim, kami (saya dan kawan saya tu) tidak akan berkawan lagi. Sampai bila-bila. Hingga akhir hayat.
Pffft. Kerek kan saya?
Tapi apa boleh buat. Demi nak menyelamatkan diri dari lembah Api yang Menyala, tindakan ini perlu dikuatkuasakan dengan segera. Sangat segera.
Hah!
Anda pun. Yang sedang membaca tu. Jom sertai saya. Kita sama-sama perangi kawan saya tu. Manalah tahu nanti dia datang menjenguk anda juga.. kan? *Kening kening*
“Kawan yang mana satu ni [penulisjalanan]?” anda mencelah.
Oh, lupa nak cakap. Nama dia Futur. Walaweh!
Kefuturan tidak mengenal mangsa.. Sudah bersediakah menghadapi realiti?
(ps: Kolej punya satu bia'h ideal yang payah dicari di halaman rumah.. Oh realiti jangan berkasar dengan saya.. Atau saya akan pukul anda..)
No comments:
Post a Comment