Pages

Followers

Sunday, February 23

Ini pasti bukan kebetulan

Hm…

Entah kenapa, belakangan ini ramai pulak ikhwah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Namun begitu, saya tidak akan bersedih, juga tidak akan berasa gembira.

Kerana setiap apa yang berlaku itu datang dari Tuhan. Dan saya sangat yakin, apa-apa yang datang dariNya adalah perkara yang baik-baik. Hatta, insiden seperti kemalangan mahupun kematian juga adalah perkara yang baik.

Ya, mungkin kedengarannya seperti saya ini sedikit kejam. Tapi itulah realitinya.

Dari sudut pandang yang lebih ekstrim:

Sebenarnya, tiada event yang buruk pun dalam kehidupan ni. Semuanya baik dan perlu berlaku. Full stop.

Segalanya dibentuk oleh persepsi kita terhadap dunia sekeliling.

Walaupun seperti yang saya canangkan, semua benda adalah baik, namun, jika buruk kata kita, maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika baik kata kita, maka baiklah jadinya.

Mengikut pengalaman saya yang lepas-lepas serta dari pembacaan yang amat sedikit. Pada kebiasaannya, hikmah itu tidak menjelma dalam masa sehari dua. Ia muncul di kala tiada yang menduga. Umpama surprise birthday party yang sungguh mengujakan. Begitulah.

Dan...

Suka saya tegaskan. Tidaklah pula saya mengutuk mereka yang bersedih atas perihalan yang berlaku. Kerana memang normal lah sebagai manusia yang punya hati dan perasaan untuk berasa sedih, bukan?

Di suatu ketika, saya pernah kehilangan seseorang yang sangat saya sayang kerana Allah. Dan saya juga berasa sedih.

Kemudian, teringat pula kata-kata seorang ikhwah, “Kita mungkin akan rasa sedih kalau dia mati nanti. Tapi kalau kita sedih sangat-sangat sampai kita tak bergerak, pasti dia akan jadi lebih sedih.”

Berbekalkan kata-kata ini, saya berhenti bersedih.

Untuk ikhwah yang ditimpa kemalangan atau kesusahan yang berat-berat, sungguh saya mencemburui kalian. Kerana kalian sedang di uji oleh Tuhan. Dan Tuhan memberi “hadiah” dengan kesusahan sebagai “kertas balutan”.

In sha Allah jika sembuh itu baik, maka aku doakan kesembuhan untuk kalian. Namun, jika sebaliknya, maka aku doakan apa-apa yang baik sahaja. Ameen :)

enonimes: Tika kalian sedang dirudung permasalahan, ketahuilah, ada saya yang sedang mencemburui jejak kalian.

No comments:

Post a Comment