Saya pasti, bukan saya sahaja yang mengalami perkara ini.
Satu keadaan di mana untuk mengatakan “tidak” bukanlah satu pilihan. Rata-ratanya mungkin disebabkan oleh faktor ibubapa.
(nota kecik: Jangan durhaka pada ibubapa atau saya akan pukul kepala anda.)
Jangan risau, anda tidak keseorangan.
Senyum.
Hulur tangan untuk bersalaman.
“Welcome to the club, bro!”
Hal ini berlaku pabila adanya pertembungan interest antara dua pihak. Namun, kerana satu pihak itu kelihatan lebih veto kuasanya, maka, satu pihak lagi (kita-kita) “terpaksa” mengalah dan tenggelam dalam pasrah.
Ingin diketengahkan, seperti pemuda-pemudi yang lain, saya berjiwa berontak (rebellious). Tapi -mungkin sedikit berbeza- saya juga bertamadun dan sedikit rasional.
Dalam kes saya, saya di sarankan untuk mengambil jurusan perubatan. Walaupun, pada hakikatnya, bukan bidang ini yang saya mahu.
Sudah agak lama saya memikirkan perkara-perkara ini; tentang apa nak buat sekarang? Untuk keluar dari jurusan ini secara serta-merta, bukanlah satu pilihan tepat. Dan untuk menyalahkan mereka-mereka, bukan sahaja satu tindakan yang tidak bijak malah tidak berakhlak.
Jadi bagaimana?
Batuk-batuk sikit. Termenung.
Begini.
Sekarang, kita-kita (umur 18 dan ke atas) ada di suatu fasa yang amat kritikal kerana apa-apa keputusan yang kita ambil akan mencorakkan masa depan kita. Dan bagi saya, hari esok bukanlah satu alat permainan. Ia sesuatu yang amat crucial. Lebih-lebih lagi buat masa sekarang, saya yakin, hari esok-esok bukan untuk saya seorang tetapi juga untuk umat manusia.
Ringkasnya, walau sekecil mana pun pilihan saya, ia pasti akan MENGUBAH DUNIA.
Cewaah!
Hahah.
Dan ia adalah satu perkara yang membosankan dan meletihkan untuk kerap kali menyalahkan hari-hari semalam walhal, hari esok sedang teruja tahap melompat-lompat menunggu kehadiran kita.
Apa yang saya buat sekarang, adalah saya cuba mencari apa-apa artikel yang berkaitan (lebih kepada pengalaman kendiri atau pandangan peribadi penulis) dan bertemu dengan mereka-mereka yang lebih senior untuk mencedok inspirasi. Dengan erti kata lain, mencari “SEBAB” sebagai batu loncatan ke hadapan.
Begitulah.
Sebenarnya, kita kekurangan sebab yang solid.
Sebagai tambahan, terus terang saya katakan mengenai kecemburuan terhadap beberapa ikhwah yang berjaya mengejar apa yang “mereka” mahu berbanding apa yang “orang lain” mahu. Buat anda-anda, all the best! Thumbs up sikit. Hahah.
Saya akan pastikan kecemburuan ini, menjadi satu asbab untuk saya jadi lebih berjaya.
Berjaya bukan untuk saya tapi untuk kita-kita.
enonimes: Tiada yang tidak boleh, tiada yang tidak tahu, tiada yang tiada...
No comments:
Post a Comment