Ini bukan perkara baru.
Hati manusia itu akan mati. Bilamana sesetengah hati-hati
ini mampu dirawat semula, yang lainnya akan mati dengan begitu sahaja.
Persoalannya mengapa?
Seorang pahlawan tanpa senjata dan equipment yang cukup,
berlawan pula dengan sang musuh yang serba-serbi sempurna kelengkapannya. Mana mungkin
pahlawan ini mampu keluar dari medan tempur dengan berkeadaan nafasnya yang penuh
selamba?
Ya, persediaan kita-kita tiada.
Sesetengah dari kita leka.
Dan mudah benar berasa selesa.
Yang ada hanya mungkin persediaan yang sudah lapuk. Persediaan
untuk menghadapi pertarungan yang lepas-lepas.
Tapi jangan runsing.
Equipment yang lama-lama itu masih diperlukan. Janganlah dibuang
pula.
Senyum.
Cuma ia perlu ditambah. Juga mesti dibaik pulih.
Jika dulu kita hanya sekadar cukup lima solat fardhu secara
berjemaah serta baca al-Quran tiga empat muka, mungkin sekarang lah masanya
untuk kita buat lebih.
Bila ana sebut “lebih”, tak semestinya pada bilangan.
Boleh jadi lebih itu pada aspek kualiti.
Sebagai contoh, lima solat fardhu kita bukan lagi sekadar
berjemaah, bahkan, kitalah antara mereka yang datang awal ke dewan solat.
Boleh jadi juga, bacaan Quran kita bukan sekadar tiga empat
muka, bahkan, ditambah pula dengan tadabbur yang mesti.
Barisan musuh akan bertambah bilangannya dan bertambah perkasanya.
Ini satu kepastian!
Jika dari awal hingga mati pun kita dihurung ujian yang sama
tahapannya, sampai bila-bila pun kita tidak akan membesar, bukan?
Senyum sekali lagi. Cuma kali ini sambil kenyit mata.
enonimes: In sha Allah kita sama-sama usaha.
No comments:
Post a Comment