Selalu juga saya perasan sendiri.
Berasakan seolah-olah sudah jauh dan lama berada di atas
jalan ini.
Tapi…
Bila lihat kembali ke belakang. Baru sedar. Garisan “MULA”
itu tidak sejauh di fikiran.
“Ceh, baru mula je pun!”
Atau lebih sedih
“Hey, sampai bila nak berdiri atas garisan “MULA” tu!”
Tunduk ke bawah. Kecewa dan hampa dengan diri sendiri. Kecewa
dengan sikap dan perangai yang masih tidak berubah walau masa dan waktu itu
tidak berhenti walau sedetik untuk menunggu.
Timbul satu persoalan; persoalan lama yang tidak terjawab
dan tiba-tiba terjumpa semula dalam lemari
baju:
“Betul ke aku nak buat semua ni?”
Banyak benda yang perlu dikorbankan. Bukan sahaja duit, masa
dan tenaga. Malahan, lebih dari itu.
“Sanggupkah aku untuk mengorbankan segalanya demi satu cinta
dan cita-cita?”
Pernah sekali, sebelum berpisah dengan murobbi pertama, aku
bertanya, “Kenapa pilih aku? Sedangkan masih ramai lagi orang lain yang lebih
baik, lebih berilmu dan lebih tinggi akhlaknya? Kenapa aku?!”
Selamba dia menjawab, “Jujur cakap. Aku tak pernah terfikir
untuk pilih kau. Sebenarnya semua-semua ni bukan kami-kami yang pilih pun.
Sesungguhnya, yang pilih kau adalah Allah.”
Menangis. Jatuh bercurah air mata.
Semenjak hari itu, aku tak pernah lagi bertemu depan-depan
dengan dia. Sebab dia belajar kat Ireland nuh. Jauh bhai. Saya kat Mesir
sekarang ni.
Heh.
Kesat air mata.
Senyum tiba-tiba.
Lawak pulak saya rasa. Sudah sampai saat ini pun saya masih
dihantui soalan yang sama. Hahah.
Sudah-sudah lah tu.
Sekarang masa bukan untuk segala. Kerana yang satu itu
sebenarnya mencakupi semua. :)
enonimes: Tanggungjawab yang kita ada adalah lebih banyak dari waktu yang kita ada...
No comments:
Post a Comment