Pages

Followers

Monday, April 15

Pepohon


Alam. Makhluk ciptaan Tuhan. Kita juga sebahagian dari alam. Jom berguru dengan alam: 
Kita tanam pokok. Berbudi pada tanah. 
Kita siram pokok, membasahi bumi kekering kontangan. 
Kita jaga pokok, agar ia membesar dan mampu bawa manfaat. 
Baik pada kita mahupun alam sejagat. 
Pokok boleh bekalkan oksigen. 
Pokok boleh lindung kita dari terik mentari. 
Pokok boleh beri kita buahan yang enak. 
Pokok boleh beri teduhan dari kehujanan. 
Pokok boleh beri kita rezki yang tak berbelah bagi. 
Pokok boleh jadi habitat para hidupan. 
Pokok boleh jadi sumber makanan sekalian penghuni alam. 
Tapi itu dulu, 
Sekarang dah lain. 
Tanah tak semesra dulu. 
Kita perlu cari tanah yang sesuai. 
Digembur, ditambah baja. 
Dicabut buang rerumput liar. 
Disiram air yang berkadaran. 
Teknik juga kena betul. 
Jika siram pada dahan, manakan tumbuh. 
Jika siram pada daun, manakan subur. 
Siramlah pada usul bukan pula pada furu’nya. 
Selepas itu. 
Barulah pohonan akan tumbuh. 
Membesar bebas membelah langit. 
Mendongak tinggi dan tinggi lagi. 
Baru nampak puncaknya. 
Namun. 
Bila pokok dah besar. 
Jangan di ingat tak akan dikacau. 
Jika tika kecil, burung tiak, kambing, ternakan segala menjadi musuhnya. 
Kini bila besar. 
Pastilah lebih kental gamaknya. 
Melihat pohonan yang tinggi subur 
Pasti ada timbul hasad dalam diri. 
Mulalah berkomplot nak tebang pokok. 
Hadeh. Masalah betul. 
Orang tidak kacau dia, sibuk pula nak kacau kita. 
Lumrah kehidupan. 
Pohon tetap perlu terjaga 
Walau ribut walau banjir besar walau taufan jua yang melanda 
Kerana pohon itu bukan pohon biasa 
Kerana pohon itu luar dari biasa 
Kerana pohon itu 
Baik buat kita mahupun alam sejagat. 
Pohon boleh bekalkan oksigen. 
Pohon boleh lindung kita dari terik mentari. 
Pohon boleh beri kita buahan yang enak. 
Pohon boleh beri teduhan dari kehujanan. 
Pohon boleh beri kita rezki yang tak berbelah bagi. 
Pohon boleh jadi habitat para hidupan. 
Pohon boleh jadi sumber makanan sekalian penghuni alam. 
Pohon penuh manfaat. 
Ketahuilah, ia pohon keimanan. 
Kenalah jaga betul-betul boh!

Sunday, April 14

Quwwah

Bismillahi Arrahman Arrahim

Tadi. Aku geledah dinding seorang ikhwah. Dan tak perlulah aku sebutkan nama dia. Sebab dia dah tak ada (okay.. sekarang mungkin anda tahu siapa dia..kan?). Hm. Entahlah. Terkadang. Bila aku rasa kehilangan. Bila aku rasa keseorangan. Bila aku ditimpa kebuntuan. Seringkali dinding dia menjadi tujuan sekunder (tujuan primer pastilah Allah sahaja). Kerana dia sumber inspirasi. Kerana dia seorang murabbi. Di situ juga aku mengutip saki baki kekuatan yang terpamer. Sebab aku tahu. Aku tidak kuat. Aku tidak kuat melawan arus yang cuba ku renangi. Masih banyak yang wajib ku pelajari. Berikut beberapa mutiara kata yang ingin benar aku kongsikan:-

  1. "..persaudaraan adalah mu'jizat, wadah yang saling berikatan, dengannya Allah mempersatukan hati-hati yg berserakan, saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati..." -sayyid Qutb- 
  2. Kefahaman itu menggerakkan, bukan membebankan 
  3. Biarlah kepenatan itu yang merehatkan kita, bukannya kerehatan itu yang memenatkan 
  4. "...Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi sekalian manusia..." (al hajj:78) 
  5. "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)," (Al ahzab:23)
  6. "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" (ali imran : 169-171) 
  7. Dahulu Sayyid Qutb tidak pernah mengenali Hasan alBanna., tapi atas perginya Hasan alBanna Sayyid Qutb pula yang menyambung perjuangan beliau dan muncullah ribuan pemuda seiras dengan kehebatan Hasan alBanna selepas pemergian sang muroobi. 
  8. "If you believe in justice, surely you believe in the hereafter, because this world is not just."-Ustadh Nouman Ali Khan 
  9. Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahiliyahan dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemauan dan kerja keras (Ustaz Rahmat Abdullah). Malas tiada ubatnya. Malas datang kuliah, malas hadir masjid, malas tilawah Quran... Jadilah hamba yang rajin. 
  10. "jahiliyyah ni korg kene tggalkan sepenuhnya! kalau korg duk sebuk buat prkr2 jahiliyyah dlm ms yg sm nk dptkn cinta Allah, samalah mcm korg bwk peti ais naik gunung everest! kan bodoh tu! " 
  11. "kalaulah ada sekor lembu ni dijaga elok2 smpai sekor nyamuk pun xhggap, n sayur2nya di jaga dgn baik mnggunakan plbgai kaedah, guna rumah hijaulah la aeroponic la ap la bla bla, dan bahan2 ni diproses n digoreng untuk dibuat spaghetti yg sgt lazat! lepas spaghetti tu siap, korg masukkan sebutir tahi kat spaghetti tu. agk2 korg nk makan x? begitulah jahilliyah dlm kehidupan kte. wlupun setitik spoil sume" 
  12. Ape yg merbahaya adalah apbl kita telah 'lemah', 'slow', 'culas' namun masih merasakan diri ok. Jom sama2 KITA mengelakkan diri KITA drpd semua perkara ini 'dihiasi' dan kita redha dgnnya (^___^) 
  13. if u want to go fast, travel alone, if u want to go far, travel together....
  14. "setiap nafas kita amik mesti untuk dakwah,..agak2 kalau bukan dakwah..tahan nafas tajdid balik niat..baru amik nafas baru""
Allahu. Kau berikan lah kami, hamba-hambaMu yang lemah dan penuh noda, kekuatan untuk terus thabat di atas jalan ini. Sesungguhnya. Kau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini lemah tanpaMu. Hati-hati ini kerdil tanpaMu. Kau kurniakanlah kekuatan pada kami. Dalam menempuh hari yang mendatang. Dalam menempuh duri-duri yang tertaburkan meratai jalan da'wah ini. Ampunkan dosa kami. Ampunkan dosa kami.

Dekat Dihatiku, Nazrey Johani
Hatiku kembali tersentuh
Membisik untuk pulang ke sana
Di balik pergunungan itu
Di laman kedamaian kita

Biarpun ku jauh di sini
Namun tak pernah lupakanmu
Itulah sebagai tandanya
Hiasan sanubari ini
Hanya kau yang amat ku sayang

Andai kau dengar lagu ini
Walau di mana dikau berada
Yang hidup atau yang telah tiada
Mengertilah wahai saudaraku
Dikaulah yang amat ku rindu
Yang ku sayang buat selamanya

Tapi apalah daya diriku
Tak terucap lagi di bibir
Walau air mata mengalir
Ku tabahkan demi mereka
Kerna ku tahu ku kan pulang jua

p/s: berkongsi secubit kekuatan (quwwah) dari sebuah kerinduan :')

Tuesday, April 9

Terhilangkan



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Wahai. Sambut salam ku walau dalam madah kesibukkan duniawi yang tak pernah malap.
Benar. Hidup ini satu senda gurau.
Melihatkan mereka yang timbul tenggelam dek lautan kebingungan buat ku bimbang.
Adakah da’wah ku da’wah palsu atau lebih teruk daripada itu?
Ayuh. Muhasabah waktu.
Ke mana pergi detik-detik emas yang tuhan beri?
Ke mana pergi sihat tubuh yang tuhan pinjami?
Ke mana pergi kudrat zahir yang tuhan kasi?
Ke mana?!
Ke pinggiran neraka atau tepian syurga?

Menempelak diri.
Aku merasakan suatu kegagalan yang tak mungkin bisa terobatkan.
Aku gagal dalam membina diri.
Aku gagal dalam membina ummah di persekitaran.
Lebih ironi.
Aku gagal walau dikurnia nikmat yang berbagai.
Aku punya teman persaudaraan.
Aku punya bulatan.
Aku punya segala apa yang sehimpun manusia dahagakan.
Namun. Aku bodoh!
Bodoh kerana kejahilan itu masih belum mampu ku penjarakan.
Belum ku gari, belum jua ku buangi.  
Karena terbodohkan rona-rona dunia yang mengasyikkan, aku terjelopok, jauh ke lembah keinsafan.

Membilang bintangan terang di angkasa.
Memberi ku puas yang tidak terungkapkan oleh lafaz, tidak termaknakan dengan kata-kata.
Dan benar jua kata sahabatku, “jika mahukan bintang, kau harus berdiri dalam kegelapan malam yang menghidupkan.”
Jelas. Kini. Aku -setelah ke sekian kalinya- kembali tersudut kegelapan.
Membilang bintangan harapan yang terang malapnya berselisihan.
Aku bingung.
Namun ku pasrah. Kerana kesalahan itu sahih milikku.

Lagi. Ku bilang lagi.
Segala kerdipan cahaya yang ada di langit kehitaman.
Tiada awan. Tiada hujan.
Hanya aku dan sebuah kehilangan.
Kehilangan yang mungkin tak lama perlu ku hadapkan.
Kerna kaki ini sudah penat berlari.
Dari saat teriak tangis ku membising di dewan bedah sehingga ke detik ini.
Aku sering berlari. Berlari dari bahana keputusan.
Keputusan yang menyakitkan namun turut melegakan.
Kerana kini aku tak perlu lagi berlari.
Aku mampu duduk walau tak senyum. Karena.
Mana mungkin aku senyum tatkala kalendar zaman lalu ku belekkan, hanya ada tompok-tompok lompong juga kehitaman.

Ah!
Ku bilang ku dae’i. Tapi jauh dari menjelma qudwah.
Ku bilang akulah tentera. Tapi aku tersungkur di medan mujahadah.
Ku bilang ku kesatria. Tapi aku layu menongkah mehnah.
Ku bilang mahukan syurga, Tapi neraka juga ku hampiri.
Mana pergi warasku yang dulunya menjadi tonggak?
Menjadi tonggak, dipandu hati yang merajai.
Mungkin waras itu masih ada seperti adanya.
Mungkin raja badan itu yang berpenyakit.
Kerna. Objek da’wah kita adalah hati.
Dan. Bagaimana mungkin tabib yang sakit mampu merawati?

Ya. Aku akui benar.
Hati ku yang sakit.
Iman ku tidak seteguh karang di lautan.
Tidak pula semesra bayu di tepian pantai.
Hati ku keras kerana tidak dibajai sebenar-benar taqwa.  
Hati ku keras kerana tidak dibelai lembutnya merdu tilawah.
Hati ku keras kerana tidak ditegakkan solat di pertiga malam.
Hati ku keras kerana menafikan lazatnya ukhuwah fillah.
Hati ku keras kerana mungkin aku tidak benar ikhlas di arena ini.
Semut hitam di batu hitam kala malam kelam?
Ah! Sungguh jauh terasakan.

Segala-segalanya kini. Sesalan. Tangisan. Rintihan.
Tiada guna kerana putaran waktu tak mungkin berbalik arah.
Perlu pandang ke hadapan, aku tahu.
Perlu maju berjalan tegak, aku tahu.
Perlu sapu tangis yang membasah, aku tahu.
Kerana sasaran ku di sana, bukan di belakang bebayangan semalam.

Akhi sayang
Maafkan aku kerana terpaksa pergi
Maafkan aku kerana kini kau sendiri
Maafkan aku kerana aku hanyalah al-akh yang tidak mengenang budi
Maafkan.. maafkan.. maafkan..
Semuga hati kita tetap terpaut
Kerana ukhuwah fillah tak akan pernah luput