Pages

Followers

Tuesday, April 9

Terhilangkan



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Wahai. Sambut salam ku walau dalam madah kesibukkan duniawi yang tak pernah malap.
Benar. Hidup ini satu senda gurau.
Melihatkan mereka yang timbul tenggelam dek lautan kebingungan buat ku bimbang.
Adakah da’wah ku da’wah palsu atau lebih teruk daripada itu?
Ayuh. Muhasabah waktu.
Ke mana pergi detik-detik emas yang tuhan beri?
Ke mana pergi sihat tubuh yang tuhan pinjami?
Ke mana pergi kudrat zahir yang tuhan kasi?
Ke mana?!
Ke pinggiran neraka atau tepian syurga?

Menempelak diri.
Aku merasakan suatu kegagalan yang tak mungkin bisa terobatkan.
Aku gagal dalam membina diri.
Aku gagal dalam membina ummah di persekitaran.
Lebih ironi.
Aku gagal walau dikurnia nikmat yang berbagai.
Aku punya teman persaudaraan.
Aku punya bulatan.
Aku punya segala apa yang sehimpun manusia dahagakan.
Namun. Aku bodoh!
Bodoh kerana kejahilan itu masih belum mampu ku penjarakan.
Belum ku gari, belum jua ku buangi.  
Karena terbodohkan rona-rona dunia yang mengasyikkan, aku terjelopok, jauh ke lembah keinsafan.

Membilang bintangan terang di angkasa.
Memberi ku puas yang tidak terungkapkan oleh lafaz, tidak termaknakan dengan kata-kata.
Dan benar jua kata sahabatku, “jika mahukan bintang, kau harus berdiri dalam kegelapan malam yang menghidupkan.”
Jelas. Kini. Aku -setelah ke sekian kalinya- kembali tersudut kegelapan.
Membilang bintangan harapan yang terang malapnya berselisihan.
Aku bingung.
Namun ku pasrah. Kerana kesalahan itu sahih milikku.

Lagi. Ku bilang lagi.
Segala kerdipan cahaya yang ada di langit kehitaman.
Tiada awan. Tiada hujan.
Hanya aku dan sebuah kehilangan.
Kehilangan yang mungkin tak lama perlu ku hadapkan.
Kerna kaki ini sudah penat berlari.
Dari saat teriak tangis ku membising di dewan bedah sehingga ke detik ini.
Aku sering berlari. Berlari dari bahana keputusan.
Keputusan yang menyakitkan namun turut melegakan.
Kerana kini aku tak perlu lagi berlari.
Aku mampu duduk walau tak senyum. Karena.
Mana mungkin aku senyum tatkala kalendar zaman lalu ku belekkan, hanya ada tompok-tompok lompong juga kehitaman.

Ah!
Ku bilang ku dae’i. Tapi jauh dari menjelma qudwah.
Ku bilang akulah tentera. Tapi aku tersungkur di medan mujahadah.
Ku bilang ku kesatria. Tapi aku layu menongkah mehnah.
Ku bilang mahukan syurga, Tapi neraka juga ku hampiri.
Mana pergi warasku yang dulunya menjadi tonggak?
Menjadi tonggak, dipandu hati yang merajai.
Mungkin waras itu masih ada seperti adanya.
Mungkin raja badan itu yang berpenyakit.
Kerna. Objek da’wah kita adalah hati.
Dan. Bagaimana mungkin tabib yang sakit mampu merawati?

Ya. Aku akui benar.
Hati ku yang sakit.
Iman ku tidak seteguh karang di lautan.
Tidak pula semesra bayu di tepian pantai.
Hati ku keras kerana tidak dibajai sebenar-benar taqwa.  
Hati ku keras kerana tidak dibelai lembutnya merdu tilawah.
Hati ku keras kerana tidak ditegakkan solat di pertiga malam.
Hati ku keras kerana menafikan lazatnya ukhuwah fillah.
Hati ku keras kerana mungkin aku tidak benar ikhlas di arena ini.
Semut hitam di batu hitam kala malam kelam?
Ah! Sungguh jauh terasakan.

Segala-segalanya kini. Sesalan. Tangisan. Rintihan.
Tiada guna kerana putaran waktu tak mungkin berbalik arah.
Perlu pandang ke hadapan, aku tahu.
Perlu maju berjalan tegak, aku tahu.
Perlu sapu tangis yang membasah, aku tahu.
Kerana sasaran ku di sana, bukan di belakang bebayangan semalam.

Akhi sayang
Maafkan aku kerana terpaksa pergi
Maafkan aku kerana kini kau sendiri
Maafkan aku kerana aku hanyalah al-akh yang tidak mengenang budi
Maafkan.. maafkan.. maafkan..
Semuga hati kita tetap terpaut
Kerana ukhuwah fillah tak akan pernah luput

No comments:

Post a Comment