Alhamdulillah. Tadi baru selesai jawab soalan biologi. Susah tu memang
susah. Tapi saya tidak kisah. Senyum sahajalah. Hahah. Ok. Tadi. Dalam ekzem
ada satu soalan tu, dia tanya pasal gas rumah hijau (baca: greenhouse gas).
Saya tidak ingat pula soalan penuhnya. Tapi. Dalam jawapan yang saya beri ada
satu perkataan, yang bagi saya sangat menarik. Cuba teka apa perkataan tu? Hm.
Tak tahu? Tu hah! Perkataan kat title tu. Iaitu atmosfera (note: jawapan saya,
dalam bahasa inggeris tahu-> atmosphere.. heheh.. Er.) Okayyyyy?? Then?? Hm.
Entahlah. Saja-saja nak sebut. Tetiba rasa perkataan tu macam sangat best. :)
Baru-baru ni saya bersihkan kipas dalam bilik (tiba-tiba tukar topik..
Eheh..). Dan Alhamdulillah. Sekarang nak tidur rasa sejuk je. Nyaman je. Tidak
lah macam sebelum-sebelum ni. Panas. Berpeluh. Payah mahu tidur. Haih. Mengeluh
panjang. Bila saya fikir kembali. Masalah bilik panas ni sebenarnya dah lama
berlaku. Cuma saya sahaja yang bermalasan untuk berikhtiar. Kalaulah saya
membersihkan kipas tersebut lebih awal. Pasti kebarangkalian untuk saya tidur
dengan lebih lena sebelum-sebelum ni lebih tinggi. Alaah! Bukan susah sangat
pun. Ambil kain lap. Basahkan sikit. Ambil kerusi. Panjat. Dan bersihkan
habuk-habuk hitam yang ada di bilah-bilah kipas. Dan anda akan dapat menikmati
kipas pada kemampuan penuh. Nah! Tak susah.. Kan?? Hm. Kenangan oh kenangan.
Saya pun pelik. Kenapa saya malas yeh? Adakah saya terlalu mengharapkan
agar roommate saya membersihkannya terlebih dahulu? Adakah saya bersangka baik
dengan kipas dengan menyatakan kepanasan ini bukan salah kipas? Adakah saya
cuba redha dan bermujahadah melawan kepanasan? Adakah saya sememangnya tidak
tahu-menahu akan tanggungjawab saya untuk membersihkan bilah-bilah kipas tersebut?
Hm. Banyak betul soalan. Ironinya. Walaupun saya dah ada skema jawapan untuk
setiap soalan kat atas ni. Saya masih berdiam diri. Mengharapkan keajaiban.
Mana lah tahu. Nanti tiba-tiba doraemon mahu bagi saya pinjam saku 4 dimensi
ke.. Kan? Kan? Okay. Mengarut.
Wahai. Macam tu lah (kebanykkan) kita sebenarnya. Banyak bertanya
walaupun sudah tahu jawapannya. Kalau bertanya untuk kepastian tidak mengapa.
Tapi. Ini bertanya, untuk mencari jawapan yang hanya sedap didengar sahaja.
Aduhai. Terimalah kenyataan wahai [penulisjalanan] kipas itu memang perlu
dibersih. Kalau bukan diri anda siapa lagi mahu melakukannya.. Kan? Anda ada
tangan. Anda ada kaki. Anda ada Tuhan. Mahu apa lagi?!
Haish. Apa yang saya bebelkan dari tadi ni? Macam tidak bawa manfaat pun
entri ni. Hm. Eh, ye ke takde? Jom kita cuba gali manfaat dan ibrahnya
sama-sama. Jom!
(Bagi saya) Kemampuan/ kapasiti seorang dae’i ini boleh diibaratkan
seperti kipas angin. Kita boleh on off bebila masa yang kita nak. Dan ikut
logik akal. Kita mestilah nak bukak kipas bila ada orang (nota: orang di sini
adalah termasuk dengan diri dae’i itu sendiri ya), kan? Kalau takde orang, nak
bukak kipas buat apa? Dan. Kat atas bumi ini tak pernah lagi ada shortage
populasi manusia. Setakat ni semua pelosok peta ada manusia. Kat timur. Kat
barat. Kat utara. Kat selatan. Kat depan laptop (anda). Dan pelbagai lagi
tempat yang variasi. Disebabkan itu juga tugas seorang dae’i tak akan selesai
selagi ada manusia. Jadi. Bila nak selesai tugas seorang dae’i ni? Jawapan
mudah. Bila orang dah takde lah. Er. Bila pula tu? Bila sangkakala pertama
tertiupkan. Atau bila dah masuk dalam kubur.
Namun. Kapasiti seorang dae’i biasanya tak mampu terpenuhkan kerana
adanya habuk-habuk hitam yang melekat pada bilah. Bilah yang mampu memberi rasa
nyaman pada manusia di sekeliling. Bilah yang bisa melukakan jasad yang
bernyawa. Bilah yang berkapasiti untuk memberi keselesaan dan manfaat pada
setiap yang ada (sepatutnya lah). Kasihan. Kerana pabila bilah ini terkotorkan,
tiada yang mahu membersih. Hanya suka melihat dan menunggu satu pertolongan.
Hadoi. Dae’i mana boleh macam tu boh! Dah tahu payah nak bergerak (sebab adanya
kekotoran), kena lah cepat-cepat sental dan hapuskan. Kalau kita tak bersihkan.
Sampai bila-bila lah orang di sekeliling kita ni payah nak terima kewujudan
kita.
Ya. Mungkin mereka (termasuk ikhwah) nampak kesalahan kita. Tapi. Nama
pun manusia kan. Sesetengah orang tu lebih suka bersangka baik dengan harapan
kita akan berubah sendiri. Ada pula yang selalu berdoa agar keajaiban berlaku
tapi tak pernah bertindak terlebih dahulu. Ada tu bermujahadah tak mahu tegur
kerana takut terasa diri ini lebih baik. Sesetengah orang tu lebih suka mencaci
daripada pergi menabur budi. Dan amatlah sedikit orang yang mahu menabur
budi.
Disebabkan berlakunya fenomena-fenomena di atas ni lah. Kita sendiri
perlu bertindak. Tak perlu tunggu orang lain. Alaah. Bukan susah pun. Hm. Fikir
sekejap. Eh. Maaf-maaf. Saya tipu. Saya tahu mujahadah melawan jahiliah ini
memang payah (saya pun masih bertungkus lumus melawannya. Peluh besar). Tapi
apalah nilainya kepayahan/ kepahitan ini jika dibandingkan dengan ganjaran
sorga yang menunggu bagi orang yang bermujahadah untuk redha allah (sila rujuk al-‘Ankabut;
29:69 yeh). Mujahadah, akhie. Jangan biarkan benign tumor itu menjadi
maglinant tumor yang akhirnya membunuh dari dalam. (Cewahh..! Budak medik
siot!) Juga. Sudah fitrah kipas. Ia akan acap kali dihabuki kembali. Namun.
Gagahilah jua. Bersihkan semula. Agar kipas kembali berputar ligat. Kita mampu beraksi
hebat.
Jadi. Macam mana? Apa nak kena buat? Bagaimana nak berubah jadi budak
baik? Kan kita semua mahu jadi super saiya tahap ke lapan. Begini. (Pendapat
saya) Dalam kembara untuk berubah, perkara paling vital adalah suasana atau
saya suka panggil atmosfera (kenapa atmosfera? Sebab atmosfera melingkupi
sesuatu yang sangat meluas). Apa yang kita perlukan sekarang adalah atmosfera
da’wah dan tarbiyyah. Kita mahu hirup udara tarbiyyah. Kita mahu dipancari
cahaya dari pesona tarbiyyah. Kita mahu duduk di bumi tarbiyyah. Malahan. Kita mahu
dikelilingi oleh segala mak datuk unsur ketarbiyyahan yang ada. Dari sebesar
zarah sehinggalah sebesar paus celup tepung.
Masih teringatkah anda akan kisah seorang lelaki yang telah membunuh 100
orang dan mahu bertaubat serta berubah? Masih ingatkah anda apa cadangan syeikh
kedua yang ditemui lelaki tersebut pabila ditanya tentang kehendaknya itu? Tak
ingat? Hm. Tak mengapa. Syeikh tersebut kata (lebih kurang), “Pergilah kau ke negeri di hujung sana.” Logiknya
saya berfikiran. Mengapa perlu pergi jauh-jauh untuk berubah dan bertaubat? Berdiam
sahajalah di negeri asal lantas bertaubat. Kan itu lebih mudah dan pantas?
Bagaimana? Pendapat anda pula? Kening kening.
Bila difikir dalam-dalam. Untuk pergi ke ‘negeri’ hujung sana adalah
cadangan yang tersangatlah tepat. Kerana apa? Kerana dengan berangkatnya pemuda
tersebut ke sana, sudah wujudlah satu elemen yang sangat penting lagaknya. Iaitu elemen mujahadah. Wahai. Payah kot nak
tinggalkan rumah. Payah kot nak tinggalkan katil yang empuk dan kipas yang
berputar ligat. Payah kot nak tinggalkan sanak saudara sahabat handai dan
segala bagai. Payah! Bila payah, baru lah muncul mujahadah. Kalau mudah, saya
tak kategorikan sebagai mujahadah. Saya panggil mudahaje.
Krikk krikk. Fine. Tak lawak.
Next. Kenapa perlu pergi tempat yang jauh? Pergi sahajalah ke bilik
sebelah. Atau jauh sedikit; pergi sahajalah berpindah ke blok sebelah. Kan?
Jawapan saya adalah atmosfera. Atmosfera itu penting. Mungkin sahaja di tempat
asal kita ni tidak begitu kondusif untuk kita melakukan lompatan saujana.
Mungkin udaranya sudah tercemar dek gas rumah hijau. Mungkin tanahnya sudah
tandus. Mungkin masyarakatnya porak peranda. Mungkin kipasnya masih berhabuk
uhuk uhuk. Sehinggakan suasana yang tidak kondusif ini menjadi penghalang untuk
kita henshin (bertukar). Lihat sahajalah pula kepada kisah sekumpulan pemuda
dalam surah al-Kahfi. Mereka telah pergi menyelamatkan diri ke sebuah gua
manaentah (tika zaman tersebut, tiada yang tahu pasal gua tu.. sebab tu saya
cakap manentah). Begitulah kisah nya dengan diri kita. Pergilah cari ‘gua’. Pergi
dauroh ke.. uhuk uhuk.. Eh. Heheh. Senyum keji. Kenyit mata.
Harapnya. Sampailah dua poin pokok yang saya nak bawa. Iaitu urgensi
membuang habuk-habuk jahiliah dan kepentingan atmosfera untuk berubah menjadi
musang ekor sembilan. Hm. Apa lagi ya? (Sambil pandang atas.. pandang kipas..
fikir apa lagi nak tulis.. uish.. laju plak kipas ni.. nyaman.. nyaman.. eh!!
ini monolog dalaman.. anda mana boleh baca.. hahah..)
Kita mahu at-most-sfera (ada banyak lapisan)..
bukan at-least-sfera okeh?
bukan at-least-sfera okeh?
Sekian :D
(ps: jazakallah kepada roommate yang
membeli obat batok.. sekarang.. dah bertambah satu benda nak cerita kat sorga
nanti.. in sha allah..)
:D
ReplyDeletesenior pernah bercerita, katanya atmosfera ini mungkin sudah bercampur dgn hembusan nafas para anbiya, syuhada dan para penghuni syorg yg lain.