Pages

Followers

Monday, April 15

Pepohon


Alam. Makhluk ciptaan Tuhan. Kita juga sebahagian dari alam. Jom berguru dengan alam: 
Kita tanam pokok. Berbudi pada tanah. 
Kita siram pokok, membasahi bumi kekering kontangan. 
Kita jaga pokok, agar ia membesar dan mampu bawa manfaat. 
Baik pada kita mahupun alam sejagat. 
Pokok boleh bekalkan oksigen. 
Pokok boleh lindung kita dari terik mentari. 
Pokok boleh beri kita buahan yang enak. 
Pokok boleh beri teduhan dari kehujanan. 
Pokok boleh beri kita rezki yang tak berbelah bagi. 
Pokok boleh jadi habitat para hidupan. 
Pokok boleh jadi sumber makanan sekalian penghuni alam. 
Tapi itu dulu, 
Sekarang dah lain. 
Tanah tak semesra dulu. 
Kita perlu cari tanah yang sesuai. 
Digembur, ditambah baja. 
Dicabut buang rerumput liar. 
Disiram air yang berkadaran. 
Teknik juga kena betul. 
Jika siram pada dahan, manakan tumbuh. 
Jika siram pada daun, manakan subur. 
Siramlah pada usul bukan pula pada furu’nya. 
Selepas itu. 
Barulah pohonan akan tumbuh. 
Membesar bebas membelah langit. 
Mendongak tinggi dan tinggi lagi. 
Baru nampak puncaknya. 
Namun. 
Bila pokok dah besar. 
Jangan di ingat tak akan dikacau. 
Jika tika kecil, burung tiak, kambing, ternakan segala menjadi musuhnya. 
Kini bila besar. 
Pastilah lebih kental gamaknya. 
Melihat pohonan yang tinggi subur 
Pasti ada timbul hasad dalam diri. 
Mulalah berkomplot nak tebang pokok. 
Hadeh. Masalah betul. 
Orang tidak kacau dia, sibuk pula nak kacau kita. 
Lumrah kehidupan. 
Pohon tetap perlu terjaga 
Walau ribut walau banjir besar walau taufan jua yang melanda 
Kerana pohon itu bukan pohon biasa 
Kerana pohon itu luar dari biasa 
Kerana pohon itu 
Baik buat kita mahupun alam sejagat. 
Pohon boleh bekalkan oksigen. 
Pohon boleh lindung kita dari terik mentari. 
Pohon boleh beri kita buahan yang enak. 
Pohon boleh beri teduhan dari kehujanan. 
Pohon boleh beri kita rezki yang tak berbelah bagi. 
Pohon boleh jadi habitat para hidupan. 
Pohon boleh jadi sumber makanan sekalian penghuni alam. 
Pohon penuh manfaat. 
Ketahuilah, ia pohon keimanan. 
Kenalah jaga betul-betul boh!

No comments:

Post a Comment