Pages

Followers

Monday, April 29

Kroni

Realiti dan hakikatnya, pilihanraya umum 13 sudah makin dekat. Dan amatlah payah untuk saya elak daripada terbaca komentar atau status yang berelemenkan politikus di Malaysia. Amat payah. Kerana ramai pula rakan mukabuku yang tiba-tiba sahaja meraksasa mengalahkan raksasa gorgon bertanduk tiga. Ada yang meluahkan apa yang terbuku. Ada yang kongsi (baca: share) berbagai cerita. Ada yang bubuh pautan (baca: link) dari pelbagai sumber. Ada juga yang hanya jadi burung kakak tua. Hm. Mana ultraman mebius ni? Er.

Dan suka pula saya katakan bahawa umur saya masih belum melayakkan saya untuk mengundi mana-mana pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Jadi secara totalnya adalah tiada faedah untuk saya bertungkus lumus mengorek dalam-dalam akan apa yang sedang berlaku. Saya lebih suka mengambil langkah cermat, mengambil tahu tanpa terburu-buru bikin konklusi dengan mengkhinzir buta. Apa sahaja maklumat yang terlambak akan diproses di kepala dan ditapis pakai hati. Kerana di zaman ini kebenaran itu berwarna kelabu. Bukan putih sesuci tika musim salju. Cewaah!

Eh. Macam dah lari ahdaf je. Heheh. Maaf maaf.

Dalam berjuta mainan perkataan yang terlontar dek mulut-mulut manusia di musim PRU ini, perkataan “kroni” merupakan perkataan feberet saya. Bagi saya, perkataan ini adalah unik dan menarik-narik. Perkataan ini menggambarkan hubungan antara dua atau lebih pihak yang sedang mengejar satu mimpi yang sama. Hm. Oh ya. Sila letak tepi (baca: put aside) apa-apa gambaran yang terimaginasi di minda berkenaan perkataan ini. Apa-apa yang negatif sila buang dalam tong sampah kat tepi tu hah. Kalau malas nak buang, meh sini biar saya tolong buangkan. Jom betulkan niat deh :)

Ehem. Ehem. Jujur kata. Saya pada mulanya agak konpius apabila melihatkan berbagai kumpulan yang bergaduh atau bercuka muka. Tambah menyedihkan pabila mengetahui hakikat bahawa di sebalik kepelbagaian kumpulan ini sebenarnya merupakan satu tuju yang sama. Yakni semua kumpulan mahu agar risalah suci tersebarkan dengan luas dan meluas. Namun, yang menghairankan saya adalah kenapa perlu ada perselisihan?

Bukankah ia satu kepelikan, pabila ada dua kereta yang berbeza saling berlanggaran walhal jalan ini adalah satu hala? Bukankah menaikkan hairan, jika ada kereta yang dipandu di sebelah tiba-tiba dilanggari tanpa tujuan? Bukankah mengkonpiuskan, pabila melihat kereta di sebelah lebih ramai penumpang, kita dengan suka-suka pergi merempuhnya? Ini jalan satu hala, kenapa perlu berlanggar sehingga terhapusnya momentum untuk bergerak, sehingga terbantutnya perjalanan menuju abadi? Kenapa?

Pada hemat saya. Satu sebab yang utama adalah tujuan. Mungkin saja arah jalan ini tidak sehala. Kerana pabila jalan ini tidak sehala pasti logik lah jika berlaku kemalangan di jalan raya. Bila mana tujuan yang suci dimanipulasi, akan timbul hasad dalam hati, akan terkotori nafas yang murni sehingga membuahkan konflik yang menggila. Cuba kita fikir secara logik dan penuh hikmah. Adakah betul arah yang kita lalui ini adalah satu arah atau sudah mulai mencapah?

Ingat ye. Seorang pemandu teksi tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertugas menghantar pelanggannya ke destinasi. Bukan pula melanggar atau merosakkan teksi yang lain. Siapa yang cepat, pastilah dia yang dapat penumpang dahulu. Dan bergantung kepada penumpang, yang mana dia lebih mesra atau senang, pastilah teksi itu yang dipilihnya. Jika kita tidak puas hati, sila cakap pada Allah kerana Dia jua lah yang memegang hati-hati manusia. Akhirnya kembali kepada poin pertama, adakah arah kita sama atau sedang mencapah? :)

Bila bercakap pasal perbezaan kumpulan ini. Teramat suka hatinya saya mencontohkan satu kondisi yang ada saya di dalamnya. Suatu kondisi yang berlaku di dalam sebuah kolej yang saya senangi. Begini. Di dalam kolej tersebut terdapat tiga persatuan yang berbeza iaitu HOPE, ISAC dan GNCC. Jelas. Dari perbezaan nama kumpulan-kumpulan ni, masing-masing bergiat dalam aktiviti yang berbeza. Satu kumpulan tertubuh atas dasar palestin. Ada pula diasaskan bagi menyebar islam melalui seni. Dan ada juga diadakan sebagai pembimbing kepada seantero muslimin dan muslimat di kolej.

Namun, hakikat perbezaan ini sebenarnya bertunjangkan satu motif yang sama iaitu untuk melihat dunia ini kekal aman tanpa perang. Er. Maksud saya, untuk untuk menyebarkan da’wah islami dalam apa jua medium yang ada. Hm. Untuk menambah kelazatan cerita benar ini. Di kolej tersebut, juga, adanya satu kuasa besar yang mengawal atau menjadi titik rujuk oleh tiga persatuan yang tadi. Kuasa itu ialah BERKAT. Ketiga-tiga kumpulan tadi tunduk patuh pada BERKAT. Tiada yang melawan apabila pihak BERKAT mengeluarkan arahan atau meletakkan peraturan kerana BERKAT merupakan satu kumpulan tertinggi yang amatlah layak untuk dithiqahkan. Sami’na wa ato’na gua cakap lu. Tak berani lawan punya. Patuh baik je. Tak adanya nak main cakap belakang-belakang. Atau nak jatuhkan sesama sendiri. Akibat menyedari hakikat perbezaan ini juga berbalik kepada tujuan yang sama.

Hm. Poin saya. Zaman sekarang ni masih belum ada “BERKAT” yang mampu menaungi kumpulan-kumpulan kecil yang sedang berjuang di atas lebuh raya ke Sorga. Masih belum ada. Buktinya. Di saat peristiwa pada 1924 dahulu, masih belum ada satu pun grup yang berjaya kembali menegakkan sistem khilafah yang dahulunya tertumbangkan. Jadi, jelas di situ. Walaupun beribu riban kumpulan yang sedang bergiat aktif dalam mencapai “ustaziatul alam” (nota: mungkin ada grup menggunakan istilah yang berbeza tapi konsepnya tetap sama), masih belum ada satu kuasa yang bisa mencakupi semua kumpulan tersebut. Mungkin sahaja tidak akan ada selagi khilafah belum tertegakkan. Suka saya kuot sebuah kata-kata lejen dari Hassan al banna:

“Kita bersepakat di atas perkara yang kita sama-sama setuju, dan berlapang dada di atas perkara-perkara yang kita perselisihkan”

Persoalan sekarang. Di era tiada khalifah ini. Apakah sikap kita pada mereka yang berlainan kumpulan daripada kita? Hm. “innamaa waliyyukumullah wa rasuluh wallazii na aamanu.. Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman..” (surah al-Ma’idah; 5:55). Berpandukan ayat ini, saya yakin. Perbedaan kumpulan ini bukanlah satu kepincangan selagi tidak bercanggahkan al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan ia adalah sesuatu yang saling menguatkan. Kerana siapa lagi penolong kita atau gemar saya ungkapkan: Siapa lagi kroni kita selain daripada Allah dan RasulNya kalau bukan orang-orang yang beriman. Jadi. Apa guna nak gaduh-gaduh kalau kita semua mahu capai satu tujuan?

Perselisihan itu mungkin terwujud dek silap penggunaan kata. Pertembungan itu mungkin terhasil dek dua arah yang berlawanan. Percakaran itu mungkin tertimbul dek berbeza kefahaman. Dan ketaqwaan jualah yang menyatukan hati-hati kita. Kerana kita akhirnya adalah bersaudara: “innamal mukminuna ikhwah..; sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..” (al-Hujurat; 49:10). Selagi mana kita berpayung di bawah panji Islam dan melaksanakan amanah da’wah, senantiasalah berlapang dada dan berbaik sangka demi mengejar redha Allah.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl; 16:125)


Jum kita sama-sama buat kerja. Jangan nak duk condemn sape-sape. Kerana kita adalah kroni di bawah panji yang sama :)

(p/s: Beberapa hari lagi sebelum hekzem bermula.. Dup dap.. dup dap..) 

Friday, April 19

Pejam

Jangan berhenti berlari lagi. Jangan difikir. Kerana dunia masih hidup dan kau juga masih. Kalau juga berlari tak mampu. Tak mengapa. Berjalan pun okay. Asalkan jangan berhenti di kali ini. Tersebabkan garisan penamat masih belum menjelma depan mata-mata. Jadi. Berhati-hati dan perhatikan tingkah dunia yang keliru. Keliru dek gelombang frekuensi sang musuh yang tak senang. Oh jangan kau bimbang. Dalam dunia ni kau tak seorang. Masih ada mereka di sana yang belum kecundang. 

Namun. Jika bimbang masih meraksasa, harus pejamkan sahaja mata. Cipta bayangan. Impikan mimpi. Kejar anganan bawah langit bumi. Cepat. Mimpikan satu mimpi. Senyum walau tiada yang langsung sedari. Di balik muram kau simpan. Satu nyalaan bara semangat tak terpadamkan dek ribut taufan yang tiba-tiba sahaja melanda entah dari mana. Mimpikan. Impikan. Sebuah kesejahteraan yang kau di dalamnya. Melompat riang merentasi sungai-sungai di bawah kaki. Duduk di barisan dipan-dipan dikeliling bidadari. Tercipta mahligai indah hasil seruan yang kau sampaikan. 

Lagi. Impikan. Sebuah wajah suci Tuhan yang kau idamkan. Sejak mula kau lahir. Hingga mata terpejam. Mana mungkin kau mahu kecewakan wajah di hadapan cermin yang kau sedang lihatkan. Di kala kaki menjejaki. Salam sejahtera buat tetamu yang hadir ke taman-taman. Oh bahagianya! Katakan apa. Mintaklah sahaja. Hajat itu pasti terkabulkan tanpa sempat mahu kelip mata. Alangkah. Indahnya syurga. Kau bayangkan lagi. Sebuah keindahan yang kau di dalamnya. Menikmati. Melewati sebuah taman suci meluas. Dan pasti terdengar suara-suara. Memekik melolong. Kecemburuan. Melihat kau senang di puncak. Duduk gembira bahgia. 

Itu. Suara mereka yang kecundang di garis mula. Suara mereka yang kini dalam kelompok neraka. Suara mereka yang tak gagah melawan durjana dalam diri. Suara mereka yang ada penyakit dalam hati. Mereka melihat kau dari bawah. Dari neraka berapi. “Alangkah bagusnya kalau dulu ku beramal. Oh Tuhan! Kini ku melihatkan. Kini ku percayakan. Kini ku beriman. Turunkan aku ke bumi agar mampuku menghambakan diri.” Sekali-kali tidak! Ruang taubat telah terkunci ketat. Pintunya dikatup rapat. Tiada lagi ruang keampunan bila tiba kematian. 

Kau yang berada di syurga hanya mampu tersenyum melihat mereka dibawah sana. Tapi. Bila kepala mula mendongak riak. Terlihat pula oleh kau mereka di syurga lapisan atas. Buat mereka yang lebih berjasa serta lebih layak amalnya. Di saatnya itu. Cemburu juga pastikan timbul. Sesalan pastikan datang. Kau terkenangkan detik-detik silam. “Kenapa zikrullah tidak ku gandakan? Kenapa solat malam tidak ku hari-harikan? Kenapa?” Lihatlah! Kau pasti cemburu jua walau kau telah bertapak di syurga. Kerana kau mahukan nikmat yang teratas dengan kudrat sang pemalas. 

Sudah. Berhenti pejamkan mata. Buka! Lihat dirimu. Hitung amalmu. Sejauh mana perjalananmu? Lihat ke belakang. Ah! Garis mula itu hanya setapak jua jauhnya. Baru sedar kau hakikatnya baru bermula. Belum lagi sampai ke checkpoint yang pertama. Bahkan. Karpet merah itu pun belum kau tinggal segala. Ah! Malunya. Jika di awal kau lah singa yang melapar. Kini kau semput menjadi kijang bacul menunggu detik jadi bangkai. Jika dulu kau lah helang terbang tinggi membelah angkasa. Kini kau ayam penakut yang hanya reti riuh pabila hasilnya baru telur sebiji. Jika dulu kau lah super saiya yang berambut keemasan. Kini kau hanya super saiya yang terpotong ekornya. 

Cukup! Jangan lagi pejam. Esok sudah datang.

Pejam mata bukan tidur tapi nawaitu kumulasi energi. Hiyaah!

Tuesday, April 16

Persis

Kisah pemuda pendokong kebenaran dan pemimpin yang zalim:

(Surah an-Nazi’at; 79:18-24)

Dialog antara Musa dan Firaun:
i) Seruan Musa alaihisalam terhadap Fir’aun:
Maka katakanlah (kepada Firaun), "Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan), dan engkau akan ku pimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepadaNya?"
Lalu (Musa) memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar." (79: 18-20)
ii) Respon Fir’aun terhadap ajakan Musa alaihisalam:
Tetapi dia (Fir'aun) mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru (memanggil kaumnya). (Seraya) berkata, "Akulah Tuhanmu yang paling tinggi." (79:21-24) 

***
(Surah Taha; 20: 57-64)

Dialog antara Musa dan Firaun:
i) Cabaran daripada Fir’aun dan jawapan Musa
Dia (Fir’aun) berkata, “ Apakah engkau datang keapda kami untuk mengusir kami dari negeri kami dengan sihirmu, wahai Musa? Maka kami pun pasti mendatangkan sihir semacam itu kepada kamu, maka buatlah suatu perjanjian untuk pertemuan antara kami dan engkau yang kami tidak akan menyalahinya dan tidak (pula) engkau, di suatu tempat yang terbuka.”
Dia (Musa) berkata, “(Perjanjian) waktu (untuk pertemuan kami dengan kamu itu) ialah pada hari raya dan hendaklah orang-orang dikumpulkan pada waktu pagi (duha).”

Tipu daya Fir’aun
Maka (Fir’aun) meninggalkan (tempat itu) lalu mengatur tipu dayanya, kemudian dia datang kembali (pada hari yang ditentukan).

Ancaman Musa dan reaksi pengikut Fir’aun
Musa berkata kepada mereka (para pesihir), Celakalah kamu! Janganlah kamu mengada-adakan kebohongan terhadap Allah, nanti Dia membinasakan kamu dengan azab.” Dan sungguh rugi orang yang mengada-adakan kebohongan.
Maka mereka berbantah-bantahan tentang urusan mereka dan mereka merahsiakan percakapan (mereka).
Mereka (para pesihir) berkata, “Sesungguhnya dua orang ini adalah pesihir yang hendak mengusirmu (Fir’aun) dari negerimu dengan sihir mereka berdua, dan hendak melenyapkan adat kebiasaanmu yang utama. Maka kumpulkanlah segala tipu daya (sihir) kamu, kemudian datanglah dengan berbaris, dan sungguh beruntung orang yang menang pada hari ini.”

***
(Surah az-Zukhruf; 43:51- 54)

Dakwaan Fir’aun
Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir itu milikku dan bukankahsungai-sungai ini mengalir di bawahku; apakah kamu tidak melihatnya? Bukankah aku lebih baik dari orang (Musa) yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?”
Maka (Fir’aun) dengan perkataan itu telah mempengaruhi kaumnya, sehingga mereka patuh kepadanya. Sungguh mereka adalah kaum yang fasik.

***
(Surah al-Qasas; 28:38-39)

Kesombongan Fir’aun dan pengikutnya
Dan Fir’aun berkata, “Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarkanlah tanah liat untukku wahai Haman (untuk membuat batu bata), kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa, dan aku yakin bahwa dia termasuk pendusta.”
Dan dia (Fir’aun) dan bala tenteranya berlaku sombong, di bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.


***
(Surah as-Syu’ara; 26:26-

Dialog Musa alaihisalam dengan Fir’aun:
Dia (Fir’aun) berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, "Apakah kamu  tidak mendengar ( apa yang dikatakannya)?” (26:26)
Dia (Fir’aun) berkata, “Sungguh, Rasulmu yang diutus kepada kamu benar-benar orang gila.” (26:27)

Ancaman Fir’aun terhadap mereka yang ‘berpaling tadah’:
Dia (Fir’aun) berkata, “Sungguh, jika engkau menyembah Tuhan selain aku, pasti aku masukkan engkau ke dalam penjara.” (26:29)

Cabaran Fir’aun terhadap Musa alaihisalam:
Dia (Fir’aun) berkata, “Tunjukkan sesuatu (bukti yang nyata), itu, jika engkau termasuk orang yang benar!”

Perbincangan Fir’aun dengan pengikutnya:
i) Kerisauan Fir’aun
Dia (Fir’aun) berkata kepada para pemuka di sekelilingnya, “Sesungguhnya dia (Musa) ini pasti seorang pesihir yang pandai, dia hendak mengusir kamu dari negerimu dengan sihirnya; kerana itu apakah yang kamu sarankan?”
ii) Cadangan pengikut Fir’aun
Mereka menjawab, “Tahanlah (untuk sementara) dia dan saudaranya, dan utuslah keseluruh negeri orang-orang yang akan mngumpulkan (pesihir), nescaya mereka akan mendatangkan semua pesihir yang pandai kepadamu.”

Hari yang telah ditentukan
i) Penentuan
Lalu dikumpulkan para pesihir pada waktu (yang ditetapkan) pada hari yang telah ditentukan, dan diumumkan kepada orang banyak, “Berkumpullah kamu semua, agar kita mengikuti  para pesihir itu, jika mereka (pesihir) yang menang.”
ii) Kerisauan pengikut Fir’aun dan jawapan Fir’aun
Maka ketika para pesihir datang, mereka berkata kepada Fir’aun, “Apakah kami benar-benar akan mendapat imbalan yang besar jika kami yang menang?”
Dia (Fir’aun) menjawab, “Ya, dan bahkan kami pasti akan mendapat kedudukan yang dekat (kepadaku).”
iii) Keyakinan/ kebodohan pengikut Fir’aun
Lalu mereka melemparkan tali temali dan tongkat-tongkat mereka seraya berkata, “Demi kekuasaan Fir’aun, pasti kamilah yang akan menang.”
iv) Reaksi pengikut Fir’aun setelah mengalami kekalahan
Maka menyungkurlah para pesihir itu, bersujud, mereka berkata, “Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam. (iaitu) Tuhannya Musa dan Harun.”
v) Ancaman Fir’aun terhadap pengikut yang ‘berpaling’
Dia (Fir’aun) berkata, “Mengapa kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu. Nanti pasti akan tahu (akibat perbuatanmu). Pasti akan ku potong tangan dan kakimu bersilang dan sungguh, akan ku salib kesemuanya.”
vi) Pendirian pengikut yang bertaubat
Mereka berkata, “Tidak ada yang kami takutkan. Kerana kami akan kembali kepada Tuhan kami.”
Sesungguhnya, kami sangat menginginkan sekiranya Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami, karena kami menjadi orang yang pertama-tama beriman.”

Fir’aun dan bala tenteranya
Kemudian Fir’aun mengirimkan orang ke kota-kota untuk mengumpulkan (bala tenteranya).
(Fir’aun berkata), “Sesungguhnya mereka (bani Israil) hanyalah sekelompok kecil, dan sesungguhnya mereka telah berbuat hal-hal yang menimbulkan amarah kita, dan sesungguhnya kita semua tanpa kecuali harus selalu waspada.”

***

Kesalahan Fir’aun:
i) Menyesatkan kaumnya
Dan Fir’aun telah menyesatkan kaumnya dan tidak memberi petunjuk (20:79)
ii) Mengaku tuan (master) kepada manusia
(Seraya) berkata, "Akulah Tuhanmu yang paling tinggi." (79:24) 
iii) Mengaku raja kepada manusia
Dan Fir’aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir itu milikku dan bukankahsungai-sungai ini mengalir di bawahku; apakah kamu tidak melihatnya?” (43:51)
iv) Mengaku Tuhan kepada manusia
Dan Fir’aun berkata, “Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarkanlah tanah liat untukku wahai Haman (untuk membuat batu bata), kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa, dan aku yakin bahwa dia termasuk pendusta.” (28:38)


Katakanlah, "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang engkau kehendaki. engkau muliakan siapa pun yang engkau kehendaki dan engkau hinakan siapa pun yang engkau kehendaki. di tangan engkaulah segalah kebajikan. sungguh, engkau maha kuasa atas segala sesuatu" 
(al-Imran; 3:26)



ps: Kitab Muhiithul Muhiith menyebutkan, “Sihir adalah tindakan memperlihatkan sesuatu dengan penampilan yang paling bagus, sehingga bisa menipu manusia.” (rujukan)