Pages

Followers

Saturday, August 27

Mercun vs Khusyuk

Assalamualaikum w.b.t.

Aku harap korang semua tersenyum dan terus tersenyum. Tadi aku pergi solat sunat tarawikh. Korang pergi tak? O.o Em. Kalau kat area rumah aku, jemaah yang memenuhi surau memang ramai. Kecik, tua, muda, remaja, belia benci dadah semua ada. Memang seronok. :D

But there's one problem.
Berdiri tegak dan bersedia menghadap Rabb Yang Esa. Aku mengkhusyukkan diri mengangkat takbir dengan penuh rasa rendah diri. Then, suddenly "BOOOOOM!" Kedengaran bunyi mercun yang begitu 'lunak' dan kurang ajar. Fokus aku terganggu. Segala perkataan ekstrem yang aku belajar selama 18 tahun tiba-tiba memenuhi ruangan pemikiran aku.

'Kurang ajar betul la budak ni. Tak ada tempat lain ke nak main mercun.' <---- Ni ayat paling baik aku boleh kasi. =.='

Kadang-kadang aku pelik, apa yang best sangat main mercun ni? Korang ada tak any reason yang dapat membuatkan hati aku melonjak-lonjak untuk bermain mercun? Bagi aku, tiada sebab yang jelas untuk seorang manusia bermain mercun. Especially time orang tengah sibuk 'online' dengan Allah.

Selesai tarawikh aku pantas beredar. Otak aku ligat memikirkan tentang mercun. Kenapa mercun itu tidak diharamkan seperti rokok? Mercun itu berbahaya. Mercun itu membuang duit dan masa. Monolog dalaman dengan jiwa yang separa memberontak.

Aku teringat kali terakhir aku bermain mercun. Member aku panggil mercun ketupat silinder. Bunyinya amat mengkagumkan. Dan aku juga seronok bermainnya. Sehinggalah suatu hari, aku dimarahi oleh Ayah. From that very moment onwards, aku tak main mercun dah. Aku dah insaf.
So, apa sebab orang nak main mercun? o.O

"Sebenarnya saya mercun sebab nak bergembira dengan kawan saya je."

Gembira? Seriously. Aku rasa korang tak faham maksud gembira yang sebenar. Meh, aku share satu analogi yang agak indah. Bayangkan, korang pergi ke kedai 7Eleven dan membeli topup Celcom bernilai RM50. Tanpa membuang masa, anda terus menggores kad topup tersebut dengan rasa teruja yang maksima. Anda berjaya! Nombor kod itu jelas kelihatan. Setelah memasukkan no kod tersebut dan menekan button send, tertera di skrin, "Tahniah! Anda baru sahaja selesai topup. Sekarang baki akaun anda adalah RM0.00".

Apa perasaan korang? Gembira? Bahagia? Duhhhh. Mesti la bengang kan? Tapi time korang menyalakan sumbu mercun, campak ke udara dan mercun itu meletup, kenapa anda berasa gembira? Bukan dapat apa-apa pun. Like seriously! Apa korang dapat dowh?

"Saya rasa gembira sebab bunyi mercun tu kuat sangat. I like."

Bunyi mercun tu kuat? Maybe kuatlah jugak TAPI bunyi mercun tu tak ada lah lama sangat. Paling lama pun 2 saat je bertahan. Adakah korang suka akan nikmat yang berbentuk sementara? C'mon lah. Gua rasa nikmat pergi melabur dalam tandas tu lagi best kot. Free of charge! Rasa lega pun long lasting. Korang apa de hal? Main mercun pun nak gembira. =.='

"Disebabkan mercun tu bunyik sekejap lah kitorang main mercun banyak-banyak."

Ceit. Tak habis lagi ke? Ooooookay. Satu hari paling banyak, berapa korang main? Aku bajet korang main seratus lah paling banyak pun. Yeala. Nak main banyak-banyak, takut habis stok pulak. Plus, duit raya pon tak collect lagi kan. Then, Emak selalu pesan, membazir tu amalan syaitan. So, kena pandai saving. Betul tak?

Back to the main thingy. Agak-agak 100 kali 2 berapa? Korang kan pandai math. Cepat jawab!

"200 saat!"

200 saat bahagi 60?

"Em. 3 minit lebih-lebih."

Adakah korang rasa itu sebagai lama? Shoot! Tak ada lah lama sangat. 3 minit jea pun. Kesian aku tengok korang. Kesian seperti baru sudah menonton filem kat TV3. Klise dan menyedihkan. Okay. Sorry. Tiada berkaitan.

Last words from me, harap-harap kalau korang memang nekad nak main benda alah mercun ni, korang main lah kat tempat lain. Jangan ganggu jemaah yang sedang 'online'. :)

'Till next post. Thank you.

p/s: Mercun = Damn annoying thing! =.='

Thursday, August 25

TAIKO YANG LEMBUT HATI

Assalamualaikum w.b.t.

Nama gua Taiko. Gua harap lu semua sehat-sehat dan rajin qiam malam-malam. Qiam untuk ibadat tahu, bukan qiam tengok Manchester United menang 3-0. :P


Hari ni gua ade satu story nak bagi tahu lu orang. Benda ni berlaku 2-3 minggu sudah. Tapi gua baru teringat nak post kat blog sempoi gua ni. Kalau lu perasan la, gua dah 2 bulan jadi warga Kolej MARA Banting (KMB). Gua bukan nak kerek sangat pon, gua nak share pengalaman gua je.

Bila lu atau any relative lu masuk KMB, that person itself kompem kena buat extenal CAS (EC). External CAS ni benda alah apa plak en? Cam mengarut je. Okay. Cakap senang, benda alah ni macam an activity yang ada kaitan dengan masyarakat la. In our case, masyarakat PDK ngan orang asli.

But wait! PDK tu ape bro? Klik link DI SINI. Lu baca la sendiri. :) 

Group aku kena EC dekat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kajang. First time kowt, gua, seorang taiko versatile, ganas dan sedikit beradab kena berkhidmat kat tempat-tempat cenggini. Gua memang agak angin gak ah kan. Gua belajar tinggi-tinggi tapi kena hantar kat tempat macam ni.

Ceh, ayat bajet giler kowt. Muahahaha. xD

Sampai-sampai je, gua kena sambut dengan warga PDK Kajang. Kat sini adalah brader and sistah yang down sindrome, hyperactive and so on. Taiko dorang ialah Puan Yun. Dan aku amatlah tersentuh bila seorang taiko berkata,

"Kami kat sini tolong jaga....bla..bla...bla.. sebab mereka semua ni (yang terbabit sahaja) dah confirm masuk syurga. Mudah-mudahan kami dan orang yang berbakti kat sini pun dimudahkan urusan untuk ke syurga.

Jiwa kental dan solid gua ni pun bole tersentuh dek kata-kata taiko tersebut. Kompem masuk syurga bro! Lu ape de hal?! Dah ada tiket nak fly masuk syurga ke? Gua insaf sebentar. :')

Kat sini gua paling tak boleh blah dengan satu brader ni. Nama dia Safwan kot, warga yang hyperactive. Serious gua tak tipu! Kebetulan time gua ngan konco gua datang, dorang semua tengah practice persembahan dikir barat untuk satu dinner amal.

Gua duk perhati sorang-sorang kat situ. Heish. Ada ke yang boleh buat persembahan? Agak skeptikal di situ. Maafkan diri ini yang tetiba paras ego melepasi aras maksimum. =.='

Tapi gua duk dengar-dengar penjaga kat sana sembang. Dorang cakap brader Safwan ne pandai main percussion. "WOW!" gua agak kagum ah. Gua nak main ketuk-ketuk pun tak berapa nak bunyik. 180 degree, gua punya perception tentang diorang berubah. Gua malu sendiri.
Apa yang gua nak tekan kan kat sini, adalah Allah, tuhan kita dah jadi kan manusia tu sebaik-baik kejadian. Lu orang tak payah nak sibuk-sibuk menggedik nak merendah-rendahkan diri dengan kadar yang terlalu. Everybody has their own super special ability la der.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."


Bahasa yang agak berlainan telah digunakan menerusi entri ini. i hope the real message i want to convey are explicitly receive by you. Bye.

p/s: Sekarang fasa ke-3 Ramadhan. Em. Perlu menggunakan saki baki hari (peluang) yang ada sebaik-baiknya. Kerna tahun depan tak tentu lagi akan ketemu. Jom super gandakan ibadah. Iosh! xD

Friday, August 12

BEAUTIFUL IS TWO

Assalamualaikum w.b.t.

I hope you all are having a splendid time fasting in the holy month of Ramadhan. :)

Class Assignment.
DURING the English class, the teacher asks the class to define the word beauty based on the quote given by her. And the quotation my group received was, “It is better to be beautiful than good. But it is better to be good than ugly.”

WE, the magnificent creation of Allah s.w.t. are made with the desire to adore anything beautiful. But what is beautiful? O. o

WELL, from my point of view, beautiful is about having a well-mixed combination of nice appearance and nice attitude. Beautiful can’t stand only by having a wonderful physical appearance but it must be accompanied by having a nice manner too.

Theory of K: Beautiful is Two.
TO make a long entry short, I present you (drum roll) from the mathematical point of view, under the theory of K*: Beautiful Is Two.

Given appearance=1 and attitude=1.
So,
Beautiful = Appearance + Attitude → 1+1 = 2
Ugly = - Appearance + (- Attitude) → -1+(-1) = -2
Good = ± Appearance + Attitude → ±1+1 = 0* or 2
Bad = ± Appearance + (- Attitude) → ±1+(-1) = 0 or -2

We can conclude that,
Beautiful ≥ Good ≥ Bad ≥ Ugly

Why both bad and ugly shares the value of -2?
Let, Attitude =Akhlak = Extreme value.
We can deduce that, without akhlak, value of the person itself is very low. 
So, let us all improve our akhlak based on the holy Quran and As-Sunnah. :)

(* by havin’ the value 0, I didn’t mean that a good person is a zero person. It’s just a numerical value though.)

p/s: For your information, now (upon this entry is written) we are in the second phase of Ramadhan; the phase of forgiveness. So, grab this golden chance to purify our sins and wrongdoings. :D

Saturday, August 6

MEMBINA ASAS 'KLCC'.

Assalamualaikum w.b.t.

HEH, aku ada soalan. Korang pernah pergi KLCC tak? Paling kurang pun, korang tahu tak KLCC ni makhluk apa? Yep, aku confirm the majority of us kenal and tahu apa itu KLCC. KLCC ni singkatan kepada Kuala Lumpur Convention Centre, menara berkembar tertinggi kat dunia.
"WHAT?! Tertinggi kat dunia?!"

YEP. Tertinggi kat dunia la, bro. Ko tak tahu ke? Tak percaya? Okay. Give me a name of any tallest twin towers in the world. Tak ada kan? Kat Malaysia je ada stok menara berkembar yang tertinggi ni. Hebat tak? Well, tu muqadimmah je. Pembukaan atau pun intro entri kali ni. Jom! Kita masuk the main topic for this entry, which is ‘Membina Asas KLCC’

BEFORE this, aku ada join something macam gathering yang membicarakan tentang pembinaan KLCC. Bila aku dengar pasal ni, aku rasa macam ‘‘WOW! Cool giler.’’ So, that’s why aku nak sangat sangat share pasal benda ni dengan korang semua.


TAHUKAH korang asas atau foundation kepada KLCC ne telah disiapkan dalam masa kurang lebih 3 tahun. Hasil usaha mat indon, bangla dan yang seantero dengannya, tercatatlah nama Malaysia kat atas peta dunia. Dan bermulalah era nama Malaysia disebut-sebut oleh pelancong asing dengan frekuensi yang agak tinggi.

MACAM mana? Kagum tak?

THEN, bergerombolan lah manusia dari segenap pelosok dunia datang ke Malaysia. Datang bergembira dan shopping kat Suria KLCC. Tak lupa jugak ada yang bergambar berlatar belakangkan KLCC. Mereka memuji-muji, “Wow! Hebatnya!” “Tingginya menara ni!” “Dasyat! Dasyat!” “Hensem nya penulis blog ni!” Okay. Hanya gurauan di situ. =.='

KEMBALI serious.

MOST of us akan berasa bangga dan kembang hidungnya tatkala mendengar pelancong memuji gahnya KLCC. Eleh, jangan tipu aku la. Korang mesti ada rasa bangga kan? At least, korang akan ada secamca rasa bangga dalam diri korang.

TAPI berapa ramai di kalangan kita yang bangga akan usaha sama pembancuh simen serta pemandu lori yang keluar masuk dari tapak pembinaan tu? I guess none of us actually appreciate their efforts in making our country stands tall. Seriously, tak akan ada pelancong yang datang KLCC semata-mata untuk bergambar dengan buruh binaan yang membina KLCC.

AND how many of us, Malaysian, are willingly to work, constructing the tallest twin tower, KLCC itself? You know, starting from the foundation and so on. Maybe there are some of us will say “Yes, I will” but I’m sure lebih ramai yang prefer hanya melihat orang lain berusaha membangunkannya.

BETUL tak? Korang tak rasa lain macam ke bila negara kita menempa nama daripada usaha orang lain? Tak mahu kah kita menjadi sebahagian dari usaha tersebut? Adakah kita lebih gembira dengan hanya menjadi spektator? But wait! That is not the issue!

THE issue is berapa ramai daripada kita yang bangga akan usaha para sahabat dan Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam? Berapa ramai dari kita yang willingly membina asas agama di kalangan komuniti tanah tumpahnya darah ku ni. Eh, macam dah off-topic je.

SERIOUS ni. Korang pernah terfikir tak?

KLCC itu dibina dengan asas yang sangat kukuh. Islam juga begitu. Tanpa asas yang kukuh, takda nya korang berpeluang berbinkan atau berbintikan ayah korang. Mungkin, Islam itu sendiri tak akan sampai kat Tanah Melayu. Amacam? Logik jugak kan?

MENGIKUT pandangan mata rabun aku lah kan, kat Malaysia ni macam dah huru-hara. Orang Terengganu cakap, “Berat sunggoh. Dok leh nok wat mende doh.” Islam itu hanya pada nama (ayat klise kan) tapi inilah hakikatnya.

TAKKAN lah kita nak tunggu Islam ni naik dengan tiba-tiba je kan. Tak mahukah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang berusaha meletakkan Islam di tempatnya? Persoalannya, adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh?

Apakah peranan kita?
NAQIB aku cakap, “First thing, or at least apa yang kita boleh buat adalah dengan menjadi seorang individu muslim. Seterusnya, mengajak orang lain agar terbentuknya komuniti muslim. Dengan kelompok individu muslim ni lah (insyaAllah) akan terbentuknya foundation Islam kat Malaysia.”
Jom! Kita tarbiyah diri kita untuk jadi muslim yang super hebat. Jom! Jom!

p/s: Semangat sedang menyala-nyala setelah ditiup-tiup ketika sesi perkongsian tadi. Tu pasal la entri panjang sedepa. :)

Friday, August 5

TETAMU RAMADHAN?

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, semua manusia pembaca. Aku harap korang masih mampu senyum lebar-lebar sambil membaca entri sulung di bulan Ramadhan ni. Hari ni aku nak ajak korang berfikir dengan aku.­ Dah sedia? Cepat! Jawab soalan ni: “Kita tetamu Ramadhan atau Ramadhan tetamu kita?”

Anda pening? Confuse? Keliru? Okay. Rilek lu. Meh, kita sama-sama faham erti tetamu. Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samada dijemput atau tidak dijemput.

So, dari pandangan minda korang kan, agak-agak sape yang datang kat sape? Ramadhan datang kat kita atau kita datang kat Ramadhan? Ketahuilah walaupun kita tak berniat nak berjumpa dengan Ramadhan, Ramadhan akan tetap datang seperti yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Nyata di sini, Ramadhan sepatutnya dianggap sebagai tetamu VVVIP kepada kita sebagai muslim yang sejati. Rugilah muslim yang membenci kehadiran bulan ni. Betul tak?

Dan tetamu ni terbahagi kepada dua kelompok pulak.
1. Tetamu yang diundang- manusia yang di ajak atau di jemput singgah ke rumah kita.
2. Tetamu yang x diundang- manusia yang tiba-tiba datang kat rumah kita.

Depending on the person itself, ada orang akan anggap Ramadhan ni sebagai tetamu yang diundang dan of course akan ada minoriti menganggapnya sebagai tetamu yang xdiundang. Na’uzubillah. Tapi kita kena tahu. Melayan tetamu yang datang adalah sesuatu yang wajib.

Cuba anda bayangkan…

Anda telah singgah ke rumah sahabat anda. Anda masuk dan terus ke dapur untuk menyiapkan sedikit makanan dan minuman. Seterusnya, anda menghidangkannya dan melahapnya bersama sahabat anda. Then, setelah selesai makan dan minum, anda membasuh pinggan mangkuk yang digunakan dengan bersungguh-sungguh, bersalaman dan terus beredar pulang.

Eh, tak pelik ke?

Anda adalah tetamu tetapi anda pula yang terpaksa bertungkus-lumus melayan tuan rumah. The concept is certainly not right. Sebetulnya, tuan rumah lah yang perlu melayan tetamu dan bukan sebaliknya.

Logik akalnya, kita lah yang bertanggungjawab melayan (menghidupkan) Ramadhan dengan cara beribadat. Kita lah yang kena bertungkus lumus menyambut dan meraikannya bukan sekadar membiarkan tetamu itu berlalu pergi tanpa sebarang endah.

Dapat kita sama-sama simpulkan kat sini bahawa kita perlu berusaha untuk menghayati bulan yang mulia ni. Janganlah just mengharapkan bulan Ramadhan ni datang untuk mentarbiyah kita tapi berusaha lah untuk mengtarbiyah diri sendiri melaluinya.

Jom jom! Kita hayati bulan Ramadhan, bulan padat dengan barakah berganda-ganda.

Eh eh, jap! One last simple reminder question for you guys. Tatkala azan Maghrib berkumandang, yang mana satu terlintas kat hati korang?
(a) “Yeay! Dah berbuka! Sikit je lagi then dah raya. Yeay!” atau
(b) “Eh, dah berbuka ke? Alamak, cepatnya Ramadhan kali ni.”

Renung-renungkan, jangan sampai termenung. Bye. :)

p/s: for those bloggers I’m following; im sorry for not leaving any comment in your entries lately. Internet kat sini lambat. Hanya sesuai untuk meng‘update’ blog sahaja.