Pages

Followers

Thursday, October 27

PERSETANKAN LOGICAL THINKING DAN REASONING [Part 1]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah! Fikiran kembali waras. Seminggu yang penuh dengan keterujaan telah berakhir. Yeah! Yahoo! Yippie! Hip hip hooray! Akhirnya, keputusan pilihan raya KMB telah terumum. Dan aku kalah dalam ‘perebutan’ kuasa tersebut. Sob. Sob. Senyum tiba-tiba. Mata bersinar.

Mungkin kalah itu lebih baik untuk aku so, tahniah kepada manusia-manusia yang terpilih untuk mengemudi bahtera kepimpinan KMB. Tahniah! Sob. Sob. Still bersedih. Dan ketawa tiba-tiba. Sedih? Mungkin tidak. Sebab aku percaya ada something yang lebih layak untuk aku.

Ah, sudah! Mari kita teruskan hari ini seperti luar biasa. :)


OF LOGIC AND REASONING 
Baru-baru ni ada beberapa manusia tahun 2 telah berkongsi ilmu. Dan apa yang disampaikan amat menarik perhatian aku. Apa yang disampaikan tidak perlulah aku tulis. Kerana khuatir disalah tafsir oleh manusia pembaca yang kacak dan cantik sekalian.

Sebagai peringatan: Aku hanya menulis untuk menyatakan pendapat dan ilmu yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Tiada niat untuk memporak perandakan dunia. Serious! Aku tak tipu!

Generasi kita sering kali diasuh dengan fikiran yang berteraskan logik akal dan ‘reasoning’ (aku tak tahu nak sebut apa dalam BM). Sains dan matematik menjadi makanan dan minuman harian. Kalkulator dan GDC menjadi bahan permainan. Sempoa pula diletak ke tepi kerana telah ketinggalan zaman.

Bagus! Boleh jadi pandai! Orang yang mempunyai logik yang tinggi adalah manusia genius! Genius! Woah!

AKAN TETAPI! 
But from my newly changed perspective, logik dan reasoning yang didoktrin ke dalam minda kita ini adalah tidak bagus. Kenapakah wahai Aku? Kenapa?! Katakan kepada saya jawapannya! Aku terkedu. Fikiran sedikit kucar-kacir. Minta maaf. Tunduk sedikit. Terasa malu.

1. Logik membataskan kreativiti.
Ketika aku masih budak yang comel dan kacak, aku amat kreatif. Kekurangan logik dalam akal menjadikan imaginasi aku membesar dengan liar dan tak terkawal. Tatkala tanganku memegang pensel warna, pasti tiada ruang kosong di dinding rumah yang tidak ku conteng. Semuanya pasti terukir dengan keindahan buah fikiran ku.

Dan pasti! Kemarahan Emak dan Ayah akan memuncak secara tiba-tiba. Aku akan terkejut. Terus dimarahi. Dan aku akan menangis sambil memegang pensel warna. Tapi semakin aku membesar menjadi akhi yang bergaya, tahap kreativiti aku semakin menurun. Logik telah menjadi penghalang untuk aku berkarya. Otak semakin sempit.

Itu tak boleh. Ini pun tak boleh. So, apa yang boleh? Fikiran semakin diperangkap oleh logik akal. Setiap detik yang berlalu, penuh dengan debaran. Umpama hampir kalah main chess.

2. Logik membuatkan kita ego dan lupa diri.

Analogi mudah: "Heish, lapar lah. Nanti aku kena makan banyak-banyak, baru kenyang." Eh? Betulkah? Adakah kuantiti makanan yang dimakan itu menjadi penentu lapar kenyang nya kita? Kalau ikut logik, makan banyak, mestilah kenyang. Tapi kita sebagai muslim tahu dan insyaAllah faham bahawa kenyang laparnya seseorang tu ditentukan oleh Allah s.w.t. Betul tak?

"Kalau aku belajar banyak-banyak mesti jadi Einstein." Eh? Betulkah? Ilmu itu terletak pada amal dan ikhlasnya hati. Nampak macam tak logik. "Amal? Ikhlas? Ikhlas tu apa? Ikhlas boleh buat aku pandai ke? Eeee. Macam tak logik je." So, perlukah logik dalam hal ni? :)

3. Logik menghalang pengembangan E.Q.
Eh eh. Apa itu EQ? EQ merupakan singkatan terhadap Emotion Quotient. Hampir serupa dengan Intelligence Quotient (IQ) tapi EQ lebih menekankan soal perasaan dalaman. Lebih bercorakkan penghayatan kita terhadap suatu perkara. Ringkasnya, EQ berkaitan dengan emosi.

Sebagai contoh adalah reaksi terhadap pembacaan penulisan kreatif hasil nukilan sasterawan. Bila aku baca any of the poems written by Pak Cik White Beard, aku pasti akan menjadi hairan. “Apalah yang dia nak cakap ni? Ayat nak best je. Tapi langsung tak boleh nak faham.” Well, ini membuktikan bahawa EQ Aku adalah agak rendah. IQ aku yang tak berapa nak tinggi telah berjaya mengalahkan EQ. 1-0!

APA MAKSUDNYA? 
Manusia Arab di zaman Jahiliah amat pandai dan gemar berpuisi. Elemen sastera menjadi satu hiburan sehebat Anugerah Skrin. Eh, hebat ke Anugerah Skrin? Em. Berfikir sejenak. Oops. Off topic pulak. Kehidupan mereka yang sinonim dengan kesusasteraan menandakan ketinggian tahap EQ mereka.

Dan seperti apa yang aku tulis kat atas tadi, EQ adalah berkaitan dengan emosi. Dan emosi berkaitan dengan hati. Hati? Ya, hati. Seketul daging yang ada kat dalam semua manusia. Penentu baik buruknya tuan atau puan empunya badan. Dengan hati, banyak benda boleh berubah.

Apabila dikatakan tahap EQ tinggi, maka tahap kepenggunaan hati mereka juga adalah agak tinggi. Ya, kebanyakkan mereka lebih suka menghayati (hati) berbanding menguji (akal). Lihat sahajalah pabila ayat suci Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W., tanpa logik yang perlu dibuktikan, mereka terus beriman dengan penghayatan yang kukuh.

Ya, Islam adalah tentang penghayatan bukan tentang pembuktian. Sedikit senyum. :)

Allah mempunyai kuasa yang melebihi infiniti. Dan ilmu manusia adalah amat cetek. Oleh sebab itu, sudah pasti zat Allah yang Maha Kuasa tidak mampu dibuktikan secara saintifik oleh manusia. Ia berkenaan dengan penghayatan. Ini soal hati.

KONKLUSI RINGKAS
Logik akal yang diterapkan dalam otak kita ini perlu di ‘monitor’. Di monitor oleh seketul daging bergelar hati. Jika kita terlalu asyik berenang mengikut arus logik, penghayatan kita pasti akan menemui limitasi. Cuba hayati dan dalami. Senyum lebar sangat-sangat. :)))

“MANUSIA TAK AKAN PERNAH BERUBAH SELAGI 
HATINYA TIDAK DISENTUH” 

So, jadilah ‘pakar bedah’. ‘Bedah’ manusia dan sentuh hatinya. Perubahan pasti akan berlaku.

2 comments:

  1. good opinion. :)

    mungkin juga pemikiran logik menyebabkan manusia mencapai matlamat dengan cara yang haram.walaupun maltamatnya baik , ia sama sekali tidak menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  2. takpe tak dpt jadi mpp. kau dah famous dah.( spec hitam kau tu HAHA)

    this entry cool btw :)

    ReplyDelete