Bye-bye Biology Standardize Test and hi my fellow readers. [Mood: Sedang terkejut dengan soalan Biologi yang baru dijawab.]
Em. Baru ne satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai HIMPUN telah dilangsungkan. Dengar kata memang sesak lah jugak time tu. Dipenuh oleh manusia Islam. Fuh, hebat!
EH, APA ITU HIMPUN?
HIMPUN merupakan satu program legal yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam kat Malaysia. Menghimpunkan seramai 1 juta umat Islam menjadi satu sasaran minor. Tujuan utama program ni adalah untuk menjentik jiwa-jiwa manusia Islam, di Malaysia khususnya, untuk kembali bermujahadah membangunkan syiar Islam di bumi Malaysia. Ayuh!
MELUAHKAN PENDAPAT.
Kalau nak ditunggu soalan datang untuk di jawab, pasti tiada yang hadir. Eh, yeake? So, aku nak kongsi sedikit pendapat berkenaan program tu.
Dari dasarnya, aku memang bersetuju dengan perlangsungan program-program yang menjadikan Islam sebagai tujuan utama. Program macam ni amat memang bagus! Thumbs up! Menimbulkan kesedaran di kalangan jiwa-jiwa yang kian lalai adalah sangat perlu. Keutuhan ukhuwah antara Muslim juga InshaAllah dapat dipupuk.
Tapi…
Yeala, setiap apa yang dilakukan pasti mempunyai objektif yang nyata, kan? And sejauh manakah program HIMPUN ni dikatakan berjaya menjadi persoalan manusia-manusia seperti aku. Bukan niat ingin meng‘condemned’. Hanya sekadar luahan pendapat yang terbuku dalam otak saiz tujuh.
KATEGORI APAKAH?
Apa yang membezakan antara program-program yang telah dijalankan di Malaysia adalah samada ia objective-oriented atau programme oriented?
(a) Objective-oriented
Suatu aturan program yang diadakan bagi mencapai satu matlamat yang jelas dan spesifik. JELAS dan SPESIFIK! Program jenis ni tak kecah pasal bilangan program yang dijalankan. Sebaliknya lebih fokus terhadap persoalan samaada matlamat tercapai atau tidak. Dan tak banyak pun program yang ada kat sekeliling aku ni, tergolong dalam jenis ni. Kecewa. Sedih. Pilu. Mengantuk. “Huwargghh!” Menguap sebentar. Dan teruskan menulis.
(b) Programme-oriented
Suatu aturan program yang amat menitik beratkan bilangan program yang akan diadakan. Dan kebanyakkan program kat Malaysia ni tergolong dalam jenis ni. Kecewa. Sangat kecewa. Objektif hanya terukir indah di atas kertas kerja sahaja. Hakikatnya, objektif utama tak pernah tercapai. Jutaan program tanpa satu pun yang menimbulkan kesan. Sekadar memenuhi kalendar aktiviti tahunan.
Tak percaya? Jom! Mari meneruskan pembacaan!
Contoh mudah, adalah aktiviti kokurikulum yang ada kat sekolah seperti badan beruniform. Kalau kat sini, kitorang ada JPAM taw. Perjumpaan mingguan yang diadakan hanyalah bermatlamatkan CAS Hours. Hurm. Betulkah tujuan tersebut? Aku rasa tak. Sebab by right, tujuan unit beruniform ni diadakan adalah untuk membentuk manusia yang lebih berdisiplin dan gagah. And from my obversation, majority of the human (student la) involved in such programme have non of the main objective tersemat dalam diri diorang.
Sekali lagi, objektif hanyalah lakaran di atas paper work.
Okay, back to HIMPUN.
Ingin aku tekankan kat sini aktiviti seumpama HIMPUN adalah amat bagus. TAPI akhirnya, keputusan terletak di hati individu sendiri. Sedetik selepas berakhirnya HIMPUN, di saat anda melangkah keluar, anda perlu mengorak langkah samaada ke jalan yang lurus atau sebaliknya.
Janganlah pergi sana sekadar memenuhi kalendar aktiviti harian korang.Janganlah ke sana sekadar meramaikan ahli. Janganlah biarkan ukhuwah yang terjalin di ketika hilang begitu sahaja. Janganlah simpan untuk anda sorang je.
Ya, niat manusia tidak mungkin mampu di ukur. Fikiran manusia tidak mungkin terbaca.
Kerana itu kita perlu lebih bertanggungjawab terhadap diri kita. Selepas di tarbiyah secara beramai-ramai, kita secara individu atau berkumpulan seharusnya menggerakkan hati-hati manusia yang lain untuk turut sama memperjuangkan agama. :)
p/s: aku kalah bertanding jawatan MPP.em.mungkin ini lebih baek. :)
No comments:
Post a Comment