Hai, dah lama jugak la aku tak post entri baru kat blog ni. For sure, aku harap korang maseh mampu tersenyum lebar-lebar.
Kehidupan manusia IB amat sibuk. Ini serious! Nanti kalau ada siblings, cousins, member korang yang ‘bajet’ nak buat IB, suruh diorang fikir dulu sebelum masuk sini. Buat solat sunat istikarah banyak-banyak, baru decide.
Then, welcome to the world’s most heavenly hell. Hahahahahah.
Okay. Enough with promosi mari further study di KMB.
Pasti! Korang mesti biasa dengar perkataan SKEPTIKAL. Betul? Tapi aku tahu, tak semua tahu apa itu skeptikal. Well, secara ringkasnya skeptikal adalah satu teknik ninja yang dikuasai 100% oleh kebanyakkan umat manusia. Teknik ini merupakan teknik larangan yang melebihi teknik tahap ninja bayang. Dengan teknik ini, anda mampu menganalisa sifat buruk diri seseorang tanpa usul periksa.
Woah! Hebatkan?
Anda bagai seorang psikik tapi bukan. Anda bagai seorang CCTV yang tahu segalanya tapi bukan. Anda bagai seorang burung kakak tua yang reti bercakap tapi bukan jugak. You’re no one, peeps! No one have the right to judge others. Excluding me. Bhahaha.
Tapi most of us selalu beramal dengan teknik larangan ni. Amat hebat! Dengan kelajuan Buroq kita dapat mengetahui kekurangan seseorang. “Eh, awak tahu tak dia tu kaki perempuan.” “Weh, dia tu suka layan porno.” “Jangan kawan dengan dia. Dia gay.”
Well, that’s it! This ridiculous negative self-perception must be abandon from now on.
Andai kata kita sibuk menyibukkan diri menganalisa manusia lain, bila pulak masa untuk menganalisa diri sendiri? Bila?! “Ustazah kita cakap, setiap malam sebelum tidur. Kita kena selalu koreksi diri. Sebab kita tak pernah pun tahu kita hidup ke tak lagi esok.” Well, untuk anda yang berjaya mengamalkan pesanan ustazah tersebut, tahniah!
By the way, aku klasifikasikan teknik skeptikal kepada tiga peringkat.
Level 1: Skeptikal terhadap diri sendiri.
“What the heck!”
“Aiseh. Tadi marah sangat orang nak skeptikal. Sekarang cakap skeptikal itu perlu pulak. Lu apedehal?!”
Okay, bro! Lu dengar gua nak kecah sikit. Antara reasons untuk skeptikal kepada diri sendiri adalah untuk tujuan menganalisa kelemahan diri. So that, we know what our weaknesses are and work a way on how to be a better human. Just to make things clear, skeptikal kepada diri sendiri hanyalah untuk memperbetul kelemahan diri, BUKAN untuk banned diri sendiri dari dunia yang ligat berputar.
Level 2: Skeptikal terhadap makhluk lain.
Benda ni la yang selalu manusia sekarang buat. Other people are always wrong and never ever be right. Short and simple: Haters always gonna hate! “Apakah masalah haters sekalian?” Selalu menjadi persoalan yang cerdas beriadah dalan kotak fikiran aku. Siapa boleh tolong jawab?
“Kasihan mungkin dia tidak punyai kepakaran
Kasihan mungkin dia perlukan perhatian”
- Kasihan, Band Hujan.
Teknik skeptikal level 2 ni jugak agak berbahaya. Terutamanya bila dipratikkan terhadap golongan parents, guru dan mereka-mereka yang sepatutnya dihormati dan disayangi. Cuba anda bayangkan, anda mempunyai pasangan yang TERLALU skeptikal terhadap diri anda.
Kalau skeptikal sikit-sikit, mungkin gua boleh consider la kot. Caring la katakan. Tapi kalau sampai tahap gua nak berborak dengan ibunda tercinta pun lu nak kecoh, apedehal?! Privacy and trust is needed my dear. (Disclaimer: Erm. Benda alah yang gua tulis ni tak kena mengena dengan gua k. Heheh.)
Level 3: Skeptikal terhadap Tuhan Yang Maha Esa.
Don’t ask me why, peeps. I also dunno the exact answer for those lame questions. The only thing I know is, kita merancang, Allah juga merancang. Sebaik-baik perancang adalah Allah Yang Maha Mengetahui. So, be it. Be grateful my noble readers.
Always try to be a better muslim as time passes on, okay. That’s all. ‘Till next entry, iosh!
p/s: Sori sangat2 kepada followers dan tukang komen sekalian kerana diri ini teramat sibuk untuk blogwalking dan membalas komen anda. May we gain His blessing. Thnx to all! :D
er..mana button like menghilang? o.o
ReplyDelete=O
ReplyDeletehurmm, #thinking~