Islam tak kan berhenti, laungan azan pasti menyelubungi Bumi - Nanana, Noh Hujan.
Woah! Sudah hampir setahun aku menulis dalam belog ni. Hidung sengaja ditinggikan. Sedikit rasa bangga dan senyum secara tiba-tiba. Alhamdulillah. :)
Sebelum ini ada khabar angin sepoi-sepoi tak reti bahasa telah bertiup di serata dunia menyatakan, "Kiamat akan berlaku pada tahun 2012.'' Which is next year! Kenyataan ini telah dibuat oleh beberapa pengkaji Barat yang membuat kajian tentang kalendar yang direka oleh kaum Mayan. Hasil kajian tersebut, dengan perasaan yang amat terkejut, manusia pengkaji Barat mendapati kalendar itu secara tiba-tibanya berakhir pada tahun 2012. Well, di sinilah ianya bermula.
Tapi amat pelik dan tak logik untuk kita fikirkan...
1. kenapa sebahagian daripada kita sangat serius percaya terhadap kata-kata manusia pengkaji tersebut?
2. kenapa manusia pengkaji tesebut percaya terhadap kalendar purba kala tersebut?
3. kenapa kalendar tersebut percaya kepada..er..er..kepada..er..Eh, tengok ada lembu terbang!
Pening berfikir. Haish. Apalah nak jadi dengan manusia kat dunia ni? -.-' Berdasarkan cerita-cerita sirah dan terjemahan ayat suci Al-Quran yang pernah aku dengar, amat serius sekali bahawa, Allah s.w.t. tidak pernah beritahu bila kiamat akan berlaku. Rasulullah s.a.w. pulak, hanya direkodkan pernah berkongsi tentang tanda-tandanya sahaja. Persoalan tanda soal besar: Kenapa masih ada segelintir umat manusia bergelar Islam yang percaya selain daripada Al-Quran dan Al-Hadis?
Kalendar Gregory.
Untuk pengetahuan sidang pembaca yang comel dan kacak sekalian. Kalendar yang sedia ada diguna pakai oleh seluruh negara di planet Bumi dikenali sebagai kalendar Gregory. So, what the fuuu is tahun Masihi? Masihi (M) hanyalah sekadar gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun di dalam kalendar Gregory. (Contoh: 2001 M, 1993 M). Seriously, sape nak guna perkataan Gregory dalam penomboran tahun? 2000 G? Agak pelik. Hahaha.
Kalendar Hijrah.
Hah! Sekarang tahun berapa Hijrah? Huhu. Tahniah buat manusia yang tahu. Sebagai hadiah, saya akan terus menulis lagi dan lagi. Kalendar Hijrah atau jugak dikenali sebagai kalendar umat Islam telah diguna pakai semenjak zaman pemerintahan Sayyidina Umar al-Khattab. Bagaimana ini boleh terjadi?
Pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar, beliau telah menulis surat perintah kepada pekerjanya. Di atas surat tersebut telah ditulis bulan Sya'ban. Penerima surat tersebut telah berasa pening dan sedikit bingung. Lalu dia bertanyakan samaada ini Sya'ban sebelum ni atau Sya'ban yang sekarang. Menyedari masalah tersebut, beliau mencadangkan satu takwim khas untuk panduan umat Islam diwujudkan. Tadaaa!
Masalahnya, bilakah tahun rujukan untuk dijadikan tahun pertama kalendar tersebut? Beberapa idea telah disampaikan. Pertama, mengambil tahun kelahiran Rasulullah s.a.w. sebagai tahun pertama. Cadangan ini tidak diterima. Hal ini kerana ketidakmahuan kemungkinan akan disamakan dengan tahun Masihi yang bermula dengan tahun kelahiran Nabi Isa a.s.
Kedua, dicadangkan agar tahun kewafatan Rasulullah s.a.w. pula diambil. Idea ini juga ditolak kerana jelas sekali kewafatan baginda bukanlah sesuatu yang ingin dibanggakan. Next! Idea ketiga adalah agar tahun penghijrahan manusia muhajirin ke Madinah dijadikan sebagai rujukan. Dan yabedabeduu cadangan itu diterima. Dan sampai sekarang masih tiada perubahan yang dilakukan dalam kalendar ini. Hebat! Subhanallah.
Kembali kepada tajuk paling atas. Tahun 2012 berlakunya peristiwa kiamat. Dunia akan hancur berkecai. Ini bukan mustahil dan ini juga mungkin mustahil. Allah sahaja yang tahu. Seorang manusia pernah berkata, "When a calendar comes to the end of a cycle, it just rolls over into the next cycle. In our Western society, every year 31 December is followed, not by the End of the World, but by 1 January.” – Excerpt from Dr Karl’s, Great Moments in Science.
No one knows when it (Qiamah) actually and precisely gonna happen. And believe me, no one can predict it. The facts that Qiamah will eventually happen only after Islam gain its throne is something we should believe in and pursue in order to make it as the sweetest reality ever. :)
p/s: Kolej hampir dibuka buat sekian kalinya. :)
Rujukan:
Salam...
ReplyDeletesesedap hati nak gune klndr akuaezu ye! haha.
harap2 kite tidak hidup di waktu berlakunya kiamat. sangat2 menguji iman..
nampak dah.....
ReplyDeletenampak apa? "lembu terbang.."
^^org-org jahat mungkin sedang merancang sesuatu kebinasaan untuk dilakukan, sebelas tahun lepas peristiwa 2001... wallahua'lam..
2012 or not,we all should be prepare. (:
ReplyDeletehaha.ikut suka je nak buat kalender sendiri :P
antara nasihat Nabi SAW yg terkenal utk umat akhir zaman ialah menghafal 10 ayat awal dan akhir surah alKahfi bg melindungi diri drpd fitnah Dajjal.
ReplyDeleteSemoga pada tahun baru ini, bkn sekadar handphone dan laptop je yg baru tapi biarlah iman juga turut diperbaharui. ^_^
ramai yang percaya .. kawan-II nelly pun ramai yang percaya ..
ReplyDelete=.=
kalau Islam , kita tak boleh percaya benda yang macam ni .. sebab Allah je tau bila akan tiba masa tu ..