Pages

Followers

Monday, December 5

CINTA: THE FiVE LETTER WORD

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, senyum jeala. : D

Genap 11 tahun sudah adik bongsu kesayangan famili. Sambutan yang diadakan berjalan lancar; makanan, hidangan dan segalanya. Amat lazat kombinasinya. Marvellous! Dan baru sekarang aku kenal some of the budak-budak living in this wonderful neighbourhood. Hidung ditinggikan. Muka bangga. HAHAHAH

Hmm. Macam nak mulakan ye? o.O
Well, sejak dua menjak ni. Aku selalu roaming kat blog member yang lain. Tengah cuti SEM kan, belog yang berhabuk dikemas dan di vakum secermat yang mungkin. Dan di antara topik yang dikupas adalah berkaitan dengan cinta. Cinta? Muka merah padam. Sedikit berpeluh. (kalau any relative or parent aku baca entri ni, masak aku.)

Tak lupa jugak kat dinding muka buku-ers yang di'add' dan di'approve' friendkan oleh aku. Most of them meng'update' status berkaitan dengan cinta. Apa yang sedang berlaku kepada umat manusia? Kenapa sibuk berbicara tentang cinta? KENAPA? Tanda soal besar.


Individu keseorangan
"Bila berdua, kita mula berdansa." Petikan lagu Party Like This, Ruffedge dan VE. Kalau dibahasakan sebagai individu, mesti lah bernilai numerikalkan satu. Bila individu ini satu, kenapa mereka nak berdua? Ya, aku faham. Manusia tak akan pernah boleh hidup sorang-sorang atas planet Bumi ni. Paling kurang pun mesti berdua, kan?

Hakikat kewujudan manusia adalah, manusia tidak boleh hidop berkeseorangan. Ini fakta yang menarik! Manusia perlukan teman. Teman tapi mesra. Sebab manusia perlukan that something to hold on. Manusia perlukan that someone to express themselves with. Manusia mahukan perhatian dan bukan setakat diperhatikan sahaja.

Persoalan: Siapa paling layak?
Who should I take good care of? Giving all my love. Who should I think the most of? After Allah? and Rasulullah? Comes your mother. Who next? Your mother. Who next? Your mother. And then your father. Jelas lagi ber'spotlight'. Allah adalah yang paling layak. Luahkan kepadaNya karena dia Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Ini betul. Saya tak tipu!

Kemudian, luahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah dengan berselawat dan mengamalkan sunnahnya. Then, express our love towards kedua Emak dan Ayah. Tersentak. Tunduk ke bawah. Dan bermonolog dalaman, "Cukupkah apa yang telah aku beri kepada kedua orang tua ku? Pasti, masih belum cukup." Sob. Sob. Kesat air mata dengan tisu.

"Weh, brader. Easier said than done you know!" watak tempelan berkata.

Memang la senang cakap dari buat. Sebab tu lah action speaks louder than word. Eh, ada kena mengena ke? o.O HAHAH.

Tersebutlah al-kisah, seorang jejaka hensem bernama Ayiz. Dia keseorangan dan kesepian. Dia telah berkata kepada sahabatnya, si Penjaga Zoo, "Weh, aku rasa nak ada awek la. Aku rasa lonely." Lalu dengan gaya yang macho si Penjaga Zoo membalas, "Tak! Sebenarnya kau bukan perlukan seorang awek. Sebaliknya, kau perlukan seseorang untuk berkongsi cerita."

Resolusi menarik-narik.
Hidup tak mudah kalau seorang. Lebih indah kalau berukhuwah. Jadi, jalankan tugas sebagai seorang manusia sahabat yang versatile. Jadi telinga ketika mereka sedih. Jadi mulut bila mereka perlukan nasihat. Jadi tangan bila mereka pelu dipimpin. Dahulukan manusia sahabat yang sejantina. Kerana itu lebih baik. (I'm not supporting any gay or lesbian activity, okay?)

Itu sahaja. Selamat tinggal. :)

p/s: Weh, aku ada account formspring! Cepat tanya soalan! :D

4 comments:

  1. haa .. ni ade org ckp, cinta allah dan manusia lainnn.mana boleh ko cube samakan cinta Tuhan dan cinta manusia..mensyrikkkan!! *dgn muka merah padam* . yes,cinta Allah cinta Allah, cinta ibu dan bapa cinta jugak tapi ade satu lagi cinta yang diperlukan oleh manusia iaitu cinta kepada opposite gender, (or his lover in this case) . kita x boleh nak samakan cinta allah = ibu bapa = lover dalam satu klasifikasi. they are different. and just because we love our lover does'nt mean that replaced our love for Allah. it's in different class. same goes to parent love.and vice versa. mcm mane aezu???

    ReplyDelete
  2. OH TERTARIK PULA DGN APA YG DIKATAKAN ROOMATE KAT ATAS TU.

    eh formspring?saya spam eh?hehehe

    ReplyDelete
  3. nice question la roomate tu..

    btw..aku setuju sgt2..cinta yg sejati kat Allah actually bleh padamkan feeling cinta kat opposite gender tu..stress on coupling la..harap dpt cinta sejati ni..amin~

    aku pon ada formspring weyh!! xpyh tanya la..pw pon aku lupa!!

    ReplyDelete
  4. "Sebaliknya, kau perlukan seseorang untuk berkongsi cerita" --> sgt betul..! kita tak perlukan awek or pakwe or watever yg seangkatan dgnnya sebaliknya orang-orangan utk share cerita so that tak la rase sunyi.. luaskan social circle (lebih baik yg sama jenis la)...maka rajin2kan lah diri bercerita n bersembang2 dengn org2 sekeliling or even org yg baru kenal or even dgn pakcik driver teksi.. walaupun kekadang org2 sekeliling mcm tanak dgr citer kita.. lantaklah..be more friendly n you will see that life taklah sunyi sgt walaupun takde pakwe/makwe... =D

    ReplyDelete