Pages

Followers

Sunday, December 18

Kalah Bukan Pilihan

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari-hari yang telah berlalu, akal selalu berputar memikirkan tentang pencapaian iman yang semakin merosot. Huh. Kesal dengan diri sendiri. 'Apalah nak jadi dengan aku ni?' Tapi itu tidak penting untuk anda tahu. Bagaimana pula dengan iman anda? Sihat? Masih tersenyum?

Ini tidak tipu. Setiap hari aku cuba berubah. Berubah ke arah aku yang lebih baik. Namun, setiap kali itu juga aku rebah. Aku lemah. Tiada yang nak bantu? Bukan. Allah itu wujud. Sentiasa ada memerhatikan aku. Mungkin aku yang terkeliru antara perlu dan mahu. Antara iman dan nafsu.

Ah, cukup! Ayuh jari-jemari ku menari agogo. Mata bersinar. Ada bintang. *Sching*

Anda ada haiwan peliharaan? Aku ada. Ada banyak. Tak perlulah untuk aku menyenaraikan seekor demi seekor haiwan tersebut. Nanti mereka malu dan bangga diri dengan tiba-tiba. Aku ada kura-kura. Kamu ada? Kura-kura hebat. Banyak mengajar aku erti kehidupan.

"Kura-kura makhluk yang tak reti mengaku kalah."

Pasti ada yang tertawa dengan statement warna hitam di atas. Ketawalah puas-puas. Anda berhak. Dulu, kini dan selamanya aku selalu main-main dengan kura-kura spesis red-eared slider aku. Permainan yang aku paling gemar ialah Flip Over Me. Namun, aku tak begitu pasti mereka suka atau tidak.

Permainan ini bermula dengan menerbalikkan kura-kura secara tiba-tiba. Mereka akan terkejut. Kemudian, kita lihat reaksi mereka. Lihat dan tunggu sehingga mereka berjaya kembali ke posisi yang asal. Jika mereka berjaya, teruskan ke pusingan yang kedua hingga mereka letih. Berikut merupakan video bukti kura-kura tak kenal kalah.

Ingat! Jangan mengalah! Kalau anda mengaku kalah, anda lagi teruk dari kura-kura di atas dan kura-kura di seantero dunia. Ya, jalan dakwah penuh dengan pancaroba dari pelbagai arah. Jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi. Ada ujian yang datang melanda. Ada perangkap menunggu mangsa. Lagu kumpulan Saujana.

Lagipun, Innallaha Ma'ana, kan? :)

p/s: Aku bercadang ingin membuka blog baru. Blog secara berkumpulan. Tapi tiada reti. Peluh banyak-banyak di pipi kanan dan kiri. Siapa mahu bantu?

3 comments:

  1. kesian kura-kura tu.. um, arnab ada tak? suruh dia race dgn kura-kura sikit.. :)

    ReplyDelete
  2. we dont know how strong we are until being strong is the last choice we have. :p

    ReplyDelete
  3. Create new blog -> settings -> permissions -> add authors -> FINISHED!

    Harap2 membantu! :D

    ReplyDelete