Pages

Followers

Friday, December 9

SKRIN TELEFON CALAR. APA NAK BUAT?


"Alamak!" adik aku bersuara tiba-tiba.

Aku yang sedang sibuk membaca buku hairan dan bertanya sambil tersenyum, "Apsal?" 

Adik memandang aku. "Ni hah. Vivaz dah bercalar."

"Em. Dekat skrin telefon tu tak ada 'cover' plastik ke?" aku cuba menduga. Pada kebiasaannya pada skrin telefon akan dilekatkan sekeping plastik lutsinar untuk mengelakkan skrin daripada tercalar. 

"Dulu ada tapi dah tercabut. Hilang. Tak tahu kat mana," adik menjawab selamba.

Menutup buku .Aku berfikir sejenak dan berkata, "Pergilah kedai. Suruh orang  kedai tu pasang cover plastik."

"Dah terlambat," adik menjawab ringkas, padat dan mutakhir.

"Apsal pulak terlambat? Pergilah pasang 'cover' plastik tu sebelum banyak lagi calar. Pfft."

Perbualan tamat.

Ingat! Waktu masih berputar. Kiamat belum berlaku. Masih belum terlambat untuk menggantikan 'cover' plastik yang hilang walaupun iman sudah tercalar. :)

p/s: gambar bangunan yang kat atas tu amat style. sila tekan SINI untuk membaca dengan lebih lanjut.


2 comments:

  1. itu lah... walaupun mampu untuk cover supaya tk calar lagi, kesan calar tu tetap ada.. :(

    ReplyDelete