Pages

Followers

Tuesday, December 6

VARiASi CiNTA (was edited)

Assalamualaikum w.b.t.
Ada soalan yang menarik dari encik roomate berkenaan entri yang sebelom ini. Mari membaca sambil tersenyum. :)

Soalan:
"Haa .. ni ade org ckp, cinta allah dan manusia lainnn.mana boleh ko cube samakan cinta Tuhan dan cinta manusia..mensyrikkkan!! *dgn muka merah padam* . yes,cinta Allah cinta Allah, cinta ibu dan bapa cinta jugak tapi ade satu lagi cinta yang diperlukan oleh manusia iaitu cinta kepada opposite gender, (or his lover in this case) . kita x boleh nak samakan cinta allah = ibu bapa = lover dalam satu klasifikasi. they are different. and just because we love our lover does'nt mean that replaced our love for Allah. it's in different class. same goes to parent love.and vice versa. mcm mane aezu???"
Hebat! Dah lama tiada manusia yang bertanya soalan High Level begini. Di hadapan lappy, aku tersenyum keseorangan. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dan terus menggaru. "Ish. Camne nak jawab soklan ni?"

'Talian hayat!' getus hatiku. 'Ya! Aku perlukan talian hayat.'

Terus berlari ke bilik tanpa segan silu. Mencapai C5-03 yang berwarna putih dan memicit-micit skrin sesentuh yang sedia ada. Picit. Picit. Picit. Tekan button send dan menunggu seketika. 'Ish. Lambat pulak si fulan ni nak reply.' Peluh mula membasahi dahi. Cemas!




Okay! Dia dah reply. Masa untuk berkongsi buah-buahan fikiran.
"Haa .. ni ade org ckp, cinta allah dan manusia lainnn.mana boleh ko cube samakan cinta Tuhan dan cinta manusia..mensyrikkkan!! *dgn muka merah padam* ."
Well, of course. There is no doubt. Nobody can ever menyamakan cinta Rabb Yang Maha Esa dan cinta manusia. Cinta kepada Ilahi adalah cinta tingkat teratas. Tiada tingkatan yang lebih tinggi dan agung dari cinta kepada Allah. Allah itu Maha Penyayang. Zalim lah kita kalau menyamakan antara cinta Sang Pencipta dan cinta ciptaanNya.

Anda pernah dengar pasal syirik al-mahabbah? Tak pernah? Aku pun baru terbaca tadi. Syirik-al-mahabbah, ertinya menduakan cinta. Cinta yang paling agung melebihi cinta manusia dan seisi langit adalah cinta Allah SWT. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila baca di SINI.   

"Yes,cinta Allah cinta Allah, cinta ibu dan bapa cinta jugak tapi ade satu lagi cinta yang diperlukan oleh manusia iaitu cinta kepada opposite gender, (or his lover in this case) . kita x boleh nak samakan cinta allah = ibu bapa = lover dalam satu klasifikasi. they are different."
Betul! Kita tidak boleh menyamakan cinta Allah, ibu bapa dan lover dalam satu kelas yang sama. Tingkatan ketiga-tiganya ternyata ketara berbeda. Ini hakikat. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Tarik semula dan hembus kembali. Terasa segar. Hiyaah! Teruskan menolis.

Cinta kepada lover.
Rely on: Material, rupa paras, gaya bahasa, watak dan perwatakan dan sebagainya yang lain.
Perhubungan: Bukan mahram kalau belum berkahwin. Mahram kalau udah dikahwini.
Lain-lain: Apa akan jadi kalau lover anda tidak memiliki standard yang anda telah tetapkan? Mahukah anda bersama mereka? Simpan jawapan. Jawab sendiri. :)

Cinta kepada ibu bapa.
Rely on: Salasilah, keturunan dan elemen darah daging.
Perhubungan: Sentiasa mahram. 
Lain-lain: Elemen darah daging amat penting dalam perhubungan ini. Agak-agak mahukah dua orang pak cik dan mak cik cium, peluk anda yang jika anda bukan waris mereka? Kalau mereka berbuat begitu, apakah reaksi anda? Fikirkan jawapan dan jawab sendiri. :)

Cinta kepada Allah s.w.t.
Rely on: Iman dan takwa
Perhubungan: Amat indah! 
Lain-lain: cinta Allah tidak mengenal rupa paras. Tidak mengenal harta keduniaan. Hanya saham akhirat menjadi ukuran. Hanya iman menjadi pandangan. Amat indah!

Kesimpulan kecil, cinta Allah adalah yang paling agung. Tiada yang mampu menandinginya kalau kita benar-benar memahami.
"And just because we love our lover does'nt mean that replaced our love for Allah. it's in different class. same goes to parent love.and vice versa." 
Part ni ana tak ada ilmu untuk dibahagi. Takut tersalah kata, ana yang binasa. Walluhu'alam. Istighfar tiga kali. Okay. Itu sahaja apa yang dapat ana beri setakat ini. Harap dibetuli jika salah atau silap didapati. Sekian. :)

p/s: First time aku serious dan berpeluh-peluh dalam menulis entri. harap tiada lagi persoalan tentang cinta. muehahah. btw, credit to encik roomate. thanks!

Alhamdulillah! Ada manusia telah berkongsi link bagi merungkai persoalan yang terakhir. Sila klik SINI. Selamat membaca. Iosh! :DDD (credit to ALYANI NAZIRAH, ira  )



3 comments:

  1. assalamualaikum aezu~

    cuba buka link ni pula >> http://tamar89.blogspot.com/2011/03/rongga-hati.html

    pernah terbaca hari tu. smoge bermanfaat~

    ReplyDelete
  2. baek perhubungan kita dgn Allah, maka baiklah perhubungan kita ngn manusia..
    so ,cinta pd Allah mengatasi segala-galanya..

    ReplyDelete
  3. aku dah igt kenapa aku suka baca blog kau!

    ReplyDelete