Pages

Followers

Sunday, January 27

Kurang Daripada Tiga

(PERHATIAN: Entri ini boleh tahan peliknya. Saya sendiri tidak tahu menahu akan tahap keperluan untuk menulisnya. Anda mungkin sahaja akan menggaru-garu kepala anda berulang kali. Tapi apa-apa hal, anda bacalah dahulu. Komen di bawah ya!) 

Aduhai! Hidup penuh debunga cinta yang berputik entah dari mana. Kembang mekar berwarna-warni harum semerbak Ambipur. Er. Peluh kecil. Kuis-kuis tanah. Main-main jari. Senyum merah padam. Hihi. 

Sebelum pergi lebih jauh, saya mahu beritahu yang entri ini dituju khas kepada mereka yang sedang mengalami, telah mengalami atau berhajat untuk mengalami chenta. Ini akan menjadi satu entri yang mungkin sahaja menjemput rombongan kontroversi hadir tiba-tiba. Er. Matilah saya kalau Emak tiba-tiba membaca entri ini. 

Pandang kiri. Pandang kanan. Hm. Fuhh! Line clear! 

Ayuh! 

Entah kenapa, semenjak duamenjak serta tigamenjak ini, ramai kenalan saya berbicara tentang cinta. Dan awal-awal ingin saya katakan saya bukan lah mamalia anti-cinta. Kerana untuk mencintai dan dicintai adalah fitrah bagi seorang makhluk bergelar manusia. Dan dengan penuh bangganya saya ingin mengaku bahwa saya ni juga seorang manusia. Nah, anda dah tahu rahsia saya. Hihi. 

Lagi, majoriti mereka ni selalu, dualalu dan tigalalunya hanya bercerita kepada saya tentang perkara ini apabila terserempak dengan masalah. Hey, anda ingat saya ambil jurusan doktor cinta kah? Suka hati betul. Eheh. Tapi tidak mengapa, sudah tanggungjawab saya sebagai super hero untuk membantu mana yang mampu. Kerana bukankah ‘bermanfaat kepada yang lain’ itu merupakan ahli keluarga 10 muwasofat tarbiyyah. Hidung kembang kempis. 

Hm. Saya sekali-kali, duakali-kali dan tigakali-kali tidak mengkondem golongan ini. Kerana mereka memerlukan pertolongan. Dan kebetulan juga saya suka membelasah hati mereka dengan ayat-ayat pH 1. Bukan berniat untuk membunuh, tetapi cuma untuk meneutralkan hati yang sunggoh beralkali itu. Beralkali kerana dicemari cinta yang (pada pandangan saya) tidak tarbawiy. 

Bagaimana ingin saya mulakan ya? Hm. 

Pada pandangan menerusi mata rabun ini, saya beranggapan bahwa soal cinta ini tidak langsung layak diulas pendek oleh saya. Eh! 

Hasil daripada tarbiyyah yang dilalui, saya percaya dan benar-benar yakin bahawa pondasi utama untuk Islam kembali bangkit dari tidur adalah melalui pembinaan individu muslim. Dan siapakah individu muslim ini, jika bukan saya, anda dan mereka yang kat tepi anda tu. 

Dan sementelah mencapai tahap super saiya ini, barulah anugerah sarjana kelayakan untuk memikirkan soal cinta diperoleh. Atau lebih tepat, barulah releven untuk anda memikirkan hal-hal berikutan keluarga muslim. Ya, kalau anda rasa anda dah cukup muslim, silakan lah! Saya cuma mahu makan nasi minyak percuma sahaja. Heheh. 

Ehem. Ehem. Back to the topic. 

Saya mengaku, saya masih belum melepasi mahupun langsung menghampiri tahap individu muslim ini. Kerana itu, buat masa sekarang saya tidak suka menyerabutkan otak saya dengan cinta manusia. 

Dan sekali lagi, saya mengaku saya ini manusia. Dan sudah fitrah untuk saya mahu mencintai dan dicintai. Dan saya langsung tidak akan menyuruh anda untuk membuang perasaan dari Tuhan itu. Cumanya, kita perlu pandai menilai. 

Menilai apa? 

Menilai samaada kita ini sudah betul-betul jadi individu muslim atau tidak. 

Hai, saudara. Solat jemaah sudah cukup lima ke? Amal fardi sudah menghampiri sempurna ke? Kerja daawah dah buat ke? Al-Quran dah berapa kali khatam? Mutabaah amal pulak apa macam? Macam haram? 

Hm. Eh, anda terbakar kenapa? Saya sedang bercakap dengan cermin lah. Nanges. 

Ehem. Ehem. 

Kadang-kadang saya konpius. Kenapa mereka ini beriya-iya mahu mencari pasangan kekasih di usia yang setahun limau itu? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa sekali lagi? 

Dan setelah membuat kajian dengan mendalam, rupa-rupanya, mereka ini berasa kesunyian. Nah! 

Kenapa kesunyian? Kerana tiada sahabat sejantina yang mahu mengambil peduli akan kisah hidupnya yang penuh pancaroba tersebut. Kesian. Sumpah! 

Setelah itu, mereka ini akan mencari manusia berlawanan jantina untuk (pada mulanya) meluahkan masalah. Kemudian, setelah dicucuk-cucuk oleh saitan, berlakulah pula scene meluahkan perasaan yang tiba-tiba sahaja terbuku di hati. Seterusnya, dan seterusnya sehingga lah kemudiannya berjumpa dengan masalah. Dan akhir sekali dibasuh dan di dry clean kan oleh saya. Bhahah. 

Nak juga saya kongsi, macam mana saya buat dalam mencari teman untuk menceritakan masalah yang sering membelenggu. Apa anda ingat, anda je ada masalah? Hm. Okey. Jadi, anda rasa bagaimana? 

Jawapan: Mestilah melalui usrah! Cewaah! Promote sikit! Usrah ni best kot. Bukan setakat untuk membina jati diri seorang muslim. Malah ada juga benda-benda lain yang sumpah menyeronokkan. Ini serius! Kerana dengan ada usrah, in sha Allah terbentuk ukhuwah. Dengan ada ukhuwah in sha Allah hidup anda seakan-akan berada di taman-taman sorga. Eh. Suka hati saya je. Hahah. Harapnya anda nampak poin saya. Oleh sebab itu, saya berasa amat terkilan jika dapat tahu bahawa mereka yang sibuk berkapel ini adalah ahli usrah saya. Ingin sahaja saya tumbuk diri saya sekuat peparu. Eheh.

Tapi, apa-apa pun, perkara yang sudah tu biarkan sudah. Pandang hadapan dan tentukan arah. 

Gembira saya ingatkan, tujuan penulisan ini dibuat bukan lah untuk merendah-rendahkan sesiapa yang terlibat. Hanya sekadar untuk pantulan (baca: reflection) masing-masing. 

Pertamanya, jika anda terserempak dengan wanita idaman, janganlah rasa segan-segan lagi tersipu malu untuk berkongsi perasaan teruja tersebut dengan Allah. Allah kan Tuhan anda. Bukan lah saya nak cakap yang Allah tak tahu anda minat pada siapa? Cumanya, Allah kan Tuhan KITA. 

Kenapa kita sering mensekularkan perasaan kurniaan Tuhan ini dengan terhegeh-hegeh meluahkannya pada wanita tersebut terlebih dahulu, menceritakannya pada teman rapat dahulu, pos status yang boleh tahan jiwang karatnya dahulu serta langsung tak ingat nak share dengan Allah dahulu? Kenapa oh wahai? Kenapa? 

Keduanya, jika benar anda rasa nak menceburi dalam bidang percintaan ini, janganlah malu-malu kucing untuk pandang jauh ke hadapan. Tanya diri anda. Anda sudah bersediakah? Penaja biasiswa anda beri izin laluan kah? Ke mana pula arahnya? Untuk berkeluarga atau saja-saja nak cuba? Kalau tak ada niat nak kahwin secara halal baik anda buat-buat lupa sahaja. ATAU nanti saya tempeleng kepala anda kuat-kuat. Heheh. \

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
(24:26)

Apa macam? Anda rasa anda dah cukup baik kah? Hm.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan."
(27:4)

Jika anda percaya pada akhirat anda pasti faham maksud saya?

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
(36: 55-57)

Wow! Berpasangan di Sorga. Tak mahukah?

Er. Okaylah. Setakat itu sahaja rasanya. Saya nak pergi membelasah hati orang lain pula. Selamat tinggal. Bye.

(ps: Oh, esok perlu ke BTN pula.)

Sunday, January 20

Duit! Duit!

Assalamualaikum WBT. 


Dunia semakin mahal tapi diri masih mahu tersenyum seperti biasa. Tarik nafas. Hembus nafas. Ulang 3, 4 kali. Dan senyum puas-puas. In sha Allah. 

Menyaksikan kehidupan mereka yang tak kaya. Penuh usaha untuk menampung bekas duit yang lompong. Cuba apa sahaja untuk terus berjaya dan berkejaya. Penat lelah tiada kisah. Asalkan duit berehat di telapak tangan.

Fuhh. Letih. Penat betul jaga gerai ni. Penat menunggu pelanggan. Juga penat melayan pelanggan yang langsung tak banyak. Senyum kenyit mata. Jangan mengeluh. Rezeki Allah ada di mana-mana. Hm. Mula berniaga, saya menerima satu SMS dari naqib saya: 

“Salam..Ape khabar iman antum?Jgn terlalu gembira sgt hari ni..Ingat,nahnu duat qablu kulli shai’in…=)” 

(Er. Untuk makluman, kolej saya sedang mengadakan Mega Fair. Saya dengan seorang ikhwah mengambil peluang ni untuk berniaga. Cewaah! Promote sikit! Kikiki.) 

Berbalik kepada SMS tersebut. Saya mulanya berasa seperti, “Eh, apa hal pulak ni? Tiba-tiba je.” Namun, setelah beberapa minit masa tambahan saya tersenyum sorang-sorang. Seronok bila dapat mesej dari naqib. Heheh. Tidak tunggu lama, kami berperang berbalas mesej. 

Cut short, saya menghantar sebuah mesej berbunyi: 
“Cmne cara daei jual beli eh?” 

Dan dia membalas: 
“Haha..pemurah dgn senyuman..Mempermudahkan org lain..adil dlm timbangannya,,tidak kedekut..mementingkan pahala drpd keuntungan..” 

Woho. Ringkas tapi tajam. Normalnya, manusia berniaga untuk mendapat untung. Tapi dia suruh saya pentingkan pahala daripada keuntungan. Er. Mana logiknya? Pahala mana boleh buat beli barang. Nak buat modal berniaga pun tak boleh. Er sekali lagi. 

Melihat sekeliling, semuanya berlumba-lumba menculik pelanggan yang selamba derk berjalan-jalan. Anda ingat, anda lalu depan gerai ni, percuma kah? Suka hati anda je. Meh, sini singgah. Punggah semua jualan. Bawak balik rumah. Wahaha. 

Eh, mencapah (baca: divert) tiba-tiba. Hentak kepala pada laptop. Penat sangat agaknya. Tak boleh nak fokus. Hihi. 

Apa-apa pun. Mana logik jika seorang peniaga, berniaga bukan untuk mendapat untung. Kerana mengikut tatasusila serta tatatertib seorang peniaga, keUNTUNGan adalah tujuan hidup yang utama. Hamboi! Sesuka hati je tambah tujuan hidup sendiri. :P

Tapi betullah apa yang saya kata, kan? Kalau tanpa untung, lingkuplah perniagaan. Tergulunglah tikar walaupun tapak saya tiada langsung bertikar. Nanti modal nak guna apa? Pahala mana boleh tukar cash atau pun withdraw kat mesin ATM. 

Jadi, apakah gunanya makhluk pahala ni? Nampak pun tidak. Hm. Anda tahu tak? Nanti anda akan mati. Saya pun akan mati juga. Tak perlu tunggu waktu tua baru nak insaf. Sebab waktu muda pun belum tentu terhabiskan. Sob sob. 

Poin saya. Nanti bila dah mati. Anda mana boleh bawak duit yang berkepuk-kepuk itu ke hadapan al-Mizan. Lainlah jika anda juga ada tabiat membakar duit kertas untuk si mati. Er. Maaf maaf. Aman tak mahu perang. 

Nanti yang ditimbang bukan duit Dolar mahupun Dinar. Tapi duit pahala yang dikutip di ruang bisnes dunia. Ingat, dunia hanyalah sekadar tapak perniagaan. Untuk mengaut pahala berbakul-bakul yang mungkin. Untuk menggemokkan saham akhirat.

“Er. [penulisjalanan], anda ni sokong siapa sebenarnya? Nak kena pukul kah?” 

Hihi. Jangan risau. Saya masih berpendirian bahwa berniaga untuk tidak mengejar untung adalah sesuatu yang bodoh. Kerana kerugian bukanlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Sesiapa pun tahu perkara ni, bukan? Senyum. 

Akan tetapi! Hihi. Senyum keji. Angkat-angkat kening.

Rugi? Mana pulak timbul perkataan hodoh ini? Anda tahu dari mana? Perkataan rugi ni beranak-pinak bila anda berniaga dengan manusia. Jadinya, tak payahlah berniaga dengan manusia. Jom berniaga dengan Tuhan. Sebab janji Tuhan itu pasti! 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” 
(at-taubah, 9:111) 

Ingat, nahnu duat qablu kulli shai’in. Toriquna jihad izzatul muslimeen. Nahnu jundu rabbul alamin. Al islam ya'lu 'ala kulli syai'in. :)

(ps: Huiyoo! Dapat Sorga kot. Kalau berniaga, setakat dapat kertas je apa kelas?)

Friday, January 18

His Story


The moment I were introduce to the only truth:
My eyes glow like it never did.
My spirit rose to the zenith.
To bring back Islam to the place it should been placed.
It is like realising how fool I am to be fooled.
By dunya and its contents; women, position, and wealth.

Knowing the false life I had been living in.
I ran away to find a new place to stay, to pray, to play.
To clean up all my sin so, please stay away.
Don’t misjudge me.
I just want to live like a muslim may; in harmony and peaceful way.
Without worrying much about what others’ say.
Just let me be, okay?

But soon enough, I been told,
“It is not about being just a better muslim.
It is about making others, also, believing.
Having faith in one and the only God.
Having faith such that messenger of Allah is Mohammad.”

At first,
I just couldn’t stop blinking.
I was taken aback.
My head revolved around everything,
from the letter A to the letter Z,
from digit zero to infinity.
O’ what a huge responsibility I have been put for duty.
O’ God, “Why ME?”
I know. I have no credibility.
I have no popularity.
I have nothing but me.

And the worst is.
From now on,
for the rest of my life there will be no more rest.
There will be nothing more but stress …
and test
‘Cause in anything I did, I do mess

Reflecting myself:
I just shouldn’t care less.
'Cause in everything, I may not be the best
But He, the best in everything will do the rest

And so, I kept on running.
Not to hide but to fight.
To open up those closed eyes with my might;
planting the seeds of iman in those empty hearts.
To preach and to guide and to share the light
that even may lighten the darkest night.
To deliver the sacred words to whom may hear,
Whether they are too far or too near,

But, as I go further
My shadow kept on following me
To anywhere I am going to be
Never leaving me even though I try to live free
From the hatred, sin and agony
Hey, I just can’t guarantee
How long will I survive in this misery
The misery that dwell me deep inside this black memory
O' what to do?
What to do?

Then, as I look up
I see the sun shine through me
And upon that very moment
I realise
The past is His story and not me.

(p/s: Can't change yesterday but tomorrow. We still have tonnes of work to be done. Innfiru, akhi. Innfiru!)

Friday, January 11

Melompat Sampai Sorga

Bismillahi Arrahman Arrahim 


Semuga anda semua masih tersenyum syukur sementelah menjejaki 2013. Mungkin sedikit lambat untuk saya ucapkan selamat tapi siapa kisah? Hihi. Apa-apa hal pun, mati semakin dekat. Dan tak mungkin menjauh. Kehidupan perlu berlaku, walau tak suka. Kerana kita hamba Tuhan. 

Kehidupan terkadang terlalu mendesak. Memberi kita tujuan yang tiada arah. Masa yang menghambat langsung tidak pernah bermanja bermesra. Laju sahaja hilang pergi entah ke mana. Di saat masa itu berlalu, kita pula masih di titik itu. Menunggu apa pun tak tahu. 

Mungkin menunggu simpati dari Ilahi. Mungkin menunggu tangan-tangan suci. Mungkin menunggu masa melintas kembali. Mungkin juga menunggu saya menghapdet entri. Er. 

Ah! Pasti sangat tak akan berlaku. Mentari pagi ini tak mungkin sama dengan mentari semalam. Senyuman yang pernah terpamer pasti tak sama dengan yang kini terukir. Jadi, apa aje yang mungkin berlaku? Pantaskah kita hanya melihat cerita ini berlangsung. Lagi dan lagi dan lagi? 

Akhi, waktu tak akan menunggu kita. 

Mehnah di sepanjang jalan bagai duri yang sengaja ditabur. Warna karpet merah pula sudah luntur. Kita pula beria-ia mudah futur? Alangkah. Dunia Islam menanti langkah kita. Luruskan saja niat di hati. Rapatkan barisan sejati. Ayuh! Jadikan diri pemuda rabbani. 

Teruskan berjuang walau tanpa pedang. Walau tanpa tombak yang panjang. Kerna janji Tuhan itu pegangan. Bukan sekadar tulisan coretan yang ternukil dalam kitab agung. Jangan langsung pernah terlupakan. Teriakan sorak penuh gemilang, ikrar janji tanpa pena. 

Pekakkan telinga dari jutaan cemuhan. Butakan mata dari wahan peringkat tertinggi. Bersedia untuk melompat menuju sorga nan abadi. Ayuh! 

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki …” (8:60)

(ps: Jangan tergoyahkan, jalan juang ini penamatnya Sorga. Buat apa terhenti di tengah jalan?)