(PERHATIAN: Entri ini boleh tahan peliknya. Saya sendiri tidak tahu menahu akan tahap keperluan untuk menulisnya. Anda mungkin sahaja akan menggaru-garu kepala anda berulang kali. Tapi apa-apa hal, anda bacalah dahulu. Komen di bawah ya!)
Aduhai! Hidup penuh debunga cinta yang berputik entah dari mana. Kembang mekar berwarna-warni harum semerbak Ambipur. Er. Peluh kecil. Kuis-kuis tanah. Main-main jari. Senyum merah padam. Hihi.
Sebelum pergi lebih jauh, saya mahu beritahu yang entri ini dituju khas kepada mereka yang sedang mengalami, telah mengalami atau berhajat untuk mengalami chenta. Ini akan menjadi satu entri yang mungkin sahaja menjemput rombongan kontroversi hadir tiba-tiba. Er. Matilah saya kalau Emak tiba-tiba membaca entri ini.
Pandang kiri. Pandang kanan. Hm. Fuhh! Line clear!
Ayuh!
Entah kenapa, semenjak duamenjak serta tigamenjak ini, ramai kenalan saya berbicara tentang cinta. Dan awal-awal ingin saya katakan saya bukan lah mamalia anti-cinta. Kerana untuk mencintai dan dicintai adalah fitrah bagi seorang makhluk bergelar manusia. Dan dengan penuh bangganya saya ingin mengaku bahwa saya ni juga seorang manusia. Nah, anda dah tahu rahsia saya. Hihi.
Lagi, majoriti mereka ni selalu, dualalu dan tigalalunya hanya bercerita kepada saya tentang perkara ini apabila terserempak dengan masalah. Hey, anda ingat saya ambil jurusan doktor cinta kah? Suka hati betul. Eheh. Tapi tidak mengapa, sudah tanggungjawab saya sebagai super hero untuk membantu mana yang mampu. Kerana bukankah ‘bermanfaat kepada yang lain’ itu merupakan ahli keluarga 10 muwasofat tarbiyyah. Hidung kembang kempis.
Hm. Saya sekali-kali, duakali-kali dan tigakali-kali tidak mengkondem golongan ini. Kerana mereka memerlukan pertolongan. Dan kebetulan juga saya suka membelasah hati mereka dengan ayat-ayat pH 1. Bukan berniat untuk membunuh, tetapi cuma untuk meneutralkan hati yang sunggoh beralkali itu. Beralkali kerana dicemari cinta yang (pada pandangan saya) tidak tarbawiy.
Bagaimana ingin saya mulakan ya? Hm.
Pada pandangan menerusi mata rabun ini, saya beranggapan bahwa soal cinta ini tidak langsung layak diulas pendek oleh saya. Eh!
Hasil daripada tarbiyyah yang dilalui, saya percaya dan benar-benar yakin bahawa pondasi utama untuk Islam kembali bangkit dari tidur adalah melalui pembinaan individu muslim. Dan siapakah individu muslim ini, jika bukan saya, anda dan mereka yang kat tepi anda tu.
Dan sementelah mencapai tahap super saiya ini, barulah anugerah sarjana kelayakan untuk memikirkan soal cinta diperoleh. Atau lebih tepat, barulah releven untuk anda memikirkan hal-hal berikutan keluarga muslim. Ya, kalau anda rasa anda dah cukup muslim, silakan lah! Saya cuma mahu makan nasi minyak percuma sahaja. Heheh.
Ehem. Ehem. Back to the topic.
Saya mengaku, saya masih belum melepasi mahupun langsung menghampiri tahap individu muslim ini. Kerana itu, buat masa sekarang saya tidak suka menyerabutkan otak saya dengan cinta manusia.
Dan sekali lagi, saya mengaku saya ini manusia. Dan sudah fitrah untuk saya mahu mencintai dan dicintai. Dan saya langsung tidak akan menyuruh anda untuk membuang perasaan dari Tuhan itu. Cumanya, kita perlu pandai menilai.
Menilai apa?
Menilai samaada kita ini sudah betul-betul jadi individu muslim atau tidak.
Hai, saudara. Solat jemaah sudah cukup lima ke? Amal fardi sudah menghampiri sempurna ke? Kerja daawah dah buat ke? Al-Quran dah berapa kali khatam? Mutabaah amal pulak apa macam? Macam haram?
Hm. Eh, anda terbakar kenapa? Saya sedang bercakap dengan cermin lah. Nanges.
Ehem. Ehem.
Kadang-kadang saya konpius. Kenapa mereka ini beriya-iya mahu mencari pasangan kekasih di usia yang setahun limau itu? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa sekali lagi?
Dan setelah membuat kajian dengan mendalam, rupa-rupanya, mereka ini berasa kesunyian. Nah!
Kenapa kesunyian? Kerana tiada sahabat sejantina yang mahu mengambil peduli akan kisah hidupnya yang penuh pancaroba tersebut. Kesian. Sumpah!
Setelah itu, mereka ini akan mencari manusia berlawanan jantina untuk (pada mulanya) meluahkan masalah. Kemudian, setelah dicucuk-cucuk oleh saitan, berlakulah pula scene meluahkan perasaan yang tiba-tiba sahaja terbuku di hati. Seterusnya, dan seterusnya sehingga lah kemudiannya berjumpa dengan masalah. Dan akhir sekali dibasuh dan di dry clean kan oleh saya. Bhahah.
Nak juga saya kongsi, macam mana saya buat dalam mencari teman untuk menceritakan masalah yang sering membelenggu. Apa anda ingat, anda je ada masalah? Hm. Okey. Jadi, anda rasa bagaimana?
Jawapan: Mestilah melalui usrah! Cewaah! Promote sikit! Usrah ni best kot. Bukan setakat untuk membina jati diri seorang muslim. Malah ada juga benda-benda lain yang sumpah menyeronokkan. Ini serius! Kerana dengan ada usrah, in sha Allah terbentuk ukhuwah. Dengan ada ukhuwah in sha Allah hidup anda seakan-akan berada di taman-taman sorga. Eh. Suka hati saya je. Hahah. Harapnya anda nampak poin saya. Oleh sebab itu, saya berasa amat terkilan jika dapat tahu bahawa mereka yang sibuk berkapel ini adalah ahli usrah saya. Ingin sahaja saya tumbuk diri saya sekuat peparu. Eheh.
Tapi, apa-apa pun, perkara yang sudah tu biarkan sudah. Pandang hadapan dan tentukan arah.
Gembira saya ingatkan, tujuan penulisan ini dibuat bukan lah untuk merendah-rendahkan sesiapa yang terlibat. Hanya sekadar untuk pantulan (baca: reflection) masing-masing.
Pertamanya, jika anda terserempak dengan wanita idaman, janganlah rasa segan-segan lagi tersipu malu untuk berkongsi perasaan teruja tersebut dengan Allah. Allah kan Tuhan anda. Bukan lah saya nak cakap yang Allah tak tahu anda minat pada siapa? Cumanya, Allah kan Tuhan KITA.
Kenapa kita sering mensekularkan perasaan kurniaan Tuhan ini dengan terhegeh-hegeh meluahkannya pada wanita tersebut terlebih dahulu, menceritakannya pada teman rapat dahulu, pos status yang boleh tahan jiwang karatnya dahulu serta langsung tak ingat nak share dengan Allah dahulu? Kenapa oh wahai? Kenapa?
Keduanya, jika benar anda rasa nak menceburi dalam bidang percintaan ini, janganlah malu-malu kucing untuk pandang jauh ke hadapan. Tanya diri anda. Anda sudah bersediakah? Penaja biasiswa anda beri izin laluan kah? Ke mana pula arahnya? Untuk berkeluarga atau saja-saja nak cuba? Kalau tak ada niat nak kahwin secara halal baik anda buat-buat lupa sahaja. ATAU nanti saya tempeleng kepala anda kuat-kuat. Heheh. \
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
(24:26)
Apa macam? Anda rasa anda dah cukup baik kah? Hm.
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan."
(27:4)
Jika anda percaya pada akhirat anda pasti faham maksud saya?
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
(36: 55-57)
Wow! Berpasangan di Sorga. Tak mahukah?
Er. Okaylah. Setakat itu sahaja rasanya. Saya nak pergi membelasah hati orang lain pula. Selamat tinggal. Bye.
(ps: Oh, esok perlu ke BTN pula.)
owhh, setuju2. :')
ReplyDelete