Assalamualaikum WBT.
Dunia semakin mahal tapi diri masih mahu tersenyum seperti biasa. Tarik nafas. Hembus nafas. Ulang 3, 4 kali. Dan senyum puas-puas. In sha Allah.
Menyaksikan kehidupan mereka yang tak kaya. Penuh usaha untuk menampung bekas duit yang lompong. Cuba apa sahaja untuk terus berjaya dan berkejaya. Penat lelah tiada kisah. Asalkan duit berehat di telapak tangan.
Fuhh. Letih. Penat betul jaga gerai ni. Penat menunggu pelanggan. Juga penat melayan pelanggan yang langsung tak banyak. Senyum kenyit mata. Jangan mengeluh. Rezeki Allah ada di mana-mana. Hm. Mula berniaga, saya menerima satu SMS dari naqib saya:
“Salam..Ape khabar iman antum?Jgn terlalu gembira sgt hari ni..Ingat,nahnu duat qablu kulli shai’in…=)”
(Er. Untuk makluman, kolej saya sedang mengadakan Mega Fair. Saya dengan seorang ikhwah mengambil peluang ni untuk berniaga. Cewaah! Promote sikit! Kikiki.)
Berbalik kepada SMS tersebut. Saya mulanya berasa seperti, “Eh, apa hal pulak ni? Tiba-tiba je.” Namun, setelah beberapa minit masa tambahan saya tersenyum sorang-sorang. Seronok bila dapat mesej dari naqib. Heheh. Tidak tunggu lama, kami berperang berbalas mesej.
Cut short, saya menghantar sebuah mesej berbunyi:
“Cmne cara daei jual beli eh?”
Dan dia membalas:
“Haha..pemurah dgn senyuman..Mempermudahkan org lain..adil dlm timbangannya,,tidak kedekut..mementingkan pahala drpd keuntungan..”
Woho. Ringkas tapi tajam. Normalnya, manusia berniaga untuk mendapat untung. Tapi dia suruh saya pentingkan pahala daripada keuntungan. Er. Mana logiknya? Pahala mana boleh buat beli barang. Nak buat modal berniaga pun tak boleh. Er sekali lagi.
Melihat sekeliling, semuanya berlumba-lumba menculik pelanggan yang selamba derk berjalan-jalan. Anda ingat, anda lalu depan gerai ni, percuma kah? Suka hati anda je. Meh, sini singgah. Punggah semua jualan. Bawak balik rumah. Wahaha.
Eh, mencapah (baca: divert) tiba-tiba. Hentak kepala pada laptop. Penat sangat agaknya. Tak boleh nak fokus. Hihi.
Apa-apa pun. Mana logik jika seorang peniaga, berniaga bukan untuk mendapat untung. Kerana mengikut tatasusila serta tatatertib seorang peniaga, keUNTUNGan adalah tujuan hidup yang utama. Hamboi! Sesuka hati je tambah tujuan hidup sendiri. :P
Tapi betullah apa yang saya kata, kan? Kalau tanpa untung, lingkuplah perniagaan. Tergulunglah tikar walaupun tapak saya tiada langsung bertikar. Nanti modal nak guna apa? Pahala mana boleh tukar cash atau pun withdraw kat mesin ATM.
Jadi, apakah gunanya makhluk pahala ni? Nampak pun tidak. Hm. Anda tahu tak? Nanti anda akan mati. Saya pun akan mati juga. Tak perlu tunggu waktu tua baru nak insaf. Sebab waktu muda pun belum tentu terhabiskan. Sob sob.
Poin saya. Nanti bila dah mati. Anda mana boleh bawak duit yang berkepuk-kepuk itu ke hadapan al-Mizan. Lainlah jika anda juga ada tabiat membakar duit kertas untuk si mati. Er. Maaf maaf. Aman tak mahu perang.
Nanti yang ditimbang bukan duit Dolar mahupun Dinar. Tapi duit pahala yang dikutip di ruang bisnes dunia. Ingat, dunia hanyalah sekadar tapak perniagaan. Untuk mengaut pahala berbakul-bakul yang mungkin. Untuk menggemokkan saham akhirat.
“Er. [penulisjalanan], anda ni sokong siapa sebenarnya? Nak kena pukul kah?”
Hihi. Jangan risau. Saya masih berpendirian bahwa berniaga untuk tidak mengejar untung adalah sesuatu yang bodoh. Kerana kerugian bukanlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Sesiapa pun tahu perkara ni, bukan? Senyum.
Akan tetapi! Hihi. Senyum keji. Angkat-angkat kening.
Rugi? Mana pulak timbul perkataan hodoh ini? Anda tahu dari mana? Perkataan rugi ni beranak-pinak bila anda berniaga dengan manusia. Jadinya, tak payahlah berniaga dengan manusia. Jom berniaga dengan Tuhan. Sebab janji Tuhan itu pasti!
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(at-taubah, 9:111)
Ingat, nahnu duat qablu kulli shai’in. Toriquna jihad izzatul muslimeen. Nahnu jundu rabbul alamin. Al islam ya'lu 'ala kulli syai'in. :)
(ps: Huiyoo! Dapat Sorga kot. Kalau berniaga, setakat dapat kertas je apa kelas?)
roti sira kurang manis singget! eheh.
ReplyDeleteteringat 1 sharing ni. hidup ni 1 investment, bermodalkan amal, beruntungkan pahala dan kerugian besar jika bergelumang dosa dan maksiat.
Allahu... saudagar syorga.
*boleh letak translate utk yg arabic tu x? jzzk*
Er..Roti sira?*Krikk krikk*Tak kenal..Tak kenal..
Deletesetuju setuju
ReplyDeletemeniaga mesti mau untung maa
mantap2
cantik tulisan
memang pemulis eh ?
eheh
:)
*penulis
Delete=.=
Ya,mmg penulis pun..Penulis jalanan..Eheh
Delete