Dalam kepalanya pusing. Sedang berkira-kira, pukul berapa agaknya
sekarang ini.
Bilik gelap. Tak nampak apa-apa. Fathi pula lupa mana letaknya telefon
bimbit kesayangannya. Mahu dia tak sayang, telefon itu merupakan hadiah rakan
usrohnya selepas dia kehilangan telefonnya yang pertama. Indahnya ukhuwah. Bukan
pada materi. Bukan juga pada nilai estetika. Tapi indahnya hadir pada nilai
sentimental dan ketarbawiyyan kukuhnya persaudaraan.
Huh. Apa Fathi mengarut ni? *garu kepala*
Dia meraba-raba di sekeliling katilnya. Mencari-cari telefon Samsung Galaxy
putih. Di bawah bantal, tidak ada. Di bawah selimut, tidak ada. Di dalam poket,
juga tidak ada. Hm.
Bila tak jumpa, Fathi pun buat keputusan mudah. Tidur semula lah
jawabnya.
Zzzz…
***
Kali kedua bangun, pada malam yang serupa.
Fathi duduk. Matanya kuyu. Dia cuba buka mata luas-luas dan kelilingnya masih
gelap.
‘Eh, tak siang-siang lagi ke? Aku rasa dah lama tidur ni. Hm. Pukul
berapa yeh sekarang?’ Fathi bermonolog sorang-sorang.
Sekali lagi, dia berkira-kira, pukul berapakah di jarum waktu. Semalam dia
tertidur awal. Tika sedang membaca buku Muntalaq karangan Muhammad Ahmad
ar-Rasyid, dia beransur-ansur terlelap dan langsung terlena terus. Letih sangat
agaknya. Petang-petang beriadah, mahu maintain qawiyul jism.
‘Tapi… siapa pulak yang tutup lampu tadi?’ Fathi menyoal warasnya. ‘Ahh!
Lantaklah! Awal lagi kot.’
Langsung dia sambung melayari bahtera mimpi.
***
Begitulah.
Dan ke sekian kalinya, dia terjaga lagi. Entah kenapa,
‘Haish. Apehal dari tadi asyik terjaga ni? Payah betul nak tidur,’ Fathi
mengomel seorang diri. Kepalanya digaru-garu lembut. Kemudian, bahu kirinya
pula digaru-garu.
Masih gelap. Suara syahdu alunan merdu bacaan al-Quran di surau terdekat
belum dimainkan. Emak belum datang kejutkan lagi. Ayam juga belum lagi mula berkokok.
Ini bukti-bukti sahih bahawa malam masih muda. Dan masih lambat lagi untuk
hadirnya pagi. Begitulah fikir Fathi.
Dan satu perkara yang bertindak sebagai faktor pengukuh kepada teorinya
tadi adalah Samsung Galaxy. Masih bisu diam berjuta bahasa. Tidak langsung
bersuara melangsungkan lagu Jejak dendangan Izzatul Islam atau nama pendeknya,
Izis. Bertambah yakin lah Fathi bahawa tidur itu adalah amal qawiy di ketika
itu.
Sepatutnya, alarm berbunyi pada pukul 4.30 pagi. Sebab Fathi ingin bangun
qiam bagi melunaskan mutabaah amalnya di waktu cuti.
‘Hm… confirm awal lagi ni.’
***
Gelap.
Terdengar ngiang-ngiang bunyi moskuwito menghampiri hinggap untuk
mendapatkan supply darah merah. PAPP! Fathi laju sahaja mematikan usaha murni
moskuwito tersebut. Pantas betul.
Dia meraba-raba di sekeliling, mencari selimutnya. Jumpa. Ingin sahaja
dia melitupi seluruh badannya dengan selimut. Barulah takde nyamuk kacau. Tapi…
fathi bukanlah berbadan kecil. Selimutnya pula tidaklah bersaiz besar. Ala kadar
sahajalah tutupannya. Cukup dari hujung kaki sampai ke paras dada. Tanpa syak
lagi, bahagian muka sering menjadi sasaran penghisap darah tegar. Aduhai.
Sekali lagi nyamuk hinggap tepat di pipi kanannya yang gebu. Belum sempat
makhluk itu mencucuk ke dalam salur darah, Fathi bertindak balas dengan amat
cepat sekali. Dan gugur jugalah nyamuk ini. Kasihan.
Senyap. Sepi. Sunyi.
‘Takde nyamuk dah ke?’ Fathi timbul bosan.
Malam ini, payah betul dia mahu tidur.
‘Hm… Kalau buka lampu ni bagus juga. Baru aku boleh tahu sekarang ni
pukul berapa,’ Fathi bermonolog.
Dia bangun dari katil saiz queen. Langkahan kakinya sedikit longlai, baru
bangun tidurlah katakan. Dia cuba meraba-raba di serata, mencari suiz untuk
menghidupkan lampu kamar ruang beradu. Tangannya tersentuh dinding. Dia meraba
lagi. Perlahan-lahan.
Tapi entah di manalah suis lampu ini berada. Biasanya, senang je nak
jumpa. Tapi malam ni…
Fathi putus asa. Dia kembali ke katil dengan perlahan. Seakan-akan zombie
geraknya.
***
Burung pun berkicauan. Kokokan ayam bersahut-sahutan penuh kegembiraan.
Ya, anda sendiri boleh agak. Hari sudah siang.
Hadoi. Klisenya cerita ni. Pfft. Bosan.
Baiklah. Kita buang part beburung dan ayam-ayam itu. Kita tukar sikit
yeh? Senyum.
***
Matahari mula menyinar. Melempiaskan cahayanya yang terang. Menyuluh setiap
pelosok dan sosok tanpa sedikit pun yang kurang. Rata sahaja warnanya. Pelik.
Warna putih ini turut membahang. Panas. Bagaikan matahari ada sejengkal jaraknya
dari atas ubun-ubun kepala.
Fathi terjaga. Matanya silau tatkala melawan gemilangnya cahaya.
‘Errghhh… dah siang ke?’ matanya melilau ke kiri dan ke kanan.
Matanya yang sepet cuba dibuka. Dan satu panorama yang begitu asing bagi
dirinya bila lihat di keliling. Dia menggaru-garu pipi kanannya. Gatal. Mungkin
ada nyamuk yang berjaya mencilok sample darahnya.
Fathi pandang ke bawah, di sisi katilnya. Dia ternampak telefon Samsung
Galaxy. Cermat dia membongkok bagi mencapai telefon tersebut. Berjaya digapai. Dia
menyapu-nyapu skrin telefon. Tersenyum seketika. Lembut sahaja dia menekan
punat utama. Password pun dimasukkan: 2-3-0-5-1-5-6.
Dan tertera jelas pada jarum jam analog pada skrin telefon bukanlah
nombor. Tapi satu tulisan:
KIAMAT.
-THE END-
enonimus: Sampai bila mahu tidur hah? Umat kat luar tu sedang tenat. (naum=tidur)
(PERHATIAN: Entri ini tiada kena
mengena dengan cerita Lari lakonan Aaron Aziz itu yeh. Bye.)
Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh…
Alhamdulillah.
Hampir dua tahun saya terlibat bersama gerabak dakwah dan tarbiyyah. Saya
sangat bersyukur dengan anugerah ini. Sangat-sangat bersyukur. Saya yakin, jika
Allah tidak mengurniakan nikmat ini, saya masih lagi tenggelam dalam kegelapan
semalam. Jadi, untuk entri kali ini saya berasa begitu kepingin untuk berkongsi
beberapa kisah mengenai saya dan DnT.
Bukan untuk diidolakan. Juga, jauh sekali untuk dibanggakan. Kerana
siapalah saya ini jika dibandingkan dengan ikhwah-ikhwah lain yang lebih giat
berjuang. Kerana siapalah ikhwah-ikhwah lain jika dibandingkan dengan para
sahabat yang gah kefahaman ugama. Kerana siapalah para sahabat jika
dibandingkan dengan Muhammad saw. Saya begitu kerdil. Semuga, apa yang terakam
boleh dimanfaatkan dalam setiap ruang dan liku kehidupan kita semua. In sha
Allah.
Sentuhan Pertama
Seperti mana rakan-rakan saya yang lain, perasaan gembira mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran adalah begitu manis. Lebih gembira lagi,
kerana mendapat kursus persediaan ke luar negara. Namun, kegembiraan saya pada
ketika mendapat surat tawaran adalah sangat terbatas. Kerana, saya mendapat
kursus diploma yang saya tidak pernah dengar. Dan ditempatkan di kolej yang
begitu asing bagi saya.
Dan, masih lagi jelas di paparan memori ketika bermulanya melangkah ke
kolej persediaan (kolper) tersebut. Saya rasa sangat janggal. Bayangkanlah
hampir semua pelajar tahun 1 bercakap omputeh seperti lidah ibu (baca: mothers
tongue) mereka sendiri. Saya pula terkedu-kedu seorang. Tapi lantaklah. Saya
cuba juga walaupun omputeh patah (baca: broken english). Eheh. Kenangan.
Sehinggalah suatu hari, dalam surau, lepas solat maghrib. Saya sedang
bersembang dengan kenalan sekolah lama; teman sedarjah tika bersekolah rendah
dahulu. Lama betul tak jumpa. Sedang kami seronok bersembang, tiba-tiba datang
seorang senior tahun 2. Mukanya mesra dan tampak senang. Dia merupakan orang
penting di kolej. Sebab dia pernah bercakap atas pentas bersama barisan Majlis
Perwakilan Pelajar semasa minggu orientasi.
Hakikatnya.
Saya kenal dia sedikit awal dari itu. Lebih awal dari tarikh pendaftaran
saya ke kolej tersebut. Satu perkenalan yang mengubah paradigma penghidupan.
Alhamdulillah.
***
Dalam masa lebih kurang seminggu sebelum tarikh pendaftaran, -entah
bagaimana- saya telah dijemput masuk ke kumpulan kolper itu di mukabuku oleh
orang yang saya tidak kenal. Saya fikirkan. Mungkin ini adalah satu perkara
biasa dan satu layanan biasa buat pelajar baru seperti saya. Saya pun tanpa
syak wasangka buat-buat biasa sahajalah. Tapi andaian saya silap. 100 peratus
silap. Rupa-rupanya, itulah sentuhan pertama dakwah dan tarbiyyah. Senyum.
Dan detik itu jugalah saya mula mengenali murobbi pertama saya, Murobbi
M. Walaupun pada mulanya kami tak pernah kenal dan tak pernah jumpa, saya rasa
sangat rapat dengan sosok ini. Mungkin ini berbalik pula kepada kisah era
sekolah menengah saya dahulu:
Di awal bersekolah menengah; tingkatan 1, saya merupakan junior yang agak
dibenci oleh beberapa senior. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana lagak dan
tingkah saya berbeza, saya sering ‘mentally’ dipukul. Mereka tak berani pukul
saya awal-awal sebab saya budak baru. Tapi mereka telah ‘plan’ nak pukul saya
hujung tahun nanti. Begitulah fikir saya. Tapi perancangan Allah itu sungguh
bermakna. Kumpulan senior tersebut telah dibuang sekolah sebelum akhir tahun
menjelma.
Di menengah atas pula. Saya berpindah sekolah. Sekolah baru buka. Hanya
ada pelajar tingkatan 4 (batch saya) dan pelajar tingkatan 1 sahaja di situ.
Juga, lebih menarik. Batch saya juga merupakan batch pertama yang melakukan kes
buli. Ohoho. Tak qudwah langsung. Jangan risau, saya tak terlibat… cuma sedikit
terkesan. Saya mula beranggapan bahawa hubungan junior-senior yang damai adalah
suatu hipotesis yang tak mungkin realiti.
Begitulah. Dua peristiwa di atas, menjadi penyebab kenapa saya begitu
menghargai Murobbi M, seorang senior yang sungguh saya kagum. Tak sangka pula
masih ada senior yang sebegitu rupa; penyayang dan murah senyuman. Nampaknya,
hipotesis saya gagal. Begitupun, Alhamdulillah. Senyum.
***
Okay. Sambung kembali bahagian senior tahun 2 yang datang tiba-tiba tu.
Masa tu, saya kenal dia tapi dia tidak kenal saya kerana display
picture pada mukabuku saya adalah tidak jelas (dia kata). Dan sebaik sahaja saya
memperkenalkan diri sebagai [enonimus], aura penuh keterujaan benar-benar
terpancar di setiap sosoknya. Bercahaya. Dia kelihatan begitu gembira. Kawan
lama saya kelihatan hairan. Saya pula berasa penuh segan.
‘Err.. Apehal dengan dia ni?’ getus hati saya ketika itu.
Tapi denngan anda, saya terpaksa akui. Saya berasa sedikit bangga ketika
itu. Rasa jugaklah eksaited. Ada senior kenal saya kot. Muahahahaha. Er. =.=’
Di sinilah bibit-bibit dakwah dan tarbiyyah mula merasuki hidup saya.
Pencerahan demi pencerahan diberi. Pendedahan demi pendedahan dikongsi. Namun,
tak dapat saya tipu. Adakala terasa juga seperti menyampah dengan Murobbi M
oleh kerana sikapnya yang kadang-kadang kebudak-budakkan. Hahah. Apa boleh
buat. Itulah murobbi pertama saya. Unik dengan caranya yang tersendiri.
Sepanjang tahun pertama saya di kolej itu, -bermurobbikan Murobbi M- adalah
beberapa peristiwa yang suka dan duka. Dan untuk mengatakan betapa jahatnya
saya. Pernah dalam satu liqa’, saya memarahi dan menengking murobbi dan
usrohmate saya yang lain. Ada sedikit perbezaan pendapat. Hahah. Sampai
sekarang saya ingat, betapa entah apa-apanya saya ni. Disebabkan peristiwa itu
juga, beberapa hari telah saya bermasam muka dengan murobbi M. Perang dingin.
Tapi apalah sangat pun.
Tidak lama selepas itu. Kami kembali berbaik… seperti tiada apa yang
pernah berlaku. In sha Allah berbaik dan terus bersama berjuang sampai Sorga.
Amiiin. :)
Menjadi Murobbi
Masuk sahaja Tahun 2. Saya dipertanggungjawabkan pula untuk menjadi
murobbi. Untuk membina generasi pelapis sepertimana yang dilakukan oleh Murobbi
M. Jujurnya, saya berasa sangat kosong. Cuti semester tanpa usroh benar-benar
membuatkan jiwa saya kosong. Al-maklumlah, tiada abang-abang yang duduk
sedaerah dengan saya. Berbanding dengan rakan usroh yang lain, mereka ada usroh
kabilah. Sangat beruntunglah mereka. Senyum.
Setelah perlanjutan pelajaran murobbi M ke luar negara, saya telah di
usrohkan pula secara berganti-ganti –sepanjang tahun 2- oleh murobbi N, murobbi
O dan murabbi P. Bersama-sama saya, ada beberapa lagi rakan yang kini saya
panggil ikhwah. Merekalah saudara seislam yang saya rasa begitu rapat. Sangat
rapat. Benarlah, seorang ikhwah pernah cakap, “Persaudaraan yang terjalin dek
aqidah lebih pekat dari merahnya darah.”
“Sesungguhnya
orang-orang mukmin itu bersaudara…”
(al-Hujurat; 49:10)
Dan bermulalah kisah saya sebagai seorang bakal murobbi.
***
Sumpah!
Saya bermula dengan amat teruk. Rupa-rupanya menjadi murobbi bukanlah
perkara yang senang. Terutamanya apabila ingin mencari mutarobbi. Saaaaaangat
susah. Lebih-lebih lagi bagi orang yang seperti saya. Anda bayangkan, stok budak core surau sudah awal-awal habis disapu ikhwah-ikhwah yang qawiy. Terpaksalah saya mencari hadek-hadek yang di luar surau pula. Tapi saya tak boleh salahkan mereka. Kerana itu juga tugas mereka bersama.
Ini semua sebab saya yang lambat dan gemok. Hadeh. Mengeluh panjang.
Serta peluh kecil. =.=’
Namun, itu bukan alasan yang unggul. Saya cuba juga walaupun payah. Cuba
dan teruskan mencuba. Melihatkan pula ikhwah-ikhwah lain yang sudah mula
berbulatan dengan hadek-hadek mereka sendiri, lagilah saya rasa tak senang duduk.
Hinggalah di dekat hekzem saya berjaya mengumpulkan beberapa orang mutarobbi.
Saya rasa sangat gembira ketika itu. Rasa sungguh bahagia. Sungguh lapang.
Mungkin inilah perasaan yang dirasai murobbi M satu ketika dulu. Satu perasaan
yang penuh diberkati hendaknya.
Tapi. Sungguh malang.
Saya tidak bersungguh-sungguh. Sebaik sahaja berjaya mendapatkan mereka
(hadek-hadek), cuti semester telah pun bermula. Mereka tidak sempat
dibulatankan kerana kekangan masa dan kelewatan saya sendiri. Walaupun ketika cuti
ada usroh kabilah (uskab) yang diadakan di dekat tempat tinggal mereka, saya
berasa serba salah untuk mengajaknya.
Fikir saya, ‘Mereka belum sempat lagi berliqo’ walau sekali. Kalau ajak
pergi uskab karang, takut zalim kat diorang pulak. Ahh! Biar jeala. Nanti kolej
buka aku akan buat liqo.’ =.=’
Menyesal tak sudah.
Selepas cuti semester, sebaik kolej dibuka. Walaupun saya cuba aturkan liqo’, biasanya seorang
sahaja yang datang. Ia amatlah mendukacitakan. Oleh sebab rasa bawah (baca: down) yang teramat, saya terus tinggalkan dia. Huhu. Seorang pun saya tak mampu nak jaga. :(
Ya, saya yakin. Saya lah punca. Masih ada jahiliah pada
diri saya. Masih ada kelemahan pada diri yang saya tak endahkan. Masih ada amal
ibadah yang belum sempurna saya terjemahkan. Masih ada begitu banyak dosa yang
belum saya bersihkan. Masih ada ruang-ruang doa yang tidak saya penuhkan. Masih
kurang dakwah fardiah yang saya laksanakan. Masih banyak lagi peluang muayasha
yang tidak saya laksanakan. Hasilnya, sehinggalah tamat zaman perkolejan -pada
hemat saya- saya telah gagal.
Saya gagal membina aset ummah. Saya gagal membina generasi pelapis dakwah
dan tarbiyyah. Saya gagal. Sungguh kecewa.
Tapi saya sedar, kekecewaan ini tidak akan membawa saya ke mana-mana.
Kecewa lah setara manapun kalau saya tidak ambil ibrah dari kesilapan yang saya
lakukan, saya tidak dapat apa-apa juga.
Saya cuba reflek kembali. Kenapa perlu saya ambil kisah berapa ramai yang datang? Apakah yang sebenarnya saya cuba kejar? Bilangan? Nombor? Ya, kita memang perlukan ramai kader-kader pelapis dakwah, tapi jika sedikit yang Allah beri kepada kita, adakah kita layak untuk terus mengalah?
Hm...
***
Kemudian, berlangsunglah musim hibernasi a.k.a. cuti tunggu result
hekzem. Saya yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan uskab di kawasan
saya, telah berlaku curang. Saya gagal lagi. Kerana futur yang meraksasa pada
ketika itu. Saya menyendiri dan cuba melarikan diri dari ikhwah-ikhwah dan
murobbi saya. Saya berasa malu dengan kekerdilan saya. Bahkan, ketika mereka
cuba melawati saya di rumah pun, saya tidak endahkan. Hahah. Kelakar betul.
Sungguh jahat saya ketika itu. :p
Namun, baru-baru ini. Seorang ikhwah telah datang ke rumah saya. Dan ia
sangat bermakna buat saya. Sebuah perasaan izzah yang pernah menyinar dahulu
kini kembali bersinar. Oh, alangkah! Jazakallah khair ya akhi. Saya rasa begitu teruja. Dan bila
bertanyakan kepada ikhwah tersebut, dia juga tidak merancang untuk datang ke
rumah saya sebenarnya.
Kebetulan?
Garu kepala. Bahasa apa tu?
-THE END-
Tiada kebetulan kat atas dunia ni melainkan perancangan Tuhan. Tidak
setitik pun embun yang jatuh dari dedaunan melainkan dengan izin Tuhan. Tiada
kasih sayang di atas dunia melainkan dengan rahmat Tuhan. Dan tiada bahagia di
atas dunia melainkan kita sendiri menyambut seruan dari Tuhan.
Ya, mungkin saya pernah cuba melarikan diri dari dakwah dan tarbiyyah (Dan
hampir berjaya pun). Anda juga –yang sudah sedang sertai gerabak dakwah dan
tarbiyyah- mungkin juga pernah ingin cuba melarikan. Mencari ruang untuk hidup
seperti orang keramaian. Tapi percayalah kata-kata saya. Sekiranya anda pernah
benar-benar disentuh oleh dakwah dan tarbiyyah, anda pasti tidak akan mampu
melakukannya.
Kerana di saat hati kita disentuh, kita bukan lagi orang biasa. Kita
bukan lagi kita yang dahulu; duduk terumbang-ambing berseronok dalam kegelapan
ketidaktahuaan. Kerana kita sudah tahu dan dengan izinNya faham tentang hakikat
sebenar penghidupan. Kita sedar betapa kecil dan sempitnya dunia berbanding luasnya
negeri akhirat. Kita yakin betapa kotornya dunia dengan ketidakadilan dan
kezaliman berbanding sucinya kesudahan di shurga yang dipenuhkan dengan
kedamaian dan kesejahteraan.
Kita khalifah! Kita juga hamba Tuhan!
Kita bukan lagi manusia tanpa kesedaran.
Dan oleh kerana itu. Berhentilah berlari dari rahmat Tuhan yang Maha
Agung. Marilah kita semua, bersama-sama merebat ukhuwah berlangkahan menapaki
dunia menyebar mahabbah cinta dakwah dan tarbiyyah. Marilah kita semua,
bersama-sama mengharungi betulkan arus dunia yang dipenuhi kezaliman yang menenggelamkan
islam ke dalam kuburan. Marilah kita kembalikan mahkota pada raja Manusia,
Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar!
Ayuh berlari ke shurga!
Enonimus: Dakwah dan tarbiyyah. Satu
nikmat yang langsung aku tak sangka akan ketemu. Lebih-lebih lagi di kolej
persediaan di celahan barisan kelapa sawit.
Gorgon dilahirkan di sebuah planet yang jauh jaraknya dari planet Bomi.
Di planet itu, Gorgon telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang, umpama
menatang minyak yang penuh oleh kedua orang tuanya. Gorgon merupakan seekor
raksasa yang sangat riang dan cerdas. Dia juga adalah keturunan raksasa sayap.
Kiranya, dia boleh terbang tinggi-tinggi seperti bapa dan ibunya. Di waktu
lapang, dia gemar berlumba ke pelangi bersama adik-beradiknya yang lain.
Sungguh. Kehidupan Gorgon penuh dengan rona-rona warna-warni kesejahteraan.
Saban tahun, Gorgon semakin membesar. Sayapnya melebar. Dan mula keluar
taring di barisan celahan giginya yang memutih. Manakan tidak, setiap hari dia
pasti menggosok gigi dengan penuh rapi. Dia begitu menjaga penampilan kerana
ibu bapanya merupakan raksasa kebanggaan keturunannya. Tak mahu lah pula dia
menconteng arang pada muka mereka. Maruah keluarga harus dibela, fikir Gorgon.
Sehinggalah suatu hari, dia berasa sangat bosan. Dia tidak tahu mahu
berbuat apa. Kebanyakkan adik-beradiknya sudah tiada. Dua abang Gorgon telah
berhijrah ke planet yang lain. Seorang abang lagi telah mati dilanggar
asteroid. Dan adiknya pula sudah masuk akademi berasrama penuh (ABP). Gorgon
tinggal seorang sahaja di rumah. Ibu bapanya pula selalu sibuk dengan urusan
kerja mereka. Gorgon pun jadi bosan.
Untuk mengatasi kebosanan tersebut, Gorgon telah melakukan pelbagai
ikhtiar. Namun, kecewa. Tiada satu pun yang berjaya menghapus rasa bosan yang
menggila.
Ketika melayari internet, Gorgon terbuka sebuah belog berjudul
thepenulisjalanan. Dia membaca setiap entri yang ditulis oelh tuan empunya
belog. Adakalanya Gorgon termuntah hijau dek loya dan mual membaca siri-siri
penulisan mengarut tersebut. Sungguh pathetic. Oh, ‘pathetic’ adalah bahasa kuno puak raksasa sayap.
Maksudnya adalah menyedihkan.
Kemudian, Gorgon menanam hasrat untuk menurut jejak langkah
abang-abangnya. Dia juga ingin merantau ke planet lain. Mencari teman hidup,
mencari penghidupan, mencambah kenalan serta untuk menghilangkan bosan. Ya,
Gorgon sudah nekad.
Tiba tarikh yang dijadualkan, Gorgon bersalaman dengan kedua orang tuanya
dan langsung berlepas ke planet Bomi. Dia bersayap sahaja kerana mahu jimat kos
katanya. Jauh juga perjalanannya. Dia sempat singgah di planet Zuhal dan
mengelilingi matahari 2 kali pusingan penuh. Paling sukar adalah ketika ingin
melintasi jalur asteroid yang menjadi pintu masuk ke ruang angkasa Bomi.
Alhamdulillah. Dia berjaya melepasinya dengan kesan cedera yang minima. Jelas.
Keupayaan terbangnya adalah pada kelas yang amat tinggi.
Sesampainya ke Bomi, Gorgon begitu teruja sekali dengan keindahan yang
terpampang di hadapannya. Dia melompat-lompat kegembiraan. Kelilingnya penuh
dengan kehijauan alam. Ada juga kolam yang langsung tak dalam. Dia berasa
sangat beruntung. Dalam pada itu, dia juga sempat membuat tarian budaya kaum
raksasa sayap yang bergelar Agorgon. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu
planet Bomi.
BUT little did he know… *Cewaaahh! Cakap english pulak!*
Datanglah satu jasad biru merah kelabu menerpanya dari belakang. Dan
jasad itu langsung mengetuk kepalanya… berulang-ulang kali. Gorgon berasa
sakit. Dia kaget sebentar. Pening. Mungkin ini cara raksasa di Bomi menyambut
tetamu. Lalu dia pun mengetuk kepala jasad tersebut… juga berulang-ulang kali.
Tapi jasad itu menepis setiap ketukan tersebut. Dan apa lagi, Gorgon pun cuba
lah mengetuk jasad itu dengan lebih bersemangat. Namun, tidak berjaya.
Gorgon pun berhenti mengetuk kepala jasad tersebut. Gorgon fikir lebih
baik dia berkomunikasi secara verbal. Mungkin lebih kurang sakit. Kecewa sekali
lagi. Ketika Gorgon baru sahaja ingin mulakan bicara, datanglah beberapa burung
kecil melintasi dan langsung melepaskan tembaknya. Sakit. Perit. Aduh! Kasihan
Gorgon.
Gorgon pun panas hati. Dia terasa seperti ingin menangis. Dia pun
mengembangkan sayapnya, cuba untuk membawa diri bersama serpihan hati yang
sepi. Er. Dan baru sahaja terbang tidak melebihi gunung Everest, kakinya
dipegang dan ditarik kuat. Badannya dihempas ke lantai Bomi. Pedih.
Tidak cukup dengan itu, jasad tadi tu menyepaknya banyak-banyak kali.
Terus mengangkatnya dan baling straight ke arah bukit yang ada di situ. Pening
kepala Gorgon dibuatnya. Akhir sekali jasad itu, memasang kekuda dan
menggunakan tangannya, dia membuat bentuk ‘L’. tak semena-mena keluar satu
cahaya terang dan mengena tubuh Gorgon. Gorgon berasa tersangat sakit. Panas. Hangat.
Gorgon pun meletup dan mati. Hm. Maksud saya, mati dan meletup.
Jasad yang bertanggungajawab atas keletupan Gorgon terus terbang
meninggalkan tempat kejadian tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
Kesian Gorgon.
Akhirnya, kita semua pun tahu... Bahawa kita ni pendakwah bukannya penghukum... Er.. Apa kena-mengena?
Kabur. Langkahan ini amat sukar terhabiskan. Kerna di mana langsung kaki
ini wajar menapaki tidak gagah kelihatan. Ya, kaki ini sudah bisa di angkat
keluar menembusi lelumpur karat waktu silam tapi… di mana pula tapakan ini
harus ditamatkan? Apa pula jejak yang seterusnya?
***
Shiuhhhh.. Shiuuhh…
Angin bertiupan lembut. Menyapa dan membelai mesra tetubuh yang dilewati.
Begitu mesra hinggakan kosong pemikiran dari anasir-anasir buruk yang
mencengkam. Layaknya, terlihat satu jasad tinggi tiga kaki tidak jauh dari
sebuah pepohon hijau yang makin melayu. Warna dedaun yang kian pudar, bebunga
pula bersepahan di keliling. Hanya ada dedebu dan tanah kering yang menjadi
peneman daun-daun di bawahan.
Jasad itu yang tadinya duduk berlindung bawah redupan matahari, kini
menggagahkan kaki untuk mula berdiri. Dicuba capai lembut apa reranting yang
mampu digapai. Kakinya terketar-ketar. Akibat cuba meraih sokongan penuh dari
sang ranting, iapun lalu patah. Dan jasad itu kembali rebah melutut di tanahan.
Sambil di tangannya ada baki ranting berserta daun kehijauan.
Dia lalu kembali ke posisi asal.
Duduk bersandarkan batang pohon yang mereput. Dia perhatikan di sisi
kakinya. Ada seekor rerama. Cantik. Tetapi lemah. Begitu lemah sehinggakan
tidak mampu lagi terbang dari bunga ke bunga. Mungkin ini penghujung hayat
singkatnya. Kesian melihatkan siksa yang menimpa sang rerama, dia laju
menghenyak tubuh kecil itu hingga mati. Melepaskan ia dari derita dunia.
“Ah… Semuga kau tenang wahai sang rerama.”
***
Masih. Panca indera tidak dapat menembusi sesaknya penglihatan. Asap,
dedebu serta apa yang ada berhimpun menggelapkan cahaya yang gemilang.
Dan dia pun terus lagi cuba berdiri. Perlahan-lahan. Tangannya meraba
pada kulit pokok yang kasar. Kakinya masih terketar-ketar. Dan nafasnya cuba
dikawal sebaiknya. Peluh merembes. Membasahi tubuh yang gasar. Alhamdulillah. Alangkah
gembira bukan kepalang atas keberjayaannya itu. Dia sudah mampu berdiri. Kini dia
hanya perlu melangkah pula.
Dia menenyeh-nenyeh matanya. Dan mengulangnya lagi. Cuba sedaya mungkin
untuk lihatnya kembali jelas. Sedih. Tiada apa yang berjaya dilihatkan. Hanya ruang
penuh debu yang menunggu dihadapnya. Kabur. Langsung tiada apa yang dia
hendakkan. Dia usaha lagi. Matanya digosok ulang berkali-kali. Hingga kemerahan
bebola matanya.
Pedih.
Dia berhenti menggosok. Matanya berair bukan darah. Dan matanya juga
merah bukan marah.
Hakikatnya. Dia sedih. Dia menangis. Kerna tidak nampak mana arahnya. Dia
cuba lagi menggosok mata. Dan meneropong semula. Gosok lagi. Dan lagi. Sehingga
akhirnya dia pun buta.
***
Jasad itu masih terkandas. Masih tidak bebas dari belenggu dunia yang seakan
membeku. Tidak bergerak kaku bagaikan waktu sedang berhenti menunggu. Ah, hiperbola!
Mana mungkin masa akan menanti. Kerna ia adalah makhluk yang tak reti erti
henti. Dan siapa pula aku untuk dia sejenak beradu.
Cuba berdiri lagi jasad itu. Tapi kali ini dengan strategi yang nyata berbeza
dari sebelumnya. Jika sebelum ini, deria lihat mengecewakan. Buat kali ini, dia
cuba berjudi nasib guna deria dengar. Mengumpul seluruh baki kekuatan. Dia mengambil
sejumlah nafas yang berharga. Langsung dengan satu hembus dia melolong kuat
menjerit minta dibantu. Berkali-kali dicuba dan berhasil juga hujungnya. Ada suara
yang menyahut dari satu punca kejauhan.
Tapi…
Suara itu bukanlah yang biasa didengarkan. Berfikir sejenak.
‘Ah… bukan-bukan. Bukan suara itu yang harus ku tuju,’ putusnya.
Lalu, dia menjerit lagi sekuat hatinya. Dan lagi ada suara yang
kedengaran dari sebuah kejauhan. Cuba dia amati setajam-tajamnya. Bait kata-kata
yang terucap dari hujung sana.
Khuatir. Siapa pula kali ini?
Rebah.
Dia terduduk kebuntuan.
***
Beberapa kurun langsung berlalu.
‘Eh, lama sangat tu!’
Er… maksud saya… beberapa HARI langsung berlalu. Kedengaran derapan kaki
yang berderap-derap di muka tanah yang kontang itu. Di balik kabus yang tebal
ada sekumpulan pengembara yang datang dari jauh.
‘Woi! Memang lah datang dari jauh…
nama pun pengembara… piiraahhh!’
Ah! Jangan kacau! Shuhhh! Main jauh-jauh. Suka hati aku lah nak cakap
apa. Pfft.
Eh? Er… maaf… maaf… kita teruskan cerita deh…
Di balik kabus yang tebal ada sekumpulan pengembara yang datang dari
jauh. Banyak tunggangannya, banyak juga bekalan yang dibawa. Dan kumpulan itu
melewati sebuah pohon tua. Ketuanya lalu mengarahkan anak buahnya berhenti
berehat di situ.
‘Pelik. Kenapa di sini begitu tebal kabusnya?’ getus hati sang ketua.
Dia melangkah-langkah untuk melihat apa yang ada di sekeliling
persekitaran itu. Dan alangkah terkejutnya pabila terlihatkan sebuah jasad yang
kini menjadi mayat; seorang lelaki entah berapa umurnya. Pilu. Sebak. Ketua rombongan
itu mendakap jasad itu. Dia langsung memanggil anak buahnya minta
digalikuburkan mayat itu.
Selesai dikerjakan. Sang ketua masih berada di dekat kuburan. Dia masih
terkedu. Cuba menahan tangis, perlahan dia bersuara...
"Tsk... Tsk... Kenapa dia tak nampak...? Tsk... Sorga ada di balik kabus itu..."
-THE END-
enonimus: Ahh! ‘Jerebu’ atas dunia
ni tebal sangat. Macam mana umat nak nampak sorga?
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(al-Mudasir; 74: 1-5)
***
"Jahiliah ni…” Amat awali bicara, “… macam sampah. Bukannya ada satu
zaman masa pak arab dulu je. Sampai sekarang pun ada sampah. Penuh. Merata-rata
ada sampah. Hakikat sampah ni tak pernah wangi. Selalu busuk dan menyebabkan
orang menjauh. Ada ke orang yang suka duduk dalam kesampahan?” Amat beretorika.
Khusyuk.
Semua pun mendengar penuh khusyuk. Telinga dipasang, mulut dikatup rapat
kemas tidak berbicara. Masing-masing tertanya-tanya akan erti jahiliah yang
tulen. Apakah itu jahiliah?
“Em… Bang, jahiliah tu apa sebenarnya?” Ibad mengaju tanya. “Setakat yang
saya tahu, jahiliah tu adalah kebodohan. Satu kejahilan sebab tak mahu mengakui
hakikat bahawa Tuhan itu satu dan tak mahu meyakini akan kebenaran Islam,” Ibad
cuba mengerah otaknya agar bekerja menjana ide yang datangnya dari buku-buku
teks Sejarah di tingkatan dahulu.
“Hm…” Amat mencorak jawapan. “Betul lah tu.”
“Habis tu, tadi abang kata jahiliah tu sampai sekarang pun ada, kan? Apa
kaitan dengan kitorang pulak? Kitorang beriman kot Allah tu Esa.”
***
“Biasanya, bila ada sampah… mesti orang buang, kan? Mana ada orang yang
nak simpan sampah lelama.”
“Then, bila bakul sampah tu dah penuh… kita kosongkan bakul sampah tu
semula.”
“Bang, daripada kita kosongkan bakul sampah tu lebih baik jangan buat
sampah terus. Penatlah nanti asyik nak kosongkan bakul sampah je.”
“Hahah… part tu yang paling payah. Untuk tidak membuat sampah adalah
sangat susah. Sebab manusia ni kan makhluk pembuat sampah…” Amat mencari-cari
sesuatu, “Hah! Tengok tu, plastik gula-gula tu pun dah jadi sampah,” Amat
tunjuk tepat ke arah bungkusan Mentos di dekat kaki Aiman.
“Then…” laju sahaja Aiman mencelah seraya mengutip bungkusan gula-gula,
“… kita kena ada bakul sampah yang besarlah. Barulah tak perlu kerap sangat
kosongkan. Kurang sikit penat tu. Acano?”
***
“Bang, jahiliah tu apa sebenarnya?”
“Jahiliah tu sampah lah… heheh…” Amat mengusik anak usrohnya.
“Ceh… Malas lah nak datang liqo’ lepas ni,” Asyraf pura-pura merajuk.
“Jahiliah tu…” Amat mencari sesuatu dari poket kiri seluar slacknya. “…
ni hah!” Amat mengeluarkan sesuatu.
“Eh?”
***
Teliti. Amat ternampak Ibad yang bagaikan tidak keruan.
“Bad, kamu okay tak neh? Macam ada sesuatu yang nak luahkan je. Kalau ada
apa-apa kongsilah. Ringan sikit rasa nanti.” Amat menawarkan peluang dan ruang
untuk berkongsi rasa.
“Kalau lepas saya buang jahiliah, then, saya buat balik camne ye bang?”
Ibad menundukkan muka.
“Ouh… bagus soalan tu.”
“Begini…”
***
“Aku bukan malas nak berubah, buang semua jahiliah aku tu… cumanya,
nanti-nanti mesti aku akan buat benda yang sama lagi. Ahh! Bosan lah camni.
Kadang-kadang tu, aku rasa macam sia-sia je. Once aku dah berubah, tak lama
lepas tu aku kembali mengagungkan jahiliah,” keluh Ibad panjang.
“Akhi, Allah tak pandang pun enta berjaya buang jahiliah tu ke tak. Allah
tengok usaha…”
“… Kalau enta dah buang and jahiliah tu datang semula, enta buang jelah
lagi.”
“Alaah… Ko cakap senang lah.”
“Cakap memang senang, akhi. Buat tu memang selalu payah… sebab tu lah
perlu pada mujahadah… kan? Nah, tengok ayat neh.”
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikkan."
(al-'Ankabut; 29:69)
***
“Camne? Korang setuju tak jahiliah tu macam sampah?” Amat menyerak
soalan.
Ada yang mengangguk tanda setuju. Ada yang tunduk buat tak tahu. Dan
langsung tiba-tiba ada seorang memecah sunyi, “Tapi…”
“… kalau kita cakap bunuh orang, tak solat tu jahiliah saya still boleh
terima. Benda tu semua memang haram pun. Macam mana pulak main game, dengar
lagu, baca komik, tengok movie, main petang tu boleh jadi jahiliah pulak? Pelik
lah bang,” Adam menggaru-garu kepala yang gatal kerana tidak menyempu rambut
tadi. Eh.
“Ouh... sebenarnya kan... kamu ni faham tak sampah tu apa?” Amat buat
muka concern tak berbelah bagi.
“Erk…”
“Sampah ni bukan setakat benda busuk je. Bukan setakat benda kotor, benda
yang jijik, belaka-belaka tu. Sampah ni adalah benda yang kita tak perlu,” Amat
berjeda mengambil nafas. “Macam kunci kereta yang saya keluarkan tadilah,” Amat
mengangkat kunci kereta Toyota Vios nya. “Kalau saya tak ada kereta, kunci ni
jadi sampah. Sebab tak ada pekdah pun untuk saya simpan kunci ni.”
***
“Tapi…” Ibad membetulkan kedudukannya. “… aku confuse lah. Kalau Allah
tak suka kita buat jahiliah, kenapa Allah buat iman kita naik turun yeh?”
“Kalau nak iman yang constant, malaikat namanya. Kalau nak iman yang
sentiasa menaik, jadi Rasul pulak. Kita ni manusia, Bad. Bukan Rasul, bukan
juga malaikat. Ko ingat tak, hari tu abang Amat pernah cerita pasal jahiliah?”
“Hm… ingat sikit-sikit je.”
“Abang Amat cakap jahiliah ni macam sampah. Kalau ada sampah, kita buang.
Kalau ada lagi, kita buanglah lagi. Persoalannya kenapa sampah ni tak pernah
henti-henti menghantui kita? Kenapa selepas kita tinggalkan jahiliah, kita rasa
nak buat balik? Dan nau’zubillah, bukan setakat rasa je, tapi kita buat jugak
kesalahan yang sama. Kenapa?”
“Eh, tanya aku pulak.”
“Sebab manusia ni…” Aiman mula menjawab tanya. “… lebih merinduri apa
yang telah terhilangkan dan lebih menghargai pabila benda yang hilang tu datang kembali.”
“Ingat taw, Bad. Aku cakap ni memang senang dan nanti bila nak buat tu memang selaluu je
payah… sebab tu lah kita kena bermujahadah...”
-THE END- enonimus: Mujahadah tak kenal lawan... teruskan sahaja! ;]