Gorgon dilahirkan di sebuah planet yang jauh jaraknya dari planet Bomi.
Di planet itu, Gorgon telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang, umpama
menatang minyak yang penuh oleh kedua orang tuanya. Gorgon merupakan seekor
raksasa yang sangat riang dan cerdas. Dia juga adalah keturunan raksasa sayap.
Kiranya, dia boleh terbang tinggi-tinggi seperti bapa dan ibunya. Di waktu
lapang, dia gemar berlumba ke pelangi bersama adik-beradiknya yang lain.
Sungguh. Kehidupan Gorgon penuh dengan rona-rona warna-warni kesejahteraan.
Saban tahun, Gorgon semakin membesar. Sayapnya melebar. Dan mula keluar
taring di barisan celahan giginya yang memutih. Manakan tidak, setiap hari dia
pasti menggosok gigi dengan penuh rapi. Dia begitu menjaga penampilan kerana
ibu bapanya merupakan raksasa kebanggaan keturunannya. Tak mahu lah pula dia
menconteng arang pada muka mereka. Maruah keluarga harus dibela, fikir Gorgon.
Sehinggalah suatu hari, dia berasa sangat bosan. Dia tidak tahu mahu
berbuat apa. Kebanyakkan adik-beradiknya sudah tiada. Dua abang Gorgon telah
berhijrah ke planet yang lain. Seorang abang lagi telah mati dilanggar
asteroid. Dan adiknya pula sudah masuk akademi berasrama penuh (ABP). Gorgon
tinggal seorang sahaja di rumah. Ibu bapanya pula selalu sibuk dengan urusan
kerja mereka. Gorgon pun jadi bosan.
Untuk mengatasi kebosanan tersebut, Gorgon telah melakukan pelbagai
ikhtiar. Namun, kecewa. Tiada satu pun yang berjaya menghapus rasa bosan yang
menggila.
Ketika melayari internet, Gorgon terbuka sebuah belog berjudul
thepenulisjalanan. Dia membaca setiap entri yang ditulis oelh tuan empunya
belog. Adakalanya Gorgon termuntah hijau dek loya dan mual membaca siri-siri
penulisan mengarut tersebut. Sungguh pathetic. Oh, ‘pathetic’ adalah bahasa kuno puak raksasa sayap.
Maksudnya adalah menyedihkan.
Kemudian, Gorgon menanam hasrat untuk menurut jejak langkah
abang-abangnya. Dia juga ingin merantau ke planet lain. Mencari teman hidup,
mencari penghidupan, mencambah kenalan serta untuk menghilangkan bosan. Ya,
Gorgon sudah nekad.
Tiba tarikh yang dijadualkan, Gorgon bersalaman dengan kedua orang tuanya
dan langsung berlepas ke planet Bomi. Dia bersayap sahaja kerana mahu jimat kos
katanya. Jauh juga perjalanannya. Dia sempat singgah di planet Zuhal dan
mengelilingi matahari 2 kali pusingan penuh. Paling sukar adalah ketika ingin
melintasi jalur asteroid yang menjadi pintu masuk ke ruang angkasa Bomi.
Alhamdulillah. Dia berjaya melepasinya dengan kesan cedera yang minima. Jelas.
Keupayaan terbangnya adalah pada kelas yang amat tinggi.
Sesampainya ke Bomi, Gorgon begitu teruja sekali dengan keindahan yang
terpampang di hadapannya. Dia melompat-lompat kegembiraan. Kelilingnya penuh
dengan kehijauan alam. Ada juga kolam yang langsung tak dalam. Dia berasa
sangat beruntung. Dalam pada itu, dia juga sempat membuat tarian budaya kaum
raksasa sayap yang bergelar Agorgon. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu
planet Bomi.
BUT little did he know… *Cewaaahh! Cakap english pulak!*
Datanglah satu jasad biru merah kelabu menerpanya dari belakang. Dan
jasad itu langsung mengetuk kepalanya… berulang-ulang kali. Gorgon berasa
sakit. Dia kaget sebentar. Pening. Mungkin ini cara raksasa di Bomi menyambut
tetamu. Lalu dia pun mengetuk kepala jasad tersebut… juga berulang-ulang kali.
Tapi jasad itu menepis setiap ketukan tersebut. Dan apa lagi, Gorgon pun cuba
lah mengetuk jasad itu dengan lebih bersemangat. Namun, tidak berjaya.
Gorgon pun berhenti mengetuk kepala jasad tersebut. Gorgon fikir lebih
baik dia berkomunikasi secara verbal. Mungkin lebih kurang sakit. Kecewa sekali
lagi. Ketika Gorgon baru sahaja ingin mulakan bicara, datanglah beberapa burung
kecil melintasi dan langsung melepaskan tembaknya. Sakit. Perit. Aduh! Kasihan
Gorgon.
Gorgon pun panas hati. Dia terasa seperti ingin menangis. Dia pun
mengembangkan sayapnya, cuba untuk membawa diri bersama serpihan hati yang
sepi. Er. Dan baru sahaja terbang tidak melebihi gunung Everest, kakinya
dipegang dan ditarik kuat. Badannya dihempas ke lantai Bomi. Pedih.
Tidak cukup dengan itu, jasad tadi tu menyepaknya banyak-banyak kali.
Terus mengangkatnya dan baling straight ke arah bukit yang ada di situ. Pening
kepala Gorgon dibuatnya. Akhir sekali jasad itu, memasang kekuda dan
menggunakan tangannya, dia membuat bentuk ‘L’. tak semena-mena keluar satu
cahaya terang dan mengena tubuh Gorgon. Gorgon berasa tersangat sakit. Panas. Hangat.
Gorgon pun meletup dan mati. Hm. Maksud saya, mati dan meletup.
Jasad yang bertanggungajawab atas keletupan Gorgon terus terbang
meninggalkan tempat kejadian tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
Kesian Gorgon.
Akhirnya, kita semua pun tahu... Bahawa kita ni pendakwah bukannya penghukum... Er.. Apa kena-mengena?
Jelir lidah sambil kenyit mata. ;p
Akhirnya, kita semua pun tahu... Bahawa kita ni pendakwah bukannya penghukum... Er.. Apa kena-mengena?
Jelir lidah sambil kenyit mata. ;p
Punca jerebu.. Er..
Enonimus: Jangan tahu nak ‘fire’ orang je.
haha..nice story
ReplyDelete