(PERHATIAN: Entri ini tiada kena
mengena dengan cerita Lari lakonan Aaron Aziz itu yeh. Bye.)
Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh…
Alhamdulillah.
Hampir dua tahun saya terlibat bersama gerabak dakwah dan tarbiyyah. Saya
sangat bersyukur dengan anugerah ini. Sangat-sangat bersyukur. Saya yakin, jika
Allah tidak mengurniakan nikmat ini, saya masih lagi tenggelam dalam kegelapan
semalam. Jadi, untuk entri kali ini saya berasa begitu kepingin untuk berkongsi
beberapa kisah mengenai saya dan DnT.
Bukan untuk diidolakan. Juga, jauh sekali untuk dibanggakan. Kerana
siapalah saya ini jika dibandingkan dengan ikhwah-ikhwah lain yang lebih giat
berjuang. Kerana siapalah ikhwah-ikhwah lain jika dibandingkan dengan para
sahabat yang gah kefahaman ugama. Kerana siapalah para sahabat jika
dibandingkan dengan Muhammad saw. Saya begitu kerdil. Semuga, apa yang terakam
boleh dimanfaatkan dalam setiap ruang dan liku kehidupan kita semua. In sha
Allah.
Sentuhan Pertama
Seperti mana rakan-rakan saya yang lain, perasaan gembira mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran adalah begitu manis. Lebih gembira lagi,
kerana mendapat kursus persediaan ke luar negara. Namun, kegembiraan saya pada
ketika mendapat surat tawaran adalah sangat terbatas. Kerana, saya mendapat
kursus diploma yang saya tidak pernah dengar. Dan ditempatkan di kolej yang
begitu asing bagi saya.
Dan, masih lagi jelas di paparan memori ketika bermulanya melangkah ke
kolej persediaan (kolper) tersebut. Saya rasa sangat janggal. Bayangkanlah
hampir semua pelajar tahun 1 bercakap omputeh seperti lidah ibu (baca: mothers
tongue) mereka sendiri. Saya pula terkedu-kedu seorang. Tapi lantaklah. Saya
cuba juga walaupun omputeh patah (baca: broken english). Eheh. Kenangan.
Sehinggalah suatu hari, dalam surau, lepas solat maghrib. Saya sedang
bersembang dengan kenalan sekolah lama; teman sedarjah tika bersekolah rendah
dahulu. Lama betul tak jumpa. Sedang kami seronok bersembang, tiba-tiba datang
seorang senior tahun 2. Mukanya mesra dan tampak senang. Dia merupakan orang
penting di kolej. Sebab dia pernah bercakap atas pentas bersama barisan Majlis
Perwakilan Pelajar semasa minggu orientasi.
Hakikatnya.
Saya kenal dia sedikit awal dari itu. Lebih awal dari tarikh pendaftaran
saya ke kolej tersebut. Satu perkenalan yang mengubah paradigma penghidupan.
Alhamdulillah.
***
Dalam masa lebih kurang seminggu sebelum tarikh pendaftaran, -entah
bagaimana- saya telah dijemput masuk ke kumpulan kolper itu di mukabuku oleh
orang yang saya tidak kenal. Saya fikirkan. Mungkin ini adalah satu perkara
biasa dan satu layanan biasa buat pelajar baru seperti saya. Saya pun tanpa
syak wasangka buat-buat biasa sahajalah. Tapi andaian saya silap. 100 peratus
silap. Rupa-rupanya, itulah sentuhan pertama dakwah dan tarbiyyah. Senyum.
Dan detik itu jugalah saya mula mengenali murobbi pertama saya, Murobbi
M. Walaupun pada mulanya kami tak pernah kenal dan tak pernah jumpa, saya rasa
sangat rapat dengan sosok ini. Mungkin ini berbalik pula kepada kisah era
sekolah menengah saya dahulu:
Di awal bersekolah menengah; tingkatan 1, saya merupakan junior yang agak
dibenci oleh beberapa senior. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana lagak dan
tingkah saya berbeza, saya sering ‘mentally’ dipukul. Mereka tak berani pukul
saya awal-awal sebab saya budak baru. Tapi mereka telah ‘plan’ nak pukul saya
hujung tahun nanti. Begitulah fikir saya. Tapi perancangan Allah itu sungguh
bermakna. Kumpulan senior tersebut telah dibuang sekolah sebelum akhir tahun
menjelma.
Di menengah atas pula. Saya berpindah sekolah. Sekolah baru buka. Hanya
ada pelajar tingkatan 4 (batch saya) dan pelajar tingkatan 1 sahaja di situ.
Juga, lebih menarik. Batch saya juga merupakan batch pertama yang melakukan kes
buli. Ohoho. Tak qudwah langsung. Jangan risau, saya tak terlibat… cuma sedikit
terkesan. Saya mula beranggapan bahawa hubungan junior-senior yang damai adalah
suatu hipotesis yang tak mungkin realiti.
Begitulah. Dua peristiwa di atas, menjadi penyebab kenapa saya begitu
menghargai Murobbi M, seorang senior yang sungguh saya kagum. Tak sangka pula
masih ada senior yang sebegitu rupa; penyayang dan murah senyuman. Nampaknya,
hipotesis saya gagal. Begitupun, Alhamdulillah. Senyum.
***
Okay. Sambung kembali bahagian senior tahun 2 yang datang tiba-tiba tu.
Masa tu, saya kenal dia tapi dia tidak kenal saya kerana display
picture pada mukabuku saya adalah tidak jelas (dia kata). Dan sebaik sahaja saya
memperkenalkan diri sebagai [enonimus], aura penuh keterujaan benar-benar
terpancar di setiap sosoknya. Bercahaya. Dia kelihatan begitu gembira. Kawan
lama saya kelihatan hairan. Saya pula berasa penuh segan.
‘Err.. Apehal dengan dia ni?’ getus hati saya ketika itu.
Tapi denngan anda, saya terpaksa akui. Saya berasa sedikit bangga ketika
itu. Rasa jugaklah eksaited. Ada senior kenal saya kot. Muahahahaha. Er. =.=’
Di sinilah bibit-bibit dakwah dan tarbiyyah mula merasuki hidup saya.
Pencerahan demi pencerahan diberi. Pendedahan demi pendedahan dikongsi. Namun,
tak dapat saya tipu. Adakala terasa juga seperti menyampah dengan Murobbi M
oleh kerana sikapnya yang kadang-kadang kebudak-budakkan. Hahah. Apa boleh
buat. Itulah murobbi pertama saya. Unik dengan caranya yang tersendiri.
Sepanjang tahun pertama saya di kolej itu, -bermurobbikan Murobbi M- adalah
beberapa peristiwa yang suka dan duka. Dan untuk mengatakan betapa jahatnya
saya. Pernah dalam satu liqa’, saya memarahi dan menengking murobbi dan
usrohmate saya yang lain. Ada sedikit perbezaan pendapat. Hahah. Sampai
sekarang saya ingat, betapa entah apa-apanya saya ni. Disebabkan peristiwa itu
juga, beberapa hari telah saya bermasam muka dengan murobbi M. Perang dingin.
Tapi apalah sangat pun.
Tidak lama selepas itu. Kami kembali berbaik… seperti tiada apa yang
pernah berlaku. In sha Allah berbaik dan terus bersama berjuang sampai Sorga.
Amiiin. :)
Menjadi Murobbi
Masuk sahaja Tahun 2. Saya dipertanggungjawabkan pula untuk menjadi
murobbi. Untuk membina generasi pelapis sepertimana yang dilakukan oleh Murobbi
M. Jujurnya, saya berasa sangat kosong. Cuti semester tanpa usroh benar-benar
membuatkan jiwa saya kosong. Al-maklumlah, tiada abang-abang yang duduk
sedaerah dengan saya. Berbanding dengan rakan usroh yang lain, mereka ada usroh
kabilah. Sangat beruntunglah mereka. Senyum.
Setelah perlanjutan pelajaran murobbi M ke luar negara, saya telah di
usrohkan pula secara berganti-ganti –sepanjang tahun 2- oleh murobbi N, murobbi
O dan murabbi P. Bersama-sama saya, ada beberapa lagi rakan yang kini saya
panggil ikhwah. Merekalah saudara seislam yang saya rasa begitu rapat. Sangat
rapat. Benarlah, seorang ikhwah pernah cakap, “Persaudaraan yang terjalin dek
aqidah lebih pekat dari merahnya darah.”
“Sesungguhnya
orang-orang mukmin itu bersaudara…”
(al-Hujurat; 49:10)
Dan bermulalah kisah saya sebagai seorang bakal murobbi.
***
Sumpah!
Saya bermula dengan amat teruk. Rupa-rupanya menjadi murobbi bukanlah
perkara yang senang. Terutamanya apabila ingin mencari mutarobbi. Saaaaaangat
susah. Lebih-lebih lagi bagi orang yang seperti saya. Anda bayangkan, stok budak core surau sudah awal-awal habis disapu ikhwah-ikhwah yang qawiy. Terpaksalah saya mencari hadek-hadek yang di luar surau pula. Tapi saya tak boleh salahkan mereka. Kerana itu juga tugas mereka bersama.
Ini semua sebab saya yang lambat dan gemok. Hadeh. Mengeluh panjang.
Serta peluh kecil. =.=’
Namun, itu bukan alasan yang unggul. Saya cuba juga walaupun payah. Cuba
dan teruskan mencuba. Melihatkan pula ikhwah-ikhwah lain yang sudah mula
berbulatan dengan hadek-hadek mereka sendiri, lagilah saya rasa tak senang duduk.
Hinggalah di dekat hekzem saya berjaya mengumpulkan beberapa orang mutarobbi.
Saya rasa sangat gembira ketika itu. Rasa sungguh bahagia. Sungguh lapang.
Mungkin inilah perasaan yang dirasai murobbi M satu ketika dulu. Satu perasaan
yang penuh diberkati hendaknya.
Tapi. Sungguh malang.
Saya tidak bersungguh-sungguh. Sebaik sahaja berjaya mendapatkan mereka
(hadek-hadek), cuti semester telah pun bermula. Mereka tidak sempat
dibulatankan kerana kekangan masa dan kelewatan saya sendiri. Walaupun ketika cuti
ada usroh kabilah (uskab) yang diadakan di dekat tempat tinggal mereka, saya
berasa serba salah untuk mengajaknya.
Fikir saya, ‘Mereka belum sempat lagi berliqo’ walau sekali. Kalau ajak
pergi uskab karang, takut zalim kat diorang pulak. Ahh! Biar jeala. Nanti kolej
buka aku akan buat liqo.’ =.=’
Menyesal tak sudah.
Selepas cuti semester, sebaik kolej dibuka. Walaupun saya cuba aturkan liqo’, biasanya seorang
sahaja yang datang. Ia amatlah mendukacitakan. Oleh sebab rasa bawah (baca: down) yang teramat, saya terus tinggalkan dia. Huhu. Seorang pun saya tak mampu nak jaga. :(
Ya, saya yakin. Saya lah punca. Masih ada jahiliah pada diri saya. Masih ada kelemahan pada diri yang saya tak endahkan. Masih ada amal ibadah yang belum sempurna saya terjemahkan. Masih ada begitu banyak dosa yang belum saya bersihkan. Masih ada ruang-ruang doa yang tidak saya penuhkan. Masih kurang dakwah fardiah yang saya laksanakan. Masih banyak lagi peluang muayasha yang tidak saya laksanakan. Hasilnya, sehinggalah tamat zaman perkolejan -pada hemat saya- saya telah gagal.
Ya, saya yakin. Saya lah punca. Masih ada jahiliah pada diri saya. Masih ada kelemahan pada diri yang saya tak endahkan. Masih ada amal ibadah yang belum sempurna saya terjemahkan. Masih ada begitu banyak dosa yang belum saya bersihkan. Masih ada ruang-ruang doa yang tidak saya penuhkan. Masih kurang dakwah fardiah yang saya laksanakan. Masih banyak lagi peluang muayasha yang tidak saya laksanakan. Hasilnya, sehinggalah tamat zaman perkolejan -pada hemat saya- saya telah gagal.
Saya gagal membina aset ummah. Saya gagal membina generasi pelapis dakwah
dan tarbiyyah. Saya gagal. Sungguh kecewa.
Tapi saya sedar, kekecewaan ini tidak akan membawa saya ke mana-mana.
Kecewa lah setara manapun kalau saya tidak ambil ibrah dari kesilapan yang saya
lakukan, saya tidak dapat apa-apa juga.
Saya cuba reflek kembali. Kenapa perlu saya ambil kisah berapa ramai yang datang? Apakah yang sebenarnya saya cuba kejar? Bilangan? Nombor? Ya, kita memang perlukan ramai kader-kader pelapis dakwah, tapi jika sedikit yang Allah beri kepada kita, adakah kita layak untuk terus mengalah?
Saya cuba reflek kembali. Kenapa perlu saya ambil kisah berapa ramai yang datang? Apakah yang sebenarnya saya cuba kejar? Bilangan? Nombor? Ya, kita memang perlukan ramai kader-kader pelapis dakwah, tapi jika sedikit yang Allah beri kepada kita, adakah kita layak untuk terus mengalah?
Hm...
***
Kemudian, berlangsunglah musim hibernasi a.k.a. cuti tunggu result
hekzem. Saya yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan uskab di kawasan
saya, telah berlaku curang. Saya gagal lagi. Kerana futur yang meraksasa pada
ketika itu. Saya menyendiri dan cuba melarikan diri dari ikhwah-ikhwah dan
murobbi saya. Saya berasa malu dengan kekerdilan saya. Bahkan, ketika mereka
cuba melawati saya di rumah pun, saya tidak endahkan. Hahah. Kelakar betul.
Sungguh jahat saya ketika itu. :p
Namun, baru-baru ini. Seorang ikhwah telah datang ke rumah saya. Dan ia
sangat bermakna buat saya. Sebuah perasaan izzah yang pernah menyinar dahulu
kini kembali bersinar. Oh, alangkah! Jazakallah khair ya akhi. Saya rasa begitu teruja. Dan bila
bertanyakan kepada ikhwah tersebut, dia juga tidak merancang untuk datang ke
rumah saya sebenarnya.
Kebetulan?
Garu kepala. Bahasa apa tu?
-THE END-
Tiada kebetulan kat atas dunia ni melainkan perancangan Tuhan. Tidak
setitik pun embun yang jatuh dari dedaunan melainkan dengan izin Tuhan. Tiada
kasih sayang di atas dunia melainkan dengan rahmat Tuhan. Dan tiada bahagia di
atas dunia melainkan kita sendiri menyambut seruan dari Tuhan.
Ya, mungkin saya pernah cuba melarikan diri dari dakwah dan tarbiyyah (Dan
hampir berjaya pun). Anda juga –yang sudah sedang sertai gerabak dakwah dan
tarbiyyah- mungkin juga pernah ingin cuba melarikan. Mencari ruang untuk hidup
seperti orang keramaian. Tapi percayalah kata-kata saya. Sekiranya anda pernah
benar-benar disentuh oleh dakwah dan tarbiyyah, anda pasti tidak akan mampu
melakukannya.
Kerana di saat hati kita disentuh, kita bukan lagi orang biasa. Kita
bukan lagi kita yang dahulu; duduk terumbang-ambing berseronok dalam kegelapan
ketidaktahuaan. Kerana kita sudah tahu dan dengan izinNya faham tentang hakikat
sebenar penghidupan. Kita sedar betapa kecil dan sempitnya dunia berbanding luasnya
negeri akhirat. Kita yakin betapa kotornya dunia dengan ketidakadilan dan
kezaliman berbanding sucinya kesudahan di shurga yang dipenuhkan dengan
kedamaian dan kesejahteraan.
Kita khalifah! Kita juga hamba Tuhan!
Kita bukan lagi manusia tanpa kesedaran.
Dan oleh kerana itu. Berhentilah berlari dari rahmat Tuhan yang Maha
Agung. Marilah kita semua, bersama-sama merebat ukhuwah berlangkahan menapaki
dunia menyebar mahabbah cinta dakwah dan tarbiyyah. Marilah kita semua,
bersama-sama mengharungi betulkan arus dunia yang dipenuhi kezaliman yang menenggelamkan
islam ke dalam kuburan. Marilah kita kembalikan mahkota pada raja Manusia,
Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar!
Ayuh berlari ke shurga!
Enonimus: Dakwah dan tarbiyyah. Satu
nikmat yang langsung aku tak sangka akan ketemu. Lebih-lebih lagi di kolej
persediaan di celahan barisan kelapa sawit.
Moga terus tsabat di JalanNya!
ReplyDeleteKisah ini membuka mata hati saya yg selalu juga...( dirahsiakan ),
Terima kasih..