Pages

Followers

Saturday, June 8

Fataro

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(al-Mudasir; 74: 1-5)

***

"Jahiliah ni…” Amat awali bicara, “… macam sampah. Bukannya ada satu zaman masa pak arab dulu je. Sampai sekarang pun ada sampah. Penuh. Merata-rata ada sampah. Hakikat sampah ni tak pernah wangi. Selalu busuk dan menyebabkan orang menjauh. Ada ke orang yang suka duduk dalam kesampahan?” Amat beretorika.

Khusyuk.

Semua pun mendengar penuh khusyuk. Telinga dipasang, mulut dikatup rapat kemas tidak berbicara. Masing-masing tertanya-tanya akan erti jahiliah yang tulen. Apakah itu jahiliah?

“Em… Bang, jahiliah tu apa sebenarnya?” Ibad mengaju tanya. “Setakat yang saya tahu, jahiliah tu adalah kebodohan. Satu kejahilan sebab tak mahu mengakui hakikat bahawa Tuhan itu satu dan tak mahu meyakini akan kebenaran Islam,” Ibad cuba mengerah otaknya agar bekerja menjana ide yang datangnya dari buku-buku teks Sejarah di tingkatan dahulu.

“Hm…” Amat mencorak jawapan. “Betul lah tu.”

“Habis tu, tadi abang kata jahiliah tu sampai sekarang pun ada, kan? Apa kaitan dengan kitorang pulak? Kitorang beriman kot Allah tu Esa.”

***

“Biasanya, bila ada sampah… mesti orang buang, kan? Mana ada orang yang nak simpan sampah lelama.”

“Then, bila bakul sampah tu dah penuh… kita kosongkan bakul sampah tu semula.”

“Bang, daripada kita kosongkan bakul sampah tu lebih baik jangan buat sampah terus. Penatlah nanti asyik nak kosongkan bakul sampah je.”

“Hahah… part tu yang paling payah. Untuk tidak membuat sampah adalah sangat susah. Sebab manusia ni kan makhluk pembuat sampah…” Amat mencari-cari sesuatu, “Hah! Tengok tu, plastik gula-gula tu pun dah jadi sampah,” Amat tunjuk tepat ke arah bungkusan Mentos di dekat kaki Aiman.

“Then…” laju sahaja Aiman mencelah seraya mengutip bungkusan gula-gula, “… kita kena ada bakul sampah yang besarlah. Barulah tak perlu kerap sangat kosongkan. Kurang sikit penat tu. Acano?”

***

“Bang, jahiliah tu apa sebenarnya?”

“Jahiliah tu sampah lah… heheh…” Amat mengusik anak usrohnya.

“Ceh… Malas lah nak datang liqo’ lepas ni,” Asyraf pura-pura merajuk.

“Jahiliah tu…” Amat mencari sesuatu dari poket kiri seluar slacknya. “… ni hah!” Amat mengeluarkan sesuatu.

“Eh?”

***

Teliti. Amat ternampak Ibad yang bagaikan tidak keruan.

“Bad, kamu okay tak neh? Macam ada sesuatu yang nak luahkan je. Kalau ada apa-apa kongsilah. Ringan sikit rasa nanti.” Amat menawarkan peluang dan ruang untuk berkongsi rasa.

“Kalau lepas saya buang jahiliah, then, saya buat balik camne ye bang?” Ibad menundukkan muka.

“Ouh… bagus soalan tu.”

“Begini…”

***

“Aku bukan malas nak berubah, buang semua jahiliah aku tu… cumanya, nanti-nanti mesti aku akan buat benda yang sama lagi. Ahh! Bosan lah camni. Kadang-kadang tu, aku rasa macam sia-sia je. Once aku dah berubah, tak lama lepas tu aku kembali mengagungkan jahiliah,” keluh Ibad panjang.

“Akhi, Allah tak pandang pun enta berjaya buang jahiliah tu ke tak. Allah tengok usaha…”

“… Kalau enta dah buang and jahiliah tu datang semula, enta buang jelah lagi.”

“Alaah… Ko cakap senang lah.”

“Cakap memang senang, akhi. Buat tu memang selalu payah… sebab tu lah perlu pada mujahadah… kan? Nah, tengok ayat neh.” 

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikkan." 
(al-'Ankabut; 29:69)

***

“Camne? Korang setuju tak jahiliah tu macam sampah?” Amat menyerak soalan.

Ada yang mengangguk tanda setuju. Ada yang tunduk buat tak tahu. Dan langsung tiba-tiba ada seorang memecah sunyi, “Tapi…”

“… kalau kita cakap bunuh orang, tak solat tu jahiliah saya still boleh terima. Benda tu semua memang haram pun. Macam mana pulak main game, dengar lagu, baca komik, tengok movie, main petang tu boleh jadi jahiliah pulak? Pelik lah bang,” Adam menggaru-garu kepala yang gatal kerana tidak menyempu rambut tadi. Eh.

“Ouh... sebenarnya kan... kamu ni faham tak sampah tu apa?” Amat buat muka concern tak berbelah bagi.

“Erk…”

“Sampah ni bukan setakat benda busuk je. Bukan setakat benda kotor, benda yang jijik, belaka-belaka tu. Sampah ni adalah benda yang kita tak perlu,” Amat berjeda mengambil nafas. “Macam kunci kereta yang saya keluarkan tadilah,” Amat mengangkat kunci kereta Toyota Vios nya. “Kalau saya tak ada kereta, kunci ni jadi sampah. Sebab tak ada pekdah pun untuk saya simpan kunci ni.” 

***

“Tapi…” Ibad membetulkan kedudukannya. “… aku confuse lah. Kalau Allah tak suka kita buat jahiliah, kenapa Allah buat iman kita naik turun yeh?”  

“Kalau nak iman yang constant, malaikat namanya. Kalau nak iman yang sentiasa menaik, jadi Rasul pulak. Kita ni manusia, Bad. Bukan Rasul, bukan juga malaikat. Ko ingat tak, hari tu abang Amat pernah cerita pasal jahiliah?”

“Hm… ingat sikit-sikit je.”

“Abang Amat cakap jahiliah ni macam sampah. Kalau ada sampah, kita buang. Kalau ada lagi, kita buanglah lagi. Persoalannya kenapa sampah ni tak pernah henti-henti menghantui kita? Kenapa selepas kita tinggalkan jahiliah, kita rasa nak buat balik? Dan nau’zubillah, bukan setakat rasa je, tapi kita buat jugak kesalahan yang sama. Kenapa?”

“Eh, tanya aku pulak.”

“Sebab manusia ni…” Aiman mula menjawab tanya. “… lebih merinduri apa yang telah terhilangkan dan lebih menghargai pabila benda yang hilang tu datang kembali.”

“Ingat taw, Bad. Aku cakap ni memang senang dan nanti bila nak buat tu memang selaluu je payah… sebab tu lah kita kena bermujahadah...”

-THE END-

enonimus: Mujahadah tak kenal lawan... teruskan sahaja! ;]

No comments:

Post a Comment