Pages

Followers

Wednesday, October 16

Adha


Pengorbanan.

Sebuah kata tahapan dewa. Sangat hiperbola jika mahu direalitikan tapi langsung tiada kemustahilan dalam pemaknaannya. Ia satu kata yang 'real' dan tercipta dengan sebab-sebab yang juga 'real'. Sehinggakan aku juga, jujurnya, berasa malu untuk buka bicara perihalan yang sebegini lagaknya. Aku bukanlah orang yang benar layak.

***

Aku mulai menghayati perkataan ini sewaktu di sebuah dauroh. Seorang ikhwah tercinta telah kehadapan membuka bicara menyambut ketibaan mereka yang laparkan tarbiyah.

"Ana sangat gembira ramai yang datang hari ni," dia membuka kata. "Sebab untuk datang, perlunya kepada tiga pengorbanan yang utama. Pergorbanan masa, pengorbanan energi dan pengorbanan emosi."

Pengorbanan emosi?

Mulanya, aku sendiri pun gagal tafsiri apa yang sebenarnya cuba diperkata. Kalau korbankan masa dan tenaga biasalah aku dengar. Tapi kali ini, korbankan emosi? Sumpah! Aku gelengkan kepala sahaja ketika itu. "Hm... Dia takde ayat kot," ngomel aku sendiri.

***

Apa lagi mahu diperkata? Aturan tarbiyah yang direncana Tuhan itu maha teliti. Pasti langsung tiada cacat walau sekelumit cuma. Pasti.

Hari esok harinya. Seorang ikhwah yang sungguh aku kagumi kerana Allah telah pulang ke pangkuanNya. Akibat kemalangan antara motosikal dan kereta empat tayar. Wallahi. Aku amat kesedihan tika itu. Tidak tahu bagaimana mahu mengawal emosi yang bergelojak (tak pasti betul atau tidak perkataan yang ku gunakan. Bergelojak?).

Pasti ada sahaja yang mengusik jiwa kecilku. Sehingga akhirannya, air mata ku pasti sahaja tumpah tak kenal kekeringkontangan.

Sehingga tibalah pula slot dauroh yang sepatutnya memerlukan rasionalku, iaitu aktiviti riadah petang.

Mulanya, aku seperti tidak mahu langsung melibatkan diri dengan slot berkenaan. Ya, lah. Mereka tidak faham kah yang aku sedang dirasuk kesedihan merajuk sebuah kehilangan? Teruskan sahajalah tanpaku. Kan masih ada ikhwah lain yang masih boleh mengisi kekosongan tersebut. Lagi. Tak akan lah aku mahu bergembiraan bersama mereka walhal sedang berlakunya sebuah kehilangan orang yang amat ku sayangi kerana Allah. C'mon la!!

Bentak ku menjerit dalam hati.

***

Sumpah.

Tika ini. Emosi benar-benar merajai. Rasional bukan lah rakanku. Otak kosong.

Kemudian, datang seorang ikhwah, yang entah kenapa, kata-katanya benar menusuk kalbuku, "[enonimes], hadek-hadek tengah tunggu kat luar tu," bernada penuh sayu, memujuk akan penglibatanku bersama.

Pang!!!

Zasss!!

Hamekau!!

Aku benar-benar terkesan di saat yang itu. Aku terfikirkan betapa bodohnya aku untuk biarkan emosi menakluk diriku. Bodohlah aku jika kerana sebuah kematian aku jadi begitu. Aku perlu kuat. Tidak boleh tidak kuat. Lantas, muka ku basuh dan langsung cuba mengukir senyum. Aku terus keluar dan mendapatkan generasi penggerak yang bakal menyebarkan risalah suci ini. Cuba menyorok duka sambil melayan kerenah mereka yang buat hati ku gembira dan gundah gulana pada satu masa.

***

Begitulah.

Seorang manusia tak sepatutnya lemah dalam menerima sebuah ujian dari Tuhan. Jika bicara tentang masa, wang, dan energi, pasti ramai sahaja yang mampu memberinya tanpa rasa paksa. Namun, bila berkata perihalan emosi, sudah berapa ramai yang gagal mengawal diri. Langsung tewas. Membiarkan rasional kendiri mati, dan emosional itu menjajah hati. Aduhai.

Bila dijentik sedikit terus merapik.

Bila dinasihat terus muka ditarik.

Bila diuji terus hilang punca.

Aduhai.

Lemahnya iman kita.

***

Kita mesti kuat. Kalau tidak kita, siapa lagi?

Tatkala, dalam lembaran sirah telah tercatat sebuah kisah Ibrahim alaihisalam yang diperintah Tuhan untuk mengorbankan anaknya Ismail alaihisalam. Harus teliti kita tanyakan pada sang hati, apakah 'Ismail' kita? Relakah kita mengorbankannya kerana Tuhan? Jangan pula terlalu asyik menanti balasan berupa seekor qibas, jika arti pengorbanan itu masih belum tersemat kuat dalam diri.

Salam Eidul Adha. Sekian. ;)

enonimes: tiada kejayaan tanpa pengorbanan..

No comments:

Post a Comment