Pages

Followers

Saturday, October 19

Langkahan


Sudah lama aku tidak merasakan perasaan yang sebegitu. Begitu mesra. Begitu indah. Satu perasaan yang tidak asing. Sangat mendamaikan. Sangat menghiburkan. Satu perasaan yang bisa buat ku menguntum senyum, mengukir gembira.

Satu rasa yang ku pasti tidak mungkin dapat ku gapai di suasana yang berbeda. Kerana rasa ini tersangat istimewa dan tiada pun yang dapat menyama. Aku yakin. Jika kau juga berada sama waktu dan ketika dengan ku, pasti kau juga rasa begitu. 

Kau pasti tersenyum walau sebelumnya kau berduka.

Kau pasti terasa damainya walau sebelum itu kau dihantuk kecewa.

Kau pasti gembira walau sebelumnya kau gundah gulana.

Kau pasti rasa lapangnya walau sebelum itu kau dikecamuk masalah dunia.

Kau pasti terasa. Kau pasti terasa. Kau pasti terasa.

Ia begitu indah untuk tidak diendahkan. Terasa satu rugi yang berjuta jika terlepaskan. Perasaan ini hanya datang bila kena pada tika dan mana kau berada. Cukup sukar untuk digambarkan. Payah pula untuk dimaknakan.

Ia soal hati dan perasaan. Bagaimana mungkin bisa ku ungkapkan dalam kata yang ringkas sedangkan ia merupakan satu anugerah Tuhan yang sungguh melangit nilainya. Tiada taranya walau dibanding dengan gunungan emas dan permata. 

Sungguh. Beruntunglah aku, beroleh nikmat Nya.

***

Namun.

Di tika yang sama. Aku dikhabarkan pula dengar berita yang menggugah jiwa. Satu berita yang buatku berfikiran panjang jauh ke Utarid sana. Sekali-sekala aku termangu. Cuba menghadam segala yang terkata. 

Setiap bait yang terlafazkan benar buat aku tersentak. Terasa bagai kepala ku dihentak kuat pada bongkah ais yang membatu.

Wahai. Benarkah begini lazimnya?

Menduga.

Aku terus juga menduga.

Cuba-cuba mencongak hari-hari esok yang entah iman ini masih bernyawa atau tidak.

Mengeluh panjang.

Panjang lagi.

Hingga ke hujung Sungai Nil.

***

Mungkin. Inilah bentuk tarbiyyah yang menanti ku di sini. Penuh susah. Penuh payah. Tak seperti di waktu sebelum ini; dipenuhkan rerama, jaluran pelangi dan tamanan bunga-bungaan yang besar gedabak.

Bersama mereka di sini. Ku yakin, pasti jalan yang berduri ini dapat dilalui walau penuh luka berdarah nanah. Ya, aku yakin.

Selagi doa itu tertitipkan. Selagi mutaba'ah itu terjaga. Selagi hati itu selalu dibersihkan. Selagi keikhwahan itu terus kuat dan menguatkan. Selama itu jugalah aku akan terus berlangkahan jauh berpimpinan tangan menuju masa hadapan.

Inilah jalan perjuangan. 

Inilah jalan pengorbanan. 

Inilah jalan menuju Tuhan. 

Sekian.

enonimes: Inilah bumi anbiya, inilah juga bumi firaun. Kini, di tanganku terletaknya pilihan.

No comments:

Post a Comment