Dua hari di sini. Alir waktu bagai damai berjalan. Perlahan-perlahan sahaja ia berlalu. Sudah pasti tanpa menunggu toleh belakang walau sedetik. Waktu pagi, dipenuhi kekosongan yang lazim terisi dengan ketiduran.
Aku pula bukanlah spesis yang mahir tidur panjang (mungkin masih awal untuk aku kata kan begitu tapi ini lah aku sejak 20 tahun berhidupan). Seusai Subuh, tika rata-rata mereka kembali pejam mata, aku pula masih dalam kebingungan untuk buat apa. Tidur bukan pilihan utama. Terpaksalah aku mencari, untuk mengimbuhkan sesuatu yang tidak akan aku sesalkan di hari-hari selepas ini.
Buat masa sekarang. Menulis coretan (seperti yang anda bacakan sekarang) adalah antara pilihan ku. Selainnya pula, aku mencuba habiskan bacaan buku yang baru ku pinjam. Sebuah buku tentang hal ehwal kedoktoran bagi mereka yang masih belia dalam perihalan yang ini. Buku itu dinamakan 'How to Become A Good & Successful Medical Student' hasil tangan Prof Muhaya Haji Mohamad.
Dan juga seperti biasa, Kitab Agung itu tidak ditinggalkan. Tinggi harapku, agar selama berenam tahun di sini (dan juga di usia selanjutnya), lembaran 'ayat-ayat chenta' itu tidak hanya menjadi perhiasan kosongnya mejaku. Supaya ia tetap terus-menerus menjadi pedoman dalam perjalanan ku. Kerana aku adalah manusia seperti kamu yang sungguh mendambakan sebuah kedamaian di laman Shurga. :)
Enonimes: dalam misi mencari ikhwah seperjuangan...
No comments:
Post a Comment