Pages

Followers

Friday, November 22

Aiskrim


Ia merupakan hari yang panas. Matahari terasa bagai sejengkal dari kepala. Bahkan, Gunung Everest pun mungkin cair dengan begitu sahaja. Entah kenapa, tiada pula awan berarakan di kala ini. Ganjil.

Ali el-Gharibi di ketika itu sedang dalam berperjalanan ke rumahnya yang terletak di Syari’ Hendawi. Dia jalan seorang. Sebelum itu dia telah ke pasaraya Metro, sebagai musyrif, menemani beberapa akhowat. Sementelah menghantar kumpulan akhowat tersebut ke rumah mereka, dia pun segera menuju pulang.

Nak dikatakan betapa dasyatnya hari itu, Ali el-Gharibi telah beberapa kali terasa bagai nak pitam. Namun, dikuatkan juga sisa langkahan untuk tiba di kediaman.

***

Peluh semakin banyak merembes keluar. Menyebabkan kandungan air di dalam badan semakin mengurang. Lalu, sensasi kehausan itu membuatkan Ali el-Gharibi jelas kelihatan pucat tidak bermaya. Kasihan. Tambahan pula, dia tidak berpeluang untuk bersarapan. Hatta minum susu kotak perisa cokelat cap Juhayna pun tidak sempat.

“Ting!!”

Muncul satu mentol menyala terang di atas kepala Ali el-Gharibi.

Satu idea yang menarik-narik tiba-tiba timbul. ‘Hm… kalau dapat pekena aiskrim ni, nikmat jugak. Slrrppp.’ Lalu, bermula lah kembara Ali el-Gharibi untuk mencari aiskrim bagi melawan rasa dahaga yang mencucuk-cucuk.

***

Sasaran pertama, restoren Bakso Maha.

Restoren ini adalah kedai makan paling dekat dengan kedudukannya sekarang. Ali el-Gharibi dengan muka yang sumpah bersemangat penuh keterujaan melangkah ringan terus ke Bakso Maha. Bahang mentari terasa bagaikan bukan lagi sesuatu yang menyiksakan. Malah, akibat daripada keasyikkan yang melampau-lampau, Ali el-Gharibi terasa bagai dia sedang terawang-awangan di awan empuk sana. Sungguh indah.

Setibanya di sana, pintu kedai tersebut dibuka cermat. Dan dengan selambaderknya dia ke meja untuk membuat tempahan dan memesan, “Bu, aiskrim ada enggak?”

“Aiskrim? Bu, mana ada jual aiskrim sih. Apa-apaan saja kamu ni,” balas pemilik Bakso Maha, seorang warga Indonesia.

Wajah yang ceria bertukar gundah gulana, “Takpa la bu, saya pergi kedai lain ya. Semekom.”

Hampa penuh kecewa. Ali el-Gharibi pun berpergian lemah keluar dari perkarangan Bakso Maha. Jelas di raut wajahnya, terpancar satu cahaya mendung redup bersahaja.

***

Sasaran kedua, kedai Login.

Kedai ini pula terletak di selekoh sebelum masuk ke Syari’ Hendawy. Kiranya, alang-alang sudah melalui kedai tersebut, dia pun singgah lah sebentar. Dengan harapan, ada aiskrim dijual. Ali el-Gharibi kembali bersemangat.

Di hadapan kedai tersebut dia berkata, “Tolonggglah ada…” dengan penuh pengharapan.

Dia pun membuka pintu kedai tersebut. Dengan langkah kanan dia menjejaki ke dalam kedai Login. Sunnah Rasulullah katanya. Di lihat keliling, ada pelbagai barangan elektronik dijual. Ada TV plasma, radio, pembesar suara dan pelbagai lagi barangan yang Ali el-Gharibi langsung tak berkeinginan untuk membelinya.

Penuh tersusun dia melangkah ke seorang pekedai yang sedang bertugas, “Lausamah.”

Pekedai tersebut yang sedang menonton TV pun segera memperlahankan volume TV dan menoleh ke arah Ali el-Gharibi. Dia tersenyum.

Ali el-Gharibi ni bukanlah fasih sangat bahasa Arab. Dia pun bertanya ringkas, “Aiskrim?” sambil membuat bahasa isyarat sedang makan aiskrim.

Pekedai tersebut buat muka pelik. Oleh kerana, pekedai tersebut pun tidak faham dan malas nak layan, dia membalas, “Laa…” sambil buat bahasa isyarat tiada.

Sekali lagi, Ali el-Gharibi dikecewakan. “Syukran. Semekom,” dan dia pun berlalu pergi dengan penuh kekecewaan yang menimpa-nimpa.

Di luar kedai, fikiran Ali el-Gharibi kusut. Kekering kontangan di tekak masih belum berjaya diraikan. Dia sudah hilang sabar, “Ah! Sudah ah! Balik rumah lagi bagus. Main Fifa ke, tengok movie ke lagi bagus.” Dan Ali el-Gharibi pun pulang menuju ke rumahnya dengan segunung perasaan duka lara.

***

Sahabat dan juga teman serumah Ali el-Gharibi, Abu Mahmudah, terperasan akan raut wajah Ali el-Gharibi yang tidak seperti biasanya. Dia pun dengan penuh prihatin pergi mendapatkan Ali el-Gharibi.

“Hang ni pasai pa muka duk monyok lagu tu?” tanya Abu Mahmudah dengan loghat utagha.

“Tadi aku pi cari aiskrim. Semua kedai aku pi, semua takdak jual (aiskrim). Sedey kot. Tension ah.”

“Laa... Hang pi kedai mana? Selama ni aku pi elok je ada.”

“Aku pi Bakso Maha ngan kedai Login,” jawab Ali el-Gharibi penuh selamba.

Lantas, wajah Abu Mahmudah pun berubah. Dari simpati kepada muka angkat kening sebelah “Seriously??”

“Yang hang pi Bakso Maha tu pasai pa?! Kedai tu kan jual makanan goreng-goreng ja. Kalau hang kebuluq Ayam Bakaq Balado ka, Nasi Goreng Pattayaq ka, baru ah hang pi kedai tu. Pastu, hang pi mana tadi? Pi Login? Kodai tu kan juai barang-barang komputer segala bagai je. Yang hang duk loklaq pi sana pasai pa pulak? Hadoi. Hang ni buat serabut otak ja. Hish. Ceq pulak tension dengan hang ni. Len kali, kalau nak makan aiskrim, pi lah kedai Sahabat ke, CFC ke, masuk di akai la jugak. Hm…” Abu Mahmudah berhenti seketika mengambil nafas baharu. Sebelum…

“Sama la kalau kita nak pi bawak budak ikut usroh pun. Kita kata, objek dakwah kita ni hati. Tapi kita duk loklak pi beli makanan sedap-sedap, bawak adek-adek pi jejalan sana-sini. Pastu, belanja makan kat Hadramout la, kat Buffalo Burger la, Hambana laa… macam-macam. Bila adek-adek tak mau dengan kita, bila adek-adek ‘tak menjadi’, kita tension, kita marah. Padahal kita tak pernah pun nak pi mintak ngan ‘Tuan’ hati tu, supaya tautkan hati kita dengan hati adek-adek tu. Sembahyang malam malas, baca Quran malas. Pastu nak kecewa? Amboi. Chantek muka hang!”

Ali el-Gharibi pun insaf sebentar. Dia tertunduk malu. Sungguh, dia sedar akan kesilapannya itu.

“Hah. So, pasni kalau nak aiskrim pi mana?” tanya Abu Mahmudah tersenyum penuh retorik. :)

“Pergi… Err… Pergi jumpa tuan aiskrim.” :D

-THE END-

enonimes: Jom, qiam! Lalala~

Wednesday, November 20

Harapan


Kecewa? Ah, biasalah tu. Aku sendiri pun seorang penkecewa tegar. Selalu sahaja kecewa bilamana apa yang dirancang tidak menjadi. Juga kecewa, bila apa yang diharap tidak direaliti. Hm… kelakar sebenarnya. Kerana dari sebuah kecewa, sebenarnya ada gembira yang bersembunyi di baliknya. Tuhan ni… bila Dia nak bagi hadiah, Dia akan balut hadiah tersebut dengan mehnah dan tribulasi. Jadi, beruntunglah kalian yang diuji banyak-banyak sepanjang jalan ini. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Bersyukurlah.

***

Terkadang itu, bila kita disirami kecewa, apa yang kita perlukan adalah masa untuk diri sendiri. Masa untuk meraih sebuah ketenangan. Masa untuk mencari sebuah harapan yang kian lama makin pudar di pandangan. Masa untuk membuah semangat untuk terus berlangkahan di jalan ini. Kerna adalah satu kesalahan jika kita mengharapkan jalan ini penuh bunga-bunga yang berwarna-warni juga harum semerbak.

Dan pada biasanya, aku pun memilih untuk menyendiri. Terseorang di sebuah sudut. Di balik kaca yang memisahkan aku dan hiruk pikuk dunia yang meracau. Lalu, aku pejamkan mata dan pekakkan telinga. Agar tiada anasir-anasir jahat mahupun bisikan syaitan yang mampu buat ku jadi tidak keruan. Lantas, perlahan-lahan mata hati ku buka seluas-luasnya. Dengan harapan agar cahaya yang kurang terang pun tidak aku persiakan.  

***

Pada sekeliling aku melihat. Jutaan manusia berlumba-lumba dari satu arah ke satu arah yang berlawanan. Begitu sibuk lagaknya. Seperti kesuntukkan masa. Entah ke mana pula tujunya. Diam sahaja aku menghayati setiap makhluk yang dicipta Tuhan. Setiap dari mereka berbeza. Namun, ku dapati ada satu persamaan. Yakni, mereka punya tujuan.

Persoalan muncul. Bagaimana pula dengan tujuan hidup ku? Ke mana sebenarnya aku sedang mengarah? Ke syurga atau neraka? Kalau benar ke syurga, kenapa di hari-hari ku terpenuhkan dosa dan noda? Adakah aku keliru dengan matlamat hidupku? Atau sebenarnya, aku tidaklah begitu yakin dengan apa yang aku ketahui? Adakah aku ini mangsa doktrinisasi? Hanya sebuah jasad tidak berakal yang hanya diprogram untuk melakukan itu dan ini? Hey, siapa aku?!

***

Hm…

Terlihat pula seorang lelaki umur 40-an. Bergerak perlahan dari sebuah kereta ke sebuah kereta yang lain, menjual barangan. Aku perhatikan sahaja. Dari sepuluh kereta yang melintasi hanya ada satu yang berhenti membeli. Namun, di wajahnya tiada raut kerisauan. Malah memancar pula penuh kesungguhan.

Hairan. Kenapa dia begitu bersemangat? Aku kagum seketika. Kenapa aku tidak bersemangat sebegitu yeh? Apa sebenarnya yang memandu dia? Apa sebenarnya yang menjadi pencetus semangat dia? Aku pun nak. Dia tampak benar-benar bersemangat. Mungkin tujuan hidupnya menjadi faktor pembakar semangatnya.

Ah! Soalan yang sama lagi. Apa tujuan hidup aku sebenarnya? Kalau benar aku yakin, pasti aku payah untuk berasa kecewa? Kerana sepatutnya, keyakinan itulah yang membenam kecewa. Persoalan. Persoalan. Hey! Aku perlukan jawapan!

***

Teringat sebuah mesej yang baru kuterima sebentar tadi. Sepotong mesej dari seorang penggerak yang kecewa. Kecewa yang memaksa dirinya menghantar mesej ringkas, ‘Stress, rasa nak give up’. Allahu Allah.

Jawapan balas ku padanya? ‘Baguslah nak give up. Ummat memerlukan seorang rijal yang qawiy seperti enta. Susah senang tu lumrah. Sebab tu perlukan pada usaha dan tawakal yang qawiy. Kita kena give up, bagi naik. Jangan give down, bagi turun.

Allahu Allah. Sekarang aku pulak yang rasa macam nak give up? Garu kepala. Pandai cakap je aku ni. Pfft. Macam entah apa-apa. Ahh! Aku tak boleh macam ni.

***

Dalam kesibukkan di luar sana, aku terlihat seorang kanak-kanak di belakang sebuah lori. Bermain seorang penuh gembira. Dari suatu sudut yang lain pula, aku terlihat tiga orang kanak-kanak yang menaiki kereta kuda, mengutip kotak-kotak di longgokkan sampah. Mereka nampak ceria. Innocent.

Merekalah yang generasi yang bakal mewarisi bumi ini. Bumi ini? Aku tak nak dia jadi macam aku. Aku tak nak diorang membesar dalam sebuah dunia yang penuh kelam kabut. Aku mereka bahagia. Aku mahu dunia ini kembali ke atas paksinya yang lurus.

Tapi...

MashaAllah. ‘Apa aku tengah buat ni? Sekarang bukan masa untuk kecewa.’ Teringat pula sebuah quote menarik yang dikongsi seorang ikhwah, ‘Kalau kita sedang kecewa. Fikir kembali, adakah kita kecewa dengan niat kerana Tuhan? Atau kecewa kerana sebuah kelemahan?’

Zass!!

Dan aku pun tersedar dari sebuah lamunan penuh kehampaan. Ku gosok mata dan ku lihat keliling. Aku masih di sini, tidak ke mana. Aku tersenyum. Kerana jelasnya aku masih di sini dan belum lagi mati. Masih ada waktu untuk aku terus melangkah. Cukup sebentar berehat. Sekarang masa untuk bergerak. Ayuh, akhi, sambut tanganku. Ayuh, kita melangkah menuju Tuhan .

enonimes: Akhi, ana pun tengah down. Tapi sama-samalah kita saling menguatkan. Kita kena kuat. Supaya orang lain tak down dan terus kuat. Itulah fungsi ukhuwah; saling kuat menguatkan, saling tampung menampung, sebagai cerminan antara satu sama lain. Semuga Tuhan pinjamkan kita secebis dari kekuatan Dia yang pasti tiada tolok bandingnya. Ameen. ;)

Monday, November 18

Makaroni

(Disklaimer: Anda baca, anda tanggung. Entri ini mungkin membuatkan anda terasa mahu terjun bangunan tingkat 14 berulang-ulang kali. Heheh. Aman tanpa perang.)


Ironi nya kisah hidup manusia pabila mata jadi buta, telinga jadi pekak dan akal jadi gila. Semua jadi huru-hara dek kerana tingkah makhluk yang sepatutnya menghamba. Akibat lupa diri dan hilang rasional, langsung kekelam kabutan dunia menjadi sesuatu yang biasa. Tiada usaha terbuah untuk mengubah dunia kembali ke orbitnya yang haq dan nyata. Terimalah, 'Makaroni' buat sentapan jiwa terutama buat saya yang menulisnya: 

Sudah bersedia?

Ayuh mulakan! 
  1. Kita bermaksiat tapi masih menggunakan nikmat yang Tuhan bagi. Lebih teruk, bila kita bermaksiat dengan menggunakan nikmat tu.
  2. Semasa mahu bermaksiat, dengan semangatnya kita mengatur strategi supaya orang lain tak tahu apa yang bakal kita perbuat. Bila suruh buat kerja da’wah, semuanya jadi hampas.
  3. Semasa mahu bermaksiat, semua orang boleh jadi sefikrah dengan kita. Bila mahu berkerja da’wah, tiba-tiba fikrah jadi lain-lain.
  4. Mahu masuk syurga tapi selangkah demi selangkah pula mendekati neraka.
  5. Tahu apa itu SJ. Cumanya, tak pasti S= Sayonara atau S=Saranghae. Aduhai.
  6. Belum kompem masuk syurga tapi berawakan seperti nama sudah ada dalam syurga punya senarai jemputan (baca: guest list). Eh. Sejak bila ada kisah 11 orang sahabat yang dijaminkan syurga?
  7. Selalu sembang pasal Baitul Muslim tapi Fardi Muslim belum selesai lagi.
  8. Di alam maya, dialah syeikhul kabir kubra akbar. Di alam sebenar, dia 180 darjah berbeza pula. Er. Yang ni sumpah terasa. Sob sob.
  9. Fikrah jemaah lebih dilebihkan dari fikrah Islam.
  10. Orang yang satu jemaah dianggap ikhwah, orang lain pula dianggap apa entah. Sedangkan, orang-orang mukmin itu bersaudara dan ‘kita’ translate, orang-orang satu jemaah je bersaudara. Pfft.
  11. Kita anggap solat lima waktu tu macam rukun Negara. T.T
  12. Bila ada masalah, kita semakin jauh dari Allah dan cuba lari dari ikhwah. Sumpah takde function.
  13. Tahu solat Subuh selalu lambat tapi malam-malam masih tidur lewat dan makan berat-berat.
  14. Sudah tahu banyak dosa, tapi masih boleh dahulukan bacaan belog ini daripada terus sahaja muhasabah dan bertaubat. T.T
enonimes: Jangan risau. Entri ini takde kena mengena dengan anda. ;)

Saturday, November 16

Hijrah

“Rindulah…” :(

“Eh, kau ni kenapa pulak? Tiba-tiba je.” :/

“Kau tak rindu ke kat family kau? Aku rasa rindu gila kot. Rasa macam dah lama sangat tak jumpa diorang.” :(

“Apelah kau ni? Mana ada orang yang tak rindu kat family sendiri. Gila ke?” xD

“Hahah. Kiranya kau rindu gak lah ni?” xD

“Mesti la.” x)

“Bila last kau balik Malaysia dowh? Aku dulu, kalau tak silap setahun lebih jugak ah tak jumpa diorang. Sumpah rindu.” :O

“Eleh. Setahun lebih je pun. Aku lagi lama dari kau kot.” :)

“Eh, ye ke? Kau bukan ke tiap-tiap tahun balik?” -.-‘

“Mana ada. Biasanya time cuti SEM aku duduk kat rumah senior la. Tak mampu ah nak beli tiket flight. Mahal kot. Kalau kau, lain cerita la. Tiap-tiap bulan pun boleh balik. Hahah.” xD

“Hahah. Suka hati kau je. Hm… Sebenarnya, tahun ni aku tak jadi balik taw. Tu yang aku sedih sikit tu.” :(

“Kenapa lak? Bukan ke hari tu kau iya-iya happy nak balik Malaysia?” :/

“Oh. Hahah. Yang tu sebelum aku tahu yang tiket flight dah penuh. Tadi aku baru cek. Dah takde kosong. Kalau ada pun, yang tiket mahal punya. Sedih kot. Aku rasa macam nak nangis je.” :’(

“Eh, ngada-ngada lak dia ni. Aku pukul kang. Hahah. Tapi tu la kan. Takde kebetulan dalam dunia ni. Semua benda Allah dah plan baek punya.” x)

“Eh? Apa yang baik nya bila aku tak dapat balik kampung? Macam takde je.” :O

“Entah.” :)

“Eheh. Entah pulak.” -.-‘

“Yeala. Ada certain benda tu kita tahu hikmah dia bukan sekarang. Mungkin esok baru kita tahu. Mungkin lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan ke. Takde sape tahu bila Allah nak kita tahu benda-benda camni. Ada satu quote tu dia cakap kadang-kadang, kita dah tahu pun apa bendanya tapi hati kita ni je yang tak boleh nak terima.” ;)

“Pergghh ayat dia. Mantap siot. Hahaha.” xD

“Hahah. Kau ingat tak pasal kisah Hijrah?” :)

“Kenapa?” :/

“Kau agak-agak apa yang penting pasal Hijrah ni, sampaikan kalendar Islam pun guna tahun Hijrah?” :)

“Aku pun tak sure. Hm… sebab tu first time ada negara Islam kot? Entah. Kenapa eh?” :/

“Camane aku nak jawab eh? Hm… Okay. Tadi kau cakap, kau rindu nak balik rumah kan?” :O

“Ha’ah. Kenapa?” :/

“Kiranya kau memang tengah gila-gila rindu ah kan nak balik rumah. Rasa macam nak tumbok je kalau ada orang yang nak halang kau. Macam kau tengah desperate gila ah nak balik.” :|

“Okay. Pastu?” :/

“Cuba kau bayangkan. Andai kata, tahun depan… kau dah plan baek semua benda en, but then, kau ditakdirkan tak dapat balik kampung lagi. Mesti kau rasa frust gila kan? Rasa macam nak jerit,  “GODD why me?”. Pastu kau rasa macam nak terjun bangunan tingkat 14. Rasa stress gila ah sebab kau dah rindu sangat-sangat kat rumah kau.” ;|

“Em… mungkin ah. Tapi takde la sampai nak terjun bangunan segala bagai. Hahah.” xD

“Cuba kita fikir balik en. Setiap kali tahun Hijrah bertukar… maknanya, dah setahun lebih jauh atau lebih lama kita tak jumpa dengan nabi Muhammad. Sepatutnya, rasa kerinduan kita tu akan bertambah-tambah la kan. Sebab dah lama gila kot tak jumpa.” :)

“Hm…” :’|

“Tapi… kita rasa rindu tak? Atau tak rasa apa-apa pun. Rasa macam sama je tahun baru Hijrah dengan celebration Happy New Year yang orang biasa sambut tu. Kau rasa… camne?” ;)

-THE END-

enonimes: Muayasyah itu tidak indah jika samada di awal, pertengahan atau hujungnya tidak diarah pada Allah. :)

Wednesday, November 13

Sempurna


Di bawah cebisan awan putih ini aku bertapak. Berpusing anganku memikir kelam-kabutnya dunia. Rasa gembira dan rasa kecewa sudah pasti akan bersilihan ganti juga bukan? Padam sahaja gundah di wajah mu, buang sahaja resah di hati mu kerana kita masih di sini tidak berganjak.

Silaplah aku jika di benak fikiran, manusia yang lain itu sempurna. Kerana yang sempurna itu hanya ada satu. Dan yang satu itu sudah pasti bukan mereka, bukan kamu dan bukan juga aku. Jadi kenapa perlu kecewa? Kenapa perlu hati ini bersedih tatkala yang berbuat silap itu namanya manusia. Mungkin selalu kebergantungan dan pengharapan itu diletak pada mereka. Sehingga terlupa peranan mutlak yang Maha Kuasa.

Maafkan sahaja mereka. Mereka tidak tahu. Mereka bukan Tuhan yang mampu baca fikiran, yang mampu baca hati, yang mampu baca setiap gerak geri. Mereka hanya manusia yang kurang arif akan erti hidup, sepertimana kita. Usahlah berkecil hati. Tiada makna pada hidup jika diri tidak pernah dikecewa. Kita sendiri pun benci bila dibilang sempurna. Kerana jelasnya kita semua tercipta dengan kurang dan lebih yang berbeda.

Senyum sahajalah. Tebarkan gembira. Kerana Tuhan itu ada untuk kita sentiasa. ;)

enonimes: sempurna dan manusia tak akan sekali

Tuesday, November 5

Aneka


Indah.

Di depan matanya terpampang sebuah keindahan jauh melangit di atas para norma. Keindahan itu menafi apa jua yang mahu terkhabarkan. Langsung tiada kata yang mampu terlafaz dek terpana dengan indahnya nikmat dari Tuhan.

Terukir senyum penuh kesyukuran. Melihat mereka semua akhirnya berpegangan tangan. Sama-sama melangkah menuju keabadian. Sungguh indah. Bagaikan mimpi di malam hari. Ya. Sungguh indah! Jauh menandingi apa-apa yang terlihat di pelusuk bulat Bumi.

Ah, persetankan sahaja selisih pendapat kerana kita akhirnya sebuah keluarga.

***

“Ish! Mana boleh macam ni!” bentak cikgu Andi. “Kita tak boleh buat banyak-banyak rumah sukan! Hijau, biru, merah, kuning. Amende semua ni?!” cikgu Andi masih juga berkeras dengan pendiriannya itu.

Suasana dalam bilik mesyuarat kelihatan tegang seketika. Semua pun terdiam sebaik cikgu Andi menyuarakan pendapat yang sekian terpendam. Wajahnya merah. Degup jantungnya tidak perlahan. Laju sahaja iramanya. Bagai degup pahlawan yang sedang berasakan di medan perang.

Isunya bukan apa pun.

Karnival sukan tahunan akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, semua cikgu dan staf sokongan pun dipanggil untuk berbincang. Sedang semua persediaan dan perancangan berjalan lancar, cikgu Andi kemudian mencelah. Dia tidak bersetuju pabila dinyatakan murid-murid di sekolah itu akan dikumpulankan kepada beberapa kelompok yang berbeza. Yakni rumah sukan hijau, biru, kuning, dan merah.

PAPP!!

Meja bilik mesyuarat sengaja di tepuk kuat.

“Tak boleh macam ni! Kalau kita pecahkan murid-murid ni, nanti diorang mulalah nak assobiyah, nak fanatik dengan rumah sukan masing-masing. Lepas tu, bergaduh, berbalah, semua nak tunjuk hebat. Payah nanti! Cikgu-cikgu semua tak boleh fikir ke?!” cikgu Andi masih juga bertegas.

Volume kipas seakan dikuatkan. Kerana hanya bunyi kipas sahaja kedengaran. Bunyi cengkerik pun tiada. Hanya bunyi kipas. Bayangkan betapa sunyi keadaaan ketika itu. Bayangkan. Cepat! Cuba bayangkan. Eh. Hahah. Okay. Maaf saya merapu.

***

Di satu suasana yang lain. Yang lebih damai dan tidak se kritikal dalam bilik mesyuarat sebentar tadi. Di hadapan sebuah kelas, kelas 6 Melaka. Kelihatan dua tubuh kecil sedang berbual sesama mereka. Nampak seperti mustahak. Entah apa la yang mereka sedang bualkan agaknya.

“Weh, hari ni cikgu Andi tak masuk kelas. Semua cikgu ada mesyuarat. Mesyuarat pasal sukan tahunan kalau aku tak silap,” ujar Farid.

“Ouh. Camtu ke,” balas Badri pendek. “Hm… Hari-hari pun cikgu ada mesyuarat. Bila kita nak belajar ni? UPSR pun dah dekat.”

“Ha’ah. Betul jugak tu. Cuak la pulak bila kau cakap camtu,” Farid turut berkongsi risau.

Jelas. Kebimbangan itu terpancar dari kilauan mata mereka yang penuh risau. UPSR adalah tujuan hidup mereka. Mereka sudah pasti tidak mahu gagal dalam peperiksaan tersebut. Kerana kegagalan bermakna mereka layak untuk terjun dari bangunan tingkat 12. Dalam kerisauan mereka itu, satu kelibat laju melintasi. Mereka berdua menoleh cuba lihat siapa.

“Eh, tu bukan cikgu Andi ke? Kau cakap dia tak masuk kelas,” kata Badri penuh kehairanan.

“Entahlah. Sepatutnya cikgu tak masuk hari ni. Hm… Dah dah. Jom cepat masuk kelas. Nanti kena denda pulak,” Farid dan Badri langsung laju berlari anak menuju ke kelas.

***

Tengah hari itu, sekolah sesi pagi pun tamat. Badri dan Farid kelihatan sedang berjalan menuju ke pintu pagar utama sekolah. Rumah Badri dekat, dia hanya pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Farid pula menunggu bapanya yang akan mengambilnya untuk pulang ke rumah.

“Farid, kau faham tak apa yang cikgu tadi?” Badri bertanyakan Farid.

“Faham? Pasal apa?” Faris menyoal kembali.

“Tadikan cikgu Andi ada cakap. Jangan setuju kalau pihak pengurusan sekolah cakap nak buat banyak-banyak rumah sukan. Nanti balik rumah bagitahu kat mak ayah supaya jangan setuju jugak. Pastu dia cakap, nak tak nak mesti ada satu rumah sukan je,” Badri berhenti sejenak mengambil nafas. “Aku tak faham la apa cikgu cakap tu. Kau faham ke?”

“Entah. Aku pun sebenarnya tak faham jugak. Huhu,” keluh Farid.

***

Dan diakibatkan penulis sudah malas untuk menulis arakian kelaparan yang teramat sangat. Penulis pun membuat keputusan untuk memendekkan entri yang kelihatan agak meleret. Penulis rasa dia mahu masak nasi goreng selepas ini. Hahah.

Uhuk. Uhuk. Ok. Ayuh sambung cerita.

***

Kemudian, setelah beberapa bulan UPSR dijalankan. Hari yang ditunggu pun tiba. Hari keramat yang bisa membuat sesiapapun turut teruja. Keputusan UPSR pun diumumkan. Badri, Farid dan kebanyakkan rakan-rakannya yang lain tidak berjaya mendapat 5A. Langsung mereka pun naik  ke tingkat 12 dan terjun bunuh diri beramai-ramai.

Dan sementara itu, di bilik mesyuarat. Cikgu Andi masih juga bertikam lidah tidak bersetuju dengan pembahagian rumah-rumah sukan yang akan dilaksanakan.

-THE END-

enonimes: Ah, persetankan sahaja selisih pendapat yang kecil kerana kita akhirnya sebuah keluarga. Aman.