Pages

Followers

Wednesday, February 26

Terkadang itu, “tidak” bukan lagi satu perkataan

Saya pasti, bukan saya sahaja yang mengalami perkara ini.

Satu keadaan di mana untuk mengatakan “tidak” bukanlah satu pilihan. Rata-ratanya mungkin disebabkan oleh faktor ibubapa.

(nota kecik: Jangan durhaka pada ibubapa atau saya akan pukul kepala anda.)

Jangan risau, anda tidak keseorangan.

Senyum.

Hulur tangan untuk bersalaman.

“Welcome to the club, bro!”

Hal ini berlaku pabila adanya pertembungan interest antara dua pihak. Namun, kerana satu pihak itu kelihatan lebih veto kuasanya, maka, satu pihak lagi (kita-kita) “terpaksa” mengalah dan tenggelam dalam pasrah.

Ingin diketengahkan, seperti pemuda-pemudi yang lain, saya berjiwa berontak (rebellious). Tapi -mungkin sedikit berbeza- saya juga bertamadun dan sedikit rasional.

Dalam kes saya, saya di sarankan untuk mengambil jurusan perubatan. Walaupun, pada hakikatnya, bukan bidang ini yang saya mahu.

Sudah agak lama saya memikirkan perkara-perkara ini; tentang apa nak buat sekarang? Untuk keluar dari jurusan ini secara serta-merta, bukanlah satu pilihan tepat. Dan untuk menyalahkan mereka-mereka, bukan sahaja satu tindakan yang tidak bijak malah tidak berakhlak.

Jadi bagaimana?

Batuk-batuk sikit. Termenung.

Begini.

Sekarang, kita-kita (umur 18 dan ke atas) ada di suatu fasa yang amat kritikal kerana apa-apa keputusan yang kita ambil akan mencorakkan masa depan kita. Dan bagi saya, hari esok bukanlah satu alat permainan. Ia sesuatu yang amat crucial. Lebih-lebih lagi buat masa sekarang, saya yakin, hari esok-esok bukan untuk saya seorang tetapi juga untuk umat manusia.

Ringkasnya, walau sekecil mana pun pilihan saya, ia pasti akan MENGUBAH DUNIA.

Cewaah!

Hahah.

Dan ia adalah satu perkara yang membosankan dan meletihkan untuk kerap kali menyalahkan hari-hari semalam walhal, hari esok sedang teruja tahap melompat-lompat menunggu kehadiran kita.

Apa yang saya buat sekarang, adalah saya cuba mencari apa-apa artikel yang berkaitan (lebih kepada pengalaman kendiri atau pandangan peribadi penulis) dan bertemu dengan mereka-mereka yang lebih senior untuk mencedok inspirasi. Dengan erti kata lain, mencari “SEBAB” sebagai batu loncatan ke hadapan.

Begitulah.

Sebenarnya, kita kekurangan sebab yang solid.

Sebagai tambahan, terus terang saya katakan mengenai kecemburuan terhadap beberapa ikhwah yang berjaya mengejar apa yang “mereka” mahu berbanding apa yang “orang lain” mahu. Buat anda-anda, all the best! Thumbs up sikit. Hahah.

Saya akan pastikan kecemburuan ini, menjadi satu asbab untuk saya jadi lebih berjaya.

Berjaya bukan untuk saya tapi untuk kita-kita.

enonimes: Tiada yang tidak boleh, tiada yang tidak tahu, tiada yang tiada...

Tuesday, February 25

Pengalaman usroh bersama orang-orang hebat

Alhamdulillah.

Di Mesir ini, saya masih lagi kekal dalam sistem usroh. Sangat-sangat saya berharap agar ia terus-menerus begitu. Semuga kita-kita semua pun tetap thabat dalam berlangkah.

Dan buat anda-anda yang belum ada usroh, apa lagi? Jom!

Heheh.

Sengih sorang-sorang.

Semenjak dari sebelum-sebelum ini, saya senantiasa di usrohkan bersama mereka-mereka yang hebat:

Ada yang sudah lama mengenali dakwah dan tarbiyah semenjak kecil hasil produk baitul muslim.

Ada sudah lama mengenali dakwah dan tarbiyah melalui minat yang semestinya datang dari Allah.

Dan ada juga yang hebat dari segi hafalan dan eksektra eksektra.

Ringkasnya, mereka adalah golongan yang hebat!

Saya berasa sangat kecil dan sedikit janggal setiap kali menghadiri sesi liqo’ bersama mereka. Hahah. Mestilah. Saya ini masih budak baru. Tapi bukan isu budak baru yang saya mahu ketengahkan kali ni.

Apa yang saya mahu katakan, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk disekalikan bersama mereka-mereka ini. Sungguh saya bersyukur.

Bersama mereka, saya berpeluang belajar dan memahami sesuatu yang selalunya tak terlintas di pemikiran. Mereka sungguh hebat. Saya tak tahu apa yang rahsia mereka hingga menjadi semantap begitu. Mungkin mereka adalah keturunan Super Saiya.

Hm?!

Dahi berkerut.

Muka serius.

Sunyi.

Hanya ada bunyi kipas.

Hahah xD

Mengarut. Tak mungkinlah.

Mereka pastinya manusia biasa seperti kita juga; seperti saya dan seperti anda-anda. Bezanya adalah perancangan Allah untuk mereka dan kita-kita adalah tidak sama.

Di awal mereka adalah sekian-sekian, berbeza dengan kita.

Disebabkan itulah saya yakin, pengakhiran itu lebih penting dari permulaan.

(disklaimer: Saya tidak claim bahwa permulaan itu tidak penting okeh)

Jika pengakhiran kita-kita adalah pengakhiran yang baik-baik, itu sebenarnya sudah memadai. Tidak perlu berasa terlalu kecil hingga amal tidak terbuah, hingga kemanisan tidak terasa dalam ukhuwah.

Ini tidak perlu okeh.

Mereka adalah mereka. Anda adalah anda. Saya adalah saya.

Berbangga menjadi diri sendiri.

Hakikatnya, Tuhan yang menciptakan mereka dan kita adalah Tuhan yang sama.

enonimes: Semalam tak mungkin berubah, esok tiada siapa pula tahu.

Sunday, February 23

Ini pasti bukan kebetulan

Hm…

Entah kenapa, belakangan ini ramai pulak ikhwah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Namun begitu, saya tidak akan bersedih, juga tidak akan berasa gembira.

Kerana setiap apa yang berlaku itu datang dari Tuhan. Dan saya sangat yakin, apa-apa yang datang dariNya adalah perkara yang baik-baik. Hatta, insiden seperti kemalangan mahupun kematian juga adalah perkara yang baik.

Ya, mungkin kedengarannya seperti saya ini sedikit kejam. Tapi itulah realitinya.

Dari sudut pandang yang lebih ekstrim:

Sebenarnya, tiada event yang buruk pun dalam kehidupan ni. Semuanya baik dan perlu berlaku. Full stop.

Segalanya dibentuk oleh persepsi kita terhadap dunia sekeliling.

Walaupun seperti yang saya canangkan, semua benda adalah baik, namun, jika buruk kata kita, maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika baik kata kita, maka baiklah jadinya.

Mengikut pengalaman saya yang lepas-lepas serta dari pembacaan yang amat sedikit. Pada kebiasaannya, hikmah itu tidak menjelma dalam masa sehari dua. Ia muncul di kala tiada yang menduga. Umpama surprise birthday party yang sungguh mengujakan. Begitulah.

Dan...

Suka saya tegaskan. Tidaklah pula saya mengutuk mereka yang bersedih atas perihalan yang berlaku. Kerana memang normal lah sebagai manusia yang punya hati dan perasaan untuk berasa sedih, bukan?

Di suatu ketika, saya pernah kehilangan seseorang yang sangat saya sayang kerana Allah. Dan saya juga berasa sedih.

Kemudian, teringat pula kata-kata seorang ikhwah, “Kita mungkin akan rasa sedih kalau dia mati nanti. Tapi kalau kita sedih sangat-sangat sampai kita tak bergerak, pasti dia akan jadi lebih sedih.”

Berbekalkan kata-kata ini, saya berhenti bersedih.

Untuk ikhwah yang ditimpa kemalangan atau kesusahan yang berat-berat, sungguh saya mencemburui kalian. Kerana kalian sedang di uji oleh Tuhan. Dan Tuhan memberi “hadiah” dengan kesusahan sebagai “kertas balutan”.

In sha Allah jika sembuh itu baik, maka aku doakan kesembuhan untuk kalian. Namun, jika sebaliknya, maka aku doakan apa-apa yang baik sahaja. Ameen :)

enonimes: Tika kalian sedang dirudung permasalahan, ketahuilah, ada saya yang sedang mencemburui jejak kalian.

Saturday, February 22

Sederita apakah Tabukmu?

Kehangatan rumahmu dan keselesaan katilmu jangan sampai melenakanmu dari perjuangan.

Tersanjungkah engkau yang bergelar kader dakwah hanya kerana engkau berada di dalam organisasi dakwah sedangkan engkau tiada sanggup berpenat lelah, berkorban masa dan tenaga.

Sejauh apakah Tabukmu sehingga menyebabkan engkau beralasan dan mahu berehat dari perjuanganmu sebelum engkau benar-benar bermula?

Sederita apakah Uhudmu yang telah engkau tanggung sehingga engkau merasa telah penat dan lemah dari perjuanganmu?

Semoga penat dan lelah tak akan pernah menghentikan kita.

Semoga kita tidak mencipta alasan untuk menjadi terus lemah.

- Ust HH

Petak "MULA" di belakang hanya jauh sejengkal

Selalu juga saya perasan sendiri.

Berasakan seolah-olah sudah jauh dan lama berada di atas jalan ini.

Tapi…

Bila lihat kembali ke belakang. Baru sedar. Garisan “MULA” itu tidak sejauh di fikiran.

“Ceh, baru mula je pun!”

Atau lebih sedih

“Hey, sampai bila nak berdiri atas garisan “MULA” tu!”

Tunduk ke bawah. Kecewa dan hampa dengan diri sendiri. Kecewa dengan sikap dan perangai yang masih tidak berubah walau masa dan waktu itu tidak berhenti walau sedetik untuk menunggu.

Timbul satu persoalan; persoalan lama yang tidak terjawab dan tiba-tiba terjumpa semula dalam lemari  baju:

“Betul ke aku nak buat semua ni?”

Banyak benda yang perlu dikorbankan. Bukan sahaja duit, masa dan tenaga. Malahan, lebih dari itu.

“Sanggupkah aku untuk mengorbankan segalanya demi satu cinta dan cita-cita?”

Pernah sekali, sebelum berpisah dengan murobbi pertama, aku bertanya, “Kenapa pilih aku? Sedangkan masih ramai lagi orang lain yang lebih baik, lebih berilmu dan lebih tinggi akhlaknya? Kenapa aku?!”

Selamba dia menjawab, “Jujur cakap. Aku tak pernah terfikir untuk pilih kau. Sebenarnya semua-semua ni bukan kami-kami yang pilih pun. Sesungguhnya, yang pilih kau adalah Allah.”

Menangis. Jatuh bercurah air mata.

Semenjak hari itu, aku tak pernah lagi bertemu depan-depan dengan dia. Sebab dia belajar kat Ireland nuh. Jauh bhai. Saya kat Mesir sekarang ni.

Heh.

Kesat air mata.

Senyum tiba-tiba.

Lawak pulak saya rasa. Sudah sampai saat ini pun saya masih dihantui soalan yang sama. Hahah.

Sudah-sudah lah tu.

Sekarang masa bukan untuk segala. Kerana yang satu itu sebenarnya mencakupi semua. :)

enonimes: Tanggungjawab yang kita ada adalah lebih banyak dari waktu yang kita ada...

Futur bukan mainan

Ini bukan perkara baru.

Hati manusia itu akan mati. Bilamana sesetengah hati-hati ini mampu dirawat semula, yang lainnya akan mati dengan begitu sahaja.

Persoalannya mengapa?

Seorang pahlawan tanpa senjata dan equipment yang cukup, berlawan pula dengan sang musuh yang serba-serbi sempurna kelengkapannya. Mana mungkin pahlawan ini mampu keluar dari medan tempur dengan berkeadaan nafasnya yang penuh selamba?

Ya, persediaan kita-kita tiada.

Sesetengah dari kita leka.

Dan mudah benar berasa selesa.

Yang ada hanya mungkin persediaan yang sudah lapuk. Persediaan untuk menghadapi pertarungan yang lepas-lepas.

Tapi jangan runsing.

Equipment yang lama-lama itu masih diperlukan. Janganlah dibuang pula.

Senyum.

Cuma ia perlu ditambah. Juga mesti dibaik pulih.

Jika dulu kita hanya sekadar cukup lima solat fardhu secara berjemaah serta baca al-Quran tiga empat muka, mungkin sekarang lah masanya untuk kita buat lebih.

Bila ana sebut “lebih”, tak semestinya pada bilangan.

Boleh jadi lebih itu pada aspek kualiti.

Sebagai contoh, lima solat fardhu kita bukan lagi sekadar berjemaah, bahkan, kitalah antara mereka yang datang awal ke dewan solat.

Boleh jadi juga, bacaan Quran kita bukan sekadar tiga empat muka, bahkan, ditambah pula dengan tadabbur yang mesti.

Barisan musuh akan bertambah bilangannya dan bertambah perkasanya. Ini satu kepastian!

Jika dari awal hingga mati pun kita dihurung ujian yang sama tahapannya, sampai bila-bila pun kita tidak akan membesar, bukan?

Senyum sekali lagi. Cuma kali ini sambil kenyit mata.

enonimes: In sha Allah kita sama-sama usaha.

Sunday, February 2

A whole new beginning?

          "It had been a while since I last wrote in this blog. My mind get haywire. I just couldn't think straight. There is a lot happening right now. As the result, I tend to be away from keyboard 'cause I'm afraid that I would write nonsense. I don't like to write an article that puzzles human's mind. I like to be pretty straight forward and honest with myself. Why be a hypocrite when u can be someone better?"