Pages

Followers

Friday, October 28

Benda Paling Mahal Di Dunia

Assalamualaikum w.b.t.
Peperiksaan SEM 1 semakin hampir. Tapi atas beberapa sebab yang amat misteri, aku semakin kerap meng-update blog. Em. Kenapalah agaknya? -.-

Semalam ustaz S telah datang ke surau An-Nur untuk bagi ceramah agama malam jumaat. Dan seperti biasa, aku akan berada dalam majlis ilmu tersebut. Hidung kembang. Sedikit riak. :P Tajuk ceramah agama malam jumaat tersebut adalah ‘Pengorbanan Dalam Islam’. Dan seperti biasa jugak, the main input that I get is tak related langsung dengan intipati utama tajuk tersebut. :PP

AND THE ‘MAIN’ INPUT IS
Secara ringkasnya, ceramah agama malam jumaat tersebut telah berakhir dengan satu cerita yang amat menarik. Menarik-narik seperti magnet yang kuat. Cerita tersebut adalah berkenaan dengan harga.

Eh, sekejap! Jangan tekan X di penjuru atas sebelah kanan!

Anda pasti beranggapan saya akan menulis something yang amat klise. Satu monolog seperti, “So, apakah barang yang paling mahal di dunia?” Dan kemudian ramai-ramai akan menjawab, “Al-Quran!!” Jika perkara ini yang berputar di minda anda, cepat buang jauh-jauh. Ini serious! Cepat buang! Cepat!

Okay, terima kasih atas kerjasama anda. Sila teruskan pembacaan sambil tersenyum di hadapan lappy masing-masing. :)

MAKSUD MAHAL
Manusia zaman sekarang sering berkata, barang yang mahal adalah barang yang dijual dengan harga yang amat tinggi. Contohnya, barangan yang berjenama seperti Guchi, Topman, dan brand segala bagai tu dianggap sebagai mahal. Kenapa dianggap mahal? Kerana barangan tersebut hanya mampu dimilki oleh manusia kelas tertentu sahaja.

By right, manusia di kelas tertentu tersebut pasti melabel barangan branded yang mampu dimiliki itu sebagai tidak mahal. So, mahal di sini is dependence. It’s depends on the human financial status, right? A group of human will say Thing A is mahal but the other group will say Thing A is murah.

Maknanya, definisi mahal yang tertanam dalam minda kita ni hanyalah sekadar ilusi numerikal yang berubah-ubah?

Pendapat anda bagaimana pula?

PALING MAHAL
Menurut Ustaz S, barang yang mahal ialah barangan yang tiada tanda harga. Woah! Statement tersebut membuatkan aku sedikit terfikir. Terguling-guling. Dan tersenyum!

Ustaz S menyambung lagi. Cepat! Bayangkan diri anda berada di sebuah restoran. Restoran yang mahal. Agak-agaklah kan, apa yang paling mahal kat restoran tu? Cuba teka! Cuba teka! “Gaji chef kat restoran tu.” “Udang celup tepung.” “Haah. Udang celup tepung memang sedap.” “Eh, dah lama aku tak makan udang celup tepung.” “Tiba-tiba rasa mengidam.” =.=’

Jawapan: Dalam sebuah restoran, selera adalah yang perkara paling mahal. Anda tak akan mampu beli selera. In fact, tiada manusia di mana-mana kelas pun yang berkemampuan untuk membeli atau menyewa selera. Betul tak? :) Woah! Amat mahal nilai pinjaman yang dikurniakan Allah kepada kita. Adakah kita tidak sedar? Sedikit insaf.

So, tell me. What is the most expensive thing ever exist on this little tiny blue planet Earth? Okay. How about this? List three valuable things to you. Think thoroughly and kindly drop your opinion(s) below. Thank you! :D

“BENDA YANG MAHAL TIADA TANDA HARGA.” 

Thursday, October 27

PERSETANKAN LOGICAL THINKING DAN REASONING [Part 1]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah! Fikiran kembali waras. Seminggu yang penuh dengan keterujaan telah berakhir. Yeah! Yahoo! Yippie! Hip hip hooray! Akhirnya, keputusan pilihan raya KMB telah terumum. Dan aku kalah dalam ‘perebutan’ kuasa tersebut. Sob. Sob. Senyum tiba-tiba. Mata bersinar.

Mungkin kalah itu lebih baik untuk aku so, tahniah kepada manusia-manusia yang terpilih untuk mengemudi bahtera kepimpinan KMB. Tahniah! Sob. Sob. Still bersedih. Dan ketawa tiba-tiba. Sedih? Mungkin tidak. Sebab aku percaya ada something yang lebih layak untuk aku.

Ah, sudah! Mari kita teruskan hari ini seperti luar biasa. :)


OF LOGIC AND REASONING 
Baru-baru ni ada beberapa manusia tahun 2 telah berkongsi ilmu. Dan apa yang disampaikan amat menarik perhatian aku. Apa yang disampaikan tidak perlulah aku tulis. Kerana khuatir disalah tafsir oleh manusia pembaca yang kacak dan cantik sekalian.

Sebagai peringatan: Aku hanya menulis untuk menyatakan pendapat dan ilmu yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Tiada niat untuk memporak perandakan dunia. Serious! Aku tak tipu!

Generasi kita sering kali diasuh dengan fikiran yang berteraskan logik akal dan ‘reasoning’ (aku tak tahu nak sebut apa dalam BM). Sains dan matematik menjadi makanan dan minuman harian. Kalkulator dan GDC menjadi bahan permainan. Sempoa pula diletak ke tepi kerana telah ketinggalan zaman.

Bagus! Boleh jadi pandai! Orang yang mempunyai logik yang tinggi adalah manusia genius! Genius! Woah!

AKAN TETAPI! 
But from my newly changed perspective, logik dan reasoning yang didoktrin ke dalam minda kita ini adalah tidak bagus. Kenapakah wahai Aku? Kenapa?! Katakan kepada saya jawapannya! Aku terkedu. Fikiran sedikit kucar-kacir. Minta maaf. Tunduk sedikit. Terasa malu.

1. Logik membataskan kreativiti.
Ketika aku masih budak yang comel dan kacak, aku amat kreatif. Kekurangan logik dalam akal menjadikan imaginasi aku membesar dengan liar dan tak terkawal. Tatkala tanganku memegang pensel warna, pasti tiada ruang kosong di dinding rumah yang tidak ku conteng. Semuanya pasti terukir dengan keindahan buah fikiran ku.

Dan pasti! Kemarahan Emak dan Ayah akan memuncak secara tiba-tiba. Aku akan terkejut. Terus dimarahi. Dan aku akan menangis sambil memegang pensel warna. Tapi semakin aku membesar menjadi akhi yang bergaya, tahap kreativiti aku semakin menurun. Logik telah menjadi penghalang untuk aku berkarya. Otak semakin sempit.

Itu tak boleh. Ini pun tak boleh. So, apa yang boleh? Fikiran semakin diperangkap oleh logik akal. Setiap detik yang berlalu, penuh dengan debaran. Umpama hampir kalah main chess.

2. Logik membuatkan kita ego dan lupa diri.

Analogi mudah: "Heish, lapar lah. Nanti aku kena makan banyak-banyak, baru kenyang." Eh? Betulkah? Adakah kuantiti makanan yang dimakan itu menjadi penentu lapar kenyang nya kita? Kalau ikut logik, makan banyak, mestilah kenyang. Tapi kita sebagai muslim tahu dan insyaAllah faham bahawa kenyang laparnya seseorang tu ditentukan oleh Allah s.w.t. Betul tak?

"Kalau aku belajar banyak-banyak mesti jadi Einstein." Eh? Betulkah? Ilmu itu terletak pada amal dan ikhlasnya hati. Nampak macam tak logik. "Amal? Ikhlas? Ikhlas tu apa? Ikhlas boleh buat aku pandai ke? Eeee. Macam tak logik je." So, perlukah logik dalam hal ni? :)

3. Logik menghalang pengembangan E.Q.
Eh eh. Apa itu EQ? EQ merupakan singkatan terhadap Emotion Quotient. Hampir serupa dengan Intelligence Quotient (IQ) tapi EQ lebih menekankan soal perasaan dalaman. Lebih bercorakkan penghayatan kita terhadap suatu perkara. Ringkasnya, EQ berkaitan dengan emosi.

Sebagai contoh adalah reaksi terhadap pembacaan penulisan kreatif hasil nukilan sasterawan. Bila aku baca any of the poems written by Pak Cik White Beard, aku pasti akan menjadi hairan. “Apalah yang dia nak cakap ni? Ayat nak best je. Tapi langsung tak boleh nak faham.” Well, ini membuktikan bahawa EQ Aku adalah agak rendah. IQ aku yang tak berapa nak tinggi telah berjaya mengalahkan EQ. 1-0!

APA MAKSUDNYA? 
Manusia Arab di zaman Jahiliah amat pandai dan gemar berpuisi. Elemen sastera menjadi satu hiburan sehebat Anugerah Skrin. Eh, hebat ke Anugerah Skrin? Em. Berfikir sejenak. Oops. Off topic pulak. Kehidupan mereka yang sinonim dengan kesusasteraan menandakan ketinggian tahap EQ mereka.

Dan seperti apa yang aku tulis kat atas tadi, EQ adalah berkaitan dengan emosi. Dan emosi berkaitan dengan hati. Hati? Ya, hati. Seketul daging yang ada kat dalam semua manusia. Penentu baik buruknya tuan atau puan empunya badan. Dengan hati, banyak benda boleh berubah.

Apabila dikatakan tahap EQ tinggi, maka tahap kepenggunaan hati mereka juga adalah agak tinggi. Ya, kebanyakkan mereka lebih suka menghayati (hati) berbanding menguji (akal). Lihat sahajalah pabila ayat suci Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W., tanpa logik yang perlu dibuktikan, mereka terus beriman dengan penghayatan yang kukuh.

Ya, Islam adalah tentang penghayatan bukan tentang pembuktian. Sedikit senyum. :)

Allah mempunyai kuasa yang melebihi infiniti. Dan ilmu manusia adalah amat cetek. Oleh sebab itu, sudah pasti zat Allah yang Maha Kuasa tidak mampu dibuktikan secara saintifik oleh manusia. Ia berkenaan dengan penghayatan. Ini soal hati.

KONKLUSI RINGKAS
Logik akal yang diterapkan dalam otak kita ini perlu di ‘monitor’. Di monitor oleh seketul daging bergelar hati. Jika kita terlalu asyik berenang mengikut arus logik, penghayatan kita pasti akan menemui limitasi. Cuba hayati dan dalami. Senyum lebar sangat-sangat. :)))

“MANUSIA TAK AKAN PERNAH BERUBAH SELAGI 
HATINYA TIDAK DISENTUH” 

So, jadilah ‘pakar bedah’. ‘Bedah’ manusia dan sentuh hatinya. Perubahan pasti akan berlaku.

Wednesday, October 26

Mari Berhimpun

Assalamualaikum w.b.t.

Bye-bye Biology Standardize Test and hi my fellow readers. [Mood: Sedang terkejut dengan soalan Biologi yang baru dijawab.]

Em. Baru ne satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai HIMPUN telah dilangsungkan. Dengar kata memang sesak lah jugak time tu. Dipenuh oleh manusia Islam. Fuh, hebat!

EH, APA ITU HIMPUN?
HIMPUN merupakan satu program legal yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam kat Malaysia. Menghimpunkan seramai 1 juta umat Islam menjadi satu sasaran minor. Tujuan utama program ni adalah untuk menjentik jiwa-jiwa manusia Islam, di Malaysia khususnya, untuk kembali bermujahadah membangunkan syiar Islam di bumi Malaysia. Ayuh!

MELUAHKAN PENDAPAT.
Kalau nak ditunggu soalan datang untuk di jawab, pasti tiada yang hadir. Eh, yeake? So, aku nak kongsi sedikit pendapat berkenaan program tu.

Dari dasarnya, aku memang bersetuju dengan perlangsungan program-program yang menjadikan Islam sebagai tujuan utama. Program macam ni amat memang bagus! Thumbs up! Menimbulkan kesedaran di kalangan jiwa-jiwa yang kian lalai adalah sangat perlu. Keutuhan ukhuwah antara Muslim juga InshaAllah dapat dipupuk.

Tapi…

Yeala, setiap apa yang dilakukan pasti mempunyai objektif yang nyata, kan? And sejauh manakah program HIMPUN ni dikatakan berjaya menjadi persoalan manusia-manusia seperti aku. Bukan niat ingin meng‘condemned’. Hanya sekadar luahan pendapat yang terbuku dalam otak saiz tujuh.

KATEGORI APAKAH?
Apa yang membezakan antara program-program yang telah dijalankan di Malaysia adalah samada ia objective-oriented atau programme oriented?

(a) Objective-oriented
Suatu aturan program yang diadakan bagi mencapai satu matlamat yang jelas dan spesifik. JELAS dan SPESIFIK! Program jenis ni tak kecah pasal bilangan program yang dijalankan. Sebaliknya lebih fokus terhadap persoalan samaada matlamat tercapai atau tidak. Dan tak banyak pun program yang ada kat sekeliling aku ni, tergolong dalam jenis ni. Kecewa. Sedih. Pilu. Mengantuk. “Huwargghh!” Menguap sebentar. Dan teruskan menulis.

(b) Programme-oriented
Suatu aturan program yang amat menitik beratkan bilangan program yang akan diadakan. Dan kebanyakkan program kat Malaysia ni tergolong dalam jenis ni. Kecewa. Sangat kecewa. Objektif hanya terukir indah di atas kertas kerja sahaja. Hakikatnya, objektif utama tak pernah tercapai. Jutaan program tanpa satu pun yang menimbulkan kesan. Sekadar memenuhi kalendar aktiviti tahunan.

Tak percaya? Jom! Mari meneruskan pembacaan!

Contoh mudah, adalah aktiviti kokurikulum yang ada kat sekolah seperti badan beruniform. Kalau kat sini, kitorang ada JPAM taw. Perjumpaan mingguan yang diadakan hanyalah bermatlamatkan CAS Hours. Hurm. Betulkah tujuan tersebut? Aku rasa tak. Sebab by right, tujuan unit beruniform ni diadakan adalah untuk membentuk manusia yang lebih berdisiplin dan gagah. And from my obversation, majority of the human (student la) involved in such programme have non of the main objective tersemat dalam diri diorang.

Sekali lagi, objektif hanyalah lakaran di atas paper work.

Okay, back to HIMPUN.

Ingin aku tekankan kat sini aktiviti seumpama HIMPUN adalah amat bagus. TAPI akhirnya, keputusan terletak di hati individu sendiri. Sedetik selepas berakhirnya HIMPUN, di saat anda melangkah keluar, anda perlu mengorak langkah samaada ke jalan yang lurus atau sebaliknya.

Janganlah pergi sana sekadar memenuhi kalendar aktiviti harian korang.Janganlah ke sana sekadar meramaikan ahli. Janganlah biarkan ukhuwah yang terjalin di ketika hilang begitu sahaja. Janganlah simpan untuk anda sorang je.

Ya, niat manusia tidak mungkin mampu di ukur. Fikiran manusia tidak mungkin terbaca.

Kerana itu kita perlu lebih bertanggungjawab terhadap diri kita. Selepas di tarbiyah secara beramai-ramai, kita secara individu atau berkumpulan seharusnya menggerakkan hati-hati manusia yang lain untuk turut sama memperjuangkan agama. :)

p/s: aku kalah bertanding jawatan MPP.em.mungkin ini lebih baek. :)   

Saturday, October 22

HILANG FOKUS

Assalamualaikum w.b.t.

Aku hilang fokus. Ya, ini benar-benar berlaku! Aku tak tipu! Lagipun, tak ada sebab untuk aku menipu. TAPI ada sebab kah untuk korang percaya? Aku tertanya. Mungkin tidak. Mungkin juga ya. Ah, lantaklah! Itu semua tidak penting.

Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Fuhh!

Segar!

Ada seorang manusia yang aku kenali, pernah menceritakan masalahnya pada aku. Masalah yang tiada dalam cerita tipikal Melayu atau sinetron Indonesia. Bukan juga masalah berkenaan assignment yang berlambak. Ini masalah ummat!

Seperti biasa, aku akan menjadi pendengar yang mendengar. Tiada sepatah kata keluar dari mulut. Hanya sedikit peluh di atas dahi.

Aku cuba mengelap peluh dengan berhati-hati.

Kemudian, dia bertanya satu soalan yang dulunya sering menghantui hidup aku. Umpama tidur diburu mimpi. Umpama lab report memburu pelajar IB. Umpama mencurah air di daun keladi. Eh?

"Apa aku nak buat sekarang? Macam mana aku nak 'reverse' balik keadaan? Aku nak start dari zero."

Soalan inilah yang sering aktif beriadah di dalam otak saiz dua penumbuk. Hebat bukan? Soalan ini sering menipu sekalian manusia di segenap galaksi bima sakti. Dan aku tergolong di dalam golongan orang yang pernah tertipu. Sedikit malu.

Aku berfikir sekejap. Dan memandang ke arahnya. Kemudian, berfikir lagi sehingga satu jawapan yang hebat muncul secara tiba-tiba, "Jangan reverse!" Woah!

Kenapa jangan reverse wahai Encik Aku?

Because there are no valid reason to do so. Is there any? No, i'm very sure there are no reason to do it. Reversing? C'mon lah people. Tak ada makhluk yang boleh memutar kembali masa yang dah berlalu. Kan? Kan? Kan?

So, buat apa nak reverse? Jalan straight dan belok bila perlu sehingga jumpa RnR. Lap peluh yang membasahi dahi. Muhasabah diri dan teruskan perjalanan. Hidup bagai highway yang panjang dan lurus. Agak payah untuk main reverse-reverse. Lagipun, kalau anda reverse, pasti akan accident.

"Semua sedang menuju ke hadapan, buat apa kita nak mengundur ke belakang?"

Wednesday, October 19

The Longest 2 Minutes In my Life

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, how are you my noble readers? May Allah s.w.t still give us the opportunity to smile upon His wonderful creations. :)

Last night, at my colleague, manifesto night for the candidates of Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) was held. And I am one of the candidates.

“Percayalah cakap aku, aku tak pernah cakap kat atas pentas lama camtu. Berapa lama? 2 minit je pun.” :P

As I woke up in the morning, my distorted mind started playing trick on me. Teasing me like, “Suit yourself, Aezu! Who tells ya to participate? HAHAHA.” For the one whole day, I feel like dying. I wish that very day never come across me again. Go away! I really mean it! D:

My today’s (on that day lah) classes were a waste of time. I can’t concentrate at all. Business Management, Chemistry, Biology, Maths, all of them. I am completely occupied by the manifesto night thingy. Guess what? During the evening, it evolved to be a complete disaster:

1. I slept for the whole Chemistry remedial class! “Bad, Aezu!” “Bad, Aezu!” When the class was about to end, I woke up and hell yeah there were nothing I can understand. O.o Everything is freaking me out! The terminology, the diagrams, the every single thing taught during the past one hour lesson. Everything! O.O

2. And as soon as I reach my room (after the Asr prayer), I jump on my bed and continue sleeping. HAHAHA. =.=’ I really disappointed with myself. T.T

Cut short, it was 9.00 pm. The time has come for me to reveal myself in front of the public. But wait! I have nothing to entertain them. I only have a few manifestoes to convince them to vote for me. I also prepare nothing for my speech. Nothing! I’m getting nervous. I’m sooo dead! O.O

For your information, my poster is lil’ bit different from the other candidates (Soon enough, you will know why). So, I wear accordingly and walk passes the audience, straight onto the stage. Woah! There are a million of people in the hall. A lot of them! Very lot! I try to calm myself, “C’mon Aezu. You can do it!” =.=’

But still, the butterflies are getting outnumbered and they were roaming happily in my stomach. Damn you butterflies!

“I’M SO DEAD!” O.O

Then, ‘something’ came and cleared up my whole catastrophic mind. I feel calm. :D And ideas soon drastically appeared from nowhere. I grab those ideas one by one. And IF you are one of the human inside the hall, I bet you witnessed I’m kinda texting with someone using my phone, texting happily. The actual fact is I’m not.

I’m busy using the Nokia’s product to jot down every single idea that popped up around me. Yes, that was the ‘only’ thing I did. xD

Soon, my turn had come. After my very own video was presented, I delivered my speech. “Assalamualaikum. Standing right in front of you…bla..bla..bla….” I don’t believe it! I do can speak that way. Maybe, at the moment I’m delivering my speech, I was controlled, controlled by an evil mutated intelligent puppet-master. . . . Naah! I’m kidding! xD

I’m pretty glad, things turned out well. Alhamdulillah. Thank you, Allah, for your guidance. The morale of the real life short story is, “Tak payah nak cuak sangatlah! Betulkan niat dan Allah pasti akan bantu.” TAPI betulkah niat aku? I wonder. o.O

That's all for now. Bye. :D

p/s: Both my parents yang tercinta soon will depart to the Holy Ground, Macca, to perform the 5th pillar of Islam; Hajj. Let us all pray for their safety during the sacred journey of life and semoga Haji Mabrur menjadi milik mereka. Amiin.

“I’ll miss both of you Mom and Dad!” :’D

Tuesday, October 4

SCEPTICAL WE

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, dah lama jugak la aku tak post entri baru kat blog ni. For sure, aku harap korang maseh mampu tersenyum lebar-lebar.


Kehidupan manusia IB amat sibuk. Ini serious! Nanti kalau ada siblings, cousins, member korang yang ‘bajet’ nak buat IB, suruh diorang fikir dulu sebelum masuk sini. Buat solat sunat istikarah banyak-banyak, baru decide.

Then, welcome to the world’s most heavenly hell. Hahahahahah.

Okay. Enough with promosi mari further study di KMB.

Pasti! Korang mesti biasa dengar perkataan SKEPTIKAL. Betul? Tapi aku tahu, tak semua tahu apa itu skeptikal. Well, secara ringkasnya skeptikal adalah satu teknik ninja yang dikuasai 100% oleh kebanyakkan umat manusia. Teknik ini merupakan teknik larangan yang melebihi teknik tahap ninja bayang. Dengan teknik ini, anda mampu menganalisa sifat buruk diri seseorang tanpa usul periksa.

Woah! Hebatkan?

Anda bagai seorang psikik tapi bukan. Anda bagai seorang CCTV yang tahu segalanya tapi bukan. Anda bagai seorang burung kakak tua yang reti bercakap tapi bukan jugak. You’re no one, peeps! No one have the right to judge others. Excluding me. Bhahaha.

Tapi most of us selalu beramal dengan teknik larangan ni. Amat hebat! Dengan kelajuan Buroq kita dapat mengetahui kekurangan seseorang. “Eh, awak tahu tak dia tu kaki perempuan.” “Weh, dia tu suka layan porno.” “Jangan kawan dengan dia. Dia gay.”

Well, that’s it! This ridiculous negative self-perception must be abandon from now on.

Andai kata kita sibuk menyibukkan diri menganalisa manusia lain, bila pulak masa untuk menganalisa diri sendiri? Bila?! “Ustazah kita cakap, setiap malam sebelum tidur. Kita kena selalu koreksi diri. Sebab kita tak pernah pun tahu kita hidup ke tak lagi esok.” Well, untuk anda yang berjaya mengamalkan pesanan ustazah tersebut, tahniah!

By the way, aku klasifikasikan teknik skeptikal kepada tiga peringkat.

Level 1: Skeptikal terhadap diri sendiri.

Teknik ni adalah antara teknik yang selalu disalah gunakan oleh manusia sejagat. Certain manusia akan psiko diri sendiri sehingga mampu membawa kepada fatiliti yang serious. Bunuh diri. Bulimia. Overdose. Hisap ganja. Etc etc. Generally, teknik level 1 ni agak mara bahaya. But skeptikal pada diri sendiri adalah perlu mengikut waktu dan reasons yang tertentu.

“What the heck!”

“Aiseh. Tadi marah sangat orang nak skeptikal. Sekarang cakap skeptikal itu perlu pulak. Lu apedehal?!”

Okay, bro! Lu dengar gua nak kecah sikit. Antara reasons untuk skeptikal kepada diri sendiri adalah untuk tujuan menganalisa kelemahan diri. So that, we know what our weaknesses are and work a way on how to be a better human. Just to make things clear, skeptikal kepada diri sendiri hanyalah untuk memperbetul kelemahan diri, BUKAN untuk banned diri sendiri dari dunia yang ligat berputar.

Level 2: Skeptikal terhadap makhluk lain.



Benda ni la yang selalu manusia sekarang buat. Other people are always wrong and never ever be right. Short and simple: Haters always gonna hate! “Apakah masalah haters sekalian?” Selalu menjadi persoalan yang cerdas beriadah dalan kotak fikiran aku. Siapa boleh tolong jawab?

“Kasihan mungkin dia tidak punyai kepakaran
Kasihan mungkin dia perlukan perhatian”

- Kasihan, Band Hujan.

Teknik skeptikal level 2 ni jugak agak berbahaya. Terutamanya bila dipratikkan terhadap golongan parents, guru dan mereka-mereka yang sepatutnya dihormati dan disayangi. Cuba anda bayangkan, anda mempunyai pasangan yang TERLALU skeptikal terhadap diri anda.

Kalau skeptikal sikit-sikit, mungkin gua boleh consider la kot. Caring la katakan. Tapi kalau sampai tahap gua nak berborak dengan ibunda tercinta pun lu nak kecoh, apedehal?! Privacy and trust is needed my dear. (Disclaimer: Erm. Benda alah yang gua tulis ni tak kena mengena dengan gua k. Heheh.)

Level 3: Skeptikal terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

Ooookay. Ni la level yang aku nak ‘emphasize’kan sebenarnya. Dalam jutaan jiwa di planet Bumi ni, pasti ada manusia yang tak sengaja (mungkin) skeptikal terhadap takdir yang ditentukan Ilahi. “Kenapalah aku dapat masuk IB? Tension betul!” “Kenapalah Allah tetapkan aku disogok dengan ribuan lab report yang perlu di’submit’ setiap minggu?” “Kenapa?!”

Don’t ask me why, peeps. I also dunno the exact answer for those lame questions. The only thing I know is, kita merancang, Allah juga merancang. Sebaik-baik perancang adalah Allah Yang Maha Mengetahui. So, be it. Be grateful my noble readers.

Always try to be a better muslim as time passes on, okay. That’s all. ‘Till next entry, iosh!

p/s: Sori sangat2 kepada followers dan tukang komen sekalian kerana diri ini teramat sibuk untuk blogwalking dan membalas komen anda. May we gain His blessing. Thnx to all! :D