Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Hai, aku ada satu cerita. Tentang kucing makan burger. Tak kisah burger apa. Ayam, daging atau telur saja. Sebuah kisah yang aku reka-reka. Tapi bukan saja-saja. InsyaAllah ada manfaat untuk kita semua.
Ada satu hari, nampak seekor kucing Parsi. Jalan-jalan, seekor-seekor ke sana ke mari. Mungkin makan angin, mungkin juga cari nasi. Hidu sana, hidu sini. Ikut naluri yang Tuhan bagi. Sekejap berhenti, sekejap perhati, tengok kanan kiri. Sampai satu tempat, terus buat muka basi. Depan manusia, muka simpati. Kejap lagi, buat tak reti. Time lapar semua jadi. Janji perut dapat isi. Mengiau-ngiau, menyanyi-nyanyi, dan jilat bulu sendiri.
Manusia pulak ada pelbagai persepsi. Ada suka, ada benci, ada marah, ada simpati. Kalau suka, belai-belai. Kalau benci, kasi kaki. Kalau marah, maki-maki. Kalau simpati, kongsi nasi. Nasib kau lah kucing, apa yang nak jadi. Okay. Sambung cerita tadi. Kucing Parsi jalan lagi. Pergi sana, pergi sini, bukan untuk makan gaji. Bila orang hulur, kucing datang muka kebulur. Lepas orang bagi, kucing datang mintak lagi.
Eh, bukan sebarang makanan. Kucing tak makan, macam manusia makan. Manusia selera lain-lain. Ada makan apa ada, janji halal, harga biasa. Ada suka pilih-pilih, “Eh, aku tak suka makan dadih.” Tapi ada satu benda kena fasih. Nanti kau pasti kan berterima kasih, hati bertambah gembira, bebas dari duka lara. Ia tentang satu cerita. Kucing tak makan burger. Kenapa kucing tak makan burger? Pernah tak kita tertanya?
Kucing Parsi jalan-jalan. Offer burger, buat tak layan. Aku naik hairan. Ini burger mahal, bukan benjo tepi jalan. Kucing Parsi bangun bukak mulut nak bagi jawapan. “Hey, aku tak makan burger. Tuhan tak suruh, bukan aku reka-reka. Aku tahu burger sedap. Aku tahu burger lazat. Kalau Tuhan tak bagi, tak akan aku berani buat. Ini bukan fitrah aku di cipta. Ini juga bukan tugas aku di dunia. Nah, aku dah bagi jawapan. Sekarang, cepat bagi aku makan.”
Em. Apa tugas kita, ya?
[ p/s: Ayat berbelit penuh makna. Wahaha. Em. 1 bulan sebelum exam SEM 2. ]
[ p/s: Ayat berbelit penuh makna. Wahaha. Em. 1 bulan sebelum exam SEM 2. ]
No comments:
Post a Comment