Bismillahi Arrahman Arrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
“Aku rasa, kebanyakkan budak kat sini macam penting kan diri sendiri lah,” kata seorang ikhwah menyampaikan buah-buahan fikiran yang baru sahaja bertunas. Aku hanya duduk diam, setia mendengar.
“Aku bukan nak kutuk taw. Tapi cuba kau bayang kan, most of them yang bangun awal untuk solat Subuh, tak pernah pun cuba try test kejut orang lain. Aku rasa, kalau diorang ni kejut orang lain, mesti penuh surau tu time Subuh,” sambung nya lagi, penuh petah. Ragu-ragu, kepala ku tiba-tiba di garu.
“Sebab tulah aku macam tak selalu sangat turun Subuh,” dia mengakhiri kata-katanya. Perasaan ingin memberontak itu kini memenuhi rongga-rongga. Rasa terkilan bercampur sedikit tidak puas hati hampir sampai kemuncak. Namun, aku masih berdiam. (?)
Ohoi! Manusia yang berakal sekalian; aku, kau, kamu, dia dan juga mereka yang duduk di sana-sini. Bukan lah diri ini ingin mencetus kan provokasi. Bukan juga mahu menunding jari dan jauh sekali nawaitu ku untuk mengguris hati.
Ini cuma satu entri untuk menegur mereka dan memperingat diri ini yang serba marhaen. Ya, aku suka memberontak dengan cara yang amat kool. Eh, tiba-tiba sahaja. Wahaha. Okay. Ayuh, penglipur lara bermula!

Bangun pagi lambat. Subuh solat lewat. Hari-hari pagi-pagi, pasti kan berulang lagi. Bangun lewat bagai hobi, bangun awal oh jauh sekali. Bila nak berubah? Tentu kan mana arah. Dosa, pahala, neraka, syurga. Mana satu yang kau damba?
Hah, pilih lah. Kita kan dah besar. Kita kan dah sedar. Mata terbuka, telinga mendengar, jasad dah ada TAPI hati bagaimana? Mana hati kita? Dah sorok dekat mana? Bila nak guna nanti, mampu ke jumpa semula?

Ayuh, buka minda. Anjakkan paradigma. Buka mata luas-luas. Kita selalu mengharap mereka, dia dan seantero dunia untuk selalu sahaja memberi senang, laluan mudah kepada kita.
Tanpa secebit rasa bersalah, terus-menerus menuding jari telunjuk menyalahkan mereka yang di sekeliling. “Sebab kau lah, aku tak turun Subuh pagi tadi!” “Orang sekarang, ramai ikan-sendiri (self-fish), Nak masuk syurga sorang-sorang je.” Tapi salah mereka kah keseluruhannya?

Ya, aku sendiri tidak menidakkan kesalahan mereka yang tidak mahu berkongsi ilmu. Ilmu yang di ternak dada itu hanya lah umpama perhiasan yang tidak mungkin di kongsi bersama. Oh, alangkah!
Namun, kita sering lupa, alpa, terleka bahawasanya kesalahan itu juga milik kita sebahagiannya. Kita terlalu menaruh harapan, sehingga tidak ingat bahawa kita juga mampu mencipta harapan. Hey, kita semua manusia lah. (!)

“Ramai orang ingin mengubah dunia tapi terlupa mereka juga sebahagian dari keseluruhan dunia. Kenapa tidak mengubah diri dahulu?”
Jika kita lambat Subuh, kita salahkan orang. Tapi tahu kah kita, mereka juga mungkin sahaja menyalahkan kita semula. Jadi, apa yang ingin aku tekan kan di sini adalah, “Apa inisiatif kita dalam menangani permasalahan sedemikian rupa?”
Dah tahu ada masalah tapi masih tiada konklusi kendiri. Adakah dengan menuding jari dapat melerai konflik yang tersimpul erat? Adakah dengan menuding jari dapat membawa kita terus masuk ke Syurga Ilahi?

Kita tahu kita berdepan masalah, jadi apa jalan yang di ambil untuk menempuhi? C’mon lah people. Adakah kesalahan mereka punca utama kita tak dapat melaksanakan amanah yang di beri? Mari aku beri tahu, punca utama masalah individu adalah individu itu sendiri.
Jika malam tidur lewat; main DoTA, tengok bola, Real kalah dengan Bayern, Barca kalah dengan Chelsea, terguling aduh, rasa kecewa. Petang pula main super penat; beriadah bagai dunia tak ingat, macam menang boleh dapat pingat.

Dan masih layak kah kita menyifatkan mereka dan dia sebagai tunjang simpulan kecelakaan? Ayuh, koreksi diri. Ayuh, belum terlambat lagi. Sudah-sudah lah menuding jari, yang kuku nya tak sempat di ketip lagi. Chiaww.
(p/s: Lalala. Mari menyibuk kan diri dengan assignment yang terlambak di atas katil. )
No comments:
Post a Comment