(PERHATIAN: Ini merupakan entri yang berat untuk dihadam. Jika sudah baca sedikit, anda dimestikan untuk baca sehingga ke hujung. Saya serius!)
Aku terlalu tertanya, kenapa para sahabat beria-ia berkorban apa sahaja untuk mendapat redha Allah. Bilal Rabbah sanggup berpanasan didera dan ditindih batu. Keluarga yasir diseksa hebat. Dan beberapa lagi cerita yang amat menakjubkan. Ya, aku berasa amat pelik untuk seorang manusia, meninggalkan harta mereka untuk berhijrah.
Juga, saya rasa pelik bila seorang manusia tidak kisah fizikal mereka dikecam hebat. Lagi pelik, bila sekumpulan manusia yang sedikit serta berkelengkapan serba-serbi tidak sempurna, jadi amat berani untuk bertempur dengan kelompok musuh yang jauh sangat ramainya (perang badar). Pelik! Macam tak logik pun ada.

Tapi jika nak dibandingkan dengan aku, memang para sahabat jauh lebih qawiy. Mereka fasih lagi faqih tentang erti hidup. Ke mana hala tuju, ke mana nak dituju. Dan aku yakin, tujuan itu adalah untuk masuk syurga bertemu Allah. Tapi pelik juga. Kenapa nak beria-ia sangat masuk syurga?
Ada apa dalam tu? Kompem ke best dalam tu? Anda pernah menapak ke syurga? Para sahabat tak pernah pun masuk syurga. Jadi, kenapa? Kenapa sanggup berkorban jiwa dan raga untuk syurga? Anda sendiri, betul-betul ke nak masuk syurga ni? Aku? Hm.

Pelik! Ya, inilah kepelikan! Kenapa nak masuk syurga walhal di dunia sudah cukup sempurna ada pelbagai benda? Ada muka buku, ada burung biru, ada kawan, ada famili, ada cerita korea, ada macam-macam. Jadi, apa poinnya untuk ke syurga? Ada faedah ke? Kat dunia ni ada katil yang empuk, ada makanan yang lazat meletup, ada seribu satu nikmat yang Allah dah bagi. Jadi, kenapa nak ke syurga? Apa je yang ada kat syurga tu?
Lagi, korang ingat senang ke nak masuk syurga? Kena jadi baik, kena jadi alim, kena jadi skema, kena jadi budak surau, kena ikut usrah, kena baca al-Quran tiap hari. Lagi, kena buat dakwah, kena butang baju sampai atas, tak boleh pakai seluar jeans, tak boleh buang masa tulis belog. Er. Banyak lagi lah yang kena buat kalau nak masuk syurga ni.
Payah! Serius susah! Anda tengok jeala zaman Islam mula menapak dulu. Siap kena pulau dengan keluarga sendiri! Kena baling batu! Rasulullah, masa nak dakwah penduduk taif, kena halau, kena baling batu sampai diriwayatkan terompah baginda bertakung darah. Uish! Susah. Anda serius nak masuk syurga ni?!

Hah! Yang dari tadi duk angguk-angguk tu, betul nak masuk syurga? Seronok betul mengangguk ya. Haih. Cuba tengok apa anda tengah buat sekarang ni? Baca belog? Bukak youtube? Buka fesbuk? Dengar lagu entah apa-apa? Anda betul-betul serius tak ni nak masuk syurga? Anda rasa, anda serius tak?
Cuba tengok zaman mekah dulu, lepas tu bandingkan dengan kehidupan anda sekarang ni. Dah cukup berkorban ke akhi? Dah cukup buat dakwah? Pernah tinggal jahiliah? Entah? Anda jawab lah sendiri. Hm. Jadi, sekarang anda masih serius nak masuk syurga? Hm. Persoalan sekarang, kenapa nak sangat masuk syurga neh? Kenapa kita perlu obses untuk masuk syurga? Kenapa?

Hm. Anda pernah pergi merantau? Atau senang kira, tinggal di asrama nun jauh di hujung dunia. Ecece. Lelebih pulak. Hihi. Pernah? Saya pernah. Masa tu, lama jugak lah tak balik kampung. Dan setiap hari rasa macam sangat rindu kat kampung dan kat semua yang ada di kampung; emak, ayah, abang, dan adik. Semualah! Memang sangat rindu.
Dan bila sampai satu masa tu, lepas tengok kalendar baru perasan rupa-rupanya seminggu je lagi nak cuti. Sumpah! Rasa seronok berganda-ganda masa tu. Senyum tak hengat dunia. Walaupun durasinya seminggu, perasaan tidak sabar-sabar itu selalu aje mengetuk-ngetuk pintu hati. Tak sabarnya nak balik kampung! Nak jumpa ayah. Nak jumpa emak. Nak jumpa adik-beradik. Nak makan masakan emak. Nak tengok TV. Nak rehat puas-puas. Nak macam-macam lagi. Serius tak sabar!
Hah. Anda pernah dengar frasa kampung akhirat? Ya, sedar tidak sedar, sebenarnya kita ni dalam perjalanan menuju kampung akhirat. Samaada jalan berliku mahupun lurus, penamatnya cuma dua; Syurga atau Neraka. Er. Anda faham tak ni? Kita on the way ke kampung! Dah lama sangat kita kat dunia ni, akhi.
Akhi, tak rasa rindu ke nak balik kampung? Jumpa mereka-mereka yang sudah lama menunggu kita di sana. Percayalah, ahli-ahli syurga sedang tunggu kita, akhi. Tapi kalau akhi tak nak balik syurga, akhi nak ke masuk neraka? Neraka tu pengakhiran paling teruk, akhi. Fikirkanlah.

Jadi, kenapa nak masuk syurga? Sebabnya, syurga itu kampung, dunia ni ibarat RnR je. Persinggahan sementara mengumpul bekal takwa dan bekal pahala. Sebelum seterusnya meneruskan perjalanan ke syurga. Tapi, kalau tersilap jalan, neraka lah alamatnya. Nau’dzubillah. Akhi tak nak masuk neraka kan? Hm.
Jadi, kenapa perlu pengorbanan dalam nak masuk syurga ni? Rilek-rilek sudah lah. boleh? Hamboi! Banyak hensem muka anda. Buat pembedahan plastik kah? Er. Kalau imbas kembali cerita para sahabat. Mereka susah payah sekali mempertahankan aqidah dan keimanan yang mereka ada. Sehinggakan mereka sanggup bergadai nyawa untuk menegakkan kebenaran dan menyebarkan apa yang betul. Persoalan sekarang, kenapa perlu perngorbanan?
Okeh. Saya agak-agak anda semua pernah belajar biologi. Tak kira sekolah menengah atau pun di kolej serta di universiti. Jika betul, kompem anda pernah belajar atau ada dengar-dengar pasal penciptaan manusia. Dari zaigot ke embrio dan seterusnya.
Apa-apa pun, kesemuanya bermula dengan kisah pengembaraan sperma menuju telur ovum. Itu aje. Jangan fikir jauh-jauh sangat! Saya pelempang nanti baru tahu! Dan pada kebiasaannya, orang akan cakap bahawa, “Hah. Kita manusia ni dulu kecik je, besar sperma je. Macam berudu. Dan dari berudu tu lah kita membesar dan jadi manusia yang sedang baca belog ni.” Er. Heheh.

Saya nak tanya. Betul ke sperma yang berjaya itu adalah diri kita? Benarkah sperma yang terpilih itu merupakan diri kita yang sekarang, yang tengah baca belog ni? Jika betul, anda pernah terbaca tak bahwa ruh manusia ini ditiup ke dalam jasad (kalau tak silap) 40 hari selepas proses kejadian manusia?
Kiranya, senang cerita, sperma itu bukan kita dan kita bukan sperma tu. Er. Anda faham. Macam berbelit sahaja kan? Wah! Ini mengagumkan! Sungguh osemness! Bila difikir kembali, menurut logik akal, jika ada sebuah kereta di kilang yang belum dipasang siap, akan adakah pemandunya? Mestilah tiada!
Dan pabila, sempurna siap dipasang sebuah kereta itu, barulah ada pemandu yang masuk. Memandu kereta kemana sahaja yang ingin dituju. Dan begitu jugalah dengan diri kita ni. Sperma, telur ovum dll tu kiranya macam bahagian-bahagian kereta. Selesai dipasang, barulah kita, dalam bentuk ruh, ditiupkan ke dalam kenderaan berupa jasad seorang manusia ni.

Kiranya, fizikal kita ni hanyalah kenderaan. Hanya sekadar alat. Lebih kurang macam robot mecha gundam dan kita lah pemandunya. Dan untuk pandu ke mana? Ke mana lagi kalau bukan untuk balik ‘kampung’. Dan pabila disebut alat. Biasanya, alat ni akan digunakan untuk menuju matlamat.
Pasti ada tujuan penciptaan alat. Contoh: Cermin mata (alat) untuk membantu orang rabun (matlamat), kasut (alat) untuk tendang bola (matlamat). Dan sekali lagi, matlamat jasad ini (alat) tercipta adalah untuk menuju ‘kampung’ (matlamat).

Saya tanya sekali lagi, kenapa perlu perngorbanan? Pandu jeala ‘kenderaan’ tu leklok sampai ‘kampung’. Boleh je kan? Hm. Betul. Memang boleh. Tak salah pun. Dan bila dah sampai ‘kampung’ mesti lah kita nak keluar dari kenderaan kan?
Ahah! Jika kereta ada pintu. Boleh keluar masuk senang camtu je. Jasad kita pun ada pintu jugak. Satu-satunya pintu yang tersedia adalah dengan MATI. Selagi tak mati, selagi tu lah tak boleh keluar dari ‘kenderaan’ ni. Selagi tu jugak lah tak boleh jejak ‘kampung’.

Hm. Dah sampai ‘kampung’ tapi tak boleh nak keluar dari ‘kenderaan’? Begitulah apa yang dirasakan para sahabat. Mereka dah jelas dengan matlamat hidup. Mereka seakan-akan dah nampak syurga depan mata. Begitu hebat tarbiyyah dari murabbi yang agung, Muhammad saw.
Sebab tu mereka tidak kisah dan tidak gentar untuk mati. Teringat juga satu quote yang agak menarik sebuah dialog musuh Islam. Mereka berkata, “Heish. Kita tak boleh kalahkan tentera Islam sebab mereka berjuang untuk mati.” Ya, mereka tak khuatir untuk mati. Sebab mereka begitu dambakan syurga.

Kita pula bagaimana? Baru dicubit sedikit sudah mencebik muka buat-buat manja. Baru dirotan, sudah report kepada ibu dan abah di rumah. Haih. Para sahabat dahulu bermati-matian untuk masuk syurga. Kita pula? Hm. Dan pabila menyebut pasal mati. Sesungguhnya cara untuk keluar dari ‘kenderaan’ ini adalah melalui mati (bukan bunuh diri ya). Dan sebaik-baik mati adalah mati syahid. Zass!
Mari. Apa tunggu lagi, akhi? Jum kita ber’kenderaan’ ke kampung Sorga! :D
MANUSIA SEBENARNYE SEDANG TIDUR TETAPI AKAN BANGUN APABILA IA AKAN MATI..
-Saiyidina Ali Bin Abi Talib-
(p/s: Wowowo! ‘Balik kampung’! Wowowo! ‘Balik kampung’! Hati riaang! Em. Oh ya. Semuga banjir surut secepat yang mungkin. Ameen.)
No comments:
Post a Comment