Salam.
Aku Dzikri Phuzi bin Abdul Latiff. Sudah 8 tahun aku dipenjara. Malam
ini, aku tekad mahu lepaskan diri. Aku sudah tak mahu lagi hidup dalam sangkar
besi. Aku perlukan ruang… ruang untuk terbang bebas mengepak. Bukan setakat
berlegar dalam petaknya kurungan. Serik. Aku beriya mahu lari di sini.
Jadi. Bagaimana?
Anda mahu ikut?
Jadi. Bagaimana?
Anda mahu ikut?
Hm...
Mungkin aku boleh cuba yakinkan anda terlebih dahulu.
Mungkin aku boleh cuba yakinkan anda terlebih dahulu.
Cubalah lihat pada sekeliling. Sekali pandang memang tampak mewah. Ada
wanita, ada harta, ada pangkat. Ya, nampak hebat. Mereka ke sana ke sini
bertemankan mimpi yang tinggi beserta hasrat yang menggunung. Lihat pula di baliknya,
apa yang anda nampak?
Cuba jadi jujur. Apa sebenar yang mereka mahu, apa yang kita mahu?
Pangkat korporat? Harta berjuta? Wanita lawa? Tidak. Aku tidak fikir begitu.
Sebenarnya kita semua hanya kepinginkan arti ketenangan. Kita mahu rasa senang.
Bebas dari kecamuk minda. Bebas dari belenggu masalah-masalah. Ironinya, kita
ditipu… seperti di atas dunia ini kita hidup selama-lamanya. Kita bersusah
berpayah. Nanti selepas mati, tamat cerita?
Hey, kawan! Tak semudah itu.
Dari pandangan aku.. apa yang aku nampak… hanyalah mereka yang berwajah
keliru. Tak tahu apa arah tuju, tak tahu mana perlu dituju. Dan aku juga sebenarnya
pun sama. Aku keliru dan buntu. Bezanya aku ada nampak sesuatu… sesuatu yang
lebih indah dari apa-apa yang pernah terlihatkan, melangkaui apa-apa yang
terimaginasikan dek pemikiran kolot bercampur jumud.
Aku nampak tujuan walaupun ia masih kabur di pandangan.
Aku yakin... kehidupan sebenar di luar sana lebih luas, lebih mendamaikan hati yang bubuh kedamaian. Di luar sana, kita akan jadi lebih bahagia, tidak seperti dalam sini... hanya penuh pura-pura. Di luar sana, ada satu perjuangan yang harus kita perjuangkan. Aku tak rasa... kehidupan kita adalah setakat macam ni saja. Mesti ada sesuatu yang lebih syumul di luar penjara ini.
Jadi.
Bagaimana? Anda mahu ikut? Jika mahu, lewat malam nanti kita
bertemu semula di sini… iya?
***
Bagus. Nampaknya, anda memang kuat pegang pada kata. Hanya kebaikkan
sahaja aku harap menimpa diri anda.
Hm…
Okay. Sekarang tiada orang-orangan. Mungkin mereka semua sedang tidur. Syukur.
Lebih mudah kerja kita untuk lari dari penjara ini. Anda sudah bersedia? Kali ini
kita betul-betul akan melarikan diri. Selepas ini tak ada lagi rutin kuno. Kita
bakal melepasi tembok kitaran bodoh. Kita bakal mengecap kebebasan yang
harmoni.
Jom! Cepat! Mari ikut aku.
***
Hati-hati!
Jangan laju sangat. Takut nanti ada pengawal yang akan perasan. Kita harus
lebih berjaga-jaga. Kerana mungkin ini sahajalah peluang dan ruang yang kita
ada untuk melepaskan diri. Jika kita tertangkap, mungkin lebih teruk seksaan
yang akan terpaksa kita tanggung. Berhati-hati.. iya?
Lihat kiri dan kanan. Jangan sampai ada yang ada melihatkan kita. Dan… anda
jangan takut. Kita orang yang benar. Walaupun aku sendiri masih mentah dalam
mencari makna kebenaran, aku yakin dengan jalan ini. Benar-benar yakin.
Hah!
Cuba kamu lihat ke arah situ. Pengawal-pengawal itu sedang tidur. Ini peluang
keemasan.
Ayuh!
***
Huh.. huh.. *nafas tercungap*
Bagaimana? Kita sudah berjaya keluar, apa rasa anda? Lebih bahagia atau
derita?
Jujurnya. Aku lebih gembira berada di luar sini. Bebas dari gari-gari
yang mengikat. Bebas dari ruang penjara yang menyempit. Bebas dari rasa takut
kepada warden penjara. Kini aku bebas bernafas, menghirup garis udara yang
segar-bugar bersih dari kekotoran. Aku yakin. Anda juga –sebenarnya- berasa
begitu.
Hm…
Eh?
Siapa pula mereka itu?
Bukankah mereka itu pengawal yang menjaga penjara malam tadi? Mungkin
mereka sudah perasan akan ketiadaan kita. Haish. Ini tidak boleh jadi. Kalau kita
tertangkap, nahas kita nanti.
Bagaimana? Anda bercadang mahu lari atau kita kerjakan sahaja
pengawal-pengawal itu?
***
Anda okay? Luka pada pipi kanan anda tampak semakin sembuh. Syukur.
Tak sangka pula, mereka begitu gagah. Hampir-hampir sahaja aku berfikir
untuk mengaku kalah. Namun, ternyata. Kegagahan mereka tidak mampu membendung
keperkasaan kita yang bersahaja. Syukur. Kita berjaya juga mengalahkan mereka.
Hm… baiklah.
Anda berehat di sini dahulu iya. Saya mahu keluar mencari makanan untuk
kita berdua. Kita perlukan tenaga. Kerana perjalanan kita ini masih panjang. Ini
baru permulaan. Penghujungnya pula memang sahih di suatu kejauhan. Semuga kita
dilindung Tuhan.
Aku pergi dahulu yeh.
Kenapa ni?
Hah?
Nak panggil aku apa?
Aku Dzikri Phuzi bin Abdul Latif. Panggil aku Fujitif.
BERSAMBUNG…
enonimus: Kalau mahu lari dari penjara dunia, cuba solat di pertengahan malam... Jiwa harus kuat, kerana pasti ada syaitanirojim datang ganggu.. Ah! Lawan sahajalah!
No comments:
Post a Comment