Sluurrpppp.. Sluurrppp.. *bunyi minum air kotak*
“Lega…” kata Faqhrul perlahan.
Habis diminum Faqhrul air kotak Marigold perisa laici. Itu air
kegemarannya. Rasa manis dan dingin. Sungguh menyegarkan. Terpancar satu rasa
nikmat pada riak mukanya. Bersinar. Seusai membuang kotak minuman ke dalam tong
kitar semula, Faqhrul meneliti jam pada tangannya. Jelas. Jarum panjang
menunjuk angka 12. Begitu juga dengan jarum pendek.
‘Uish… Mana mama ni? Lama betul, ’ Faqhrul mengomel.
Dari sudut yang berbeza, “ADOI!” mata saya terkena silau matahari. Maaf
ye. *tunduk style jepun* Saya cuba tengok ikut sudut yang lain pula.
Okay.
Dari sudut yang ini pula. Kelihatan seorang pemuda berkemeja kotak-kotak
warna biru tua sedang menghala ke arah Faqhrul. Dia memakai kaca mata dan
berjanggut pendek. Setibanya di dekat Faqhrul, lembut sahaja dia menepuk bahu
kanan Faqhrul. Dan laju Faqhrul respon menoleh terus ke belakang.
“Eh, Halim! Kau buat apa kat sini? Lama tak jumpa…” timbul riak gembira
pada wajah Faqhrul.
Ini Halim. Pernah menjadi jiran kepada Faqhrul sebelum berpindah ke taman
perumahan lain pada 5 tahun yang lalu. Mereka memang rapat. Macam adik-beradik.
Umur juga hampir sebaya. Faqhrul berumur 21 tahun dan Halim pula 19 tahun.
Pertemuan ini amatlah tidak di sangka-sangka oleh mereka berdua.
“Hehe… Aku bawak kakak aku pergi beli barang dapur. Kau pulak? Buat apa
kat pasar ni sorang-sorang? Bukak bisnes ke?” perli Halim selamba.
“Ada-ada je kau ni. Aku teman Mama beli barang sikit. Maklumlah, Ramadhan
dah dekat,” balas Faqhrul.
“Mama kau mana? Tak nampak pun,” Halim meninjau pantas sekeliling tempat
mereka berbual.
“Sebenarnya, Mama… “
***
2 jam 30 minit sebelum itu.
“Mama, nak beli lauk apa nanti?” tanya Faqhrul kepada Mama yang sedang tekun
memandu.
“Mmmm… Mama ingat nak beli ayam 2 kilo, ikan keli sikit, sayur… lepas tu,
beli udang. Tu je kot. Kenapa? Ayul nak request apa-apa ke?” tanya Mama kepada
anak tunggal kesayangannya itu.
“Ayul ingat nak makan ketam lah hari ni, Mama. Dah lama tak makan.”
“Hamboi! Bunyik macam mengidam je,” Usik Mama.
***
“Alhamdulillah. Dapat pun tempat parking. Ini lah orang panggil rezeki
namanya,” monolog Mama seorang. Faqhrul pula hanya mengangguk mendengar
kata-kata Mama.
Jam sudah pukul 10.15 pagi. Matahari tidaklah panas mana. Sudah ramai
orang lalu lalang, juga ingin membeli bahan mentah. Bau pasar sudah boleh
dihidu dari tempat parkir kereta. Mereka berdua masuk ke pasar besar. Lantai
licin. Sedikit basah. Mungkin air dari bekas-bekas yang berisi ikan jatuh
tertumpah. Mereka perlu melangkah dengan cermat supaya tidak jatuh.
Tempat pertama, bahagian ayam. Mama meminta 2 kilo ayam siap potong 8
kerat. Tak mahu kaki dan tak mahu leher. Pantas tauke ayam memotong dan
memasukkan ayam pesanan Mama ke dalam beg plastic berwarna biru muda. Kemudian,
ke bahagian ikan. Faqhrul, seperti waktu sebelum-sebelumnya, mudah benar teruja
melihat ikan keli dan ikan belut yang masih hidup dalam bekas berisi air. Dia
seronok melihat ikan-ikan itu cuba melompat ke luar dari bekas yang ditutup
jaring itu.
Eh, ikan belut melompat jugak ke?
Dan macam itulah seterusnya. Habis satu pasar di keliling Mama. Faqhrul
setia mengikut Mama, tolong pegangkan plastic berisi bahan-bahan mentah yang
dibeli. Berat. Tapi tak mengapa. Faqhrul tough. Eh, tiba-tiba. =.=’
***
“Hm… Selesai pun beli barang. Ayul ada nak beli apa-apa lagi ke?” Mama
cuba mendapat jawapan dari Faqhrul.
“Ma…” Faqhrul bersuara. “Ayul nak beli topup kejap yeh. Tu… kat sana tu.
Dekat 7Eleven. Kredit Ayul dah nak habis ni. Kejap ye Ma,” Faqhrul membalas
tanya.
“Ayul ada duit tak?”
“Ada. Mama, tunggu kejap ye.”
“Okay,” Mama membalas pendek.
Seperginya Faqhrul meninggalkan tempat parkir, Mama menyeluk handbag,
bagi mengeluarkan kunci kereta. Namun, langsung tak disangka-sangka, datang
seorang lelaki menghampiri Mama dari arah belakang. Dan… saya malas nak ulas
panjang-panjang. Mama pun dirogol.
***
Jam 11 pagi.
“Eh, kenapa tu?” Faqhrul baru keluar dari kedai 7Eleven, hairan melihat
sesuatu di dekat keretanya. Dia langsung menuju ke tempat parker dengan
bergegas. Bimbang ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Jantungnya berdegup
kencang. Betapa laju darahnya mengalir, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Risau.
Dan setibanya Faqhrul ke kereta, sangkaannya meleset. Dia mengeluh lega.
Dia lihat Mama yang berada di tempat duduk belakang sedang dirogol oleh
seorang lelaki yang tidak dikenali. Dia memerhati lama. Mama meronta-ronta
minta dilepas. Diraung, dijerit sekuat hati. Faqhrul mendengarkan tapi melihat
sahaja responnya. Dia menggelengkan kepalanya.
Lantas berlalu pergi. Ingin beli air minuman. Matahari memuncak. Dia rasa
dahaga.
***
Pukul 12 lebih.
“Sebenarnya, Mama..." Faqhrul berjeda mengambil nafas. "... Mama tengah kena rogol dalam kereta tu ha,“ Faqhrul berkata
sambil memuncungkan mulut ke arah kereta. “Lama pulak dah. Dah jenuh aku tunggu
ni.”
Halim hanya tersengih sahaja mendengarkan jawapan balas dari Faqhrul yang
penuh bersahaja.
“Eh, Halim. Tadi kau kata datang dengan kakak. Mana dia? Tak nampak pun,”
Faqhrul pula bertanya kepada Halim.
“Kakak aku… baru kena bunuh tadi. Kat lorong belakang pasar tu. Betul-betul
depan mata aku dia kena tikam dengan mamat mana entah. Geram jugak aku. Tapi…
malas pulak nak layan,” Halim menjawab tiada perasaan.
Ya, matahari masih memuncak. Dan semakin meninggi. Tiada tanda-tanda mahu
turun. Tiada tanda-tanda ada awan mendung yang akan tiba. Dan mereka berdua
masih bersembang rancak mengimbau kenangan waktu dulu-dulu. Terkadang mereka
tertawa, terkadang mereka terdiam bisu.
“Halim… dah lambat ni. Kau ada kereta? Jom pergi lepak rumah aku,” pelawa
Faqhrul bersungguh.
“Okay. Jom!”
Er.
Dan saya tertunduk... malu dengan diri sendiri.
- THE END-
Mereka diseksa bukannya kita tidak tahu. Mereka dihina, dipijak, dihinjak bukannya tiada khabaran. Mereka juga saudara kita. Bukan saudara darah merah tapi saudara satu aqidah, satu Tuhan.
Mereka tak minta kita ke sana bantu perang serang musuh. Mereka tak minta kita di sini kumpul duit sumbang harta berbillion dolar. Mereka tidak minta itu.
Mereka minta kita di sini bina orang, bina ummah. Mereka minta kita doakan mereka agar terus sabar dan tabah. Mereka minta kita buat kerja dakwah dan tinggal jahiliah.
*bukan video terkini*
enonimus: Sekarang ni, Mesir sedang bergolak. Semuga ikhwah di seluruh dunia tetap teguh. Ameen...
Fuh!
ReplyDeleteGanaznye...
Tapi ada betolnye..
Jzkk