Pages

Followers

Monday, May 28

Saya Seorang Penghantar Surat

Bismillahi Arrahman Arrahim
Hari-hari yang berlalu akan aku habiskan dengan rutin yang sama. Rutin ini ku anggap sebagai tugasku. Satu amanah yang mustahak dipikul. Satu tanggungjawab yang hanya aku layak untuk menggalasnya. Sebab apa kau tanya? Sebab aku seorang penghantar surat. 

Menjadi penghantar surat bukanlah mudah. Ini serius. Aku tak tipu! Kebanyakan mereka beranggapan, profesion ini lapuk dan hanya layak untuk golongan lemah seperti aku. Tidak kah mereka sedar, ini juga tugas mereka? Atau mereka sahaja yang buta hati dan tak tahu? Entah lah- 

Setiap hari seperti hari yang sama. Terik mentari menjadi teman ku buat saban hari. Burung-burung tak pernah berhenti bergosip di atap rumah siapa entah. Aku pula kepanasan. Tak pernah langsung berubah. Inilah jalan yang ku pilih, satu jalan yang amat panjang lagi tiada disanjung kecuali segelintir cuma. 

Tugas ku amat mudah. Hanya ada satu. Semudah mengunyah gula-gula getah perisa mint oh, enak sekali. Hanya perlu menghantar surat dari rumah ke rumah. Ke sana ke mari. Walaupun tempat yang aku belum pernah terokai. Pastinya aku akan jelajahi. 

Kadang-kadang, ada juga aku terpegun di satu simpang. Membaca alamat yang tertera. Tapi gagal ditafsir oleh akal fikiran ku. Lantaran itu, aku terpaksa menebalkan muka setebal Tembok Cina bertanya kepada mereka yang seronok lalu lalang. Malu bertanya, sesat jalan cik adik hoi! 

Dan setiap kali itu juga. Pasti! Aku pasti akan belajar sesuatu yang baharu. Sesuatu yang mungkin sahaja tak akan aku pelajari jika tidak mahu bertanya. Seusai mengetahui jawapan, aku akan terus kehadapan, kiri atau kanan mengikut arahan. Tapi, selalu sahaja aku terlupa. Dan memaksa aku bertanya kembali. Hihi. 

Panas, terik, hujan, badai, salji, rebut topan, mahupun ada raksasa Musang Ekor Sembilan yang mengganas, aku pasti harungi dengan penuh gagah. Kerana aku yakin, ada jutaan jiwa yang sedang menunggu ku. Menunggu di pintu rumah atau depan pagar utama dengan penuh harapan dan mata yang bersinar-sinar aduhai terangnya! 

Aku menghantar surat kepada semua. Tak kira umur, warna kulit, sokong parti mana atau pakai cermin mata ke tidak. Ohoho. Aku tak memilih. Kerana kerja ku hanya menghantar. Selesai menghantar, terpulanglah kepada mereka untuk membaca atau tidak. 

Kalau nak buang dalam parit pun boleh. Aku tak kisah! Kerjaku, tugasku hanyalah untuk memastikan risalah ini sampai ke tangan pemiliknya. Jika mereka buang dalam parit pun, mereka yang rugi dan bukan aku. Dan jika diperlukan, hari esok pasti aku akan datang lagi membawa surat yang mungkin berlainan isinya. 

Ya, aku tahu. Masih ada jutaan lagi jiwa yang menunggu di luar sana. Sebab itulah aku tak pernah berhenti beraksi. Bersama motor kapcai milik ku, aku berangkat tak kira berat atau ringan, memulakan sayembara pengembaraan yang penuh mehnah. Penuh kekacauan dan kacau bilau. 

Tak cukup dengan itu, kadang-kadang aku juga di uji dengan kenakalan anjing-anjing di tepi jalan. Entah kenapa, makhluk ini gemar mengejar ku tak tentu haluan. Aku buntu. Aku keliru. Apa salahku? Aku hanya menjalankan tugasku. Tugas yang diamanahkan oleh Tuhan.

(p/s: Lusa, saya akan terbang ke negara jiran menjadi penghantar surat dari Malaysia. Oh ya. 'Anjing-anjing' ini juga makhluk Tuhan, jadi jangan rasa berat hati untuk menegur mereka ya. Aman.)

Sunday, May 27

Kempen Hapuskan Pemikiran Kurang Pandai I

Bismillahi Arrahman Arrahim
"Bila saya pergi ke surau dan masjid. Saya nampak ramai jemaah yang sudah lanjut usia. Mana perginya remaja yang sebaya dengan saya?" Surau dan masjid sepatutnya menjadi satu pusat utama kegiatan ummah. Baik tua, mahupun muda.

Namun, hampir setiap rumah ibadah kelihatan suram dan tidak hidup. Ironinya, pabila ditimbulkan isu sebegini, kebanyakkan masyarakat akan bertindak menuding jari-jemari ke sana sini menyalahkan orang di sebelah. Wahaha. Ini kelakar!

Baru-baru ini saya berkesempatan ke satu kursus yang agak mustahak. Dan saya masih ingat satu ayat yang amatlah awesome sekali:

“Dulu, bila kanak-kanak kecil bermain-main di surau, para jemaah yang kononnya senior akan memarahi mereka. Tapi bila besar, kanak-kanak yang dah besar ni (pemuda dan remaja) pula disalahkan kerana tidak mahu, enggan, kurang gemar, tak suka mengimarahkan surau dan masjid yang ada. =.=’ ” 

Wahaha. Kelakar bukan? 

Hadoi. Macam manalah generasi pelapis muda-mudi ingin ke surau jika dari kecil lagi telah diasuh dengan marah-marah dan caci-maki. Sungguh kasihan. Sob. Sob. Oh, ya!

Perlu diingatkan, penulisan ini ditujukan kepada umum bukan kepada pak cik, mak cik dan budak surau sahaja. Kita tak mahu menunding jari. Sebaliknya, kita mahu sama-sama bergerak menuju misi abadi. Buat tanda keamanan. ;)

Jika mahu mengajak remaja ke surau perlulah didik mula dari kecil lagi. Nanti bila rebung dah jadi buluh, memang penat lah. Teringat satu kisah, berkenaan peranan masjid di negara Barat. Sebuah kisah yang bagi saya amat indah.

Ketika kanak-kanak di negara berdaulat ini kadang-kala dimarahi untuk bermeriah di surau atau masjid. Nun jauh di masjid kat mana entah, kanak-kanak dirai di masjid dengan majlis sambutan ulang tahun hari lahir dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

C’mon lah. Mereka masih kanak-kanak, suka kan kegembiraan. Apa salahnya jika kita bentuk satu kenangan indah yang bakal menjadi tautan antara hati anak tersebut dengan ruh masjid. Insya’Allah. Kelak bila dewasa mereka pasti lebih gembira untuk ke masjid dengan penuh semangat.

Oops. Maaf. Teremosi tiba-tiba. Tunduk style Jepun. Kemudian datang seorang mak cik mengajukan soalan, 

“Tapi Penulis Jalanan, anak-anak mak cik semua dah besar panjang. Dah tak ada yang kecil-kecil, mak cik nak didik lagu ni.”

Err.. Tak apa, jangan risau mak cik. Saya tak habis tulis lagi. Ehehe.

Dalam menyeru remaja ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. kita perlu tahu tabiat umum seorang remaja. dengan mengetahui tabiat ini, lebih mudah lah untuk kita berurusan dengan mereka. Baiklah.

Remaja sebenarnya suka dibelai dan dalam pada masa yang sama suka dipercayai, diiktiraf sebagai seorang remaja muslim. Remaja suka dihargai. Remaja juga suka memberontak sama ada dengan tangan, lisan atau hati. Ish. Ish. Kadang-kadang, tertimbul juga isu jahil seperti yang berikut:

“Mereka (remaja) dah besar, pandai-pandailah mereka nak jaga diri. Hadoi.”

Wah, amat sedap dan lazat ungkapan tersebut. Apa guna kita punya ilmu jika tak mahu berkongsi dengan golongan pewaris ini. Rugikah jika kita berkongsi? Luak kah nasi di dalam perut jika kita mengajak ke arah kebaikan?

Kita kena tahu, remaja merupakan generasi pewaris yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan dan bakal meneraju bahtera negara sama ada ke taman syurga atau lembah neraka. Na’udzubillah. 

Dan lagi, perlu diketahui, remaja sebenarnya dalam proses mencari hala tuju kehidupan. Baru bertatih dalam mengenal potensi diri dalam erti menjadi seorang Islam. Remaja perlukan tangan yang membimbing. Seseorang yang mampu dijadikan ikutan.

Sesungguhnya, sebaik-baik pemimpin adalah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebaik-baik tentera adalah tentera yang menawan Kota Konstatinopel. Dan yang paling mustahak, sebaik-baik teladan dan ikutan adalah Nabi Muhammad SAW.

Jadi, selayaknya kita semua berakhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah. Saya tak rasa Nabi Muhammad SAW suka marah-marah makhluk pemuda tak tentu hala. Buktinya, ramai di kalangan sahabat merupakan dari golongan remaja-remuji dan pemuda-pemudi. Kan?

Perlu diingatkan, remaja juga manusia. Dan setiap manusia itu tidak langsung sama dengan yang lain. Setiap manusia ada tabiat unik yang tersendiri. Hatta walaupun mereka ini punya talian darah dan daging yang sama. Wah!

Dalam erti kata lain, setiap manusia mempunyai hati yang berlainan kuncinya. Jika mahu tawan manusia, tawanlah dahulu induknya iaitu hati manusia. Analogi mudah, jika mahu tangkap tikus perlu guna keju. Jika mahu tangkap pokemon pula perlulah guna pokeball. Wahaha.

Namun, mencari kunci hati ini bukanlah tugas yang mudah. Sesusah menangkap paus di Lautan Pasifik, malah lebih susah-payah. Ohoho. Percayalah! Kalau nak pukul lalat yang kecil dan pantas pun perlukan kudrat yang banyak, inikan pula nak ketuk pintu hati yang kita langsung tak nampak.

Hadoi. Menyusahkan betul!

Tapi tak mengapa, kerja kita adalah berusaha sebaik yang mungkin untuk mengajak mereka mengenal Allah SWT. Suka sangat-sangat saya ingatkan, kerja kita bukan nak kasi hidayah sebab bagi hidayah itu urusan Allah SWT.

Tugas kita hanyalah berusaha semacho yang mungkin untuk menyebarkan risalah suci tanpa mengharapkan sebarang bentuk imbalan. Woah!

Ayuh, remaja-remuji, pemuda-pemudi, ikhwah, akhowat seantero alam. Jom serbu masjid dan surau yang berdekatan! 

( p/s: Oh, indahnya bercuti di rumah. Lalala. )

Wednesday, May 16

Selamat Hari Emak

Bismillahi Arrahman Arrahim

“Ada apa dengan Hari Ibu? Bukankah dalam Islam menyatakan yang kita wajib menyayangi dan mentaati ibu kita 24/7 tanpa henti? Ah, ini semua datangnya dari Barat! Tak boleh ikut. Bahaya ni. Dakyah mereka, untuk merosakkan pemikiran umat.”

Saya mengangkat tangan. Tapi, saya tak rasa benda ni salah pun. Kalau benda baik dan tak menjejaskan akidah, boleh je kalau nak ikut, kan?

“Tak boleh! Tak boleh! Semua benda dari Barat ni merosakkan.” Eh, siapa kata? Setakat ni, kat planet Bumi okay je. Kalau betul lah semua benda dari Barat ni jahat, kenapa masih ada yang tak segan silu mengamalkan budaya kuning yang terang tang tang salah dari setiap sisi hokum agama yang tercinta? Takde pun yang nak larang kaw-kaw.

Wah. Saya bukan nak cipta hokum ya. Saya bukan ahli majlis fatwa mahupun ustaz di sekolah-sekolah. Jangan salah sangka pula. Cuma nak buka minda, berfikir luar kotak lebih seinci dalam melihat peta dunia.

Kalau benda baik, apa salahnya kita ikut. Buat yang keruh, ambil yang jernih kristal permata cahaya. Sebenarnya, tak perlu kot nak argue pasal benda camni. Kan? Senyum sambil buat tanda keamanan. Er. Mungkin tak keterlaluan jika saya cakap, saya sendiri pun tak tahu bila Hari Ibu tahun ni.

Maafkan saya. Saya tak sengaja. Tunduk kecewa. Hari tu pernah google, tapi banyak pulak tarikh yang keluar. Hadoi.

Disebabkan saya (mungkin) sudah terlambat ‘beberapa’ hari, entri kali ni memang amat serius dituju khas buat Emak seorang sahaja. Kepada pembaca yang lain, kena mintak kebenaran Emak sebelum membaca sampai bawah. Ish. Saya tak tipulah.

Em. Oh, ya. Takkanlah anda kenal siapa Emak saya, kan. Eheh. Kalau macam tu, anda terpaksalah mintak kebenaran emak/mama/ibu/ummi kandung anda sahaja. Boleh, kan?

Oh, Emak yang tercinta. Sekarang, dah hampir 19 tahun berserta 9 bulan dapat berkasih sayang dengan Emak. Siapa sangka, Allah kurniakan seorang anak yang agak keras kepala kepada Emak. Selalu sangat rasanya. Eh.. Selalu sangat pastinya anakmu ini mengguris-guris hati.

Tapi amat serius sekali, jarang pulak anakmu ini melihat Emak menangis pilu kecewa hampa. Mungkin anak mu kurang observant dengan raut muka Emak.

Mesti penatkan dulu Emak bawak ke hulu ke hilir selama 9 bulan lamanya? Ya,lah. Mestilah penat, kan. Nama pulak anak lelaki. Menendang-nendang pasti menjadi rutin harian. Tapi Emak tetap kuat melayan kerenah anakmu ini.

Bila dah besar pun, Emak tetap tabah menjaga kami berlima dan termasuk Ayah. Jadi, kesemuanya 6 orang yang Emak jaga. Tapi. Anakmu pula, masih gagal dalam memikul amanah menjaga mu yang seorang. Oh.

Sebenarnya, ada banyak cerita yang nak dikongsi. Cuma mulut sahaja yang begitu berat untuk membagi. Kalau ikutkan, semua benda nak cerita. Cerita pasal exam. Cerita pasal kura-kura. Cerita pasal kaki yang terseliuh. Cerita pasal si dia. Eh. Ohok. Ohok. Heheh.

Bila difikirkan, Emak banyak tanggungjawab. Kunci mulut jelah alamatnya. Simpan dulu segala cerita. Sampai masa, baru nak cerita semua.

Tapi. Kadang-kadang terfikir jugak. Bila masanya akan tiba? Jam kat dapur, jarum tangan, jam pasir, jam analog semuanya tak pernah berhenti berputar. Kecuali, kalau rosak atau habis bateri. Tu pun, pasti Emak hantar kat kedai suruh baiki.

Jadi, bila ya masa yang sesuai? Entahlah. Anakmu mungkin sahaja kurang arif dalam hal sebegini rupa. Takut juga, jika tiba-tiba sampai masa dan detik itu. Oh. Tapi percayalah.

Percayalah, yang anakmu ini amat menyayangi mu. Tak kira masa. Tak kira tempat. Tak kira lah apa-apa pun. Cuma yang kurang. Anakmu ni sangat tak pandai mengambil hatimu. Anak mu ini terlalu ego dan leka dengan kisah hidup bersama rakan-rakan di kolej.

Terlalu sibuk dengan cerita Doraemon. Terlalu juga sibuk dengan muka buku. Tapi kan. Dari 3 Mei baru ni, anakmu dah tak buka muka buku. Sebab ada exam. Hihi. Muka bangga sedikit.

Oh, Emak! Maafkan segala apa kesalahan yang menguris, mencakar-cakar hati dan jiwa mu itu. Anak mu ini terlalu bodoh. Bodoh kerana tak pandai menghargai mu dari waktu ku lahir sehingga ke hari Selasa 15 Mei. Maafkan ya. Ya, mungkin sahaja anakmu tak pandai berkata-kata di hadapan mu.

Tapi melalui perutusan belog ni jualah menjadi medium untuk menyampaikan segala apa yang terbuku berjilid-jilid dalam hati. Semua cerita yang gagal disampaikan. Segala kisah yang tertunda lamanya. Dalam belog inilah segala apa yang perlu Emak tahu. Segalanya tertulis dedikasi khas buat Emak.

Ya Allah, Ya Tuhanku, kau sayangi lah kedua ibu bapa ku, sebagaimana mereka mengasihi ku semenjak ku masih kecil. Kau rahmatilah dan berkatilah kehidupan mereka berdua sehingga akhir usia mereka. Dan Kau masukkan lah mereka ke dalam golongan hamba mu yang akan masuk terus ke Syurga. Ameen ya Rabbal Alamin.

Mungkin perasan sendiri, tapi anakmu ini semakin berubah. Berubah menjadi seorang yang lebih baik dan kacak bergaya. Wahaha. Oh, tak sabarnya nak habis exam balik rumah jumpa Emak. Ehehe. Harapnya, Emak sedang tersenyum gembira tatkala membaca belog sarat dengan entri nukilan anak ketiga mu ini. "Bangde sayang emak!"

Hah! Buat anda yang sedang baca hampir ke penghabisan, jangan lupa pulak. Nanti, jumpa emak/ibu/ummi/mama, peluk mereka sambil mengatakan, “Saya sayang emak!” dengan seikhlas hati. Kemudian, cakap saudara Penulis Jalanan kirim salam. Ahah. Sekian. :)

(p/s: Wohoho.. Baru dua hari exam, rasa macam tengah berperang dengan Raksasa Gorgon bersayap, terbang tinggi melangit pula. Cabaran betul.)

Tuesday, May 15

Oh, Hidayah!

Bismillahi Arrahman Arrahim

Baru-baru ni, cerita pasal Mak Cik Hidayah tersebar luas kat kolej aku (mungkin tak aplikabel untuk pelajar wanita). Heheh. Orang yang pergi majlis hari tu, mesti pernah dengar pasal ni. Jadi, aku cuba lah siasat, soal selidik dan segala bagai. Ada baaanyak sangat versi. 


Mana satu cerita yang asal, aku tak tahu. Ada cakap. Mak Cik Hidayah ni datang time Subuh. Ada pulak cakap, Mak Cik Hidayah ni datang time ekzeminasi je. Dasyat! Tapi semua versi ni ada satu persamaan yang ketara. Mak Cik Hidayah ni suka ketuk pintu hati. Oh.

Ketuk pintu je ke? Kerut dahi. Ahah. Mesti lah ketuk pintu je. Kau nak lebih-lebih buat apa? Muka musykil. Ah, lupakan!
Bila hidayah ni datang yeh? Hidayah tu biasanya datang tiba-tiba. Datang dalam diam. Datang dalam terang. Datang dalam pelbagai formasi mustahak. Tapi kalau takat melukut di tepi gantang, manakan Mak Cik Hidayah kunjung datang. Cewaah! Tapi serius taw, hidayah ni memang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. 


Terkadang, kita tak perasan pun. Sebabnya, manusia suka ambil remeh tentang apa yang berlaku di sekeliling. Contoh mudah. Baca belog entri panjang-panjang. Insaf. Menangis ribut taufan. Dan kemudian, beraksi seperti tiada apa yang berlaku? Hampeh!

Contoh lain. Waktu peperiksaan, hidayah ni suka datang. Suka ajak orang beribadah, minta kebaikan kat Allah. Sebab tu lah surau biasa penuh time cenggini. Ohoh. Pedas! Tapi jangan khuatir. Mungkin juga melalui ekzem, Allah taburkan hidayah dalam jiwa-jiwa manusia. Beruntunglah kamu yang terpilih. 


Paling utama, adalah bagaimana kau menghargai dan mensyukurinya. Jangan takut kalau-kalau orang kata kau hipokrit. Tapi taubat lah sepantas The Flash jika apa yang dikata itu benar. Nau’dzubillah min zalik.

Jadi selesai di situ, hidayah boleh dan mampu datang bebila masa. Di mana jua kita berada. Dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mungkin hidayah datang melalui kaki yang tiba-tiba terseliuh. Mungkin hidayah datang melalui SMS; mengajak orang berpuasa sunat. Ahah. 


Mungkin hidayah datang dari pintu ke pintu ketika Subuh. Mengejut mereka yang tidur, agar bangkit menyembah Allah. Mungkin hidayah datang ketika membelai kepala anak kucing yang comel dan kuat tidur. Mungkin juga itu. Mungkin juga ini. Aku harap poin yang cuba disampaikan, dapat dihadam sempurna.

Oh, ya. Kalau hidayah datang jangan buat kurang pendidikan pula tahu. Aku dah nasihat. Bukan pisang je tak berbuah dua kali. Hidayah pun mungkin tak berkunjung dua kali juga. Andai terasa hidayah sudah mari. Jangan tunggu lama-lama, terus berusaha perbaiki diri dan perbanyak amalan. 


Dekati alim ulama’, tambahkan ilmu pengetahuan. Dan minta dengan Allah supaya hidayah dan taufik itu berkekalan. Jangan lupa pula. Senyum panjang.

Eh, macam mudah je? Anda biar betul? Er. Dari tadi saya sudah serius. Kalau hidayah datang, layan je lah betul-betul. Apa masalahnya? Oh, wahai! Pasti rumah pernah dikunjungi tetamu, bukan? Hah. Macam mana nak layan tetamu? Senyum. Kasi makan, kasi minum segala bagai. Dan layan sehabis baik. Pastikan tamu itu berasa senang dan riang ria gembira tika datang bertandang. 


Begitulah analoginya. Jadikan hidayah itu tetamu kehormat yang datang mengetuk pintu hati. Asal ketuk je, terus bagi masuk. Tekan loceng je, terus buka pintu. Bagi salam je, terus jawab, sapa masuk. Hmm. Lebih kurang begitulah.

Then, bila dah rasa macam beriman tu, jangan pulak cuba-cuba nak khianati hidayah. Hidayah tak suka orang yang curang. Ini serius! Kalau hidayah cuba dimadukan dengan jahiliah, pasti hidayah akan cabut lari berganti-ganti. 


Mungkin jugak, pergi dan merajuk tak mahu kembali. Entah. Siapalah yang tahu, kan? Hidayah itu 100% milik Allah. Allah berhak mencabut dan mencampak hidayah ke dalam hati mana-mana manusia. Kau ada apa masalah? Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Akhir sekali, suka aku ingatkan. Aku berbelogging bukan untuk menyampaikan hidayah. Tapi untuk mencari hidayah, juga seperti kamu. Kan, hidayah itu milik Allah? Senyum sambil nampak gigi. Wee~

(p/s: Kepada senior yang bernama Hidayah yang mengambil kalkulator Penulis Jalanan secara diam-diam tempoh hari untuk menjawab peperiksaan subjek Environmental Science; terima kasih sebab pulangkan kalkulator berkenaan. Full stop.) 

Monday, May 14

Menggaru Hidung Yang Tiba-Tiba Sahaja Gatal

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
Suasana tiba-tiba sahaja gegak gempita! Meriah tak terhingga. Hampir keseluruhan isi asrama blok C berpusu-pusu menyempitkan bilik TV. Terdiam. Aku tersenyum sendiri. Ketika itu, aku bersama seorang ikhwah sedang dalam perjalanan ke blok A atas satu urusan yang agak mustahak. Dalam fikirku, agak sedih melihat tingkah mereka. Bersorak-sorak, menjerit-jerit. Untuk apa? Bola je kot. Entahlah. Garu-garu kepala.

Setibanya di blok A, kami terus ke bilik senior. Malangnya, tuan bilik tiada. Kecewa. Tapi tak mengapa. Kami dengan selamba masuk dan lepak dengan harapan, senior itu cepat pulang. Kemudian, terdengar pula sorakan yang hampir sama seperti di blok C. Sorakan senior tahun 2 yang mungkin sahaja sedang menonton TV. Amboi, seronok betul! Keliru. Sekali lagi, kesedihan itu timbul dari mana entah.

Diri ini dipersalahkan oleh aku, akibat tidak giat dalam aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Mereka tiada salah, kerana mereka belum betul faham. Tidak lah ingin aku menabik diri, mengatakan yang aku benar faham. Benar. Taraf ku tidak kurang dan tidak lebih dari mereka yang lain. Tapi etlis aku sedar akan tenatnya masyarakat sekarang. Dan merupakan tanggungjawab ku untuk menyedarkan mereka juga. Ramainya bilangan di bilik TV, mungkin sahaja ramai juga yang akan mendakwaku di akhirat kelak. Oh. Aku mesti lakukan sesuatu. Tapi apa?

Lagi mau tanya? Heh. Apa lagi yang di tunggu? Jom! :D

Tak salah jika kita ingin bersorak gembira melihat pasukan kegemaran menang. Tak salah juga jika membuat bising hingga menganggu mereka yang lain. Dan lagi. Tak salah jika kita ingin memberi sokongan padu atas dasar patriotisme. Jadi, jika semua tak salah, apa masalahnya lagi wahai Penulis Jalanan? Oh, ya. Pura-pura lupa. Heheh. Masalahnya, adalah bila kita kurang cerdik dalam memilih mana yang dahulu. Jika kita arif membuat pilihan, pasti tak huru-hara kehidupan. Ahah!

Ya, secara peribadi, tak salah jika kita ada kemahuan (desire) untuk itu, ini dan itu kembali. Sebab kemahuan lah yang menggerakkan manusia. Kemahuan jugalah yang memberi tenaga untuk kita terus berusaha. Kemahuan jugalah yang membuatkan anda sedang membaca belog ini. Oops. Kantoi sudah! Wahaha. Tapi, jika kemahuan itu tidak dicorak dengan tepat, pasti sia-sia jadinya. Niat tidak menghalalkan cara, ya. Jangan lupa. Kenyit mata.

Contoh mudah. Tiba-tiba sahaja kita berkemahuan untuk melalak dan menyanyi di khalayak umum. Jika tidak dapat, terasa bagai bermain jigsaw puzzle yang kehilangan kepingannya. Dasyat! Tidak lengkap hidup! Waduh. Getir sekali gamatnya. Seperti biasa, pilihan itu senantiasa berada di hadapan mata kita. Tinggal nak pilih je. Mudah, bukan? Malangnya, ramai yang memilih jalan yang salah. Rasanya, tak perlulah aku cakap, apa jalan yang betul. Tak perlu, kan?

Eh, nak jugak? Okay lah. Mengada betul. Wahaha. Jalan yang benar pastilah jalan yang membawa kita lebih akrab dengan Allah. Menyanyi di khalayak umum membawa mesej dakwah. Bersama-sama mengingatkan sesama kita. Sebaliknya, bukan pula menyanyi, melalak, dengan pakaian tak tutup aurat. Lelaki dan perempuan lebih kurang sahaja. Aduhai. Dalam Islam juga ada hiburan, taw. Sebab itulah, Islam bukanlah agama yang membosankan. Hiburan yang bagaimana? Hah. Pergilah tanya ustaz, ustazah dan mereka yang berilmu. Buat apa tanya aku? Aku bukan ustaz. Wahaha.

Nanti dah tahu jawapan, sila post di ruangan komen, okeh. Boleh sama-sama kita tambah ilmu yang cetek ni. InsyaAllah.

Jadinya, aku tak larang jika kau mahu bersorak. Aku tak tegah jika kau mahu berdating. Aku tak marah jika kau mahu membakar minyak di tengah malam (burn the midnight oil). Asalkan, kau bersorak untuk kebebasan saudara kita di Palestin sana. Bersorak untuk menegakkan syiar Islam. Kau berdating dengan isteri yang sah diijab kabul. Kau berjaga malam, selepas tidur sebentar dan bangun untuk solat sunat tahajud terlebih dahulu.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.
(Surah Ar-Rum, ayat 64)

Kawan-kawanku, teman sekuliah, para pensyarah, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga, pembaca belog yang budiman dan kacak bergaya sekalian. Tidakkah dunia hanyalah sekadar senda gurau? Ouch! Terkena batang hidung sendiri. Gatal. Garu-garu hidung. Ahah! I see what you did there.

Sekian.

Saturday, May 12

Jerat Ketidakpastian

Bismillahi Arrahman Arrahim

Hairan. Aku hairan melihat manusia. Tingkah yang pelbagai aneka tabiatnya. Namun, lebih hairan tatkala ku sedari, rata-rata mereka gemar mengharap pada yang tak pasti. Berasa resah, gelisah dan tidak tentu arah, tika berhadapan ilusi karut ciptaan minda. Berasa gembira dengan khayalan imaginasi wahan peringkat tertinggi. Berasa senang dan selesa dengan janji-janji dunia yang menipu. Sehingga terlalu asyik melayan dan lupa akan apa yang perlu. Sungguh, aku hairan.

Pemikiran kolot inilah, yang sering memerangkap jiwa manusia dari keluar dari kepompong kejahilan. Keluar terbang menjadi rerama yang riang menulusuri kehidupan. Alangkah baiknya jika kau juga turut perasan. Ini fikrah jumud. Langsung tidak memberi sebarang manfaat, baik kepada ummah, mahupun kepada tuan empunya jasad. Sebaliknya, kemudaratan jualah habuan untuk mereka yang terperangkap dek penjara halusinasi mainan perasaan.

Hey, kenapa nak rasa resah tak tentu arah? Sehinggakan tujuan, hilang menjadi buntu. Matlamat hidup tidak lagi diburu. Erti menjadi hamba pada yang Rabb Yang Esa hilang, pudar dari hati yang semakin rapuh. Ketakutan itu melenyapkan keyakinan pada diri. Keyakinan untuk terus melangkah menyebar risalah suci. Rasa resah itu memaksa diri untuk kekal di bawah. Rasa gelisah itu memaksa diri untuk terus dipandang rendah.

Hey, kenapa nak lupa diri? Berasa gembira dengan khayalan imaginasi peringkat tertinggi. Di saat dunia dijadikan kiblat. Di saat lupa akan datangnya akhirat. Rasa ego, bangga diri menjadi tabiat. Nafsu menjadi teman, syaitan menjadi sahabat. Keimanan hanya sekadar manisan mulut yang semakin luput. Tidak mampu menjadi satu benteng akidah yang sepatutnya kuat. Sehingga jasad terhanyut pantas dek arus deras serangan pemikiran.

Hey, kenapa begitu mudah untuk kita percaya? Ribuan janji-janji dunia yang bersifat sementara, hanyalah kata-kata sang pendusta. Kita ini pengembara, sentiasa sibuk mencari bekal takwa. Bukan pula selamanya hidup melayari bahtera dunia. Dunia itu platform, batu loncatan menuju kehidupan yang abadi. Sama ada syurga atau neraka, bergantung pada amalan dan redha Ilahi. Jika baik timbangannya, baik jugalah ganjarannya.

Begitu pun, aku masih hairan.

Kenapa yang pasti itu tidak dijadikan tujuan? Kenapa jalan yang satu itu bukan pilihan? Kenapa yang hakiki itu suka diketepikan? Mengharap pada yang tak pasti juga suka kita turutkan. Mana hilang izzah kita terhadap Islam, agama yang diredhai Tuhan. Wahai, bangunlah! Sudah banyak kali kita, mereka kejutkan. Namun, kita anggap ia hanya lah sebagai igauan. Percayalah, ini bukan gurauan. Ini bukan gurauan.

Adakah layak, dunia kita jadikan sembahan? Adakah layak, janji Tuhan kita perolokkan? Kita suka mengejar yang tak pasti, walaupun sudah ada matlamat, dua tujuan hidup yang mesti. Peperiksaan yang kian menjengah tiba. Buku rujukan lebih lama di tangan berbanding naskhah Al-Quran. Diskusi kumpulan menjadi lebih utama dari majlis ilmu mengingat Tuhan. Kemasyhuran dunia lebih kita damba dari ganjaran syurga.

Sujud, kita rasa lama. Doa, kita anggap sia-sia. Tugas dakwah itu pula terasa bagai beban. Satu kewajipan yang perlu ditinggalkan? Begitu singkat masa yang diperuntukkan untuk mengenal Tuhan. Kita alpa! Kita lupa! Tonton Percy Jackson boleh pula berlarutan. Main riadah petang boleh pula berpanasan. Sembang kencang boleh pula kita tukar jadi satu kewajipan? Sungguh, aku hairan. Bukan kah janji Allah itu amatlah pasti. Satu-persatu tercatat dalam Al-Quran. Selayaknya menjadi penyuluh hidup manual pengembaraan:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(47:7)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
(30:69)

Renunglah, wahai! Masih belum terlambat mengatur langkah. Mengorak perjalanan ke satu arah. Pintu taubat itu masih terbuka. Pintu rahmat itu masih tersedia. Mari betulkan niat. Mari betulkan kompas yang terganggu dek frekuensi magnetik tinggi jahiliah. InsyaAllah, esok masih ada. Tapi kenapa perlu tunggu esok, jika hari ini masih muda. :)

(p/s: Selamat Hari Ibu buat Emak tersayang, yang sedang tekun menjaga adek. Atau, mungkin juga sedang tekun membaca karya jalanan anak mu ini. Hihi. Sebenarnya, tak tahu tarikh sebenar Hari Ibu. Heheh. )

Sunday, May 6

Examination, Everyone!

In the name of Allah the Most Beneficent and the Most Merciful

May peace be upon you. 

‘Haish, exam dah dekat seh! Study tak habis lagi ni.’

Hey, brothers and sisters. We often stumbled upon this kind of emotional defect when facing such difficulties. We felt threatened, we felt… you know, that butterfly roaming-in-the-stomach symptoms. We feel nervous thinking whether we can pass the examination or we can pass not. 


During this time around lah, the emptiness of the mosque being stuffed, the gaps between makmums filled. And believe me, you will hear the voice, the prayer of muslims, begging for success in dunya and akhira.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Praise to Allah The Almighty for giving us hidaya to come to musolla, to pray, to praise Him and to preach. BUT, is the interdependency of a muslim and his God only significant during the examination hours? 


Is the status, muslim; the one worshipping Allah, only relevant when it comes to such circumstances? Brothers and sisters, where are we when the exam fever is over? Where are we, people? Remember, we are muslim no matter what circumstances we face. We are the full-time worshippers of Allah s.w.t. (!)

Upon that time, a brother came, shared some knowledge and his life experiences, I still remember. He said, “Is the examination result that valuable? If it is, how much?” Well, that is something to ponder upon. 


What is the value of our exam result? If it worth pursuing for or worth pursuing it not? Let’s us all travel back in the past, when we’re holding the exam slip. We passed with flying colours. 


Our relatives, our friends, and our teachers feel very proud and extremely happy about it. So do us. But look at us now, are we ourselves worth more than the rest of us? No, I do not think so.

 “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
(Al-Mulk:2)

To clarify, saying examination result is not worthy to grab does not meant we should abandon it for good. I am suggesting that we must know which is which. We must prioritize the prior priority; which is the akhira. 


Desire for dunya will lead you away from akhira. Otherwise, desire towards akhira will bring dunya close to you. Choose wise! Treat dunya as a platform or the wasilah to attain the goodness hereafter. 


As a muslim, don’t treat dunya as the only goal in our life. We still have a long way to cover, my dearest brothers and sisters.

We always complain we lack of time to revise, to study for the examination. We have too much things to do within the limited time. But hey, Allah is giving us a whole lot of time, didn’t He? 


From the day we are born till the day we die, the examination never ends and the result is never to be stalks. No one knows where are we heading to; the Heaven or Hell? But still, we do know and supposedly realise, we are being tested from every direction, from every corner we can’t imagine, every time without break, even for a sec. 


Didn’t we know that?

We always complain about the abundance of things to be settled with. Too much book to scan, too much subjects to revise and too much assignments to be submitted. The worst part is, that awkward moment when you don’t know how to answer even though the whole factual and empirical stuff is right in your very own head. 


But hey look, Allah is truly Generous, that He gave us the answer scheme to pass. Don’t you know, as long as you hold on to the Koran and al-Hadith, you will never gone astray? The Holy Koran, the forever manual for mankind to gain hasana in the dunya and the akhira. The al-Hadith, the guide to excel, the guide to pass the real examination with flying colours. 


Don’t we know that?

We always got influence by that typical mind-setting to study at the very very very last minute. Yes, I could not agree more when some of us still can succeed. But hey, isn’t the moment of death is close enough to us? 


Why study last minute, when you can do so, right about now? We will never know exactly the time or the reasons or the place where we will experience death. Or are we? Why are we being too carried away with the egoism growing inside? Are we that fully prepared? 


Even Prophet Muhammad p.b.u.h. the chosen one, the one who promised by Allah to enter Syurga is still performing his ibada to the fullest. When one of the sahaba ask him, why? He said, “Can’t I be a greatful worshipper of Allah?”

Hey, tak mampukah kita menjadi hamba yang bersyukur? Let us take a while, a moment to ponder upon; the moment that may change our paradigm, our perspective about life. InsyaAllah. It is the examination, everyone! It is all about the quality of our ibada, not the quantity, okay. 


Let us all strive for the best. :D

( p/s: The examination is creeping closer and closer. Need to study now. )

Wednesday, May 2

Aku Dan Kucing

Bismillahi Arrahman Arrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Baru-baru ini saya menerima sebuah komen yang amat jarang-jarang di dapati. Tidak terkejut tapi mampu membuat kan saya tersenyum simpul. Komen tersebut berbunyi seperti yang berikut:
"Weh asal ko fanatik dgn kucen kah?"

Wah! Ada juga rupanya mereka yang perasan akan perubahan trend gambar yang Penulis Jalanan gunakan. Apa-apa pun, terima kasih di ucapkan atas keprihatinan anda. Di sebabkan saya agak teruja dengan penyataan yang dikemukakan, satu entri ini, saya tulis untuk menjawab nya. Harap entri ini mampu menjadi jawapan akan sebarang bentuk kesulitan yang di hadapi kalian. Terimalah!

Aku dilahirkan ke dunia sebagai seorang kanak-kanak yang comel, gebu dan amat gemar mengejar kucing-kucing yang berkeliaran. Bagi aku, mengejar kucing adalah satu hobi yang amat menyihatkan. Dengan mengejar kucing, secara tidak langsung seluruh tubuh badan beserta otak diperguna untuk berjaya. Ingat, objektif utama bukan lah menangkap kucing tapi memastikan kucing itu giat berlari-lari. Wahaha.

Bayangkan lah, satu malam di sebuah restoran. Aku dan sidang keluarga sedang sibuk menunggu sajian makanan yang di pesan. Kemudian, seekor kucing datang melintasi meja yang kami duduk. Kucing itu kelihatan amat slumber. Mungkin kucing itu tidak kenal siapa kah Penulis Jalanan. Atau mungkin sahaja kucing itu terpedaya dengan muka comel anugerah Tuhan kepada ku. Tanpa segan silu tersipu malu, aku pantas mengorak langkah memulakan misi mengejar kucing.

Aku terjun dari kerusi yang pada ketika itu agak tinggi bagi ku. Aku berlari dan mengelak sebarang halangan yang ada; kerusi, waiter dan longkang. Cahaya yang amat terhad pada malam itu tidak langsung menggentar kan hati ini. Aku hanya teruskan berlari tanpa sebarang nawaitu yang jelas. Di mana kucing itu berada, di situ juga aku. Tiada peluang ku berikan kepada kucing itu untuk berehat sebentar walaupun bersama  Kit-Kat. Hahaha. Aku hanya akan menangguh misi tatkala kedengaran suara ibu yang merdu memanggil ku untuk makan.

Semakin ku membesar, hobi itu kian hilang. Kucing-kucing juga seakan-akan tiada lagi dalam kamus hidupku. Mungkin aku semakin matang. Hehe. Tiba-tiba tersenyum bangga. Aku tidak lagi mengejar kucing. Walaupun ngiauan kucing seperti memanggil ku, mencabar agar di kejar, aku tidak endah. Aku hanya buat-buat kool. Namun, perlu diakui terkadang aku akan sengaja menyergah kucing-kucing yang ada agar mereka lari bertempiran. Melihat mereka berlari, memberikan aku that sense of victory. Yeah!

Ketika sekolah berasrama, pernah juga seluruh ahli dorm aku bertindak memelihara seekor kucing. Seekor anak kucing yang comel bermata bulat. Setiap hari kami akan bermain dengan kucing tersebut. Sehinggalah, pada suatu hari kucing itu hilang dari penglihatan kami. Aku dan yang lain berasa amat sedih. Sehari suntuk kami mencari tapi kelibatnya tiada terlihat. Pada malam itu, senior ku telah menemui sang kucing di dalam lokernya. Lega. Walaubagaimanapun, kucing tersebut telah menyahtinjakan bahan-bahan buangan ketika berada dalam loker. Hal ini melayakkannya untuk dibuang dorm. Kami bersepakat untuk tidak lagi membela kucing.

Aku semakin membesar dan membesar menjadi seorang pemuda yang tampan segak bergaya. Kini aku berpindah rumah ke Kuantan. Di sebuah taman perumahan yang pada pendapat ku aman dan tenteram. Tapi jangan di sangka taman yang tenang tiada kucing. Eh? Di sebabkan laman rumah ku agak luas, kucing gemar sekali menabur baja organik bertaburan di merata tempat. Pada mulanya aku tidak kisah kerana aku jarang sekali keluar rumah. Aku berfikiran, bahawa perbuatan kurang pendidikan kucing tersebut tidak langsung akan menjejaskan aku.

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari. Wah! Selesai SPM, ketika bercuti, aku sering kali di suruh untuk membuang harta peninggalan kucing di laman rumah ku. Ia seakan menjadi satu rutin yang tiada berpenghujung. Oleh yang demikian, setiap kali aku terlihat kekucing sedang bertatih di atas pagar atau mengintai di luar pagar, aku akan menghalau mereka dengan amat ikhlas. Segala bola rugby, pistol air serta selipar jepun menjadi senjata utama ku. ‘Semoga mereka berasa khuatir untuk datang selepas ini,’ harapku.

Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi diri ku. Setiap kali aku terjumpa kekucing, pasti akan timbul satu perasan hasad yang amat tinggi. Pasti aku berasa ingin mengenakan kekucing yang ada.

Setibanya aku ke alam perkolejan, persepsi aku beranjak lagi. Masih ingat, ketika sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, satu tayangan video diadakan. Video tersebut adalah berkenaan peribadi nabi Muhammad s.a.w. yang luhur lagi amat murni sekali. Merujuk video tersebut, ada bahagian yang menceritakan mengenai perihal Rasulullah s.a.w. dengan kucing. Diceritakan, bahawa baginda amat menyayangi kucing. Dan disaat terbacanya sebuah hadis, jiwa ku tersentap:

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi.” (Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Oh, my Allah! What have I done! I never fail to make those innocent cats to suffer. I never respect those furry creatures. And I always try to vary my approach in hurting them. What have I done! If the prophet Muhammad p.b.u.h. care to love those cats, why should not I? Am I that perfect to ignore this one simple but excellent deed? Am I? Am I? I knew the answer, “I am not!” Oh, Allah, forgives me for all the wrongdoings I had done.

Disebabkan video tak sampai setengah jam itu, perasaan ku terhadap kucing telah berubah. Aku semakin menghormati kucing. Selalu sahaja aku membelai mereka ketika mereka menyibukkan diri di anjung surau. Selalu juga aku menegur dan bergosip dengan mereka ketika terserempak dalam perjalanan menuju ke koperasi kolej. Dan terkadang, duit belanja ku di habiskan untuk membeli Whiskas untuk mereka. Entah lah kenapa. Tapi aku agak berbangga dengan perubahan ini.

Hubungan aku dengan kucing semakin rapat dari ke hari. Sekian.

[ p/s: Oh, ya. Aku tidak akan membuka muka buku dari tarikh 3/5 hingga tamat exam. Sila doa akan keberjayaan aku dan rakan-rakan menjelang exam SEM 2 nnti~ ]