Aku harap korang sehat mental dan fizikal. sekarang dah masuk bulan mei. and aku dapat offer ke kolej matrikulasi melaka. kalau tak ada apa-apa yang tak best, aku akan mula belajar kat sana 23hb ni.
Teringat pulak time kat sekolah dulu. lepas abes solat maghrib mesti ada orang bagi tazkirah kat depan. cakap tu. cakap ni. em. by the way, mesti korang selalu dengar ayat ni kan? "doa adalah senjata orang mukmin" ATAU "setiap kata-kata kita tu doa"
Dan tak ketinggalan juga ada yang cakap macam ni "banyak kali aku doa tapi hampas" ATAU "takde beza nye aku doa atau tak., aku still pass exam." berlagak siyot! aku memang bengang dengan manusia yang perasan hebat.
Back to the main topic. agak-agak kita ni tergolong dalam kumpulan yang suka berdoa ke tak?
Kadang-kadang time aku lepak sorang-sorang kat tangga surau, mesti ada member datang kacau. "din, apsal kau bijak sangat dowh? aku banyak jugak study tapi tak pernah pun nak lulus." aku secara spontan akan balas, "kau pernah doa tak?" then, member aku confirm akan cakap, "mestilah aku berdoa."
Kenapa apa yang kita doa tu selalu tak menjadi eh? korang pernah terfikir tak?
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. [surah al-Ghaffir:60]
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. [surah al-Ghaffir:60]
si anak : ayah, adik nak rm100. adek nak beli ais krim.
si ayah : heish. buat apa nak duit banyak-banyak. rm2 cukup la. nah, ambil lah.
si anak : adik nak rm100 la.
si ayah : apsal adik degil sangat ni? kalau nak beli ais krim tak payah duit banyak-banyak. lagipun adik tu kecik lagi. tak sesuai pegang duit banyak-banyak.
Okay. cerita dia tak habes lagi. malas pulak aku nak cerita panjang-panjang. bukan korang nak baca pun. haha. lepas abes je aku dengar cerita ni, manusia tukang cerita tu cakap lagi.
"So, jangan bimbang kalau apa yang kita doa tu tak menjadi. sebab Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita."
"Analoginya bila si anak mintak rm100 untuk beli aiskrim, si ayah tak bagi. sebab ayah tahu duit tu tak sesuai dengan si anak. buat apa nak duit banyak-banyak kalau niat nak beli ais krim. betul tak?"
Setakat apa yang aku faham. (sebagai contoh) bila kita doa untuk cemerlang dalam exam tapi kita tak dapat, for sure ada sebab-sebab yang tak dijangka. maybe kalau pass exam kita akan jadi
(a) sombong
(b) lupa diri
(c) bajet pandai
Kalau bende ni lah yang mungkin akan berlaku, aku gerenti korang pun tak akan menyangkal apa yang korang tak dapat. ingat, Allah Maha Mengetahui. maybe lebih baek kita tak cemerlang sebab mungkin kita akan
(a) lebih berusaha
(b) lebih dekatkan diri dengan Allah
(c) rasa rendah diri
Bersyukur dengan pemberianNya. dan jangan berhenti berdoa dan berusaha. sebab Allah suka orang yang selalu merendah diri, meminta-minta pertolongan daripadaNya. ingat tau, usaha kena seiring dengan doa. kalau setakat doa tanpa usaha, tak masyuk lah.
Sekian. wasalam. :)
p/s: Hari tu, ada orang share dengan aku satu hadis pasal doa tapi aku tak ingat lah. nanti kalau aku jumpa aku copy paste dalam entri laen eh.
aku paham..
ReplyDeleteaku paham..
aku paham..
insaf insaf insaf..
yap..slalu sgt dgr org ckp " kenape ko selalu dapat markah tinggi ek?padahal aku rse ko study xdelah sampai berjage malam mcm org lain. org study ko tido.heran aku"
ReplyDelete