Baru-baru ini telah berlaku suatu insiden yang tiada siapa pun ingini.
Seorang mahasiswa telah diragut dan mengalami kecederaan pada tahap minimal.
Semuga kesembuhan pada dirinya.
Berikutan itu, terluah juga sesuatu yang terbuku dalam diri seorang
sahabat seaqidah.
Beliau melangsungkan ketidakpuashatian (di kumpulan mukabuku) terhadap
sikap sesetengah akhowat yang berjalan-jalan tanpa mushrif. Katanya, “Saya
duduk tepi jalan, menunggu kalau-kalau ada yang mahu minta menjadi mushrif.
Tapi tiada siapa pun yang meminta.”
Selang beberapa minit.
Seorang akhowat pula memberi respon, “Takkanlah saya nak cakap, boleh tak
jadi mushrif? Malulah.”
Tatkala membaca dialog (yang sengaja saya ubah suai) ini, saya pun
terfikir akan dua jenis kenapa. Kenapa yang pertama, “Kenapa perlu menunggu
untuk diminta tolong?” dan kenapa yang kedua, “Kenapa malu untuk meminta
tolong?”
Melalui dialog di atas juga, dapat kita lihat, pertembungan ‘interest’
yang sebenarnya bersifat sama (kedua-duanya pun mahu akan kebaikkan) tapi dicemari
dengan perkara-perkara yang bakal kita bincangkan di bawah.
Sebelum itu.
Sebagai pemudah cara, saya ringkaskan permasalahan di atas kepada,
“Kenapa perlu menunggu untuk berbuat kebaikkan dan kenapa perlu menunggu untuk
mendapat kebaikkan?”
Si ikhwah tidak mahu membuat kebaikkan (contoh: menjadi mushrif) kerana
tidak mahu si akhowat tersalah anggap.
Si akhowat pula tidak mahu meminta kebaikkan kerana tidak mahu si ikhwah
tersalah anggap.
Akhirnya, kedua-dua pihak pun diam membisu bersama dilema yang (pada
pandangan saya) sangat aneh ini.
Masing-masing meragui akan respon yang bakal diterima,
‘Kalau aku tiba-tiba offer nak tolong, diorang cakap apa pulak nanti? Aku
tunggu jeala dulu kat tepi ni,’ monolog si ikhwah
‘Kalau aku minta tolong tiba-tiba nanti, diorang cakap apa pulak?’
monolog si akhowat.
Kenapa perkara-perkara sebegini berlaku? (bagi saya) ia berlaku kerana
kita berasa takut atau khuatir andainya keikhlasan kita dipersoal.
Dari fikiran seorang ikhwah, si akhowat (mungkin) akan beri respon
seperti, “Ish, mamat ni, macam poyo je, tetiba nak tolong-tolong. Ni mesti nak
mengorat aku! Tak malu betul!”
Dari fikiran seorang akhowat, si ikhwah (mungkin) akan beri respon
seperti, “Ish, apehal pulak minah ni? Tiba-tiba je mintak tolong. Gedik betul!
Haih, perempuan zaman sekarang.”
Dan berlarutan lah sebuah konflik dalaman yang tidak putus-putus.
Ya.
Mungkin orang akan mempersoalkan. Dan dalam pada masa yang sama, mungkin
juga tidak.
Solusinya?
Mudah yang amat!
Perlu kita sendiri persoalkan kembali, tenung dalam-dalam jauh ke lubuk
hati dan langsung bertanya, “Kenapa aku buat benda-benda ni?”
Jika kerana Tuhan, “Go for it!” selagi mana caranya betul.
Jika bukan kerana Tuhan, “Stop! Maybe u shud rethink my dear.”
Begitu ramai di kalangan manusia yang hari-harinya dihabiskan dengan amal
tanpa niat. Sebagai bukti, betapa ramai di antara kita-kita yang berbuat
sesuatu dengan niat “saja-saja”. Tak perlu tanya orang. Tanya diri sendiri pun
sudah cukup.
Dari sudut psikologinya. Golongan remaja-remuji sememangnya begitu;
sentiasa mendahulukan impresi manusia daripada impresi Sang Pencipta. Kerana
golongan ini begitu menjaga dan mementingkan pandangan serta komentar orang
lain terhadap dirinya.
Baiklah. Saya harap anda-anda dapat poin yang ingin saya sampaikan:
Ikhlaskan niat dan dalam pada yang sama, cubalah bersangka baik ;)
Sekarang.
Saya mahu kemukakan sesuatu yang lebih universal.
Saya amat percaya. Dalam diri kita-kita (baik ikhwah atau akhowat), telah
Tuhan letakkan satu portion keinginan kepada perkara-perkara yang baik.
Masalahnya sekarang, majoriti di antara kita-kita ini, berasa segan silu
tersipu malu pabila ingin berbuat kebaikkan dan pabila ingin berbuat kejahatan,
terus sahaja melaju. Kepelikkan apakah ini?
Pertama, mungkin kita segan untuk berbuat baik kerana (seperti yang
disebut sebelum ini) kita khuatir ikhlas kita dipersoalkan orang di sekeliling.
Wahai.
Soal ikhlas bukan soal manusia. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan
ikhlasnya kita.
Sila betulkan persepsi dan cara fikir.
Kedua, kerana kita begitu mementingkan pandangan atau pun komentar orang
lain terhadap kita.
Kita takut dilabel. Kita takut hilang kawan.
Sehingga ketakutan ini, membuatkan kita mendahulukan pandangan yang
dicipta berbanding yang mencipta.
Dan suka saya ungkapkan, kedua-duanya ini merupakan antara faktor yang
menyebabkan keramaian orang tidak mahu ditarbiyah, baik melalui sistem usroh
mahupun wasilah yang lain. Yakni kerana takut dipandang enteng dan takut
dilabel bajet baik, poyo atau apa-apa kata yang seerti dengannya.
Seperti yang saya tulis di atas.
Jika kita berbuat kerana Tuhan, “Just go for it!” selagi mana caranya
betul.
Tak payah pening kepala.
Tak perlu runsing-runsing.
Impresi Tuhan itu paling utama. Dan dalam apa-apa hal pun, Tuhan jugalah
yang perlu diutama :)